Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Saturday, August 28, 2010

Arab kembali ke zaman jahiliyyah



Ogos 28, 2010 – Arab News for beritaislamglobal.blogspot.com

Seorang wanita warganegara Sri Lanka yang bekerja sebagai pembantu rumah di Arab Saudi telah didera dengan teruk kerana merungut bekerja melebihi had.

Majikan LT Ariyawathi dilaporkan telah mengetuk 24 bilah paku dan jarum ke bahagian tangan, kaki dan dahinya, dan terpaksa dikeluarkan kemudiannya melalui satu pembedahan.

Kerajaan Sri Lanka berkata mereka akan melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa Saudi, Pertubuhan Antarabangsa Migrasi dan PBB.

Ariywawathi diterbangkan ke Sri Lanka minggu lepas dan dimasukkan ke Hospital Kamburupitiya dalam daerah Matara, 140 kilometer dari Colombo.

Doktor-doktor di Sri Lanka telah berjaya mengeluarkan 13 bilah paku dan 5 bilah jarum (gambar) dari badan mangsa. Enam bilah jarum di tangannya (gambar) tidak dapat dikeluarkan kerana berisiko merosakkan saraf dan arteri.

Pengarah Hospital, Prabath Gajadeera berkata wanita tersebut telah mengalami kecederaan pada bahagian saraf dan otot tetapi tidak pada organ-organ utama. Beliau kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan berkenaan.

No comments:

Post a Comment