Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Wednesday, August 4, 2010

Kerajaan mandulkan, suami ceraikan

(AP) – 2 Ogos 2010
GULISTAN, Uzbekistan — Saodat Rakhimbayeva berkata dia berharap dapat bersama bayinya yang mati semasa dilahirkan.

Surirumah berumur 24 tahun itu menjalani pembedahan cesarean dalam bulan Mac dan melahirkan Ibrohim, seorang bayi pramatang yang mati tiga hari kemudian.

Kemudian datang berita lain yang mengejutkan: Dia dimaklumkan bahawa pakar bedah telah membuang sebahagian dari uterusnya semasa operasi pembedahan tersebut, menyebabkan dia menjadi mandul. Doktor tersebut menjelaskan bahawa histerektomi itu perlu bagi membuang satu tisu yang berpotensi menyebabkan kanser, sedangkan Saodat percaya doktor tersebut telah melakukan kerja pemandulan sebagai sebahagian dari kempen negara untuk mengurangkan kadar kelahiran.

"Dia tidak pernah meminta kebenaran saya, tidak melakukan apa-apa pemeriksaan, terus mencacatkan saya seolah-olah saya seperti haiwan yang bisu,” kata Saodat sambil menangis dalam sebuah kafe di tengah kota Uzbek . "Saya patut mati bersama Ibrohim."

Selepas keluar dari hospital di Gulistan, tempat di mana dia kehilangan anaknya, Saodat berkata dia berkongsi kesedihan dengan suaminya, Ulmas, 29, seorang pemandu bas yang tidak mahu ditemuramah. Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga pada tahun 2008.
Mengharap ditenteramkan suaminya, sebaliknya Saodat disuruh pulang ke rumah ibubapanya dan diminta menunggu surat cerai kerana dia tidak mahu tinggal dengan isteri yang mandul.
"Dia tidak bertanya kenapa doktor mencacatkan saya, hanya meletakkan semua tuduhan atas bahu saya," kata Saodat. "Sekarang tiada lagi harapan untuk dapatkan anak , tiada kerja, tiada masa depan."

Beratus-ratus wanita menuduh kerajaan Uzbekistan memandulkan mereka melalui pembedahan tanpa mendapat kebenaran mereka terlebih dahulu bagi mengawal pertumbuhan populasi, kata beberapa mangsa, kumpulan hak-asasi manusia dan pegawai-pegawai kesihatan.

Jurucakap undang-undang dan doktor hak-asasi manusia berkata Presiden Islam Karimov yang autokratik itu memulakan program pemandulan sejak tahun 1990an lagi. Namun pada bulan Februari tahun ini, pihak Kementerian Kesihatan mengeluarkan perintah mengarahkan semua kemudahan kesihatan agar “meningkatkan kawalan terhadap pemeriksaan kesihatan bagi wanita-wanita yang boleh mengandung” dan menyediakan pembedahan kawalan kelahiran percuma kepada mereka yang berminat.

Beribu-ribu doktor dan jururawat kerajaan menggalakkan wanita-wanita yang boleh mengandung – terutamanya yang mempunyai dua anak atau lebih – supaya menjalani pembedahan membuang atau mengikat saluran peranakan, kata Sukhrobjon Ismoilov dari Kumpulan Pekerja Pakar, sebuah pertubuhan pemikir bebas berpengkalan di Tashkent.

Kempen pemandulan ini adalah bertentangan dengan usaha kerajaan pada masa lepas yang menggalakkan wanita supaya mempunyai ramai anak. Negara Asia Tengah itu pernah pada satu ketika mempunyai kadar kelahiran tertinggi, dengan empat atau lima anak bagi setiap wanita. Ibu-ibu yang mempunyai enam anak atau lebih dianugerahkan pingat dari pihak berkuasa komunis.

Saiz negara Uzbekistan adalah sebesar California atau Iraq dengan jumlah penduduk sebanyak 27 juta dan merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di Lembah Ferghana.

Akan tetapi, buruh-buruh didapati telah berhijrah meninggalkan Uzbekistan kerana masalah pengangguran, kemiskinan dan ekonomi, kata kumpulan hak-asasi. Kerajaan juga takut kumpulan penganggur yang besar ini menyertai kumpulan-kumpulan radikal Islam yang mempunyai jaringan hubungan dengan puak Taliban dan al-Qaida.

Pada tahun 2007 Jawatankuasa menentang Penyiksaan PBB melaporkan sejumlah besar wanita Uzbek dipaksa menjalani pembedahan pemandulan atau membuang saluran peranakan. Kebanyakan operasi pembedahan ini dijalankan selepas pembedahan Caesarean kelahiran melalui pembedahan) dan terdapat suami-suami yang meninggalkan isteri mereka apabila didapati mereka tidak lagi boleh mengandung.

Pihak berkuasa telah menghalang usaha wartawan untuk melaporkan isu ini. Seorang pakar bedah telah mengugut untuk menyerahkan seorang wartawan AP kepada pihak polis kerana bertanya “soalan-soalan yang tidak sesuai”. Pihak berkuasa Uzbek juga tidak menghiraukan beberapa permintaan wartawan supaya memberi komen. Pegawai-pegawai kerajaan akan menghadapi kesan serius jika didapati berkomunikasi dengan wartawan asing dan banyak pertubuhan media Barat dihalau keluar dari negara berkenaan.

Walaubagaiamanapun AP Berjaya menemuramah wanita-wanita yang dimandulkan, doktor-doktor dan seorang pegawai rasmi, dan beberapa orang yang tidak ingin dikenali.

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari The Associated Press

Foto (atas ke bawah)
1. Ibu dan anak Uzbek
2. Islam Karimov


No comments:

Post a Comment