Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Saturday, July 31, 2010

Dowri dalam masyarakat Islam?


MANGALORE (India), Julai 14 (IINA)-Pusat Kebudayaan Islam Mangalor merancang untuk mengepalai kempen besar-besaran untuk menghapuskan budaya dowri yang berlaku dalam masyarakat, berikutan masalah ini yang terus membawa kemudaratan kepada semua masyarakat termasuk orang Islam. Ini didedahkan oleh pegawai-pegawai pusat tersebut, dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada hari ini.
“Tidak terdapat konsep dowri dalam Islam. Yang ada hanya Mahar (hadiah diberi pengantin lelaki kepada pengantin perempuan semasa pernikahan). Akan tetapi, akibat daripada konsep dowri yang meresap masuk dalam keluarga-keluarga yang tinggal di Persisiran Karnataka, beberapa orang gadis masih belum berkahwin kerana kegagalan ibubapa mereka menyediakan jumlah wang yang besar sebagai dowri. Banyak keluarga miskin dilihat mendapatkan bantuan beberapa orang bagi mendapatkan bantuan kewangan, menjual harta mereka dan membuat pinjaman bagi memenuhi tuntutan dari pihak pengantin lelaki. Banyak yang telah membunuh diri, dibunuh, jadi gila, atau menjadikan kehidupan lebih melarat, disebabkan oleh gejala dowri. Ada kes-kes di mana hubungan ditamatkan apabila pembayaran penuh tidak dapat dibuat,” kata mereka.
Pusat itu meminta supaya Ulama dan pemimpin masyarakat Islam menjalankan aktiviti-aktiviti seperti ceramah mempromosi perkahwinan mudah, membentuk jawatankuasa di bawah kepimpinan ketua agama atau kadi bagi menguatkuasakan satu kod umum untuk mengadakan perkahwinan, dan menggalakkan golongan belia berkahwin mengikut ajaran Islam, tanpa terikat dengan tekanan tuntutan dowri.
Setiausaha am Kesatuan Ulama Sunni Seluruh India dan penaung Pusat Kebudayaan Islam India, Kantapuram A P Abubakker Musliyar, Kadi daerah Udupi dan presiden jawatankuasa negeri Sunni Jamiyyatul Ulema , P M Ibrahim Musliyar Bekal, ketua Pertubuhan Belia Sunni Negeri Karnataka, Abusufyan H Ibrahim Madani, pengerusi Talent research Foundation, Abdul Ravoof Puttige, setiausaha am Islamic Cultural Centre, Mumtaz Ali, setiausaha bersama, Hyder Partipaddy, bendahari, Usman Haji Mittur dan Masid Pakhva Mutavalli, S M Rashid Haji, turut hadir.

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari AH/IINA

Photo : Abu Baker Musliyar

Hari membakar Quran sedunia

Rabu, 28 Julai 2010
Gainesville, FL, Amerika Syarikat (AHN) – Sebuah gereja di Florida merancang untuk membakar kitab Quran pada hari ulangtahun 9/11 tahun ini, mengundang kemarahan dari masyarakat Islam Amerika dan para bijak-pandai yang sememangnya sudahpun sedia terbabit dalam debat tentang rancangan membina masjid berhampiran Ground Zero. Dove World Outreach Center, sebuah Gereja New Testament di Gainesville, akan membakar kitab Quran pada malam 11 September “sebagai tindakan menentang kejahatan Islam.” Pastor senior gereja tersebut, Terry Jones, adalah seorang penulis buku yang baru diterbitkan berjudul , “Islam is of the Devil.”

Awal bulan ini, gereja tersebut telah mengetuai satu protes di luar Pusat Islam di Gainesville. Mereka merancang untuk mengadakan satu perarakan “No Homo Mayor” menentang Craig Lowe, datuk bandar gay pertama, minggu depan.

“Hanya terdapat satu buku yang benar, dan ia adalah Bible,” kata Jones dalam satu episod rancangan miliknya Braveheart Show di YouTube. “Menuntut supaya semua orang Islam yang tinggal di sini mesti menyesuaikan diri mereka dengan nilai-nilai kami, dengan menjadi bangsa Amerika… Awak datang sini… sesuaikan diri dengan nilai-nilai kami, Perlembagaan kami, cara hidup kami… Kita patut hentikan segera pembinaan semua masjid di Amerika.”

Konsul Hubungan Amerika-Islam (CAIR) telah meminta supaya penganut Islam Amerika mengadakan majlis makan malam “Berkongsi Quran” dalam bulan Ogos ini, iaitu semasa Ramadan.

Kumpulan hak-hak awam percaya dengan mengedarkan salinan-salinan teks kepada masyarakat awam, para pegawai penguatkuasa undang-undang dan wartawan, akan dapat menyediakan maklumat tepat tentang Islam dan sekaligus dapat mengurangkan prasangka anti-muslim.

“Masyarakat Islam Amerika dan mereka yang berfikiran rasional hendaklah menyokong usaha-usaha pendidikan positif bagi mencegah penularan Islamophobia,” kata Ibrahim Hooper, pengarah CAIR national communications, dalam satu kenyataan.

Kontroversi aktiviti 9/11 yang dirancang oleh Dove World Outreach Center hadir di tengah-tengah perdebatan mengenai pembinaan sebuah masjid berhampiran Ground Zero.

Cadangan itu akan menukarkan bangunan lama Kilang Burlington Coat di New York City menjadi sebuah pusat bernilai USD100 juta yang mempunyai sebuah masjid, sebuah auditorium 500-tempat duduk, kolam renang, ruang-ruang pameran seni, kedai buku dan restoran.

Projek itu dicetuskan oleh Feisal Abdul Rauf, imam sebuah masjid di New York City dan pengasas Cordoba Initiative, iaitu pertubuhan yang bermatlamat untuk “menghimpun pemimpin-pemimpin Islam-Barat.”

Para penyokong menjelaskan bahawa fasiliti itu, yang dipanggil Cordoba House, berusaha menerapkan hubungan lebih baik antara masyarakat Islam dan penganut-penganut agama lain. Projek itu mendapat sokongan daripada masyarakat dan pegawai-pegawai perbandaran, termasuk Datuk Bandar Michael Bloomberg, dan juga kumpulan September 11th Families for Peaceful Tomorrows.

Pihak penentang fasiliti tersebut pula mempersoalkan imej Rauf sebagai seorang Muslim sederhana dan membantah bahawa masjid yang terletak di situ dianggap sebagai satu serangan terhadap kenangan mangsa-mangsa 9/11.

Empat buah kapalterbang dirampas oleh pengganas pada 11 September 2001. Dua daripadanya melanggar bangunan berkembar World Trade Center di New York City, satu terhempas di Pentagon dan satu lagi di kawasan padang Pennsylvania. Sejumlah 2,973 orang mati dalam tragedi itu.

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari AHN News Watch

Gambar (atas ke bawah)
1. Sr Pastor Terry Jones
2. Poster protes pembinaan masjid di Ground Zero
3. Sekitar protes
4. T-shirt kempen Islam is of Devil
5. Feisal Abd Rauf
6. Gereja New Testament di Gainesville







Friday, July 30, 2010

Iklan "Nak tinggalkan Islam?"



27 Mei 2010. Motown tidak menggunakan iklan anti-muslim pada bas-bas di New York City.
Sistem bas SMART Detroit telah menolak untuk memasang iklan yang berbunyi "Fatwakan kepala anda? Adakah masyarakat atau keluarga anda mengugut anda? Nak Tinggalkan Islam?" – dan mengajak orang islam melayari sebuah Web site yang mendesak mereka meninggalkan “ pembohongan Islam."
"Ini sememangnya isu anti-muslim," kata Dawud Walid dari Council on American-Islamic Relations (CAIR) kepada Detroit News Jumaat lepas.
"Syarikat bas SMART , atau mana-mana syarikat bas tidak sepatutnya digunakan untuk meminggirkan sebuah kumpulan minoriti."
Mereka yang mempertahan iklan ini iaitu blogger Manhattan Pamela Geller dan pertubuhan Stop the Islamization of America yang berpengkalan di New York, menjelaskan bahawa ianya adalah isu kebebasan bersuara dan mereka telahpun mengambil tindakan saman.
"Rakyat Amerika berhak mengetahui kebenaran; Islam adalah agama yang ganas dan tidak bertolak ansur," kata Peguam Michigan Richard Thompson, yang memfailkan saman tersebut.
"Orang Kristian, Yahudi dan lain-lain minoriti bukan-islam di zalimi di setiap negara yang dikuasai Islam."
Pihak Metropolitan Transportation Authority (MTA) pula masih terus menggunakan 40 iklan tersebut pada bas mereka, yang mana kata Geller melibatkan kos yang ditanggung kumpulan mereka sebanyak $10,000 sebulan, kerana iklan tersebut tidak melanggari garis panduan pengiklanan ajensi.
Dalam bulan April, sistem bas Miami pada mulanya menolak iklan tersebut tetapi menukar fikiran kemudiannya apabila diugut untuk disaman oleh kumpulan Geller.
Seorang pemimpin dalam bantahan terhadap cadangan pembinaan masjid berhampiran Ground Zero yang mempunyai hubungan dengan pergerakan Tea Party, Geller 51 tahun, telah dicop sebagai seorang yang fanatik oleh CAIR dan kumpulan lain.
Dia juga pernah membuat kecoh dalam komuniti blogosphere apabila membuat rakaman videotape tentang tuduhan terhadap pengganas palestin – sambil berbikini.
Dalam satu temuramah dengan The Daily News, Geller berkata dia tidak peduli jika penganut islam marah dengan iklan tersebut. "Adakah ia menyusahkan mereka yang mengagungkan Islam? Ya," katanya.
Source : beritaislamglobal.blogspot.com dari csiemaszko@nydailynews.com

BIG : Pelampau kristian & Yahudi semakin panik. Terpaksa memikirkan berbagai cara untuk menangani kebangkitan Islam di wilayah mereka. Apakah pelaburan mereka berbaloi? Hikmahnya adalah manusia akan semakin dahagakan maklumat tentang Islam apabila iklan ini dipaparkan. Inilah yang dikatakan strategi memakan diri.
Apa pendapat tuan?

Takdir untuk Newlove dan McNeely


Mayat kedua tentera laut AS yang ditawan di timur Afghanistan minggu lepas telah ditemui, menurut pegawai-pegawai AS dan Afghan.
Mayat Jarod Newlove, 25 tahun, ditemui di wilayah Logar pada petang Rabu lepas.

Pegawai tentera AS berkata keluarga mendiang telah dimaklumkan tentang kematiannya.
"Pihak pakatan memberitahu pengarah polis jenayah daerah ini bahawa mayat tersebut adalah milik tentera asing yang dicari selama ini,” kata Mohamad Rahim Amin, seorang ketua kerajaan tempatan di daerah Baraki Barak di barat Logar.
Newlove dan seorang lagi tentera laut, Justin McNeley, telah didapati hilang minggu lepas di wilayah logar. Mayat McNeley ditemui pada hari Ahad.
Pihak Taliban pada mulanya berkata bahawa bahawa Newlove masih hidup semasa ditawan. Zabiullah Mujahid, juracakap Taliban, tidak menjelaskan bagaimana ia mati.

Mujahid, walaubagaimanapun, ada memaklumkan kepada pihak agensi berita The Associated Press di Kabul dua hari lepas yang pihak Taliban meninggalkan “mayat seorang anggota tentera untuk pasukan AS”.

'Keselamatan diketatkan'
Kedua-dua mendiang tentera ditugaskan di sekolah latihan untuk pasukan keselamatan Afghan, menurut pegawai tentera AS. Akan tetapi sekolah tersebut terletak di Kabul.
Pegawai-pegawai Nato belum menjelaskan kenapa kedua-dua tentera tersebut pergi ke Logar, satu wilayah yang dianggap semakin merbahaya di timur Afghanistan.

Jeneral Mustafa Mosseini, ketua polis wilayah Logar, berkata tentera Nato telah memindahkan mayat Newlove pada hari Rabu selepas terbiar semalaman dalam hujan pada malam Selasa.
Mosseini juga menjelaskan bahawa sejak kebelakangan ini, pihak Taliban telah diberi tekanan oleh tentera Nato di kawasan tersebut.
"Keselamatan sedang diketatkan," katanya. "Gerakan menjejaki diteruskan samada di udara dan darat. Tentera militan sedang bergerak ke Pakistan."
Source : AlJazeera & Agencies
BIG : Apa yang difikirkan oleh setiap tentera pakatan sekarang? Ya..who’s next. Kamulah mangsa kerakusan pemimpin-pemimpin Yahudi dan Nasrani.
Kamu berjuang kerana harta sedangkan Taliban berjuang kerana Yang maha Esa.
Kamu kata senjata canggih sebagai penyelamat sedangkan bagi mereka pertolongan Allah sentiasa beringat.
Kamu takut mati sedangkan mereka syahid dinanti.
Ahhh..bezanya antara berdua. Kita di Malaysia bagaimana?

Thursday, July 29, 2010

Pemain bola tidak perlu berpuasa

BERLIN 28 Julai 2010 – Pihak berkuasa bolasepak Jerman dan sebuah kumpulan Muslim telah membuat keputusan untuk membenarkan pemain-pemain beragama Islam tidak berpuasa dalam bulan Ramadan.

Kenyataan dibuat susulan pertelagahan melibatkan kelab divisyen dua FSV Frankfurt, yang mana pada tahun lepas, telah mengeluarkan amaran kepada tiga pemainnya kerana berpuasa dalam bulan Ramadan.

Semasa Ramadan, penganut-penganut Islam akan berpuasa dari awal pagi hingga ke petang. Kelab tersebut mempunyai klausa dalam kontrak yang menyatakan bahawa puasa tidak dibenarkan tanpa kebenaran segera pihak kelab.

Konsul Pusat Islam Jerman berkata bahawa pihaknya telah mendapat nasihat dan panduan dari Al-Azhar, Mesir, institut theologi Sunni Islam terulung, dan lain-lain.

Copyright © 2010 The Associated Press. All rights reserved.

Dr Zakir Naik dilarang ke UK


Konsul Muslim Britain (MCB) memandang serius tindakan kurang bijak Setiausaha Perumahan Theresa May melarang pendakwah terkenal India Dr. Zakir Abdul-Karim Naik melakukan siri ceramah jelajah UK, seperti yang dilaporkan (Daily Telegraph, 18 Jun 2010) , atas alasan kelakuannya yang tidak baik dan di mana lawatan itu nanti boleh membawa kesan yang tidak baik kepada orang awam.

Tindakan Setiausaha Perumahan itu dilihat sebagai usaha mencela suara ramai yang menghendaki acara debat dan diskusi itu diadakan. Program jelajah ini, jika diadakan, bakal menjadi peluang keemasan kepada golongan muda Islam yang bersemangat untuk mendengar mesej-mesej sebenar tentang Islam dan seterusnya dapat menjalinkan persefahaman antara komuniti.

Kerajaan nampaknya memberi reaksi positif terhadap kempen memburukkan pendakwah ini, tanpa mempedulikan kenyataan Dr Naik pada 11 jun 2010: …tujuan kenyataan ini adalah sebagai jawapan kepada laporan akhbar baru-baru ini tentang lawatan saya ke UK pada Jun 2010, termasuklah perkara-perkara yang sepatutnya saya katakan melibatkan konteks dan pandangan saya tentang terrorisme dan extremisme ganas dari sudut keimananan islam yang indah…sebagai pelajar perbandingan agama, kerja saya banyak berkisar tentang mengadakan diskusi membina dengan penganut-penganut agama lain, mempromosi persamaan dan mencari titik pertemuan nilai-nilai untuk keamanan…”

Setiausaha Am MCB Dr Muhammmad Abdul Bari, dalam menyatakan prihatinnya terhadap keputusan itu, hari ini berkata "larangan ini menandakan wujudnya sikap double standard yang diamalkan oleh pihak kerajaan dalam kebebasan berucap. Sementara pendakwah-pendakwah kebencian seperti Geert Wilders bebas untuk mempromosi kejahatan mereka dalam negara ini, ulama Muslim terkenal seperti Dr Naik pula dilarang masuk ke UK atas alasan palsu. Adalah amat disesalkan bahawa tindakan ini boleh member kesan kepada penyatuan komuniti."

IslamOnline

Wednesday, July 28, 2010

Pendaftaran ditolak kerana nama Arab

27-07-2010
Seorang pelajar berusia 13 tahun telah membuat aduan kepada pihak Discrimination Ombudsman (Diskrimineringsombudsmannen, DO), bahawa sebuah sekolah telah menolak pendaftaran beliau sebagai pelajar disebabkan oleh namanya yang berbunyi arab.

Pada 10 Jun lepas, hari di mana sekolah ditutup, pelajar tersebut memohon untuk belajar di Husbygårdsskolan di Kista northwest, Stockholm untuk semester akan datang, katanya dalam surat notifikasi bertarikh 2 Julai.

Pada hari berikutnya, ibu pelajar tersebut, sebagai pengadu bersama, telah menerima mesej daripada setiausaha sekolah, memaklumkan bahawa tiada kekosongan dan menyebabkan permohonan ditolak.

Setiausaha itu kemudiannya bertanya samada pihak sekolah boleh mengoyak surat permohonan tersebut, dan si ibu, tanpa menyedari akibatnya, telah membenarkannya.

Mengesyaki sesuatu, seminggu kemudiannya pada 18 Jun, kakak pelajar tadi menelefon pengetua sekolah, mengaku sebagai wanita Sweden bernama "Annelie" yang sedang mencari tempat untuk anak lelakinya "Johan," yang sebaya dengan dengan adiknya tadi.

"Pengetua amat berbesar hati dan meminta 'Annelie' menghubungi setiausaha bahagian kemasukan sekolah dengan serta merta," tulis pengadu. "Pengetua mengatakan masih terdapat kekosongan dan menutup perbualan dengan berkata, 'Jumpa awak dalam musim luruh nanti.'"

Kakak pelajar tersebut membuat panggilan dan sekali lagi menyamar sebagai "Annelie," kali ini untuk setiausaha.

"Dia juga amat gembira dengan minat 'Annelies'' and 'Johan's' terhadap sekolah itu dan memberi jaminan bahawa masih terdapat kekosongan sebelum cuti musim luruh kerana pihak sekolah telah menyusun semula kelas supaya menjadi lebih besar," tulis pengadu.

Menurut aduan tersebut, setiausaha berkenaan menawarkan untuk membawa "Annelie" ke sekolah bagi melihat sendiri persekitaran dan bangunan sekolah.

Dua minit kemudian, selepas menamatkan panggilan, ibu pelajar tersebut menelefon menggunakan nama Arabnya sendiri dan bertanya samada terdapat kekosongan setelah permintaan terdahulu ditolak.

Setiausaha tersebut menjawab dalam nada seperti marah bahawa "tiada kekosongan tempat, dah penuh, ruang yang terhad." Sebaliknya, si ibu diminta untuk datang semula semasa musim luruh nanti jika terdapat perubahan, tetapi didapati semuanya sudah penuh.

"Saya, ibu dan kakak, begitu juga seluruh ahli keluarga berasa amat marah dengan layanan seperti ini dan meminta supaya pihak Discrimination Ombudsman mengambil tindakan segera untuk mempertahankan hak-hak kami dan membantu kami mendapatkan gantirugi," tulis pengadu.

Pelajar tersebut telah melampirkan transkrip panggilan telefon yang dibuat pada 18 jun dalam aduan, dan memaklumkan bahawa pihak Office for Equal Rights (Byrån för Lika Rättigheter) menyimpan fail-fail audio asal.


http://www.thelocal.se/28000/20100726/

Monday, July 26, 2010

Rogol Secara Penipuan

22 Julai, 2010. Seorang Arab yang tinggal di Israel telah dijatuhi hukuman 18 bulan penjara kerana mengadakan hubungan seks dengan kerelaan dengan seorang wanita Israel yang menyangkanya seorang Yahudi. Sabbar Kashur dijatuhi hukuman pada Isnin selepas didapati bersalah melakukan “perkosaan secara menipu”.
Menurut pihak mahkamah, Kashur bertemu seorang wanita yahudi di Jerusalem pada 2008 dan memperkenalkan dirinya sebagai seorang Yahudi bujang yang mengharapkan hubungan yang serius. Mereka berdua telah mengadakan seks dalam sebuah bangunan berhampiran.

Wanita itu telah membuat aduan jenayah selepas mengetahui Kashur adalah seorang Arab, dan bukannya Yahudi.
Pihak pendakwa mengakui yang hubungan seks itu dilakukan atas kerelaan namun menuduhnya tidak mewakili dirinya yang sebenar.
Mahkamah bersetuju untuk menjatuhkan hukuman terhadap Kashur sekalipun mengakui kesnya bukanlah “perkosaan klasik secara paksaan”.
"Jika dia tidak menyangka yang tertuduh adalah seorang Yahudi bujang yang berminat kepada hubungan romantic yang serius, sudah tentu dia tidak akan memberi kerjasama,” kata hakim-hakim dalam penghakiman mereka.
"Mahkamah hendaklah melindungi kepentingan awam terhadap jenayah-jenayah sophisticated melalui mainan kata-kata dan janji manis, yang boleh merosakkan mangsa-mangsa yang tidak bersalah.”

Penipuan
Kod jenayah Israel menyatakan "penipuan atau deceit" adalah satu factor yang mungkin boleh menimbulkan kemarahan dalam kes-kes serangan seksual dan keputusan dalam kes Kashur bukanlah kali pertama di ambil terhadap seorang lelaki oleh sebuah mahkamah atas alasan “perkosaan secara penipuan,” mengikut beberapa peguam Israel.
Kes yang paling mendapat perhatian adalah pada 2008, apabila Mahkamah Tinggi Keadilan Israel menyokong tuduhan terhadap Zvi Sleiman, seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang pegawai kementerian perumahan dan menawarkan apartmen-apartmen dan faedah-faedah kepada wanita-wanita sebagai tukaran untuk seks.
Satu hukuman rogol boleh disokong apabila “seseorang berbohong dengan tidak menyatakan kebenaran tentang perkara-perkara kritikal kepada seorang wanita”, menurut penghakiman mahkamah.

Beberapa orang lelaki telah dituduh atas kesalahan "rogol secara penipuan" sejak itu.

Tapi kes Kashur adalah yang pertama apabila bangsa seseorang telah digunakan sebagai factor penentu.
"Dalam kes ini, penghakiman nampak seolah-olah mengatakan bahawa jika seorang wanita Yahudi telah mengetahui lelaki itu adalah seorang Arab maka dia tidak akan mengadakan seks dengannya,” kata Abeer Baker, seorang peguam dari Adalah, satu organisasi melindungi hak-hak bangsa arab di Israel.
Baker menganggapnya sebagai satu "keutamaan yang merbahaya," mengatakan ianya hanya akan membolehkan kerajaan Israeli mencampuri kehidupan privasi rakyat.

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari al-jazeera & agencies

Al-Qaeda bunuh tawanan Perancis


Ahad, Julai 25, 2010. Al-Qaeda di Afrika Utara berkata mereka telah membunuh jurutera Perancis Michel Germaneau, yang ditawan di Niger, April lalu.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Al Jazeera, Ahad lepas, ketua al-Qaeda di Islamic Maghreb (AQIM) berkata kumpulannya bertindak membunuh tawanan itu pada hari Sabtu sebagai tindak balas terhadap serangan oleh pihak Perancis dan Mauritania ke atas kumpulan mereka.
"(Presiden Perancis Nicolas) Sarkozy gagal dalam usahanya membebaskan kompatriotnya melalui operasi yang tidak berjaya dan akhirnya membuka salah satu pintu neraka untuk dirinya, rakyatnya dan bangsanya," kata seorang yang dikenali sebagai ketua AQIM iaitu Abu Musab Abdul-Wadud.
"Sebagai respon segera kepada tindakan Perancis yang tercela itu, kami mengesahkan bahawa kami telah membunuh Germaneau sebagai pembalasan terhadap enam orang saudara kami yang terbunuh dalam operasi tersebut," kata satu rakaman suara yang dikaitkan dengan Abdul-Wadud.
Pihak Presidensi Perancis di Paris berkata pihaknya belum lagi menerima pengesahan berhubung dengan pembunuhan Germaneau, dan sedang berusaha ke arah itu.
Sarkozy telah mengadakan mesyuarat krisis dengan penasihat-penasihat pertahanan dan keselamatannya pada Isnin lepas.
Tentera Mauritania, yang ditunjangi oleh pasukan khas Perancis, telah melancarkan serangan melepasi sempadan terhadap satu markas AQIM di Mali pada hari Khamis dan meneruskan serangan sehingga beberapa hari.
Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari Al-Jazeera & Agencies

Sunday, July 25, 2010

Memperingati 42 Tahun Penubuhan PULO


Pada 22 Januari 1968 PULO ditubuhkan di padang Arafah oleh Allah Yarham Tuan Ku Bira Kota Nila / Kabir Abdul Rahman bersama beberapa orang ulama Patani terkemuka ketika itu yang bermustautin di Makkah, Arab Saudi.

Dengan tibanya 22 Januari 2010 genaplah usianya 42 tahun, sekiranya ia dikaitkan dengan umur manusia maka PULO sudah berada dipertengahan umurnya yang boleh diibiaratkan sebagai seorang lelaki yag penuh dengan pengalaman hidup yang telah menimba banyak pengalaman dan telah melalui pelbagai liku hidup, yang penuh dengan jaya dan mundurnya, semuanya itu boleh menjadi panduan untuk masa depannya yang lebih gemilang dan cemerlang.

PULO dewasa ini sudah berada di satu tahap yang cukup memberansangkan berbanding sebelumnya, segala strategi yang telah diatur semenjak pemilihan pucuk pimpinannya lapan bulan yang lalu iaitu pada 2 Jun 2009, telah berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan, dengan melaksanakan banyak kejayaan yang telah dapat direkodkan.

Sempena memperingati 42 tahun ini, PULO memilih temanya “ Umat Bersatu Patani Merdeka ” sebagai satu tema yang menjadi hala tuju kepada usaha memantapkan strategi 5D yang telah dirancang dan telahpun dilaksanakan dengan jayanya.

Salah satu dari strategi tersebut yang menjadi agenda utama PULO ialah memperkasakan tuntutan kebangsaan yang melibatkan seberapa banyak mungkin gerakan pembebasan Patani, dengan kata lain berusaha kearah meletakan gerakan-gerakan pembebasan Patani secara bersama dalam satu arus yang bermomentum tinggi kearah mencari penyelesaian isu Patani dengan berlandaskan sokongan antara bangsa yang kuat dan menyeluruh, di mana pendekatan ini selalu cuba dihalang dan disekat dengan berbagai cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh pihak Kerajaan Thailand pada setiap masa dan ketika.

Siam memandang isu Patani sebagai isu dalaman negaranya, yang tidak boleh dicampuri oleh mana-mana pihak serantau atau anatara bangsa, isu Patani yang cuba ditunjulkan Thailand ialah isu kemiskinan, isu kepentingan peribadi, dan berbagai-bagai lagi isu, semuanya bertujuan untuk menutup isu penjajahan dan isu ramapasan hak dan kedaulatan bangsa Melayu Patani. Sebaliknya PULO dan gerakan-gerakan pembebasan Patani lain sentiasa berusaha supaya ada pihak serantau dan antara bangsa bersedia menjadi orang tengah untuk menggerakan proses damai di Patani yang cuba dielakan oleh Thailand dan menjadi agenda utamanya di peringkat antara bangsa.

Orang tengah atau orang ketiga, adalah dianggapkan sebagai racun yang cukup berbisa oleh pentadbiran Abhisit dan para general Thailand, sebaliknya ia adalah madu dan penewar kepada gerakan pembebasan Patani, sebabnya adalah mudah, kerana apabila ada orang tengah, kejahatannya akan terbongkar dan kebenaran akan berpihak kepada pejuang-pejuag pembebasan Patani, segala usaha yang telah dilakukan Thailand untuk menyekat peranan orang tengah akan gagal kerana ia akan menjadi pukulan maut kepada dirinya, dan yang paling menakutkannya ialah tuntutan kemerdekaan akan mendapat tempat, dan akan dilayan oleh masyarakat antara bangsa selepas itu yang akhirnya usaha damai lebih menguntungkan pejuang yang berkemungkinan akan membawa kepada kemerdekaan sepenuhnya.

Untuk menghalang dari wujudnya Patani merdeka, satu usaha perlu dilakukan Thailand segera walaupun ia sesuatu yang pahit. Apabila parti pembangkang Pegha Thai mengemumkan idea (Mahanakhorn Pattani) dan model Pattani yang dikaitkan dengan keagongan sejarah silam kerajaan Patani lama Langkasuka, maka kerajaan Abhisit terpaksa akur tentang senareo politik yang baru ini, kerana idea ini disambut dengan begitu hangat oleh rakyat Patani, inilah pertama kalinya dalam sejarah kebangkitan bangsa Melayu Patani menentang penjajah, rakyat dapat bersuara dengan begitu lantang dan berani dalam seminar-seminar, forum-furum dalam tv dan surat khabar, walaupun ia nampak semacam tidak terkawal tetapi ia tetap menguntungkan rakyat Patani dalam meningkatkan semangat juang dikalangan masyarakat dalam keadaan yang sukar untuk disekat lagi. Patani sudah dijadikan isu rebutan ahli politik Thai untuk meraih undi.

Hal ini mungkin dibiarkan subur oleh kerajaan Abhisit, kerana ia dapat menyerap dan dapat menghapuskan pada akhirnya tuntutan kemerdekaan yang diperjuagkan oleh gerakan-gerakan pembebasan Patani, maksudnya kerajaan Thailand tidak lagi perlu berdamai dengan pejuang dan tidak perlu ada lagi orang tengah dalam isu Patani, kerana kebanyakan rakyat sudah begitu seronok denga suasana baru ini, selepas ini kerajaan hanya perlu mengajak rakyat duduk berbincang untuk menubuhkan kerajaan yang diingini rakyat dengan membiarkan gerakan-gerakan pembebasan Patani ketandusan isu. Itu mungkin satu gambaran yang sedang dipikirkan kerajaan Abhisit sekarang ini.

Tapi ia sebenarnya bukan begitu realitinya, orang yang menyambut idea Mahanakhorn Pattani dan model Tabuang yang dianjurkan oleh parti Bumiputra, sebenarnya mereka adalah pejuang-pejuang Patani yang sedang menunggu kesempatan untuk memenuhi ruang yang wujud kerana mereka ingin bergerak secara terang-terangan, di mana pejuang di medan tidak mempunyai kesempatan untuk menyertainya, dan bagi orang-orang yang tidak menyokong perjuang pula, mereka awal-awal lagi dan siang-siang lagi tidak berminat tentang idea-idea seperti ini.

2010 adalah tahun yang dapat dilihat landskap perjuangan pembebasan Patani akan berubah wajah kearah yang lebih menguntungkan gerakan pembebasan Patani yang sedang bergerak aktif dari semua aspek, kerjasama yang rapat antara mereka telah memungkinkan banyak perkara yang tak pernah dapat dilakukan sebelum ini, ia telahpun dapat dilakukan dengan penuh kejayaan. Mungkin perkataan BRN, PULO, BIPP, MUJAHIDIN tidak akan disebut lagi dalam masa terdekat ini, yag akan ada hanya Gerakan Pembebasan Patani (GPP), dan hanya GPP saja yang layak mewakili bangsa Melayu Patani.

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari puloinfo