Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Wednesday, July 28, 2010

Pendaftaran ditolak kerana nama Arab

27-07-2010
Seorang pelajar berusia 13 tahun telah membuat aduan kepada pihak Discrimination Ombudsman (Diskrimineringsombudsmannen, DO), bahawa sebuah sekolah telah menolak pendaftaran beliau sebagai pelajar disebabkan oleh namanya yang berbunyi arab.

Pada 10 Jun lepas, hari di mana sekolah ditutup, pelajar tersebut memohon untuk belajar di Husbygårdsskolan di Kista northwest, Stockholm untuk semester akan datang, katanya dalam surat notifikasi bertarikh 2 Julai.

Pada hari berikutnya, ibu pelajar tersebut, sebagai pengadu bersama, telah menerima mesej daripada setiausaha sekolah, memaklumkan bahawa tiada kekosongan dan menyebabkan permohonan ditolak.

Setiausaha itu kemudiannya bertanya samada pihak sekolah boleh mengoyak surat permohonan tersebut, dan si ibu, tanpa menyedari akibatnya, telah membenarkannya.

Mengesyaki sesuatu, seminggu kemudiannya pada 18 Jun, kakak pelajar tadi menelefon pengetua sekolah, mengaku sebagai wanita Sweden bernama "Annelie" yang sedang mencari tempat untuk anak lelakinya "Johan," yang sebaya dengan dengan adiknya tadi.

"Pengetua amat berbesar hati dan meminta 'Annelie' menghubungi setiausaha bahagian kemasukan sekolah dengan serta merta," tulis pengadu. "Pengetua mengatakan masih terdapat kekosongan dan menutup perbualan dengan berkata, 'Jumpa awak dalam musim luruh nanti.'"

Kakak pelajar tersebut membuat panggilan dan sekali lagi menyamar sebagai "Annelie," kali ini untuk setiausaha.

"Dia juga amat gembira dengan minat 'Annelies'' and 'Johan's' terhadap sekolah itu dan memberi jaminan bahawa masih terdapat kekosongan sebelum cuti musim luruh kerana pihak sekolah telah menyusun semula kelas supaya menjadi lebih besar," tulis pengadu.

Menurut aduan tersebut, setiausaha berkenaan menawarkan untuk membawa "Annelie" ke sekolah bagi melihat sendiri persekitaran dan bangunan sekolah.

Dua minit kemudian, selepas menamatkan panggilan, ibu pelajar tersebut menelefon menggunakan nama Arabnya sendiri dan bertanya samada terdapat kekosongan setelah permintaan terdahulu ditolak.

Setiausaha tersebut menjawab dalam nada seperti marah bahawa "tiada kekosongan tempat, dah penuh, ruang yang terhad." Sebaliknya, si ibu diminta untuk datang semula semasa musim luruh nanti jika terdapat perubahan, tetapi didapati semuanya sudah penuh.

"Saya, ibu dan kakak, begitu juga seluruh ahli keluarga berasa amat marah dengan layanan seperti ini dan meminta supaya pihak Discrimination Ombudsman mengambil tindakan segera untuk mempertahankan hak-hak kami dan membantu kami mendapatkan gantirugi," tulis pengadu.

Pelajar tersebut telah melampirkan transkrip panggilan telefon yang dibuat pada 18 jun dalam aduan, dan memaklumkan bahawa pihak Office for Equal Rights (Byrån för Lika Rättigheter) menyimpan fail-fail audio asal.


http://www.thelocal.se/28000/20100726/

No comments:

Post a Comment