22 Julai, 2010. Seorang Arab yang tinggal di Israel telah dijatuhi hukuman 18 bulan penjara kerana mengadakan hubungan seks dengan kerelaan dengan seorang wanita Israel yang menyangkanya seorang Yahudi. Sabbar Kashur dijatuhi hukuman pada Isnin selepas didapati bersalah melakukan “perkosaan secara menipu”.
Menurut pihak mahkamah, Kashur bertemu seorang wanita yahudi di Jerusalem pada 2008 dan memperkenalkan dirinya sebagai seorang Yahudi bujang yang mengharapkan hubungan yang serius. Mereka berdua telah mengadakan seks dalam sebuah bangunan berhampiran.
Wanita itu telah membuat aduan jenayah selepas mengetahui Kashur adalah seorang Arab, dan bukannya Yahudi.
Pihak pendakwa mengakui yang hubungan seks itu dilakukan atas kerelaan namun menuduhnya tidak mewakili dirinya yang sebenar.
Mahkamah bersetuju untuk menjatuhkan hukuman terhadap Kashur sekalipun mengakui kesnya bukanlah “perkosaan klasik secara paksaan”.
"Jika dia tidak menyangka yang tertuduh adalah seorang Yahudi bujang yang berminat kepada hubungan romantic yang serius, sudah tentu dia tidak akan memberi kerjasama,” kata hakim-hakim dalam penghakiman mereka.
"Mahkamah hendaklah melindungi kepentingan awam terhadap jenayah-jenayah sophisticated melalui mainan kata-kata dan janji manis, yang boleh merosakkan mangsa-mangsa yang tidak bersalah.”
Penipuan
Kod jenayah Israel menyatakan "penipuan atau deceit" adalah satu factor yang mungkin boleh menimbulkan kemarahan dalam kes-kes serangan seksual dan keputusan dalam kes Kashur bukanlah kali pertama di ambil terhadap seorang lelaki oleh sebuah mahkamah atas alasan “perkosaan secara penipuan,” mengikut beberapa peguam Israel.
Kes yang paling mendapat perhatian adalah pada 2008, apabila Mahkamah Tinggi Keadilan Israel menyokong tuduhan terhadap Zvi Sleiman, seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang pegawai kementerian perumahan dan menawarkan apartmen-apartmen dan faedah-faedah kepada wanita-wanita sebagai tukaran untuk seks.
Satu hukuman rogol boleh disokong apabila “seseorang berbohong dengan tidak menyatakan kebenaran tentang perkara-perkara kritikal kepada seorang wanita”, menurut penghakiman mahkamah.
Beberapa orang lelaki telah dituduh atas kesalahan "rogol secara penipuan" sejak itu.
Tapi kes Kashur adalah yang pertama apabila bangsa seseorang telah digunakan sebagai factor penentu.
"Dalam kes ini, penghakiman nampak seolah-olah mengatakan bahawa jika seorang wanita Yahudi telah mengetahui lelaki itu adalah seorang Arab maka dia tidak akan mengadakan seks dengannya,” kata Abeer Baker, seorang peguam dari Adalah, satu organisasi melindungi hak-hak bangsa arab di Israel.
Baker menganggapnya sebagai satu "keutamaan yang merbahaya," mengatakan ianya hanya akan membolehkan kerajaan Israeli mencampuri kehidupan privasi rakyat.
Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari al-jazeera & agencies
Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Monday, July 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment