Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Sunday, October 10, 2010
Tutup kedai waktu sembahyang rosakkan ekonomi?
DUBAI (Al Arabiya - Translated by beritaislamglobal.blogspot.com - English version here)
Sekumpulan ahli perniagaan menyuarakan kebimbangan tentang impak menutup perniagaan semasa waktu sembahyang di Arab Saudi yang boleh merosakkan ekonomi, lapor TV Al Arabiya, Sabtu lalu.
Abdulah al-Ahmed, CEO Kumpulan al-Bandar memberitahu siaran TV Al Arabiya dalam rancangan “Bersama Akhbar” yang dihoskan Dawood al-Shirian bahawa menutup kedai apabila masuk waktu sembahyang telah memberi kesan kewangan “yang berat” kepada kumpulannya, di samping mengurangkan produktiviti pekerja.
Dr. Fahad bin Jumaa, penulis dan pakar ekonomi berkata menutup pasar lima kali sehari akan membawa kepada peningkatan beban kerja pekerja, terutamanya dalam perniagaan kecil dan sederhana.
Bagi yang menyokong menutup kedai pula berkata bahawa sembahyang adalah kewajipan agama dan adalah penting bagi negara kelahiran Islam ini mengekalkan tradisi seperti ini.
Dr. Saad Mattar al-Otaibi, professor polisi Syariah Institut Pengajian Undang-Undang di Riyadh menjelaskan bahawa menutup pasar ketika waktu sembahyang diamalkan semasa zaman Nabi Mohammed dan juga ketika era para sahabat.
“Tidak ada peruntukan dalam undang-undang yang menyatakan hukuman bagi mereka yang tidak mematuhinya, dan peraturan menutup kedai adalah sebagai langkah memaksa orang-ramai menunaikan sembahyan” tambah al-Otaibi.
Ditanya tentang kemungkinan kerosakan ekonomi akibat dari langkah menutup perniagaan, al-Otaibi berkata falsafah Islam telah menangani isu ini dengan mengutamakan agama dari wang dan bukan sebaliknya.
“Seseorang itu tidak boleh melihat agama dari sudut materialistik semata-mata,” tambahnya.
Sementara itu, pengkaji undang-undang, Abdulah al-Owait, berkata bahawa memang tidak ada asas dalam undang-undang untuk menutup kedai.
Berlawanan dengan al-Otaibi, dia pula berkata bahawa “melindungi wang sepatutnya menjadi keutamaan dalam agama, dan langkah tidak menutup kedai akan menunjukkan wajah Islam yang lebih baik.”
Dalam statistic yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Dakwah dan Pencegahan Maksiat menunjukkan terdapat kira-kira 23,710 kes-kes yang dilaporkan kerana kesalahan tidak sembahyang atau tidak menutup kedai, dan jumlah mereka yang ditahan kerana melanggar kedua-dua kriteria ini mencecah 25,000 orang.
Selepas empat kali diberi amaran kerana perlanggaran, kedai akan ditutup selama 24 jam, dan 48 jam jika diberi amaran untuk kali kelima.
Dalam kes tertentu, perlanggaran yang berterusan akan dibawa ke mahkamah.
Setiausaha Kementerian Hasil dan Panduan Agama, Dr. Tawfiq Al-Sudairy berkata pihak kementerian sedang melakukan kajian untuk membantu mengurangkan tempoh waktu antara Azan dan sembahyang.
Translated from Arabic by Dina al-Shibeeb)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
drp negeri yg kontang n d berikan begitu byk nikmat keduniaan manusia menjadi tidak bersyukur...hnya beberapa minit utk agama begitu d takuti kerugian...benarlah firman ALLAH n RasulNYA.
ReplyDeletebagus juga kalau dipraktikan di Malaysia kan..
ReplyDelete