26 Mei 2010
Jakarta – Sekumpulan ulama daripada al Bahtul Masa’il telah mengeluarkan fatwa terhadap transeksual dan transvestit (pondan). Ulama-ulama, yang mewakili 125 pesantren dalam wilayah Jawa dan Pulau Madura, telah memutuskan bahawa golongan transgender mesti dilihat sebagai lelaki, maka dengan sebab itu, mereka “tidak boleh memotong atau mencantikkan rambut wanita yang bukan muhram.” Pemimpin-pemimpin dari Majelis Ulama Indonesia (MUI) sebaliknya memilih untuk tidak memberi sebarang komen tentang isu ini.
Pesantren adalah sekolah agama yang diuruskan oleh golongan ulama dan mula dibina sekitar tahun 30an.Terdapat ribuan pesantren di seluruh Indonesia, terutamanya di Jawa, dan sering terlibat dalam membahas isu-isu atau berita semasa.
Nahdlatul Ulama (NU) merupakan organisasi pesantren terkenal, akan tetapi Bahtul Masa’il dilihat lebih menonjol di muka depan akhbar dalam membuat beberapa inisiatif, seperti larangan terbaru berkaitan gambar sebelum perkahwinan dan fatwa terhadap Facebook dan merokok oleh wanita mengandung.
Kali ini, golongan transvestit dan transeksual di Pulau Jawa dan Madura menjadi sasaran mereka. Menurut Bahtul Masa’il, menyentuh rambut wanita oleh lelaki bukan muhram adalah haram, iaitu dilarang.
“Rambut adalah tergolong sebagai organ rahsia peribadi wanita dan perlu ditutup. Itulah sebabnya, lelaki tidak dibenarkan untuk menyentuh mana-mana organ penting wanita yang bukan isteri merekae,” kata Abdul Manan. Ini adalah kerana di bawah undang-undang Islam, pondan dikira lelaki.
Pihak MUI memilih untuk tidak membuat sebarang komen. Pemimpin-pemimpinnya di Jawa Barat berkata, “Ianya bukanlah isu besar untuk diulas.”
Sebagai tindak-balas kepada fatwa tersebut, golongan transeksual dan transvestit telah membuat bantahan, dengan menegaskan bahawa peraturan itu adalah satu bentuk diskriminasi dan akan hanya meminggirkan mereka yang sudahpun menghadapi pelbagai halangan dalam masyarakat.
Menurut angka yang dikeluarkan oleh Irma Subechi, dari Persatuan Pondan Surabaya, 25 peratus dari 670 pondan bekerja dalam bisnes hiburan atau salon-salan kecantikan.
Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari AsiaNews.it
Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Sunday, August 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment