Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Monday, July 26, 2010

Al-Qaeda bunuh tawanan Perancis


Ahad, Julai 25, 2010. Al-Qaeda di Afrika Utara berkata mereka telah membunuh jurutera Perancis Michel Germaneau, yang ditawan di Niger, April lalu.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Al Jazeera, Ahad lepas, ketua al-Qaeda di Islamic Maghreb (AQIM) berkata kumpulannya bertindak membunuh tawanan itu pada hari Sabtu sebagai tindak balas terhadap serangan oleh pihak Perancis dan Mauritania ke atas kumpulan mereka.
"(Presiden Perancis Nicolas) Sarkozy gagal dalam usahanya membebaskan kompatriotnya melalui operasi yang tidak berjaya dan akhirnya membuka salah satu pintu neraka untuk dirinya, rakyatnya dan bangsanya," kata seorang yang dikenali sebagai ketua AQIM iaitu Abu Musab Abdul-Wadud.
"Sebagai respon segera kepada tindakan Perancis yang tercela itu, kami mengesahkan bahawa kami telah membunuh Germaneau sebagai pembalasan terhadap enam orang saudara kami yang terbunuh dalam operasi tersebut," kata satu rakaman suara yang dikaitkan dengan Abdul-Wadud.
Pihak Presidensi Perancis di Paris berkata pihaknya belum lagi menerima pengesahan berhubung dengan pembunuhan Germaneau, dan sedang berusaha ke arah itu.
Sarkozy telah mengadakan mesyuarat krisis dengan penasihat-penasihat pertahanan dan keselamatannya pada Isnin lepas.
Tentera Mauritania, yang ditunjangi oleh pasukan khas Perancis, telah melancarkan serangan melepasi sempadan terhadap satu markas AQIM di Mali pada hari Khamis dan meneruskan serangan sehingga beberapa hari.
Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari Al-Jazeera & Agencies

No comments:

Post a Comment