Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Friday, August 20, 2010

Didenda kerana kartun Holocaust



Ogos19, 2010
AMSTERDAM: Sebuah mahkamah rayuan Belanda hari ini memutuskan untuk mengenakan denda 2,500 euros kepada sebuah kumpulan Islam Belanda kerana menerbitkan kartun yang memaparkan peristiwa Holocaust adalah rekaan atau diperbesarkan oleh Yahudi.

Mahkamah di barat bandar Arnhem mengenepikan keputusan mahkamah rendah yang sebelum ini memutuskan bahawa kartun yang disiarkan di laman web Liga Arab Eropah (AEL) pada 2006 adalah “tidak semestinya menyinggung perasaan”.

Mahkamah rayuan tersebut berhujah bahawa Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah, yang menjunjung dan mempertahankan kebebasan bersuara, tidak membuat pengecualian terhadap usaha menafi dan meremehkan trajedi Holocaust,” kata sumber mahkamah.

Mahkamah juga mengenakan tempoh 2 tahun dalam pemerhatian kepada AEL.

Kartun tersebut menunjukkan tentang dua orang lelaki yang sedang melihat mayat-mayat. “Saya tidak fikir mereka adalah Yahudi,” kata seorang. Yang seorang lagi menjawab: “Macam manapun kita mesti dapatkan (jumlah) sehingga 6 juta”. Enam juta Yahudi telah terbunuh semasa Holocaust.

AEL berkata mereka tidak berniat untuk mempersoalkan Holocaust, tetapi sebaliknya hanya ingin menunjukkan tentang sikap ‘double standard’ dalam kebebasan bersuara.
AEL telah mengedarkan kartun berkenaan pada 2006 selepas akhbar Denmark menerbitkan kartun Nabi Muhammad (saw), yang membangkitkan kemarahan penganut Islam seluruh dunia.

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari Reuters

No comments:

Post a Comment