Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Saturday, July 31, 2010

Dowri dalam masyarakat Islam?


MANGALORE (India), Julai 14 (IINA)-Pusat Kebudayaan Islam Mangalor merancang untuk mengepalai kempen besar-besaran untuk menghapuskan budaya dowri yang berlaku dalam masyarakat, berikutan masalah ini yang terus membawa kemudaratan kepada semua masyarakat termasuk orang Islam. Ini didedahkan oleh pegawai-pegawai pusat tersebut, dalam satu sidang akhbar yang diadakan pada hari ini.
“Tidak terdapat konsep dowri dalam Islam. Yang ada hanya Mahar (hadiah diberi pengantin lelaki kepada pengantin perempuan semasa pernikahan). Akan tetapi, akibat daripada konsep dowri yang meresap masuk dalam keluarga-keluarga yang tinggal di Persisiran Karnataka, beberapa orang gadis masih belum berkahwin kerana kegagalan ibubapa mereka menyediakan jumlah wang yang besar sebagai dowri. Banyak keluarga miskin dilihat mendapatkan bantuan beberapa orang bagi mendapatkan bantuan kewangan, menjual harta mereka dan membuat pinjaman bagi memenuhi tuntutan dari pihak pengantin lelaki. Banyak yang telah membunuh diri, dibunuh, jadi gila, atau menjadikan kehidupan lebih melarat, disebabkan oleh gejala dowri. Ada kes-kes di mana hubungan ditamatkan apabila pembayaran penuh tidak dapat dibuat,” kata mereka.
Pusat itu meminta supaya Ulama dan pemimpin masyarakat Islam menjalankan aktiviti-aktiviti seperti ceramah mempromosi perkahwinan mudah, membentuk jawatankuasa di bawah kepimpinan ketua agama atau kadi bagi menguatkuasakan satu kod umum untuk mengadakan perkahwinan, dan menggalakkan golongan belia berkahwin mengikut ajaran Islam, tanpa terikat dengan tekanan tuntutan dowri.
Setiausaha am Kesatuan Ulama Sunni Seluruh India dan penaung Pusat Kebudayaan Islam India, Kantapuram A P Abubakker Musliyar, Kadi daerah Udupi dan presiden jawatankuasa negeri Sunni Jamiyyatul Ulema , P M Ibrahim Musliyar Bekal, ketua Pertubuhan Belia Sunni Negeri Karnataka, Abusufyan H Ibrahim Madani, pengerusi Talent research Foundation, Abdul Ravoof Puttige, setiausaha am Islamic Cultural Centre, Mumtaz Ali, setiausaha bersama, Hyder Partipaddy, bendahari, Usman Haji Mittur dan Masid Pakhva Mutavalli, S M Rashid Haji, turut hadir.

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari AH/IINA

Photo : Abu Baker Musliyar

2 comments:

  1. apa beza dowri ngan mahar?tak paham la

    ReplyDelete
  2. Mahar tu dari lelaki kepada wanita sedangkan dowri - dari wanita kepada lelaki

    ReplyDelete