17 Jun 2010 Jerusalem - Ribuan Yahudi ultra-Ortodoks di Israel telah mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi menentang keputusan mahkamah yang memaksa integrasi dalam sekolah agama perempuan.
Perarakan diadakan di Jerusalem dan beberapa bandar pada hari Khamis bagi menunjukkan penolakan terhadap keputusan mahkamah agung itu.
Jurucakap polis,Micky Rosenfeld, berkata 10,000 polis dikerahkan bagi memastikan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini berikutan terdapat mereka yang membawa poster berbunyi: “Mahkamah Agung adalah fasis.”
"Banduan-banduan Emanuel adalah para utusan bangsa Yahudi," bunyi yang lain.
Bantahan adalah berkisar tentang sebuah sekolah Orthodoks di penempatan Yahudi Emanuel di utara Tebing Barat.
Ibubapa yang berpegang kuat kepada mazhab Slonim Hassidic dari kelompok Yahudi Ashkenazi menolak untuk membenarkan anak-anak mereka berada dalam satu kelas dari keturunan Timur Tengah dan Afrika Utara, yang dikenali sebagai Yahudi Sephardi.
Mereka menyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka bukanlah bersifat perkauman, tetapi mahu memastikan kelas-kelas terus diasingkan, kerana mereka berpendapat bahawa ibubapa pelajar Sephardi kurang beragama dan anak-anak mereka boleh membawa pengaruh yang buruk kepada pelajar-pelajar Ashkenazi.
Walaubagaimanapun, pihak mahkamah menolak bantahan tersebut dan mengarahkan sekurang-kurangnya 43 orang ibubapa Ashkenazi dipenjarakan kerana enggan menghantar semula anak ke sekolah.
Pertembungan paling dramatik
Bantahan ini digambarkan oleh akhbar Israel Haaretz sebagai “pertembungan antara negeri-agama paling dramatik meletus di sini”.
Pemimpin-pemimpin agama dari kalangan Sephardi tidak mengkritik secara terbuka demonstrasi atau sikap ibubapa berkenaan, kerana mengelak menjadi batu-api dalam masyarakat beragama.
Nissim Zeev, pengubal undang-undang parti politik Sephardi konservatif Shas, berkata: “Ini adalah contoh sesuatu yang sepatutnya diserahkan kepada mahkamah rabbi.
“Ianya tidak setimpal, dan agak membingungkan, apabila mahkamah tinggi mengenakan hukuman penjara ke atas keluarga-keluarga ini.”
Namun begitu, Zeev berkata pelajar-pelajar perempuan Sephardi mempunyai hak untuk memilih memasuki sekolah campuran. “Jika pelajar-pelajar di bawah satu bumbung, maka mereka berhak mendapatkan pendidikan yang sama,” katanya.
Penduduk minoriti Yahudi ultra-Orthodoks Israel yang berjumlah 650,000, iaitu tidak sampai 10 peratus dari populasi negara, adalah masyarakat terpencil yang didapati suka membuat kacau apabila berlaku camputangan kerajaan dalam urusan mereka.
Nota
Yahudi Ashkenazi - keturunan berasal dari Jerman. Banyak berhijrah ke Hungary, Poland, Belarus, Lithuania, Rusia, Ukraine dll sekitar antara abad ke-11 dan 19. Antara tokoh utama ialah Albert Einstein, Theodore Herzl, Sigmund Freud dll.
Yahudi Sephardi - keturunan berasal dari semenanjung iberia (Sepanyol & Portugal). Dihalau sekitar tahun 1490an ke negara-negara seperti Afrika Utara, Asia, Filipina dll. Antara tokoh utama ialah Baruch Spinoza, Emma Lazarus, Pierre Mendes dll.
Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari AlJazeera & Agencies
Orthodox Jews rally against verdict
Thousands of ultra-Orthodox Jews in Israel have staged mass demonstrations against a court ruling that forces the integration of a religious girls' school.
The rallies took place in Jerusalem and in other cities on Thursday in a show of mass defiance over the ruling by the supreme court.
Micky Rosenfeld, a police spokesman, said 10,000 police were deployed to maintain order as demonstrators held posters that read: "The Supreme Court is fascist."
"The prisoners of Emanuel are the messengers of the Jewish people," read another.
At the centre of the dispute is an Orthodox school in the Emanuel Jewish settlement in the northern West Bank.
Parents from the strictly observant Slonim Hassidic sect of Ashkenazi Jewry refused to let their children attend school with girls of Mideast and North African descent, known as Sephardim.
They insist they are not racist, but want to keep the classrooms segregated, as they have been for years, arguing that the families of the Sephardi girls are not religious enough.
However, the court rejected that argument and ordered the jailing of at least 43 sets of Ashkenazi parents refusing to send their daughters back to school.
'Most dramatic clash'
The dispute was described by the Israeli daily Haaretz as "the most dramatic state-religion clash to break out here".
Sephardi religious leaders have not publicly criticised the demonstration or the parents' conduct, suggesting a reluctance to drive a wedge within the religious community.
Nissim Zeev, a legislator from the conservative Sephardic political party Shas, said: "This is an example of something that should have been passed to a rabbinical court.
"It's out of proportion, and a bit puzzling, that the high court should impose a prison sentence on these parents."
Still, Zeev said the Sephardi girls had the right to choose to attend a mixed school. "If the children are together under one roof, then they are entitled to the same education," he said.
Israel's ultra-Orthodox minority of some 650,000 Jews, just under 10 per cent of the nation's population, is an insular community that has been known to riot over the state's intrusion into its affairs.
Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
anda di minta utk bca maksud raya tv 3 .jangan nyanyi sume lgu lady gaga kerna ada zikir syaitan .lady gaga antara 33 org yg mncl sblum dajal
ReplyDelete