Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Saturday, August 21, 2010
Hutang lumpuh dibayar lumpuh
Ogos 20, 2010 - AP
Cairo: Seorang hakim Saudi telah meminta pandangan dari hospital-hospital di seluruh negara samada mereka berupaya merosakkan saraf tunjang (gambar)seorang lelaki sebagai hukuman selepas dia didapati bersalah menyerang seorang lelaki lain menggunakan parang dan menyebabkannya menjadi lumpuh, kata abang kepada mangsa Khamis lepas.
Abdul Aziz Al Mutairi, 22, menjadi lumpuh dan hilang sebelah kaki selepas terlibat dalam satu pergaduhan dua tahun yang lalu. Beliau telah meminta seorang hakim di wilayah barat Tabuk untuk mengenakan hukuman yang sama (qisas) ke atas penyerangnya di bawah undang-undang Islam, kata Khaled Mutairi kepada The Associated Press melalui panggilan telefon.
Dia berkata bahawa salah sebuah hospital, yang terletak di Tabuk, menyatakan bahawa merosakkan saraf tunjang memang boleh dilakukan, tetapi pembedahan itu perlu dilakukan di hospital lain yang mempunyai fasiliti yang lebih lengkap. Akhbar-akhbar Saudi melaporkan tentang hospital kedua di Riyadh pula menolak untuk melakukankannya.
Pejabat pentadbiran kedua-dua hospital berkenaan dan mahkamah di Tabuk ditutup kerana cuti dan tidak dapat dihubungi.
Satu salinan laporan perubatan Hospital King Khaled di Tabuk telah diperolehi oleh AP yang menyatakan kecederaan sama yang dialami Al Mutairi boleh kenakan kepada penyerangnya dengan menggunakan peransang saraf bagi membuatnya mengalami kecederaan yang sama dan di bahagian anggota yang sama. Laporan tersebut bertarikh enam bulan lepas.
Akhbar Saudi Okaz telah mengenalpasti hakim tersebut sebagai Saud Bin Sulaiman Al Youssef.
Khaled Al Mutairi, 27, berkata penyerang tersebut (tidak dapat dikenalpasti) telah dijatuhi hukuman 14 bulan penjara, tetapi dibebaskan selepas tujuh bulan kerana mendapat pengampunan. Katanya lagi penyerang tersebut kini telah mendapat pekerjaan sebagai guru sekolah.
"Kami menuntut hak kami di bawah undang-undang," katanya lagi. "Mata dibalas mata."
Okaz juga melaporkan bahawa sebuah hospital terkenal di Riyadh - King Faisal Specialist Hospital (gambar)– menyatakan tidak dapat melakukan pembedahan tersebut melalui surat yang berbunyi “tidak mungkin mengenakan kecederaan seperti itu,” jelas membuat penolakan atas dasar etika perubatan.
Undang-undang di Saudi Arabia membenarkan defendan meminta hukuman yang sama dikenakan bagi kecederaan yang mereka tanggung.
Khaled Al Mutairi berkata keluarganya tidak berminat dengan gantirugi, dan bersedia menghantar penyerang tersebuat ke luar negara bagi melakukan pembedahan jika tidak dapat dilakukan dalam negara.
Apa itu Qisas
Qisas adalah kesalahan atau jenayah yang dilakukan oleh pesalah dan hukumannya adalah sama seperti jenayah yang dilakukannya. Hukuman ini hanya boleh dipinda dengan izin keluarga orang yang kena bunuh atau pihak yang menerima kecederaan. Sebagaimana firman allah s.w.t di dalam surah al-baqarah ayat 178 yang bermaksud:
“ Wahai orang-orang Yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan Yang seimbang) Dalam perkara orang-orang Yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka Dengan orang merdeka, dan hamba Dengan hamba, dan perempuan Dengan perempuan. maka sesiapa (pembunuh) Yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak Yang terbunuh), maka hendaklah orang Yang mengampunkan itu) mengikut cara Yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) Dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. sesudah itu sesiapa Yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa Yang tidak terperi sakitnya”
Maksud dalam ayat tersebut adalah untuk menunjukkan persamaan daripada segi hukuman dan ini adalah cara untuk menjalankan keadilan dalam perkara jenayah bunuh pada masa sekarang. Namun apabila berlakunya pembunuhan itu dua orang ataupun lebih maka hukumannya berlainan yang mana ada sesetengah pendapat menyatakan tidak boleh dijatuhkan hukuman bunuh ke atas orang ramai yang bersekutu membunuh seseorang, tetapi hendaklah diadakan hukuman yang lain, kerana tidak terdapat persamaan antara satu dan ramai apabila hukuman dilaksanakan. Kes seumpama ini pernah berlaku pada zaman umar al-Khattab yang mana berhubung peristiwa seorang anak perempuan dengan kekasihnya membunuh anak tirinya. Selepas berbincang dengan ali bin abi talib maka keputusannya adalah membunuh kedu-duanya sekali.
Berdasarkan kes di atas ternyata yang dipertimbangkan bukan daripada segi lahir maksud persamaan,tetapi dipandang daripada sudut jenayah itu sendiri. Ternyata jenayah itu tetap suatu jenayah walaupun dilakukan oleh sekumpulan yang ramai ke atas seseorang.
Sumber: beritaislamglobal.blogspot.com
Sumber qisas: nurasmaisha.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment