Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Saturday, August 7, 2010

Yahudi benarkan bunuh bayi

27 July 2010 - Haaretz
Pihak polis Israel membebaskan ketua rabbi dari sebuah yeshiva terkemuka beberapa jam selepas ditahan kerana menggalakkan pembunuhan bukan-Yahudi.

Rabbi Yitzhak Shapira, ketua Od Yosef Hai Yeshiva dan penulis buku "The King's Torah," ditahan awal pagi kelmarin di rumah beliau di kawasan penempatan Yitzhar, Tebing Barat. Kandungan bukunya itu menjelaskan bagaimana bukan-Yahudi boleh dibunuh mengikut halakha (undang-undang agama Yahudi).

Selepas menjalankan operasi menggeladah di yeshiva tersebut, para detektif telah merampas 30 salinan buku berkenaan. Operasi siasatan dan penangkapan dijalankan atas perintah Timbalan Pendakwa Negeri Shai Nitzan.

Buku tersebut, yang diterbitkan dalam bulan November 2009, bermula dengan prakata yang menyatakan membunuh bukan-Yahudi adalah dilarang – tetapi kemudiannya dihuraikan dengan jelas tentang konteks di mana pembunuhan boleh dilakukan.
Menurut Shapira, membunuh bukan-Yahudi yang mengancam negara Israel adalah dibenarkan, sekalipun dia seorang yang taat setia kepada Yahudi.

Bukunya menjelaskan bahawa mana-mana bukan-Yahudi yang menyokong perang ke atas Israel juga boleh dibunuh. Membunuh anak-anak seorang pemimpin (anti Yahudi) bagi tujuan memaksa dia (mendedahkan maklumat dll) juga dibenarkan, kata rabbi.

Secara umumnya, menurut buku itu, membunuh kanak-kanak dibolehkan jika mereka “berada di laluan”. “Mereka berada di laluan di mana usaha penyelamatan (rescue) sedang dilakukan dan mereka berada di sana tanpa niat,” tulisnya lagi. “Walaubagaimanpun, membunuh mereka adalah dibenarkan kerana kehadiran mereka akan menyebabkan pembunuhan Yahudi.

Terdapat justifikasi membolehkan menyakiti bayi-bayi jika jelas mereka akan menyakiti kita apabila dewasa. Dalam keadaan ini, sasaran bukan sahaja kepada mereka yang dewasa tetapi juga kepada bayi-bayi."

Laporan berita Maariv tentang buku tersebut telah membawa kepada penahanan Shapira dan satu petisyen telah difailkan kepada Mahkamah Tinggi bagi menghalang pengedaran buku tersebut. Petisyen berkenaan bagaimanapun ditolak atas sebab tidak matang.

Tindakan menahan rabbi itu telah menimbulkan kemarahan kedua-dua sayap kiri dan kanan. “Pihak polis melakukan perkara yang betul apabila memulakan siasatan,” kata peguam Lila Margalit dari Persatuan Hak-Hak Awam Israel. "Hasutan kepada keganasan kaum boleh melemahkan hak-hak manusia dan tidak boleh diketepikan. Namun begitu, dalam kes ini, ianya tidak jelas samada penangkapan tersebut dibolehkan. Dia menambah bahawa terdapat kecenderungan di Israel untuk melakukan tangkapan yang tidak sepatutnya dan tanpa justifikasi.

Seorang jurucakap mewakili Yitzhar berkata: "Sekali lagi kita melihat para rabbi disumbat mulut mereka dan kehormatan mereka dicalar, bersama-sama dengan rumah-rumah yang diranapkan di pempatan."

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari Haaretz

Secebis harapan : Wahai pembaca budiman, Berita Islam Global (BIG) memerlukan sokongan anda bagi meneruskan usaha-usaha mengeluarkan berita-berita berkualiti dan terkini. Justeru itu, korbankan sedikit tenaga anda untuk klik di mana-mana ruang iklan (jika ada) sebelum keluar dari blog ini. Kesudian anda didahului dengan jazakallahu khairan kasira.


1 comment:

  1. cilaka yahudii..tunggu la kiamat nanti,,

    ReplyDelete