Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Sunday, July 25, 2010
Memperingati 42 Tahun Penubuhan PULO
Pada 22 Januari 1968 PULO ditubuhkan di padang Arafah oleh Allah Yarham Tuan Ku Bira Kota Nila / Kabir Abdul Rahman bersama beberapa orang ulama Patani terkemuka ketika itu yang bermustautin di Makkah, Arab Saudi.
Dengan tibanya 22 Januari 2010 genaplah usianya 42 tahun, sekiranya ia dikaitkan dengan umur manusia maka PULO sudah berada dipertengahan umurnya yang boleh diibiaratkan sebagai seorang lelaki yag penuh dengan pengalaman hidup yang telah menimba banyak pengalaman dan telah melalui pelbagai liku hidup, yang penuh dengan jaya dan mundurnya, semuanya itu boleh menjadi panduan untuk masa depannya yang lebih gemilang dan cemerlang.
PULO dewasa ini sudah berada di satu tahap yang cukup memberansangkan berbanding sebelumnya, segala strategi yang telah diatur semenjak pemilihan pucuk pimpinannya lapan bulan yang lalu iaitu pada 2 Jun 2009, telah berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan, dengan melaksanakan banyak kejayaan yang telah dapat direkodkan.
Sempena memperingati 42 tahun ini, PULO memilih temanya “ Umat Bersatu Patani Merdeka ” sebagai satu tema yang menjadi hala tuju kepada usaha memantapkan strategi 5D yang telah dirancang dan telahpun dilaksanakan dengan jayanya.
Salah satu dari strategi tersebut yang menjadi agenda utama PULO ialah memperkasakan tuntutan kebangsaan yang melibatkan seberapa banyak mungkin gerakan pembebasan Patani, dengan kata lain berusaha kearah meletakan gerakan-gerakan pembebasan Patani secara bersama dalam satu arus yang bermomentum tinggi kearah mencari penyelesaian isu Patani dengan berlandaskan sokongan antara bangsa yang kuat dan menyeluruh, di mana pendekatan ini selalu cuba dihalang dan disekat dengan berbagai cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh pihak Kerajaan Thailand pada setiap masa dan ketika.
Siam memandang isu Patani sebagai isu dalaman negaranya, yang tidak boleh dicampuri oleh mana-mana pihak serantau atau anatara bangsa, isu Patani yang cuba ditunjulkan Thailand ialah isu kemiskinan, isu kepentingan peribadi, dan berbagai-bagai lagi isu, semuanya bertujuan untuk menutup isu penjajahan dan isu ramapasan hak dan kedaulatan bangsa Melayu Patani. Sebaliknya PULO dan gerakan-gerakan pembebasan Patani lain sentiasa berusaha supaya ada pihak serantau dan antara bangsa bersedia menjadi orang tengah untuk menggerakan proses damai di Patani yang cuba dielakan oleh Thailand dan menjadi agenda utamanya di peringkat antara bangsa.
Orang tengah atau orang ketiga, adalah dianggapkan sebagai racun yang cukup berbisa oleh pentadbiran Abhisit dan para general Thailand, sebaliknya ia adalah madu dan penewar kepada gerakan pembebasan Patani, sebabnya adalah mudah, kerana apabila ada orang tengah, kejahatannya akan terbongkar dan kebenaran akan berpihak kepada pejuang-pejuag pembebasan Patani, segala usaha yang telah dilakukan Thailand untuk menyekat peranan orang tengah akan gagal kerana ia akan menjadi pukulan maut kepada dirinya, dan yang paling menakutkannya ialah tuntutan kemerdekaan akan mendapat tempat, dan akan dilayan oleh masyarakat antara bangsa selepas itu yang akhirnya usaha damai lebih menguntungkan pejuang yang berkemungkinan akan membawa kepada kemerdekaan sepenuhnya.
Untuk menghalang dari wujudnya Patani merdeka, satu usaha perlu dilakukan Thailand segera walaupun ia sesuatu yang pahit. Apabila parti pembangkang Pegha Thai mengemumkan idea (Mahanakhorn Pattani) dan model Pattani yang dikaitkan dengan keagongan sejarah silam kerajaan Patani lama Langkasuka, maka kerajaan Abhisit terpaksa akur tentang senareo politik yang baru ini, kerana idea ini disambut dengan begitu hangat oleh rakyat Patani, inilah pertama kalinya dalam sejarah kebangkitan bangsa Melayu Patani menentang penjajah, rakyat dapat bersuara dengan begitu lantang dan berani dalam seminar-seminar, forum-furum dalam tv dan surat khabar, walaupun ia nampak semacam tidak terkawal tetapi ia tetap menguntungkan rakyat Patani dalam meningkatkan semangat juang dikalangan masyarakat dalam keadaan yang sukar untuk disekat lagi. Patani sudah dijadikan isu rebutan ahli politik Thai untuk meraih undi.
Hal ini mungkin dibiarkan subur oleh kerajaan Abhisit, kerana ia dapat menyerap dan dapat menghapuskan pada akhirnya tuntutan kemerdekaan yang diperjuagkan oleh gerakan-gerakan pembebasan Patani, maksudnya kerajaan Thailand tidak lagi perlu berdamai dengan pejuang dan tidak perlu ada lagi orang tengah dalam isu Patani, kerana kebanyakan rakyat sudah begitu seronok denga suasana baru ini, selepas ini kerajaan hanya perlu mengajak rakyat duduk berbincang untuk menubuhkan kerajaan yang diingini rakyat dengan membiarkan gerakan-gerakan pembebasan Patani ketandusan isu. Itu mungkin satu gambaran yang sedang dipikirkan kerajaan Abhisit sekarang ini.
Tapi ia sebenarnya bukan begitu realitinya, orang yang menyambut idea Mahanakhorn Pattani dan model Tabuang yang dianjurkan oleh parti Bumiputra, sebenarnya mereka adalah pejuang-pejuang Patani yang sedang menunggu kesempatan untuk memenuhi ruang yang wujud kerana mereka ingin bergerak secara terang-terangan, di mana pejuang di medan tidak mempunyai kesempatan untuk menyertainya, dan bagi orang-orang yang tidak menyokong perjuang pula, mereka awal-awal lagi dan siang-siang lagi tidak berminat tentang idea-idea seperti ini.
2010 adalah tahun yang dapat dilihat landskap perjuangan pembebasan Patani akan berubah wajah kearah yang lebih menguntungkan gerakan pembebasan Patani yang sedang bergerak aktif dari semua aspek, kerjasama yang rapat antara mereka telah memungkinkan banyak perkara yang tak pernah dapat dilakukan sebelum ini, ia telahpun dapat dilakukan dengan penuh kejayaan. Mungkin perkataan BRN, PULO, BIPP, MUJAHIDIN tidak akan disebut lagi dalam masa terdekat ini, yag akan ada hanya Gerakan Pembebasan Patani (GPP), dan hanya GPP saja yang layak mewakili bangsa Melayu Patani.
Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari puloinfo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment