Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Tuesday, November 30, 2010

Iran marah simbol Zionis atas bumbung bangunan



beritaislamglobal.blogspot.com (Source here)

Haifa, ISRAEL (Nayef Zidani)
Gambar satelit lapangan terbang Tehran yang diambil oleh perkhidmatan Google Earth telah menimbulkan kemarahan para pegawai kerajaan Iran kerana menunjukkan lambang “Star of David” di atas bumbung ibupejabat Pengangkutan Udara Kebangsaan Iran.

Pihak berkuasa Iran marah apabila sebuah media tempatan melaporkan, Sabtu lalu, tentang penemuan imej yang menunjukkan lambang “Star of David” di atas bumbung bangunan utama Lapangan terbang Republik Islam Iran, atau lebih dikenali sebagai Iran Air, dan mengarahkan supaya ianya dibuang dengan segera, lapor akhbar Israel, Yediot Ahronot, Ahad.

Berikutan timbulnya spekulasi berhubung dengan kewujudan simbol Zionis dalam negara yang telah memutuskan hubungan dengan Israel itu sejak revolusi 1979, pihak media Iran menjelaskan bahawa bangunan itu sebenarnya dibina oleh jurutera Israel sewaktu pemerintahan Shah Mohamed Reza Pahlavi.

Di tengah-tengah gesaan pelbagai pihak yang menghendaki simbol itu dibuang, beberapa laporan media tempatan memfokuskan hubungan akrab yang wujud antara Israel dengan kerajaan pra-revolusi.

Menurut laporan berkenaan, kerajaan Shah bukan sahaja melantik jurutera-jurutera Israel untuk membina bangunan tersebut, tetapi juga menjalinkan hubungan udara dengan “negara” berkenaan mulai 1960.

Laporan tersebut turut mendedahkan bagaimana pihak Israel menjual senjata untuk kegunaan tentera Shah sebagai tukaran untuk mendapatkan minyak, dan program-program latihan yang diadakan antara kedua-dua negara di mana pakar-pakar Israel melatih Iran dalam bidang pertanian dan perdagangan

Ini bukan kali pertama simbol “Star of David” menimbulkan kekecohan di Iran, kerana ia juga turut dikesan terdapat di atas sebuah bangunan dalam kawasan Medan Revolusi Tehran. Di kawasan itu sendiri, terdapat beratus-ratus lambang Stars of David, yang dianggap oleh media tempatan sebagai simbol kejahatan yang cuba memusnahkan pusat Republik Islam itu.


Kehadiran simbol itu dalam jumlah yang besar menimbulkan kekeliruan di kalangan warga Iran yang tertanya-tanya apakah motif pereka yang melukis simbol negara Ibrani itu di situ.

Satu artikel dalam laman berita tempatan membangkitkan persoalan samada perekanya memang seorang yang jahil tentang simbol itu atau seorang yang bersekutu rapat dengan Israel.

(Translated from Arabic by Sonia Farid).

Sunday, November 28, 2010

Jangan terkejut jika alat sulit anda disentuh


Seorang pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) memeriksa seorang penumpang di tempat-pemeriksaan keselamatan, Nov. 22, 2010, di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di Seattle. Terdapat beberapa peraturan baru di beberapa lapangan terbang AS yang memerlukan setiap penumpang udara melalui mesin pengimbas tubuh yang menghasilkan gambar bogel mereka secara maya (gambar dihujung posting). Mereka yang tidak mahu diperiksa seperti ini terpaksa melalui pemeriksaan secara manual (pat-down) oleh pegawai TSA termasuk menyentuh kemaluan mereka (AP Photo/Elaine Thompson)

beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)

LOS ANGELES (AP) – Ianya bukanlah jenayah fesyen, tetapi baju sejuk yang besar dan skirt labuh hingga ke buku lali yang dipakai Wendy Gigliotti menjadikannya sasaran pemeriksaan skrin di lapangan terbang.

Seorang pegawai wanita TSA memberitahunya, "Kami tak tahu jika ada sesuatu yang tersembunyi dalam skirt awak." Beliau kemudian diperiksa dengan cara yang beliau anggap telah melampaui had pemeriksaan fizikal.

"Saya bukan sahaja berasa seperti penjenayah, bahkan hak-hak saya juga dicabuli," kata Gigliotti.

Gigliotti adalah antara penumpang-penumpang yang berasa malu dan marah dengan kaedah baru pemeriksaan tubuh badan yang lebih ketat oleh TSA yang mula diaplikasikan bulan ini apabila musim percutian bermula.

Pakar-pakar perjalanan berkata kaedah pemeriksaan baru seperti itu akan membuatkan orang ramai memikirkan fesyen pakaian yang sesuai dipakai di lapangan terbang yang akan memudahkan mereka melepasi pemeriksaan skrin tanpa dimalukan.

Pakaian yang penuh dengan butang besi perlu dielakkan, begitu juga dengan coli berwayar (underwire bras). Pilih seluar panjang berbanding skirt. Pakaian besar akan menyebabkan anda melalui pemeriksaan yang lebih ketat. "Sekarang memang susah nak naik kapalterbang, jadi kita perlu bertindak secara waras," kata Susan Foster, penulis buku "Smart Packing for Today's Traveler." "Mari kita minimakan kesusahan ini."

Melissa Wood dari Marina Del Rey berkata dia membuat persiapan awal jika terpaksa melalui pemeriksaan tubuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles dengan memakai seluar jean ketat, baju sejuk yang kecil dan boot kulit kambing. Beliau juga memastikan yang semua barang-barangnya dikeluarkan dari poket dan disimpan dalam beg tangan.

"Saya tidak mahu ada masalah apabila sampai di tempat pemeriksaan nanti," kata Wood.

Yang lain pula menyamakanya dengan peraturan Disneyland.

"Kita perlu berpakaian seperti di Disneyland untuk ke lapangan terbang, maksud saya memakai pakaian yang selesa serta kasut yang baik," kaya Aliise Becker, yang memakai turtleneck, seluar panjang biru dan kot untuk penerbangan dari Sacramento ke Los Angeles. "Hari-hari berpakaian cantik dan menarik dah berlalu."

Teknik mencari cara baru membolehkan pegawai TSA menggunakan bahagian depan tangan dan jari mereka untuk mengesan senjata-senjata tersembunyi di sekitar bahagian-bahagian sensitif, termasuk bahagian faraj dan payu dara. Pada masa lepas, pegawai TSA hanya menggosok bahagian-bahagian tersebut menggunakan belakang tangan.

Ramai yang membantah kaedah pemeriksaan intensif seperti ini kerana ianya melanggar kebebasan sivil termasuk kebebasan beragama, hak perseorangan dan perlindungan undang-undang daripada pemeriksaan yang tidak berasas.

Pegawai-pegawai persekutuan menjelaskan yang prosidur seperti itu penting bagi mengelakkan serangan pengganas seperti cubaan mengebom kapal terbang oleh lelaki Nigeria yang menyembunyikan bahan letupan dalam seluar dalamnya.

Baru-baru ini, seorang lelaki San Diego yang berkeras tidak mahu diperiksa di bahagian kelangkang, memberitahu seorang pegawai TSA, "Kalau awak sentuh anu saya, saya akan pastikan awak ditahan" menjadi hit di internet apabila beliau menghantar pita rakaman pertengkarannya itu secara online.



Dalam siaran radio Alex Jones, seorang pemanggil mengadu tentang seorang pegawai TSA yang memasukkan tanggannya melepasi pinggang kerana beliau memakai seluar besar.

Gigliotti berkata dia memang tidak tahu menahu tentang langkah-langkah keselamatan yang telah ditingkatkan, oleh kerana itu beliau terkejut apabila pegawai TSA menyentuh bahagian-bahagian sensitif pada tubuhnya minggu lepas.

Jurucakap TSA Nico Melendez berkata mereka belum lagi menerima sebarang aduan bertulis daripada beliau.

Rabu lalu, ahli Majlis Perbandaran Los Angeles Janice Hahn menyatakan yang beliau faham dengan kegelisahan orang awam dan pihaknya berusaha untuk meredakan situasi tersebut.

"Saya juga beratur seperti orang lain. Saya perlu tanggalkan kasut. Kadang-kadang saya lupa nak periksa keadaan kaki saya. Saya perlu tanggalkan jaket. Adakalanya saya terlupa bahawa saya tidak ingin blaus yang saya pakai dilihat orang. Tapi kepayahan ini hanya sedikit, dan begitu juga rasa malu yang tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan tujuan kita melakukan tindakan tersebut." katanya.

David Stempler, presiden Persekutuan Penumpang-Penumpang Udara (ATA), berkata beliau memang sedia maklum dengan aduan wanita-wanita tentang pegawai TSA yang memeriksa hingga ke dalam skirt mereka.

"Ianya memang satu masalah, sebab itulah saya mencadangkan penggunaan mesin pengimbas," kata Stempler. "Penumpang akan diperiksa dengan lebih baik dan selesa berbanding kaedah menyentuh tubuh."

Beberapa penumpang dan kru penerbangan takut kalau-kalau mesin pengimejan tersebut mengeluarkan dos radiasi yang tidak sihat. Jumaat lepas, pihak kerajaan menegaskan yang mesin tersebut selamat, tetapi bersetuju supaya pemeriksaan skrin itu dikecualikan kepada pilot yang berpakaian seragam.

Satu kempen mengajak penumpang-penumpang kapalterbang memboikot mesin pengimbas tubuh tersebut sehari sebelum Hari Thanksgiving dan mendesak supaya pemeriksaan tubuh (pat-down iaitu alternatif kedua jika mesin ditolak) dibuat di tempat terbuka dan depan penumpang-penumpang lain. Ramai juga yang membuat lawak di Twitter supaya memakai sut hari ulangtahun di lapangan terbang.

Memakai T-shirt yang dijual di internet yang mempunyai tulisan mempersendakan pat-down bukan satu langkah bijak. Antaranya, ayat-ayat tersebut berbunyi "firmly grasp", "don't touch my junk" dan "Fondling junk since 2010."

BIG : Kepada yang nak bercuti ke AS, harap ambil perhatian ye..

Friday, November 26, 2010

Nikahkan kucing untuk minta hujan


beritaislamglobal.blogspot.com (Original text here)

Tulungagung - Majelis Ulama Indonesia (MUI) Tulungagung, Jawa Timur mengecam festival kahwin kucing yang digelar pemerintah tempatan sebagai salah satu kegiatan memperingati hari ulang tahun (HUT) ke-805 daerah Tulungagung.

"Bagaimana pihak pemerintah boleh membenarkan kegiatan yang berbau syirik dan melukai hati umat Islam. Kenapa mengadakan majlis pernikahan kucing yang sama seperti melangsungkan pernikahan manusia secara Islam, apalagi disertai ijab qobul dan diiringi sholawat hadrah dan sebagainya?," kata Wakil Ketua Cawangan MUI, Maskur Kholil, Kamis.

Ia menegaskan, ritual atau festival kahwin kucing seperti yang dibuat di 19 kawasan di Tulungagung beberapa tahun yang lepas seolah-olah seperti telah menghina kiai dan menodai agama.


Guru Pondok Pesantren Al-Fatah Mangunsari Kedungwaru itu menjelaskan, yang menjadi perhatian MUI adalah penampilan seorang seperti kiai yang menikahkan kucing yang seakan-akan seperti mengahwinkan manusia.

"Sesiapa sahaja boleh mengembangkan budaya. Tapi jangan sekali-kali mencampuradukan agama dengan budaya, itu (kahwin kucing) kerana ia sama seperti menghina kiai," ujarnya.

Kecaman serupa juga dilontarkan Setiausaha MUI, Abu Sofyan Sirojuddin.

Menurut beliau, pegawai daerah Heru Tjahjono tidak menghiraukan peringatan MUI yang telah dibuat melalui surat bernombor 115/DP-Kab/MUI-TA/2010.

Padahal, surat itu disampaikan secara rasmi dan ditandatangani sendiri oleh ketua MUI KH Hadi Mahfud bertarikh 9 November, jelasnya peringatan itu tidak dihiraukan apabila festival diteruskan dengan menampilkan lakonan seorang kiai.

"Kami sudah lama menghantar surat peringatan tapi tidak dilayan," kata salah seorang ulama paling berpengaruh di Kota Marmer itu yang seperti kecewa.

Dalam kenyataan berasingan, Heru Tjahjono memaklumkan yang pihaknya ingin menyampaikan permohonan maaf kepada seluruh masyarakat Tulunggaung.

Beliau memberi jaminan bahawa acara yang boleh menimbulkan kontroversi seperti itu tidak akan diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang. "Kami minta maaf," kata Heru.

Festival kahwin kucing ini berasal dari Desa Pelem, Campurdarat, yang melibatkan acara memandikan sepasang kucing yang secara simbolik dijodohkan di sebuah sumber mata air yang dipanggil Coban Kromo.

Tradisi itu dilakukan warga Desa Pelam ketika menghadapi masalah ketiadaan air dalam musim kemarau. (Sumber : AntaraNews)

Video Festival Manten Kucing

Nenek : Saya doakan Obama peluk Islam



beritaislamglobal.blogspot.com (English version here)

RIYADH: Nenek Presiden AS Barack Obama dari Kenya yang masih berada di Mekah selepas menunaikan Haji berkata beliau telah berdoa supaya pemimpin Amerika itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar, kelmarin.

"Saya berdoa agar cucu saya Barack memeluk Islam," kata Haja Sarah Omar, 88, dalam satu temubual bersama akhbar Al-Watan di Jeddah selepas beliau selesai menyempurnakan ibadah Haji.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa Haja Omar was berada di Arab Saudi bersama anak lelakinya Saeed Hussein Obama, dan empat orang cucunya sebagai tetamu kepada Raja Abdullah. Haja Omar memberitahu yang beliau hanya boleh membincangkan tentang perkara berkaitan Haji dan tidak akan membuat sebarang ulasan tentang politik Obama.

"Saya berasa amat gembira apabila mengenang kembali tentang guru saya yang sering bercerita tentang Makkah dan Madinah semasa kecil," kata Haja Omar, yang dibesarkan di kampung Koglilu, barat Kenya.

Bagaimanapun, apabila ditanya tentang jangkaanya samada Obama boleh memenangi penggal kedua di White House, Haja tertawa kecil sambil memandang anaknya Saeed Obama dan cucu-cucunya, "Hanya Allah yang mengetahui, kerana ianya tentang masa depan yang tidak diketahui."


Haja juga berdoa agar Raja Abdullah cepat sembuh, dan berkata bahawa raja adalah seorang yang sangat baik hati.
Putera Mamdouh mengadakan majlis makan malam sebagai menyambut kedatangan Haja, anak-anak dan cucu-cucunya ke istana beliau di Jeddah, Rabu lalu.

Faisal Ambuya, salah seorang sepupu Obama, yang memeluk Islam melalui Haja berkata, "Nenek saya suka mengajak orang bukan-Islam kepada Islam dan saya banyak belajar tentang Islam daripadanya."

"Bila pulang ke kampung saya nanti, saya akan memberitahu penduduk kampung tentang kekuatan Islam," katanya.

Bapa saudara Obama, Saeed pula berkata beliau tidak pernah terfikir untuk dapat menunaikan ibadah Haji tahun ini. "Saya berasa amat gembira kerana boleh dapat melakukan ibadah ini. Saya bersyukur kepada Allah dan amat berterimakasih kepada Raja Abdullah kerana menjadikan kami sebagai tetamu Haji ."

Perbelanjaan ibadah Haji mereka dibiayai sepenuhnya oleh A-Fahim (gambar), seorang hartawan hartanah UAI yang juga seorang duta PBB.


Sementara itu, Musa Ismail, salah seorang sepupu Obama, yang bertindak sebagai jurucakap dan penterjemah bagi pihak keluarga Haja, sekarang ini menuntut di Universiti Islam Madinah.

Wednesday, November 24, 2010

Lamaran ditolak kerana jaga kubur



beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)

JEDDAH: Walaupun sudah berusia 49 tahun, Abu Wisam masih bujang. Beliau adalah lelaki yang melalui pengalaman pahit apabila lamarannya ditolak ramai wanita.

Ini bukan kerana disebabkan isu-isu berkaitan keperibadian beliau, tetapi kerana kerja yang dilakukannya — dia adalah penjaga pintu kubur. Ibubapa wanita-wanita berkenaan berasa tidak selesa apabila anak-anak mereka mengahwini penjaga kubur. Ini memaksa Abu Wisam, penjaga Tanah Perkuburan Hawa di pinggir Jeddah, dengan berat hati memikirkan untuk mencari kerja lain.

Abu Wisam tidak keseorangan. Terdapat ramai lagi yang melakukan kerja-kerja buruh dan berada dalam situasi yang sama, dan ada juga yang menjalani kehidupan yang agak terasing kerana pandangan masyarakat terhadap bidang tugas yang mereka lakukan, lapor akhbar Al-Watan.

“Saya mewarisi kerja ini dari ayah saya. Tugas saya hanya menjaga tanah perkuburan dan mengawasi pelawat-pelawat,” kata Abu Wisam, yang duduk di atas kerusi rosak berhampiran pintu pagar sambil memerhatikan pelawat-pelawat yang keluar-masuk.

“Beberapa keluarga menolak lamaran saya hanya kerana tugas yang saya lakukan. Anak-anak perempuan mereka takut bersuamikan seorang penjaga kubur. Bagaimanpun, saya berazam untuk meneruskan kerja saya ini. Saya tidak kisah dengan akibatnya. Saya mungkin tidak akan menjumpai wanita muda yang bersedia menjadi pasangan saya,” katanya.

Abdul Wahab Mannan pula bekerja sebagai tukang mandi janazah di Jeddah. Beliau menganggap dirinya berkhidmat untuk manusia dan agama. “Saya ada isteri dan anak dan amat menghargai semua yang saya ada. Isteri saya berpuashati dengan tugas saya, malah, menyokong saya dalam setiap keadaan,” katanya. Mannan berkata yang tugasnya memerlukan kesabaran, kemahiran dan ketelitian. “Inilah profesyen yang menggunakan tenaga fizikal dan intelektual kerana pelbagai jenis mayat yang dikendalikan,” katanya, sambil menegaskan yang orang awam perlu mengubah sikap mereka yang memandang rendah kerja yang dilakukannya, kerana tugas seumpama itu adalah satu sumbangan besar kepada masyarakat.

“Saya tolak lamaran lelaki yang bekerja seperti itu kerana ianya memang tidak menepati kehendak saya,” kata Ghaada Murad, seorang pelajar universiti. Beliau berkata lelaki yang ingin mengahwininya perlulah seorang yang memahami, dan dapat memenuhi cita-cita dan keinginannya.

Ahmad Al-Moabi, yang bertugas di Kementerian Keadilan, berkata setiap wanita muda memasang impian untuk berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan baik dan mampu memenuhi keinginan mereka. “Biasanya, lelaki yang mempunyai pendapatan terhad tidak dapat memuaskan keinginan mereka,” katanya. Bagaimanapun, tambahnya, terdapat juga wanita yang mengahwini lelaki yang berpekerjaan buruh seperti ini dan hidup bahagia. Al-Moabi berkata terdapat sesetengah profesyen yang tidak lagi dipendang rendah seperti menggunting rambut, memotong daging dan menjaga stor. Hari ini, ramai yang terbabit dalam pekerjaaan seperti ini dan memperolehi pendapatan yang lumayan. Mereka semakin diterima masyarakat dan ramai wanita yang tidak kisah bersuamikan lelaki-lelaki seperti ini,” katanya.

Saleh Al-Dobel, seorang ahli fakulti di Akademi Keselamatan King Fahd, berkata terdapat dua jenis kerja tahap-rendah. “Kita perlu bezakan antara kerja-kerja buruh yang diterima dan tidak diterima oleh majoriti masyarakat. Kategori pertama melibatkan profesyen seperti tukang kayu, tukang besi dan pemotong daging. Kebanyakan ibubapa tidak menginginkan anak-anak mereka terlibat dengan kerja-kerja seperti itu sekalipun memperolehi pendapatan lumayan kerana ianya melibatkan maruah keturunan masing-masing,” katanya.

Beliau menambah yang ramai ibubapa tidak mahu mengahwinkan anak mereka dengan lelaki yang berpekerjaan seperti itu.. “Ini kerana mereka takut diboikot oleh ahli keluarga lain akibat kesetiaan kepada maruah keturunan,” katanya, sambil menambah bahawa kerja-kerja seperti ini biasanya diwariskan dari bapa kepada anak.

Al-Dobel berkata kategori yang kedua melibatkan kerja-kerja seperti menjaga dan menggali kubur. “Lelaki yang melakukan kerja-kerja ini biasanya suka memencilkan diri. Kebanyakan orang berasa bimbang untuk bergaul dengan mereka. Sebab itulah mereka sukar untuk mencari pasangan hidup,” katanya, sambil menambah bahawa orang ramai juga perlu mengubah tanggapan mereka.

BIG : Yang baik akan ketemu yang baik..

Tuesday, November 23, 2010

Intip suami curang


beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)
By Habib Toumi, Bahrain Bureau Chief

Manama: Terdapat sebilangan isteri-isteri warga Qatar mengintip suami mereka dengan menggunakan gajet canggih, lapor akhbar Qatar.

Wanita-wanita itu memerangkap suami mereka dengan menyerahkan gajet intipan, seperti kamera yang tersembunyi di dalam pen dan pemetik api, sebagai hadiah.

Bagi yang gagal untuk membuatkan suami mereka menerima “hadiah” seperti itu, mereka meletakkannya di sudut yang sesuai di dalam kereta suami, lapor akhbar Al Sharq dan The Peninsula.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan temubual dengan "beberapa orang wanita yang berkata bahawa teman atau rakan sekerja mereka mengaku mengintip suami mereka kerana mengesyaki telah di tipu."


Sekurang-kurangnya seorang wanita menggunakan gajet itu untuk mengintip bapanya dan terkejut apabila mendapati beliau mempunyai hubungan dengan wanita lain, kata temannya kepada sebuah akhbar. "Saya rasa tertekan dan hilang rasa sayang dan hormat kepada ayah," kata wanita tersebut seperti yang diceritakan temannya.

Wanita berkenaan berkata beliau terpandang pen berkamera itu ketika membeli-belah dan terus membelinya tanpa berfikir panjang.

"Kemudian saya terfikir untuk menggunakannya untuk mengintip ayah," katanya seperti yang dilaporkan. "Saya tak sangka yang peralatan seperti itu berada di pasaran tempatan," katanya.

Kamera mini yang tersembunyi di dalam pen dan pemetik api bagi tujuan pengintipan itu memang mudah didapati dalam pasaran tempatan dan tidak begitu mahal, menurut akhbar berkenaan.


Terdapat pula segolongan wanita yang menentang aktiviti pengintipan seperti itu dan meminta supaya pihak berkuasa melarang penjualan alat-alat seperti itu.

Seorang lagi wanita pula berkata bahawa temannya melakukan tindakan nekad dengan meletakkan pen berkamera yang boleh mengambil gambar melalui poket baju suaminya.

Gambar-gambar kemudiannya boleh dilihat selepas operasi dengan menyambungkan gajet tersebut dengan komputer melalui pengkalan USB. Beliau mendapati yang suaminya memang mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Ada pula yang tidak bernasib baik apabila gajet tersebut dapat dikesan suami dan mengugut untuk menceraikannya, kata Dhabia, teman kepada wanita berkenaan.

Dhabia berkata dia mengutuk sebarang penggunaan peralatan seperti itu keatas suami atau isteri kerana ianya boleh menggugat kebahagian rumahtangga. "Saya menentang keras aktiviti-aktiviti seperti itu," katanya.

BIG : Iklan tentang gajet tu ada kat tranungkite...promosi percuma.

Monday, November 22, 2010

Cadang bakar mayat Muslim


Beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)
IÅžIL EÄžRÄ°KAVUK

Dengan tanah perkuburan semakin berkurangan di Turki, gesaan Datuk Bandar Antalya Mustafa Akaydin (gambar) yang mencadangkan supaya pusat pembakaran mayat diwujudkan di bandar Mediterranean itu telah mengundang perbincangan hangat. Syarikat-syarikat pengurusan jenazah berkata permintaan terhadap pembakaran mayat semakin bertambah, dan ianya sah di sisi undang-undang, tetapi dibantah oleh para ulama kerana bertentangan dengan nilai-nilai agama.


Keadaan kesesakan di kawasan perkuburan sekitar bandar Mediteranean Antalya telah mengundang perbincangan hangat di Turki tentang kemungkinan mewujudkan pusat pembakaran mayat (PPM) di negara itu.

“Kami tak dapat selesaikan masalah mencari tanah perkuburan; kawasan yang ada sekarang akan dipenuhi dalam masa tiga bulan,” kata datuk Bandar Antalya Mustafa Akaydın kepada akhbar Hürriyet minggu lepas. “Saya terfikir untuk membuka sebuah PPM sebagai jalan penyelesaian, dan saya tahu akan dicemuh kerana berkata begitu. Kita tinggal dalam sebuah negara Muslim.”

Walaupun undang-undang semasa membenarkan pihak majlis perbandaran membuka PPM jika ada permintaan, ia tidak pula menyatakan tentang spesifikasi pembinaan, dan sesiapa sahaja yang bercadang untuk menyediakan atau menggunakan perkhidmatan itu akan berdepan dengan penentangan dari penduduk Muslim negara itu, kerana pihak berkuasa agama menentang pembakaran mayat.

“Terdapat peningkatan dalam permintaan kepada perkhidmatan ini, terutamanya dari warga asing yang tinggal di Turki,” kata Murat ArslanoÄŸlu, pemilik Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Fempa, kepada akhbar Hürriyet. “Hampir 5 peratus pelanggan kami menghendaki supaya mayat mereka nanti dibakar dan saya rasa ianya berkaitan dengan kebebasan.”

ArslanoÄŸlu berkata yang beliau telah memohon kepada majlis perbandaran metropolitan Antalya dan Istanbul untuk membina sebuah PPM di Turki, tapi mendapat respon negatif.

“Pihak Datuk Bandar Metropolitan Istanbul memberitahu yang isu tersebut di luar bidang kuasa mereka,” kata ArslanoÄŸlu kepada Daily News. “Tapi saya rasa mereka berkata begitu kerana tiada spesifikasi pembinaan.”

Pada masa sekarang, undang-undang sanitasi meletakkan tanggungjawab merekabentuk dan mengurus tanah perkuburan kepada pihak pentadbiran bandar.

“Jika undang-undang membenarkannya tetapi tidak menetapkan peraturan pembinaan, maka ianya harus diinterpretasikan sebagai satu hak undang-undang,” kata Ali Ersin Gür, bekas presiden Kesatuan Peguam Kontemporari, kepada Daily News. “Terdapat ramai yang mempunyai kepercayaan agama berbeza di Turki dan jika terdapat permintaan seperti itu, maka ianya memang sah di sisi undang-undang.”

Halangan agama

Pihak berkuasa agama Islam, bagaimanapun, menentang pembakatan mayat. “Menurut Islam, mayat hanya boleh dikapan dan dikebumikan,” kata Saim Yeprem, professor pengajian ketuhanan di Istanbul Marmara University. “Oleh yang demikian, seorang Muslim tidak boleh dibakar.”

Mehmet Nuri Yılmaz, bekas presiden Direktorat Hubungan Agama, bersetuju. “Ianya amalan yang tidak sah di sisi Islam,” Yılmaz memberitahu Daily News. “Tradisi Islam menetapkan pengkebumian kepada yang telah mati. Walau bagaimanapun, jika seseorang meminta supaya dibakar, permintaan itu harus dipenuhi.”

Artis Turki Meral Okay (gambar) adalah antara Muslim yang memilih untuk dibakar apabila meninggal nanti. “Saya bukanlah seorang yang hampir dengan Buddhisme atau jauh dari Islam. Saya seorang yang taat beragama,” kata Okay dalam satu temubual. “Tapi saya rasa kami harus diberi pilihan bagi menentukan bagaimana jenazah kami diuruskan selepas meninggal nanti.”

Sesetengah orang percaya yang masyarakat Turki belum bersedia untuk menerima kaedah pembakaran mayat. “Ianya sesuatu yang tidak biasa dilakukan, terutamanya di bandar-bandar kecil,” kata Ali Tekinsoy, yang menawarkan perkhidmatan pengkebumian di Konya, kepada Daily News. “Memandangkan kurangnya kepelbagaian etnik, perkhidmatan pengkebumian di sini masih beroperasi secara tradisional. Oleh itu, ramai yang akan menentang ide seperti itu, kerana bercanggah dengan agama.”

Harga tanah perkuburan

Perbahasan tentang pembakaran mayat ini hadir di tengah-tengah kenaikan harga, dan kekurangan ruang, dalam kawasan perkuburan. Menurut satu laporan oleh akhbar Milliyet, harga petak kubur di Istanbul dalam lingkungan antara 1,250 dan 12,000 Lira Turki, manakala perbelanjaan perkhidmatan pengkebumian pula mencecah sehingga 4,000 lira. Di Ankara, ruang yang masih tinggal hanya cukup untuk pengkebumian bagi tempoh tiga tahun yang akan datang saja.

“Kami semakin kekurangan ruang untuk kawasan perkuburan baru. PPM akan membantu mengatasi masalah ini. Setiap tahun, tujuh puluh peratus mayat dibakar di England,” kata ArslanoÄŸlu, pemilik Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Fempa. “Jalan penyelesaian lain adalah dengan menswastakan tanah perkuburan bagi mendapatkan ruang-ruang baru. Kaedah ini digunakan di banyak negara Eropah.”

Kes Gencer

Sekalipun terdapat desakan sejak akhir-akhir ini, pembakaran mayat bukanlah sesuatu yang pertama kali dibincangkan di Turki. Apabila penyanyi opera Leyla Gencer (gambar) meninggal dunia dua tahun lalu, beliau membuat wasiat supaya dibakar di Itali. Abunya kemudian dibawa ke Turki dan ditaburkan di Terusan Bosphorus, Istanbul.


Pada Januari 2010, peraturan baru tentang abu mayat telah dibuat, dimana hanya abu milik warga Turki atau mereka yang mempunyai saudara terdekat warga Turki sahaja dibenarkan dihantar pulang ke Turki.

“Ia adalah hak untuk setiap individu,” kata ArslanoÄŸlu. “Terutamanya jika kita berhasrat menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU), kita perlu menyediakan kebebasan seperti itu.”

PPM tahun 1930an

Buat masa ini, tiada PPM di Turki, tetapi dokumen menunjukkan terdapat kemudahan seperti itu dalam tahun 1930an di kawasan perkuburan Zincirlikuyu, Istanbul.
Menurut Adem Avcı, Pengarah Am Tapak Perkuburan, PPM tersebut dibuka selama lima tahun, tetapi ditutup kemudiannya apabila tidak digunakan lagi.

Percubaan lain untuk mewujudkan PPM di Ankara pada 1975 pula tidak berjaya.

Sunday, November 21, 2010

Putin adalah pengkhianat!


beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)

Menurut beberapa blogger Russia, orang yang bertanggungjawab mendedahkan pegawai perisikan rahsia yang bekerja di AS pada musim panas lalu adalah sebenarnya bekas ketua perkhidmatan keselamatan persekutuan (FSB), dan sekarang memegang jawatan sebagai perdana menteri Persekutuan Rusia, Vladimir Putin.


Para blogger merujuk kepada maklumat yang boleh dipercayai yang datangnya dari pihak media Rusia dan media asing yang tersiar pada lewat 1990an bahawa pada lewat 1980an, Major Putin yang pada masa itu bertugas dengan KGB, telah dipindahkan dari operasi luar negara ke operasi dalam negara kerana dikatakan mempunyai “hubungan tanpa kebenaran” dengan wakil-wakil perkhidmatan rahsia Barat.

Lewat tahun 1990an, akhbar Barat menulis secara terbuka tentang Putin yang menjadi perisik serentak kepada BND (Jerman Barat) dan CIA, di mana beliau kemudiannya menyalurkan pula maklumat tentang BND kepada CIA.

Dengan pendapatan lumayan, dia pergi ke Austria pada 1990 untuk membeli rumah yang pada masa itu memang tidak mampu dimiliki oleh mana-mana mejar KGB berpendapatan rendah.

Putin, yang terkenal dengan sikap pendendam dan bukan dari jenis pemaaf, mengambil tindakan membalas dendam terhadap ajen-ajen rahsia Rusia di luar negara yang mengganggu periuk nasinya: Putin mengambil sebahagian besar wang yang diperuntukkan oleh KGB Moscow kepada ajen-ajen yang dilantik sendiri oleh Putin di Jerman, Austria and Switzerland, dan bonus-bonus yang diterima Putin dari CIA dan BND kerana mendedahkan maklumat tentang ajen-ajen yang bekerja untuk KGB.

Apabila Kolonel Putin dilantik sebagai Pengarah FSB oleh Yeltsin, beliau mendedahkan kepada bos-bosnya di Amerika tentang semua rangkaian pegawai rahsia Rusia di AS dan segala maklumat yang dia tahu selaku ketua FSB.

Blogger-blogger menyatakan bahwa maklumat tentang pengkhianatan Putin dibuktikan dengan data-data di AS.

Mengimbas kembali bagaimana FBI menghantar sebahagian fail-fail perisik Rusia kepada mahkamah Amerika bagi mendapatkan waran tangkapan ke atas mereka. Maklumat terawal terkandung dalam fail tersebut bertarikh Januari 2000 tentang pengambaran filem rahsia tentang seorang ajen perisikan Rusia Vicky Pelaez, isteri kepada "Juan Lazaro", atau Jeneral Perkhidmatan Perisikan Asing (SVR) Vasenkov. Pengambaran filem tersebut dilakukan oleh ajen-ajen FBI dalam sebuah taman di Mexico, menunjukkan Mrs. Pelaez menerima sejumlah wang dari seorang pegawai perisikan Rusia kerana terlibat dalam rangkaian haram Rusia di AS.


Vicky Pelaez dan Jeneral Vasenkov telah berada di bawah pemerhatian perkhimatan keselamatan persekutuan di penghujung tahun 1990an, iaitu ketika Kolonel Vladimir Putin memegang jawatan sebagai pengarah perkhidmatan keselamatan persekutuan (FSB).

Para blogger menyatakan bahawa Putin dan pegawai-pegawai perisikan kanan yang lain yang bertugas untuk AS di Rusia sedang cuba mengalihkan kesalahan pengkhianatan mereka kepada orang-orang yang tidak bersalah seperti Kol. SVR Shcherbakov atau Kol. SVR Poteyev, dan mereka dengan sengaja tidak mengendahkan fakta tentang rangkaian perisik Rusia yang dikhianati pada lewat tahun 1990an itu.

Baru-baru ini, satu rangkaian pegawai perisik AS di Rusia membuat pembohongan kepada media Rusia apabila mendedahkan bekas penolong ketua Direktorat AS "C" (perisikan rahsia) SVR Rusia, Kol. Poteyev sebagai orang bertanggungjawab mendedahkan pegawai-pegawai perisikan Rusia yang bertugas di AS, tulis blogger.

"Mahkamah rahsia menanti pengkhianat", kata blogger.



Department of Monitoring
Kavkaz Center

Thursday, November 18, 2010

Satu kampung masuk Islam


beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here and here)

MINA: Satu pembedahan untuk memisahkan sepasang kembar siam, yang diketuai oleh Menteri Kesihatan Dr. Abdullah bin Abdulaziz Al-Rabeeah, telah menyebabkan seluruh penduduk sebuah kampung di Cameroon memeluk Islam.

Ini didedahkan oleh seorang pegawai tinggi negara Afrika itu, Sultan Omar, semasa mengadakan lawatan untuk bertemu dengan Al-Rabeeah di Hospital Kecemasan Mina. Kembar tersebut, Rahima dan Hamidah, dipisahkan pada April 2007.

"Kejayaan pembedahan yang dijalankan oleh Al-Rabeeah itu telah menyebabkan ketua dan ahli-ahli puak di kampung Banki Tungo, yang berpenduduk seramai 1,100 orang, dan ramai lagi di beberapa bahagian Cameroon memeluk Islam secara beramai-ramai. Tindakan mereka didorong oleh sikap perikemanusiaan yang ditunjukkan oleh Raja Abdullah,” katanya.

Omar diiringi delegasi seramai 26 orang saudara baru warga Cameroon, yang sedang mengerjakan Haji sebagai tetamu Raja Abdullah, mengunjungi Al-Rabeeah untuk menyampaikan ucapan terima-kasih kepada beliau. “Kami bukan sahaja terhutang budi kepada Al-Rabeeah, tetapi juga kepada Raja Abdullah yang mengarahkan supaya kembar tersebut dipisahkan dengan kos ditanggung baginda.

Pembawa sial

Kembar Siam warga Cameroon Rahima dan Hamidah (dulunya dikenali Pheinbom dan Shevoboh) dianggap sebagai pembawa sial semasa dilahirkan, tetapi kejayaan pakar-pakar bedah Arab Saudi melakukan pemisahan telah merubah kehidupan mereka – dan keimanan penduduk kampung mereka.


Mereka bercantum di dada, perut dan punggung sewaktu dilahirkan dan para jururawat yang menyambut kelahiran bayi tersebut di Babanki Tungo, sebuah kampung utara Cameroon, berasa terkejut dengan “kelahiran pelik” itu sehingga lari bertempiaran meninggalkan klinik.

Perkhidmatan perubatan asas di Babanki Tungo sangat terbatas untuk merawat kambar perempuan tersebut dan, setelah rayuan dibuat melalui internet, Raja Abdullah bersetuju menanggung kos membawa mereka ke Arab Saudi untuk tujuan pembedahan pada 2007.

Pembedahan yang mengambil masa selama 16 jam tersebut berjaya memisahkan kembar tersebut dan kini masing-masing memiliki perut sendiri.


Memeluk Islam

Beberapa orang di Babanki Tungo – sebuah kampung yang mengeluarkan hasil-hasil sayuran – menganggap kembar tersebut sebagai “hadiah syaitan” yang dihantar untuk menghukum ayah mereka, yang sudahpun mempunyai 13 anak dengan dua isteri yang lain.

Setengah yang lain pula percaya yang Rahima dan Hamidah dihantar untuk menghukum seluruh kampung, selepas seorang pemimpin tradisi dalam wilayah berkenaan dibakar hidup-hidup oleh orang-orang bawahannya.

"Segalanya sangat sukar sewaktu bayi-bayi itu masih bercantum," kata Emerencia Nyumale, ibu kepada pasangan kembar tersebut. "Apabila orang nampak saya membawa anak-anak, mereka akan lari dan ini membuatkan saya berasa sungguh bersalah dan sepi keseorangan," katanya. "Syukur kepada tuhan segalanya sudah berakhir selepas pemisahan dilakukan."

Cerita tentang kanak-kanak tersebut juga membawa kesan lain kepada penduduk Babanki Tungo.

Kerajaan Saudi membiayai pembinaan sebuah pusat Islam di kampung tersebut yang terdiri daripada sebuah masjid, taman asuhan kanak-kanak, sekolah rendah dan pusat kesihatan.

Beberapa orang penduduk percaya tindakan ini akan menyebabkan lebih ramai penduduk Kristian Babanki Tungo memeluk Islam. Langkah ini telah dimulakan oleh ibubapa kembar tersebut. Si ayah, Ngong James Akumbu, sekarang dikenali sebagai "Abdallah", Emerencia sebagai "Aisha", dan lima orang anak-anak mereka telahpun memasuki sekolah rendah Islam.


Rahmat atau sumpahan?

Kum Edwin, seorang guru di sekolah tersebut, juga telah memeluk Islam. "Sebelum sekolah dibuka, saya menganggur, dan memiliki ramai teman wanita dan banyak minum," kata Edwin, yang menukar nama kepada "Abdallah Wagf".

"Bila saya dengar sebuah sekolah Islam akan dibuka, saya terus mengikuti kursus pengajian Islam selama tiga bulan… Saya dah tak minum dan sekarang sedang mencari calon isteri kerana memiliki ramai teman wanita bukannya satu sikap yang baik."

Ramai penduduk di Babanki Tungo menganggap kelahiran Rahima dan Hamidah telah membawa rahmat dan bukannya sumpahan. Masyarakat tidak lagi memandang serong melihat kanak-kanak kembar tersebut merangkak dalam kampung, seperti yang mereka lakukan dahulu.

"Saya selalu memberitahu para ibubapa supaya bersabar apabila menerima ujian tuhan kerana sesuatu yang buruk akan bertukar menjadi baik di masa depan," kata ayah si kembar.

Sememangnya, kembar tersebut telah mengubah nasib mereka. Setelah melalui kepahitan dipinggirkan, sekarang kembar tersebut mempunyai kehidupan masing-masing dan menjadi faktor kepada perubahan yang berlaku dalam masyarakat sekeliling.


By SAEED AL KHOTANI and FRANCIS NGWA NIBA

Tuesday, November 16, 2010

Ujian tengok payu dara


beritaislamglobal.blogspot.com (Oiginal English version here)
DUBAI (Sara Ghasemilee)

Nak berhijrah ke Denmark? Pastikan anda sanggup melihat sepasang payu dara wanita bogel terlebih dahulu. Itulah saranan yang dibuat oleh Peter Skaarup (gambar), jurucakap polisi luar negara parti Rakyat Denmark.


Menurut Skaarup, sebuah filem dokumentari tentang Denmark yang akan ditayangkan sebagai sebahagian ujian imigrasi kepada pendatang asing perlu juga dimasukkan gambar payu dara bagi menakut-nakutkan golongan extremis dari memasuki negara Skandinavia itu.

Ini kerana seorang wanita yang berada di pantai tanpa coli itu melambangkan keterbukaan-fikiran rakyat Denmark, jelas Skaarup.

Ini, katanya, sesuai terutamanya kepada imigran-imigran dari kalangan masyarakat extremis Islam di mana wanita ditindas dan tidak dibenarkan menayangkan seksualiti mereka sekalipun rambut. Sebaliknya, wanita Denmark dibenarkan memakai—atau tidak memakai – apa yang mereka suka, sambil menegaskan yang kenyataannya bukan bertujuan memprovokasi sesiapa.

“Jika anda datang dari masyarakat yang patuh pada agama, itu boleh membuatkan anda berhenti dan berfikir, oh tidak, saya tidak mahu berada dalam suasana begitu”, kata Skaarup kepada akhbar Denmark, Jyllandsposten.

“Mandi tanpa coli bukan sesuatu yang biasa dilihat di pantai Pakistan, tapi dianggap normal di Denmark. Saya yakin apabila kita memasukkan gambar-gambar payu dara wanita dalam tayangan tersebut, golongan extremis akan berfikir dua kali sebelum memutuskan untuk datang ke Denmark,” katanya.

Sebuah filem yang serupa dihasilkan di Belanda, yang menayangkan babak-babak dua lelaki bercium dan wanita tanpa-coli mandi di pantai. Satu tindakan yang Skaarup rasa, perlu dicontohi oleh filem Denmark.

Bagaimanapun tidak semua teruja denga ide Skaarup tersebut. Jurucakap Integrasi dari Parti Konsevatif, satu dari dua parti kerajaan, Naser Khader (gambar)berkata “sepasang payu dara tanpa coli bukannya penghalang kepada extremisme.”


“Ini agak bertentangan, golongan pelampau terlalu takutkan seks sehingga mereka berpusu-pusu ke sempadan. Mungkin kita boleh cuba dengan khinzir bogel,” tulis Khader dalam laman rangkaian sosial Facebooknya.

Sunday, November 14, 2010

Ataturk: Saya berketurunan Sabbetai Zevi



beritaislamglobal.blogspot.com (English version here)

BIG: Ulangtahun kemangkatan bapa moden Turki, Mustafa Kemal Ataturk, diadakan pada setiap 10 November. Berikut adalah pendedahan tentang keyahudian Ataturk.

ZICHRON YAAKOV – Saya nak tanya dua solan, kata saya melalui telefon kepada Batya Keinan, jurucakap presiden Israel Ezer Weizman (gambar), yang akan berangkat ke Turki pada keesokan hari, Isnin, Jan. 24, dalam rangka lawatan buat julung kalinya oleh seorang ketua negara Yahudi. Salah satunya samada Weizman akan menghadiri majlis resmi memperingati Kemal Ataturk.


Ms. Kenan memeriksa jadual presiden, di mana dia dan isteri akan memberi penghormatan di makam Ataturk di sebelah pagi sebaik sahaja tiba, dan bertanya apa soalan saya yang kedua.

"Adakah Presiden Weizman tahu yang Ataturk mempunyai nenek moyang Yahudi dan diajar doa ibrani semasa zaman kanak-kanak?"

"Sudah tentu, sudah tentu," balasnya tanpa ragu-ragu.

Teruja dan Sedih

Saya berterima kasih padanya dan meletakkan telefon. Beberapa minit kemudian saya telefon lagi untuk bertanya samada Presiden Weizman ingin menulis testimoni tentang sumbangan Ataturk kepada Yahudi. "Saya gembira awak telefon semula," kata Kenan, yang kedengaran teruja bercampur sedih. "Di mana awak dapat maklumat itu?"

Kenapa bertanya kalau pejabat presiden dah ada maklumat tentangnya?, tanya saya dalam hati.

* Sebenarnya tidak, dia mengaku. Beliau hanya mengandaikan kebenarannya kerana mendengar kata-kata saya yang nampak seperti berdasarkan fakta. "Selepas awak letak telefon," katanya, "Saya bertanyakan tentang apa yang awak katakan itu dan tiada siapun di sini yang tahu tentangnya. Boleh tak awak fakskan apa-apa yang awak tahu?"

Saya fakskan kepadanya versi pendek. Berikut adalah versi yang lebih panjang.

Cerita tentang keyahudian Ataturk, yang patungnya berdiri di setiap penjuru utama pekan dan Bandar di Turki, telahpun tersebar semasa hayatnya tetapi dinafikan oleh beliau dan keluarganya dan tidak begitu dipedulikan sangat oleh penulis-penulis biografi. Dari enam penulis biografi yang saya temui minggu ini, tiada seorang pun yang menyebut tentang spekulasi ini. Satu-satunya rujukan ilmiah bercetak yang saya temui ialah nama Ataturk dimasukkan dalam Israeli Entsiklopedya ha-Ivrit, yang bermula seperti berikut:

"Mustafa Kemal Ataturk - (1881-1938), Jeneral dan ketua negara Turki dan pengasas negara Turki moden.

"Mustafa Kemal dilahirkan dalam keluarga kepada seorang kerani kecil kastam di Salonika dan kematian bapa semasa kecil. Tidak ada bukti untuk mensahihkan cerita yang tersebar di kalangan Yahudi dan Muslim di Turki, bahawa keluarganya dari kelompok Doenme. Semasa di zaman kanak-kanak, beliau menentang kenginan ibunya untuk diberi pendidikan agama secara tradisional, dan pada usia 12 tahun, beliau dihantar untuk belajar di akademi tentera atas keinginan sendiri."


Bapanya yang sekular

Doenme adalah satu mazhab rahsia Sabbetai, iaitu satu kelompok Yahudi Turki yang menggunakan nama-nama Muslim yang zahirnya berperangai Muslim tetapi beriman kepada Sabbetai Zevi, messiah palsu kurun ke17, dan melakukan sembahyang dan ibadah atas namanya secara tersembunyi. Versi pendidikan Ataturk dalam ensiklopedia pula mempunyai cerita berbeza. Berikut adalah apa yang dicatatkan oleh penulis-penulis biografinya:

"Ayah saya adalah seorang yang mempunyai pandangan liberal, begitu memusuhi agama, dan menyokong ide-ide barat. Dia lebih suka saya pergi ke sekolah biasa, yang mengajar sains moden berbanding al-Quran.

"Dalam perbalahan pendapat ini, kemenangan di belah pihak ayah apabila beliau menggunakan strategi; beliau berpura-pura memenuhi kehendak ibu, dan menguruskan kemasukan ke sekolah agama Fatma Molla Kadin termasuk mengadakan sedikit majlis keraian...

"Lebih kurang enam bulan kemudian, ayah mengeluarkan saya dari sekolah itu secara rahsia dan kemudian menghantar pula ke sekolah persediaan aliran Eropah. Emak tidak membantah kerana kehendak awalnya dituruti juga. Lagipun majlis keraian itulah yang sebenarnya menjadi keutamaan ibu."

Siapakah sebenarnya bapa Mustafa Kemal ini, yang bersikap mengikut cara masyarakat Doenme, melakukan majlis bercorak Islam secara terbuka tapi mengejeknya dari dalam?


Ibu Ataturk Zubeyde berasal dari pergunugan Salonika barat, berhampiran sempadan Albania; tidak banyak yang diketahui tentang asal usul bapanya, Ali Riza (gambar). Penulis-penulis berbeza pendapat – ada yang mengatakan beliau adalah warga Albania, Anatolia dan Salonika, dan Lord Kinross pula menulis dalam bukunya “Ataturk” terbitan 1964 mengenai Ali Riza iaitu seorang "personaliti bayangan" yang terus menjadi misteri akibat keengganan Ataturk untuk bercerita lebih tentang latarbelakang keluarganya.




Belajar bahasa Ibrani

Adakah Kinross mengesyaki sesuatu? Soalan ini timbul apabila saya menemui satu bab menarik semasa membaca autobiografi berbahasa Ibrani tentang Itamar Ben-Avi, iaitu anak kepada Eliezer Ben-Yehuda, tokoh bahasa Ibrani Palestin kurun ke-19. Ben-Avi menulis dalam bukunya kisah semasa memasuki Hotel Kamenitz di Jerusalem pada satu malam musim luruh 1911, beliau ditanya oleh pengusaha hotel tersebut:

" 'Awak nampak tak pegawai Turki yang duduk di penjuru sana, yang sedang memegang botol arak tu?' "
" 'Ya.' "
" 'Dia adalah salah seorang pegawai terpenting dalam tentera Turki.' "
" 'Apa namanya?' "
" 'Mustafa Kemal.' "
" 'Saya nak berjumpa dengannya,' kata saya, kerana apabila terpandang sahaja wajahnya saya tersentak oleh mata hijaunya yang menikam."

Ben-Avi menceritakan dua pertemuan dengan Mustafa Kemal, yang pada masa itu belum lagi mempunyai nama Ataturk, 'Bapa bangsa Turki.' Kedua-duanya berlangsung dalam bahasa Perancis, banyak berkisar tentang politik Osmaniyyah, dan dipenuhi dengan minuman arak. Dalam pertemuan pertama, Kemal menceritakan:

"Saya berketurunan Sabbetai Zevi – bukan lagi seorang Yahudi, tetapi seorang yang sangat meminati nabi kamu. Saya berpendapat setiap Yahudi di negara ini akan berjaya bila berada dalam kemnya."

Dalam pertemuan kedua, 10 hari kemudian di hotel yang sama, Mustafa Kemal berkata:

" 'Di rumah, saya ada menyimpan kitab Injil bahasa Ibrani yang dicetak di Venice. Ianya kitab lama, dan saya masih ingat apabila ayah membawa saya bertemu dengan seorang guru Karaite yang mengajar saya membacanya. Saya masih ingat beberapa perkataan seperti --' "

"Dia berhenti sekejap, cuba mengingati. Kemudian dia berkata:
" 'Shema Yisra'el, Adonai Elohenu, Adonai Ehad!'
" 'Itu adalah doa kami yang paling penting, Kepten.'
" 'Dan juga doa rahsia saya, cher monsieur,' jawabnya, sambil menuang arak ke dalam gelas kami."

Walaupun Itamar Ben-Avi mungkin tidak tahu tentangnya, tidak syak lagi Ataturk meyampaikan maksud "doa rahsia" secara zahir. Antara doa-doa yang ketahui dalam kelompok Doenme, yang buat pertama kali tersebar dalam dunia ilmiah pada 1935, mengandungi pengakuan iman:

"Sabbetai Zevi dan tiada lainnya, adalah Penyelamat (Messiah) sebenar. Dengarlah wahai Israel, Yang Esa adalah Tuhan kita, Yang Esa adalah satu."


Memang tidak dinafikan bahawa dari peryataan inilah Ataturk mengingati perkataan Shema, bukannya dari Injil, yang seingat saya satu-satunya pengakuan yang dibuat setelah dewasa: kepada seorang penulis Ibrani muda sedekad sebelum beliau memimpin tentera Turki selepas ditewaskan dalam Perang Dunia I, kemudian bangun semula menewaskan Greek dan mengasaskan Republik Turki yang sekular yang meminggirkan Islam sepenuhnya.

Ataturk mungkin mempunyai alasan yang baik untuk menyembunyikan kaitannya dengan Doenme. Bukan sahaja Doenme (yang berkahwin sesama mereka dan berjumlah hampir 15,000, kebanyakannya berpusat di Salonika, sebelum Perang Dunia I) dipandang rendah sebagai munafik oleh kedua-dua Muslim dan Yahudi, mereka juga mempunyai reputasi menjalani kehidupan seks tak bermoral.


'Anak-anak Suci'

"Setahun sekali (semasa ‘hari kambing’ yang diraikan setiap tahun oleh masyarakat Doenme) lilin-lilin dipadamkan sewaktu makan malam dan disertai dengan parti seks dan majlis bertukar-tukar isteri… Upacara ini dilakukan pada malam kelahiran Sabbetai Zevi tradisi. ... Dipercayai anak-anak yang dilahirkan hasil dari perhubungan seperti itu menjadi manusia suci (wali)."

Walaupun Ben-Zvi, yang menulis pada tahun 1950an, berpendapat bahawa "Terdapat alasan untuk mempercayai yang majlis seperti ini tidak ditinggalkan sepenuhnya dan masih wujud hingga ke hari ini," tidak banyak yang diketahui samada amalan tradisi Doenme atau struktur sosial masih dikekalkan dalam Turki moden. Masyarakat itu meninggalkan Salonika bersama-sama penduduk lain semasa perang Greek-Turki tahun 1920-21, dan keturunannya yang terdiri dari ramai ahli perniagaan kaya dan saudagar di Istanbul, dikatakan telah sebati dengan cara kehidupan rakyat Turki.

Selepas menghantar faks kepada Batya Keinan, saya menelefon untuk memastikan ianya diterima. Beliau mengesahkannya, dan akan menyerahkannya kepada presiden untuk dibaca semasa dalam penerbangan. Walau bagaimanpun, saya meragui samada Weizman akan menjadikannya sebagai rujukan semasa lawatannya: Kerajaan Turki, yang bertahun-tahun berusaha menepis serangan golongan pelampau Islam terhadap kedaulatannnya dan reformasi yang dilakukan, sudah tentu tidak mengalu-alukan berita bahawa ayah kepada ‘Bapa bangsa Turki’ adalah seorang Yahudi menyemai sentimen anti-Muslim kepada anaknya. Rahsia Mustafa Kemal sudah pasti lebih baik disimpan terus.

Friday, November 12, 2010

GBU-39 - hadiah untuk Arab



beritaislamglobal.blogspot.com (Original English Version here)

Tentera udara Israel tidak lama lagi akan mula menerima kumpulan pertama peluru berpanduan-tepat buatan Amerika yang akan meningkatkan keupayaannya mengebom sasaran-sasaran spesifik, lapor Jerusalem Post, Ahad lalu.

Akhbar berbahasa Inggeris itu berkata bahawa tentera udara Israel akan menjadi pasukan tentera udara pertama di luar AS yang dibekalkan dengan Bom Diameter Kecil (SDB), yang dihasilkan oleh Boeing, dan mempunyai kuasa pemusnah berpotensi tinggi.

Kongres Amerika meluluskan perjanjian yang dibuat pada 2008 untuk membekalkan Israel dengan 1000 unit bom pintar GBU-39 bernilai 77 juta dollar.

Bom berteknologi GPS itu mempunyai keupayaan jarak 110 km itu di panggil “bunker-busters” (pemusnah-kubu) dan boleh menembusi sehingga 90 sm simen padu.

Walaupun beratnya hanya 113.4 kg dengan panjang dan lebar sekitar 180 sm dan 19 sm, keupayaannya melakukan pemusnahan menyamai bom-bom yang lebih berat dan bersaiz besar.

Menurut beberapa pegawai keselamatan, bom-bom ini boleh dibawa oleh jet F-15 sehingga 20 unit, dan sekaligus menjadikan jet itu sebagai “mesin pembunuh” paling efektif.

Saksikan ujian GBU-39 menembusi bunker.





Wednesday, November 10, 2010

Safed - bandar paling rasis


Translated by beritaislamglobal.blogspot.com from The National

SAFED, ISRAEL // Suasana di Safed, sebuah bandar kecil teletak di bukit Galilee berhampiran sempadan Lubnan, biasanya tenang tanpa gangguan kecuali apabila ada pelawat-pelawat terkenal seperti Madonna yang datang berziarah sebagai pengikut Kabbalah,iaitu ajaran mistik Yahudi.


Tetapi dalam beberapa minggu yang lalu, Safed – salah satu dari empat bandar suci Yahudi – mula mendapat publisiti yang agak berbeza. Gideon Levy, kolumnis untuk akhbar harian Haaretz, minggu lepas mengisytiharkannya sebagai "bandar paling rasis di Israel".

Nama jolokan seperti ini timbul apabila beberapa rabbi veteran Safed membuat undang-undang yang mengarahkan penduduk-penduduk di sana tidak menjual atau menyewa rumah mereka kepada "bukan-Yahudi" – merujuk kepada warga Israel berketurunan Arab Palestin, yang membentuk 20% daripada populasi Israel.


Dalam satu mesyuarat tergempar yang diadakan bulan lepas bagi membincangkan tentang bahaya asimilasi yang berpunca daripada lelaki Arab yang mempunyai hubungan dengan wanita Yahudi, para rabbi yang berjumlah 18 orang itu memberi amaran bahawa Safed dan 40,000 penduduk Yahudi akan berdepan dengan “pengambilalihan oleh bangsa Arab".

Jumlah bangsa Arab dalam bandar tersebut, walaupun rendah, semakin bertambah apabila Kolej Akademik Safed (gambar) mula menerima semakin ramai pelajar. Sekarang, terdapat kira-kira 1,300 pelajar Arab yang belajar di situ.


Kenyataan para rabbi tersebut telah membawa kepada beberapa siri serangan yang dilakukan oleh golongan ultranasionalis Yahudi, di mana beberapa buah rumah Arab telah diserang bersama-sama laungan "Pergi mampus bangsa Arab". Dalam satu insiden terbaru, tiga pelajar Arab telah terkena tembakan.

Sehingga setakat ini, tiga pemuda Yahudi, termasuk seorang anggota polis luar tugas, telah di dakwa kerana terbabit dalam keganasan tersebut. Anggota polis berkenaan pula dituduh melepaskan tembakan.

Kempen anti-Arab berkenaan menjadi bertambah buruk minggu lepas apabila poster-poster ditampal di merata-rata yang mengugut akan membakar rumah milik seorang lelaki tua Yahudi jika masih berdegil tidak mahu menghentikan sewaan kepada pelajar-pelajar Arab.

Pemiliknya, Eli Zvieli, 89, berkata bahawa poster-poster tersebut mula kelihatan selepas beliau menerima ugutan telefon dan lawatan beberapa orang rabbi yang memberi amaran supaya mengubah fikiran.

Jamil Khalaili, 20, seorang pelajar jurusan fisioterapi di kolej tersebut yang menyewa sebuah apartmen bersama seorang lagi temannya dalam kawasan kejiranan yahudi, berkata situasi di Safed semakin meruncing.

"Kami dilayan seperti penjenayah, seolah-olah kami ini nampak seperti hendak merampas rumah mereka, "katanya. "Sampai ke peringkat di mana ramai teman-teman saya melihat kemungkinan untuk keluar dari sini. Saya tidak ingin belajar di sini kalau ia boleh membahayakan diri saya."

Penentangan terhadap kehadiran pelajar Arab dalam Bandar tersebut dipimpin oleh ketua rabbi Safed, Shmuel Eliyahu (gambar), yang bekerja dengan majlis perbandaran sebagai ketua majlis agama.


"Apabila seorang bukan-Yahudi datang ke sini, penduduk mula bimbang tentang anak-anak mereka, tentang anak perempuan mereka. Ramai pelajar Arab diketahui mempunyai hubungan dengan gadis Yahudi," kata Mr Eliyahu seperti yang dilaporkan dalam Israel National News.

18 rabbi berkenaan mengeluarkan kenyataan tersebut setelah dimaklumkan tentang perancangan pihak kolej yang akan membina sekolah perubatan, yang dijangka menarik ramai pelajar Arab di sekitar Galilee.

Dalam kenyataan tersebut, mereka mendesak penduduk Yahudi supaya menjauhkan diri dari “jiran atau kenalan" yang menyewakan rumah kepada orang Arab. "Elakkan dari berurusan dengannya, nafikan haknya untuk membaca kitab Taurat, dan pulaukan sehingga dia meninggalkan perangai yang merbahaya itu," katanya.

Sentimen anti-Arab yang serupa juga kedengaran berlaku di Karmiel dan Upper Nazareth, dua lagi bandar di Galilee. Kedua-duanya diwujudkan sedekad yang lalu sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil program “Penyahudian” untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di wilayah yang mempunyai populasi penduduk Arab paling tinggi.

Di Karmiel, 30km dari barat Safed, iklan-iklan dalam akhbar meletakkan alamat e-mail khas yang membolehkan penduduk membuat aduan kepada pihak berkuasa jika ada jiran-jiran mereka bercadang untuk menjual rumah kepada bangsa Arab. Akaun e-mail tersebut dikawal oleh pegawai-pegawai Oren Milstein (gambar), iaitu penolong datuk bandar yang baru dipecat minggu lepas, menurut laman berita Ynet.


Datuk bandar, Adi Eldar, berkata Mr Milstein telah "merosakkan imej bandar tersebut" apabila beliau dengan lantang memberitahu dalam satu wawancara bahawa beliau telah menghalang urusan jualan 30 buah rumah kepada keluarga Arab.

Pengganti Mr Milstein, Rina Greenberg adalah anggota parti Yisrael Beiteinu yang dipimpin Avigdor Lieberman, menteri luar Israel, yang menyokong penyingkiran bangsa Arab.

Sementara itu, datuk bandar Upper Nazareth, Shimon Gapso, rakan sekutu kepada menteri luar Avigdor Lieberman, telah mengumumkan pelan untuk membina penempatan baru untuk 3000 orang penduduk Yahudi bagi untuk menghentikan apa yang beliau panggil "kerosakan demografi".

Beratus-ratus keluarga Arab dari kawasan berhampiran telah berpindah ke bandar itu bagi mengelakkan kesesakan. Hari ini, 12.5% dari populasi penduduk Nazareth adalah berbangsa Arab.

Pada Ogos lepas, Mr Gapso memberitahu Israel National News bahawa dia berasa "gembira seperti baru mendapat anak" apabila mendengar berita bahawa 15 keluarga pelampau dari penempatan Gaza Gush Katif telah mendirikan sekolah agama yahudi di bandar tersebut.

Hatia Chomsky-Porat, yang mengetuai pertubuhan Sikkuy, kumpulan aktivis yang menganjurkan hubungan lebih baik antara Yahudi dan Arab, berkata: "Suasana politik menjadi semakin gelap setiap masa. Sikap perkauman di kalangan Yahudi sekarang ini semakin mendapat tempat."

Di Safed, pelajar Arab berusaha untuk tidak menonjolkan diri. Namun begitu, sedikit tindakan kecil boleh mengundang kegelisahan penduduk Yahudi.

Baru-baru ini, penduduk dibandar itu dikejutkan dengan bendera Palestin yang dipasang di bahagian atas sebuah masjid yang sedang dibaikpulih, iaitu salah satu bangunan batu yang wujud sebelum kewujudan Israel lagi.

Dalam tahun 1948, apabila tentera Yahudi menawan bandar itu, Safed adalah bandar yang mempunyai 10,000 orang Palestin dan 2,000 Yahudi. Semua warga Palestin dihalau, termasuk kanak-kanak berumur 13 tahun Mahmoud Abbas, yang sekarang ini menjadi presiden Palestin.

Mr Khaliali berkata sejarah bandar itu masih menghantui penduduk Yahudi, yang berasa takut kalau-kalau bangsa Arab kembali ke situ untuk menuntut hak mereka.

Ini bukan kali pertama Eliyahu, anak kepada bekas ketua rabbi Israel, dituduh menghasut menentang populasi Arab di Bandar itu.

Dalam tahun 2002, semasa bermulanya intifada kedua, beliau meminta supaya Safed Academic College menyingkirkan semua pelajar Arab.

Dua tahun kemudian, dia melancarkan satu kempen menentang perkahwinan campur, dan menuduh lelaki Arab cuba melancarkan "peperangan dalam bentuk lain" terhadap wanita Yahudi dengan cara "menggoda" mereka.

Beliau berjaya melepaskan diri dari hukuman atas kesalahan menghasut tahun 2006 selepas menarik balik kenyataan awalnya.

Pusat Tindakan Agama, sebuah kumpulan pergerakan reformasi Yahudi, dan beberapa ahli parlimen Arab telah meminta supaya peguam negara, Yehuda Weinstein, menyiasat Eliyahu dan beberapa rabbi yang lain kerana menghasut keganasan.

jcook@thenational.ae

Tuesday, November 9, 2010

Lauren Booth : kenapa saya pilih Islam


beritaislamglobal.blogspot.com (English version here)
Berita tentang Lauren Booth yang memeluk Islam telah menimbulkan pelbagai komen negatif. Berikut adalah penjelasan beliau tentang perkara tersebut – dan kenapa masanya sudah tiba untuk berhenti memperkecilkan wanita Islam.

Lauren Booth . . .’Betapa rakan-rakanku yang bukan-Muslim mula nampak keras dan tidak berperasaan’.

Dah masuk lima tahun sejak pertama kali melawat Palestin. Dan bila saya sampai di sana untuk bekerja bersama-sama badan-badan kebajikan di Gaza dan Tebing Barat, saya bawa bersama sifat sombong dan tinggi diri yang biasa tersemat dalam jiwa setiap wanita kulit putih kelas menengah terhadap golongan wanita Islam yang miskin, wanita yang saya anggap lebih sedikit sahaja dari jubah-hitam yang hodoh, dan bersikap pendiam. Sebagai seorang wanita barat dengan segala kebebasan, saya bercadang untuk berurusan secara professional dengan lelaki sahaja. Lagi pun, bukankah itu yang dikatakan dunia Islam?


Heboh di kalangan teman-teman kolumnis kerana tidak bersetuju dengan tindakan saya memeluk Islam, membuktikan yang pandangan stereotaip terhadap berjuta wanita yang mengamalkan Islam masih wujud.

Dalam perjalanan pertama saya ke Ramallah, dan diikuti dengan lawatan seterusnya ke Palestin, Mesir, Jordan dan Lubnan, saya memang berurusan dengan lelaki-lelaki yang berkuasa. Malah satu atau dua orang dari mereka mempunyai jambang menakutkan seperti yang kita lihat dalam buletin berita yang berada di tempat yang kita musnahkan dengan bom jarak jauh. Yang mengejutkan (bagi saya), saya juga mula berurusan dengan ramai wanita dari berbagai peringkat umur, yang memakai tudung dengan berbagai cara, dan mempunyai kuasa dalam jawatan mereka. Percaya atau tidak, wanita Islam boleh belajar, bekerja berjam-jam lamanya macam kita, malah menjadi bos kepada suaminya di pejabat.

Dah cukupkah memperkecilkan mereka? Saya harap begitulah, kerana tindakan saya memeluk Islam telah dijadikan alasan oleh pengulas-pengulas untuk melemparkan segala macam tuduhan ke atas wanita Islam di seluruh dunia. Sehinggakan dalam perjalanan saya untuk mesyuarat tentang tajuk Islamofobia dalam media minggu ini, saya terfikir untuk membeli besi cangkuk dan berposing seperti Abu Hamza al Masri (gambar). Lagi pun, melihat kepada reaksi ramai kolumnis wanita, saya pada pandangan mereka seperti tidak diperlukan lagi dalam memperjuangkan hak-hak wanita.


Jadi mari kita semua tarik nafas dalam-dalam dan saya akan beri sedikit imbasan tentang dunia Islam dalam abad ke-21. Sudah tentu, kita juga perlu mengambil kira tentang wanita yang tidak dilayan dengan baik di kebanyakan tempat dan budaya, kedua-duanya di dalam dan di luar populasi Muslim. Wanita sebenarnya dipergunakan secara salah oleh kaum lelaki, bukannya Tuhan. Banyak amalan dan undang-undang dalam negara-negara “Islam” telah menyimpang dari (atau tidak berkaitan dengan) ajaran Islam yang asal. Sebaliknya amalan-amalan tersebut hanya berdasarkan kepada adat budaya dan tradisi yang telah ditanam dalam masyarakat. Di Arab Saudi, contohnya, undang-undang tidak membenarkan wanita memandu. Peraturan seperti ini adalah ciptaan sistem monarki Saudi, iaitu sekutu rapat kerajaan kita dalam perdagangan senjata dan minyak. Malangnya, perjuangan hak-hak wanita terpaksa diselaraskan dengan keperluan kerajaan kita sendiri.

Perjalanan saya kepada Islam bermula apabila disedarkan dengan jurang yang wujud antara apa yang diceritakan kepada saya tentang kehidupan Muslim – dan realiti sebenarnya.

Saya mula kagum dengan ketenangan yang ada pada kebanyakan mereka. Tidak semua. Tapi ramai sekali. Dan semasa lawatan saya ke sebuah masjid di Iran September lepas, apabila jamaah mengambil wudhuk, berlutut dan membaca bacaan dalam sembahyang mengingatkan saya tentang apa yang dipandang oleh barat adalah sesuatu yang berbeza sama sekali; satu golongan yang menolak keganasan dan memilih kedamaian dan kasih-sayang melalui meditasi secara diam (sembahyang). Satu agama yang kelihatan sama seperti yang dianuti oleh bintang filem seperti Richard Gere, yang lebih mudah diterima masyarakat jika anda membuat pengakuan menganutnya – Buddhisme. Sebenarnya, setiap posisi rukuk, duduk dan sujud dalam sembahyang cara Islam diisi dengan bacaan-bacaan yang bermaksud kesejahteraan dan keredaan. Setiap satunya bermula dengan, “Bismillahir rahmaneer Raheem” – “Dengan nama Tuhan, yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang” – dan berakhir dengan ucapan “Assalamu Alaykhum wa rahmatullah” – Sejahtera atas kamu dan kasih-sayang Tuhan.

Secara tidak disedari, saya telah mula menyebut “Ya Allah” menggantikan lafaz biasa “Ya Tuhan” dalam sembahyang sejak tahun lepas. Kedua-duanya, sudah tentu, membawa maksud yang sama, tetapi bagi seseorang yang baru memeluk Islam, bahasa yang begitu asing digunakan dalam sembahyang dan dalam kitab al-Quran mungkin menjadi halangan besar. Saya dapat melepasi halangan tersebut tanpa saya sedari. Kemudian barulah datang satu tarikan perasaan: iaitu perasaan kasih sesama Islam dan rasa keterbukaan yang cukup tinggi. Itulah apa yang saya rasai.

Betapa rakan-rakanku yang bukan-Muslim mula nampak keras dan tidak berperasaan.

Kenapa kita tidak hebohkan secara terbuka, berpelukan sesama kita, sambil berkata “saya sayangkan awak” kepada seorang rakan baru, tanpa ada perasaan ragu-ragu dan sikap untuk memperlecehkannya? Berlainan dalam masyarakat Islam, saya akan melihat emosi dikongsikan dalam rumah-rumah bersama-sama bekas yang penuh dengan gula-gula dan berfikir, jika undang-undang Allah berdasarkan kepada ketakutan semata-mata, kenapa teman-teman Muslim yang saya sayangi dan hormati itu tidak mengenepikan amalan mereka dan mulai minum alkohol, untuk menikmati “kegembiraan” sama seperti kita yang di barat lakukan? Dan memang kita lakukan begitu, bukan?


Akhirnya, saya dapat rasakan apa yang dirasai oleh Muslim apabila berada dalam sembahyang yang sebenar: terpahat keharmonian manis, kegembiraan kerana bersyukur atas apa yang saya miliki (anak-anak saya - gambar atas) dan selamat dalam ketentuanNya sehingga saya tidak memerlukan apa-apa lagi. Saya bersembahyang di kompleks pemakaman Mesumeh (gambar) di Iran selepas membersihkan muka, lengan, kepala dan kaki dengan air. Dan segalanya berubah selepas itu.


Sheikh yang mengislamkan saya di sebuah masjid di London beberapa minggu yang lalu memberitahu saya: “Jangan terburu-buru, Lauren. Lakukan apa yang kamu rasa mudah. Allah sedang menunggu kamu. Jangan dihiraukan mereka yang berkata: awak mesti buat begini, pakai begitu, mempunyai rambut seperti ini. Ikutlah naluri kamu, ikut al-Quran – dan biarkan Allah memimpin kamu..”

Dan sekarang saya hidup dalam dunia realiti yang mempunyai persamaan dengan watak Jim Carey dalam Truman Show. Saya menyedari satu penipuan besar iaitu tentang kepalsuan dalam kehidupan moden kita; bahawa materialisme, konsumerisme, seks dan dadah akan membawa kebahagian yang berpanjangan. Saya juga berada di belakang skrin dan melihat wujudnya kasih-sayang, kedamaian dan harapan. Buat masa sekarang, saya teruskan kehidupan harian, memasak untuk makan malam, membuat program TV tentang Palestin dan Ya, mengerjakan solat selama lebih-kurang setengah jam sehari.

Sekarang, waktu pagi saya bermula dengan sembahyang subuh pada pukul 6 am, sembahyang lagi pukul 1.30pm, kemudian yang terakhir pukul 10.30pm. Pembacaan Quran saya juga konsisten dan ada peningkatan hari demi hari (lebih kurang 200 mukasurat). Saya sering mendapatkan nasihat dari Ayatollah, imam dan sheikh, dan setiap mereka memberitahu bahawa perjalanan seseorang menuju kepada Islam adalah haknya. Ada yang menghafal teks sebelum memeluk Islam; bagi saya pula, pembacaan kitab suci akan dilakukan secara perlahan mengikut kemampuan saya.

Pada masa lepas, usaha saya untuk berhenti mengambil alkohol selalu berakhir dengan kegagalan; sejak memeluk Islam saya tidak pernah terfikir pun untuk minum semula. Saya tidak ragu-ragu lagi bahawa inilah sebenarnya kehidupan: banyak lagi tentang Islam yang perlu saya pelajari, nikmati dan sanjungi; Saya tewas dengan kehebatannya. Beberapa hari lepas, beberapa wanita saudara baru memberitahu saya bahawa yang ini hanya baru permulaan, dan perasaan seperti itu masih mereka rasai walaupun setelah 10 atau 20 tahun memeluk Islam.

Akhir sekali, saya berharap untuk menterjemahkan antara budaya Muslim dan budaya media yang mungkin boleh menghilangkan rasa terkejut anda semua terhadap perubahan yang berlaku dalam hidup saya ini.

Apabila berita BBC menayangkan gambar orang Islam berteriak “Allahu Akhbar!” di Timur Tengah, kita orang barat pula dilatih untuk mendengar seperti ini: “Kami benci kamu semua warga Britain, dan kami dalam perjalanan untuk meletupkan diri kami di supermarket Lidl semasa kamu sedang membeli belah di sana.”

Sebenarnya, apa yang kami orang Islam katakan adalah “Tuhan Maha Besar!”, dan kami sedang menenangkan perasaan sedih selepas kampung-kampung kami diserang tentera bukan-Islam. Biasanya, perkataan ini mengisytiharkan keinginan kami untuk hidup aman bersama orang Islam dan bukan-Islam. Kalaulah itu sukar dicapai dalam suasana dunia hari ini, maka membiarkan kami hidup aman damai dalam masyarakat kami pun sudah memadai.