Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Tuesday, August 24, 2010

Semoga mereka gugur syahid


22 Ogos 2010 - Pattani News

Kekejaman demi kekejaman berlaku di Wilayah Selatan Thailand (Fathani). Yang terbaru ialah pembunuhan kejam terhadap seorang remaja berusia 20 tahun yang bernama Imaduddin Bin Harun.

Almarhum berasal di Yalutong Narathiwat, menetap di Malaysia dan pernah melanjutkan pelajaran di Indonesia. Melihat kepada keadaan mayat dan berdasarkan cerita saksi, jelas sekali bahawa pembunuhan ini telah dirancang oleh tentera Siam laknatullah.

Pada Sabtu 7 Ogos 2010 Almarhum Imanuddin bin Harun telah pergi ke Sungai Golok bersama temannya. Semasa di Sungai Golok beliau telah diperdaya oleh sekumpulan lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota keselamatan. Kemudian mereka telah menahannya dan membebaskan temannya. Menurut temannya, semasa tangkapan dibuat salah seorang dari mereka telah menunjukkan isyarat tangan 'tanda sembelih' dan ditunjukkan kepada Almarhum. Ketika kejadian juga pihak yang menahan Almarhum yang dikenali dengan tentera penyamaran siam atau Tahann Phran telah menghubungi temannya di Malaysia.

Pada hari Ahad, lebih kurang jam 2 petang, Almarhum telah menghubungi ayahnya meminta supaya pergi ke Sungai Golok karana ada hal yang sangat penting. Perbualan telefon itu tiba-tiba terputus dan ayahnya tidak dapat menghubunginya lagi selepas itu.

Semasa perbualan telefon dengan Almarhum, ayahnya dapat mendengar rayuan suara anaknya seperti ada sesuatu di sebalik ajakan itu dan tahu bahawa Almarhum sedang disiksa karena nada suara Almarhum yang begitu lemah. Ayahnya yakin bahwa ada muslihat di sebalik panggilan itu dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana panggilan sudah terputus dan tidak dapat menghubunginya lagi.
Almarhum telah diseksa dengan kejam pada hari Sabtu dan dipercayai meninggal sekitar jam 4 petang Ahad.

Melihat kepada mayat Almarhum (gambar), terdapat kesan melecur akibat ditusuk dengan besi panas, disembelih pada leher depan dan belakang, ditikam sebanyak 4 kali, dan dikelar pada badan dengan pisau. Menurut seorang saksi, dia ada terdengar suara minta tolong semasa masuk ke hutan mencari petai tetapi tidak dapat membantu kerana terlalu takut. Beliau hanya ke tempat kejadian pada keesokan harinya dan menemui mayat Almarhum. Kawasan hutan yang dikenali sebagai Wakaf Siku weng itu sering menjadi tempat pembuangan mayat selepas disiksa tentera Siam. Al-Fatihah untuk Almarhum.

Mujahideen Chechen yang gugur

Sedekahkan juga pahala bacaan Al-Fatihah kepada mujahid Magomedali Vagabov (gambar) iaitu suami kepada Almarhumah Mariam Sharipova, bersama empat pejuang yang lain, yang terbunuh Sabtu lepas dalam satu pertempuran dengan tentera Rusia di kampong Gunib, wilayah Kaukasus utara Dagestan.

Vagabov adalah salah seorang pemimpin tertinggi pejuang Chechen menentang Russia.

Pada hari yang sama dalam satu kejadian berasingan, seorang lagi ketua pejuang Chechen, Hamzat Shemilev, telah gugur syahid (Insyaallah) dalam satu pertempuran dengan tentera Rusia.

Pihak berkuasa berkata bahawa beliau terperangkap di dalam rumahnya apabila dikepung tentera dan kemudiannya diminta menyerah diri. Beliau sebaliknya menyerang tentera dan akhirnya gugur syahid, Insyaalah.

Semoga mereka yang gugur diterima Allah sebagai syuhada'.

Al-Fatihah

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari Pattani news & AlJazeera



No comments:

Post a Comment