Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Friday, August 13, 2010

Boleh sembahyang tiga kali sehari di Turki

Ankara, 10 Okt 2007 (AKI) – Penganut Islam Turki dibenarkan bersembahyang hanya tiga kali sehari mulai hari Rabu berbanding lima kali – tanpa perlu rasa bersalah melakukan dosa.

Ahli majlis saintifik Universiti Istanbul, Muhammad Nour Dughan, telah mengeluarkan fatwa kontroversi iaitu mengurangkan kewajipan sembahyang dari lima kepada tiga kali sehari.

Tindakan tersebut telah menimbulkan perdebatan hangat di samping bantahan dari imam-imam dan ulama Islam.

Undang-undang Shariah membolehkan seseorang itu bersembahyang tiga kali sehari, terutamanya apabila berada dalam keadaan sakit atau dalam perjalanan.

Fatwa terbaru ini telah meluaskan pilihan membenarkan orang Islam bersembahyang tiga kali sehari, sekiranya mengalami kesibukan berkaitan urusan kerja atau peribadi.

Sebelum ini, tajuk yang sama telah bincangkan secara meluas di Mesir dan mendapat sokongan beberapa pihak.

Jamal al-Banna, adik kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, Hassan al-Banna, menyokong fatwa dari Turki itu.

“Menggabungkan sembahyang telah menjadi keperluan moden,” katanya kepada laman web al-Arabiya. “Dalam kebanyakan kes, terdapat mereka yang tidak dapat mengerjakan sembahyang dalam waktu kerana tekanan dalam kehidupan moden.”

Al-Banna sering dikritik kerana intepretasi moden beliau terhadap undang-undang Islam. Menurutnya lagi, Nabi Muhammad sendiri memberi pilihan kepada pengikut-pengikutnya apabila sembahyang tidak dapat dilakukan dalam masa-masa tertentu.
Salah seorang ahli Majlis Tertinggi Hubungan Islam Mesir, Sheikh Youssef al-Badri, menolak alasan yang diberikan dengan berhujah bahawa penggabungan sembahyang hanya boleh dilakukan apabila berada dalam perjalanan, sakit, hujan atau mengerjakan haji.

Original Text : adnkronos

Turkish Muslims will be allowed to pray only three times a day from Wednesday instead of the usual five - without fear of committing a sin.

A member of the scientific council of Istanbul University, Muhammad Nour Dughan, has issued a controversial fatwa or religious edict cutting Islamic prayer requirements from five to three times a day.

The move has provoked widespread debate as well as opposition from orthodox imams or Muslim clerics.

Sharia law allows for the possibility of praying three times a day in case of sickness or travel.

The fatwa extends this option allowing Muslims to pray three times a day, especially when they are heavily committed with work or personal issues.

The Turkish debate echoes a similar one that has already taken place in Egypt where the fatwa has also drawn support.

Jamal al-Banna, brother of the founder of the Muslim Brotherhood, Hasan al-Banna, endorsed the Turkish move.

"Merging prayers has become a modern necessity," he told the al-Arabiya website. "In most cases, people do not always perform the five prayers on time due to the pressures of modern life."

Al-Banna is often criticised for his modern interpretation of Islamic rules. He said the Prophet Mohammad himself had given followers this option that could be applied when prayers cannot be carried out in a given time.

A member of Egypt's Supreme Council for Islamic Affairs, Sheikh Youssef al-Badri, rejected the argument saying it was unacceptable to merge prayers unless it was due to travel, illness, rain or pilgrimage.

Source : beritaislamglobal.blogspot.com from adnkronos


Jamal al-Banna

3 comments:

  1. Assalamualaikum. hati-hati. nanti ada org yg salah faham. yg dikatakan 3 kali (bukan 3 waktu) tu subuh, jama' zuhur dan asar, jama' maghrib dan isha'. nanti ada yg pendek akal buat sembahyang 3 waktu saja ikut suka hati.

    ReplyDelete
  2. "Korban"kan solat pasal sibuk dunia ? Nikmat kemajuan sape bagi ? Silap gaya boleh jadi kufur nikmat.

    ReplyDelete
  3. “Dan dirikanlah sembahyang, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.” (11.114); rujuk juga(24.58)(2.238).

    ReplyDelete