Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Saturday, August 28, 2010

Wanita tidak boleh jadi juruwang


RIYADH (Mohamed Otaif) – Arab News for beritaislamglobal.blogspot.com

Pendakwah Arab Saudi Yusuf al-Ahmed menyelar kedai-kedai yang mengambil wanita bekerja sebagai juruwang dan meminta supaya pelanggan-pelanggan memboikot semua kedai terbabit kerana pemilik-pemiliknya telah melanggar ajaran Islam dan menggalakkan pembaratan.

Fatwa Ahmed ini hadir sekalipun terdapat keputusan yang dibuat oleh Raja Abdullah yang membataskan pengeluaran fatwa kepada Majlis Ulama dan pendakwah-pendakwah yang dilantik sahaja.

Pengambilan beberapa orang juruwang wanita oleh Pusat Belibelah Banda, milik Savola Group baru-baru ini, telah menyebabkan seorang professor di Universiti Islam Imam Mohamed bin Saud, Sheikh al-Ahmed mengeluarkan fatwa yang melarang amalan berkenaan.



"Ini dilarang kerana ia adalah sebahagian dari pojek barat yang cuba masuk ke dalam masyarakat kita," katanya dalam satu temubual rancangan fatwa. "Ini adalah projek munafik dan perlu dihentikan."

Ahmed berkata dia telahpun menghubungi mereka yang bertanggungjawab dalam “projek” tersebut dan memaklumkan tentang kegelisahan masyarakat terhadap usaha mengambil wanita sebagai juruwang, tetapi respon yang diberikan tidak memuaskan.

"Saya terkejut dengan sokongan yang diterima oleh organisasi ini. Adakah projek ini didalangi oleh USA?"

Ahmed mengajak orang Islam memboikot Pusat-Pusat Beli Belah Banda di Arab Saudi dan menyaman mereka jika tindakan tersebut tidak dihentikan.



Sementara itu, Dr. Mohamed Amin Qashqari, penolong pengarah urusan peruncitan Kumpulan Savola berkata bahawa keputusan untuk mengambil wanita sebagai juruwang dibuat selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa.

"Perlantikan mereka adalah selaras dengan peraturan buruh negara. Ia juga bertepatan dengan polisi kerajaan untuk menawarkan lebih kerja kepada wanita."

BIG :

No comments:

Post a Comment