Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Tuesday, November 2, 2010

Pemimpin Yahudi simpan bahan lucah




beritaislamglobal.blogspot.com (CBC's English version here)

Bekas pengarah B'nai Brith Quebec, Bill Surkis (gambar), berkata dia berasa malu kerana memiliki video porno yang termuat dalam komputernya, bagaimanapun menafikan yang dia adalah pesalahlaku seks.

Surkis, 71, mengaku memuat-turun video aktiviti seks hampir sembilan jam, tetapi berkata ianya sekadar untuk mengambil tahu.

Dalam perbicaraan yang berlangsung di sebuah Mahkamah Tinggi Quebec di Montreal, Khamis, peguam Surkis bertanya apa yang akan beliau rasai jika namanya dimasukkan dalam senarai pesalahlaku seks seperti yang diarahkan oleh pihak Pendakwa.

Surkis berkata bahawa masih banyak yang perlu disumbangkannya kepada masyarakat dan itu tidak dapat dilakukan jika namanya didaftarkan.

Pihak pendakwa dan peguambela mencadangkan Surkis dijatuhi hukuman penjara 45 hari dan dilaksanakan pada hujung minggu, iaitu hukuman minimum yang dibenarkan undang-undang.

Mereka juga mencadangkan beliau diletakkan dalam pemerhatian selama tiga tahun dan melakukan khidmat masyarakat selama 240 jam.

Beberapa fail lucah ditemui dalam computer Surkis apabila dihantar untuk dibaiki pada 2008.

Juruteknik menghubungi polis Montreal yang kemudiannya menemui 21 video, dan berdozen gambar foto, termasuk imej kanak-kanak berusia enam hingga 13 tahun.

Pada November 2009, peguam Surkis berkata bahawa video itu dimuat-turun untuk tujuan penyelidikan.

"Tujuan beliau menonton bahan pornografi kanak-kanak adalah untuk melengkapkan pengetahuannya dalam hal berkaitan pornografi kanak-kanak," peguam Steven Slimovitch memberitahu CBC News di luar mahkamah. "Kemudian beliau akan pergi ke sekolah dan berceramah tentang isu penyalahgunaan manusia."

Tetapi, pendakwa membantah dalam mahkamah bahawa tiada bukti yang menyokong alasan tersebut. Surkis tidak pernah dilantik oleh sesiapa untuk melakukan penyelidikan pornografi kanak-kanak dan sehingga kini, kerja-kerja kajian pun belum dimulakan, kata mereka.

Dalam bulan mei, Surkis bersetuju untuk membuat rayuan. Sebagai pulangan kerana mengaku salah memiliki dan membuat capaian kepada pornografi kanak-kanak, pihak pendakwa Cynthia Gyenizse menggugurkan tuduhan menyebarkan pornografi kanak-kanak.
Surkis berkhidmat sebagai dean akademik di John Abbott College di Montreal selama 22 tahun. Dia juga berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Pusat Peringatan Holocaust di Montreal.

Slimovitch menyerahkan kepada mahkamah lapan surat rujukan bagi pihak pelanggannya yang mengesahkan Surkis sebagai seorang yang jujur, benar dan mempunyai keperibadiaan yang boleh menjadi contoh.

Gyenizse berkata walaupun Surkis mungkin mempunyai risiko rendah untuk mengulangi kesalahannya, tetapi risikonya bukan sifar.

Beliau berkata mahkamah perlu menghantar mesej bahawa orang ramai yang melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan Surkis akan membantu industri pornografi kanak-kanak, dan seterusnya meningkatkan lagi jumlah mangsa.

"Pemilikan akan membantu pihak pengeluar pornografi untuk menambahkan lagi pengeluaran mereka kerana terdapat permintaan dan menunjukkan industri ini memang wujud," katanya.

Hakim CĂ©line Lamontagne akan menjatuhkan hukuman pada pada 9 Disember.

4 comments:

  1. apa saje yang yahudi buat mesti betul, orang lain semuanya salah. Memang dasar yahudi....

    ReplyDelete
  2. huh apa apain yahudi ini yah.. ketermepolan lagak kayaknya yah..mereng bener..

    ReplyDelete
  3. mana jahat yahudi @ U...

    ReplyDelete