Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Thursday, October 14, 2010
Anak terabai kerana kahwin misfar
Translated by beritaislamglobal.blogspot.com - Original English version here
By FATIMA SIDIYA | ARAB NEWS Published: Oct 13, 2010 23:12 Updated: Oct 13, 2010 23:12
JEDDAH: Terdapat kira-kira 900 orang anak yang lahir hasil dari perkahwinan “misfar” (pelancong) antara wanita Mesir dan lelaki Arab Saudi, diabaikan oleh bapa-bapa mereka, kata seorang aktivis Mesir dalam forum tentang penyeludupan buruh asing yang diadakan baru-baru ini.
Bercakap dalam persidangan di Mesir, Aiman Abu Akeel, pengerusi lembaga pemegang amanah Yayasan Maat, berkata bahawa kebanyakan lelaki yang melawat Mesir untuk tujuan perkahwinan misfar datangnya dari Arab Saudi, diikuti Iraq, dan boleh dikatakan hampir kesemuanya memilih perempuan yang lebih muda.
Perkahwinan “Misfar” merujuk kepada satu kontrak ikatan perkahwinan yang membolehkan seorang wanita menjadi isteri yang sah sepanjang tempoh “suaminya” berada di perantauan. Wanita-wanita ini diceraikan selepas berlalu tempoh yang pendek, mungkin seminggu atau sebulan, lapor akhbar Mesir Al-Yaum Al-Sabi.
Bercakap dalam forum yang sama, Azza Al-Jazaar, penganjur am program Anti-Penyeludupan Wanita Mesir, berkata bahawa wanita-wanita ini tidak tahu yang mereka dipergunakan seperti komoditi. Bapa-bapa mereka menerima sehingga 4,000 Egyptian pounds dari lelaki-lelaki ini sebagai tukaran mendapatkan anak gadis mereka seawal usia tidak sampai 16 tahun.
Statistik menunjukkan kira-kira SR100 million dibelanjakan untuk perkahwinan misfar, yang berakhir tidak melebihi sebulan, di mana 90 peratus daripada pasangan lelaki adalah terdiri daripada warga Saudi yang telah memperolehi anak hasil dari ikatan seperti itu. Walaupun begitu, Najeeb Al-Zamil, pengasas Yayasan Kembali kepada Akar, pula berkata walaupun ramai anak-anak seperti itu di negara-negara Arab, penderitaan mereka tidaklah seteruk kanak-kanak yang dilahirkan di negara-negara bukan Arab. Beliau menambah yang lelaki-lelaki ini terpaksa mengabaikan keluarga dan anak mereka, kerana takut dipandang serong oleh sanak-saudara di negara asal mereka.
Dia juga berkata walaupun terdapat anak-anak yang hidup susah dan terlibat dengan dadah dan aktiviti-aktiviti haram, ada juga di kalangan mereka yang telah menjadi model dan pelakon. Dia menambah bahawa sebahagian dari mereka bijak dan berpendidikan, tetapi berasa kekurangan kerana tidak mengenali bapa mereka. “Saya bertemu seorang gadis Saudi-Filipino yang berkata dia mempunyai segalanya tapi berasa kosong kerana bapa tidak mengenalinya, sementara yang lain berasa keliru seperti kehilangan sesuatu. Dia berkata yang dia mahu bapanya berasa bangga dengannya,” katanya.
Al-Zamil, ahli Lembaga Shoura, berkata dia mencadangkan supaya ujian DNA digunakan sebagai kaedah yang sah untuk menentukan hubungan anak-bapa, sesuatu yang boleh membuatkan seorang bapa mengakui kebapaannya. Beliau juga memberitahu yang ramai dari mereka tidak mengharapkan bantuan kewangan atau ingin datang ke Saudi tetapi sebenarnya terdesak untuk dikenali dan diakui sebagai anak. Terdapat kira-kira 47 orang kanak-kanak Saudi-Filipino yang berdaftar dengan Kedutaan Saudi di Manila, tetapi Al-Zamil percaya yang jumlahnya mungkin lebih jika dilakukan pemeriksaan lebih menyeluruh.
Peguam Saudi Ibrahim Al-Zamzami mengkritik wanita yang tidak berusaha mendaftarkan perkahwinan mereka kerana ini akan hanya menyukarkan lagi keadaan. “Jika seorang wanita itu mempunyai kontrak perkahwinan dan saksi, dan jika sijil kelahiran anak menyatakan yang anak itu dilahirkan melalui hubungan yang sah, pihak berkuasa boleh mengarahkan si bapa menerima anak itu sebagai anaknya,” katanya. “Walaupun si bapa telah melanggari undang-undang yang tidak membenarkannya mengahwini wanita asing tanpa kelulusan, ini tidak bermakna yang anak-anak seperti itu tidak didaftarkan di Kementerian Dalam Negeri,” kata Al-Zamzami.
Beliau menambah bahawa semua kedutaan Saudi telah dinasihatkan untuk mendaftar anak-anak dan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara yang membolehkan bapa-bapa membawa anak-anak mereka ke negara itu dan seterusnya, menguruskan passport dan kad pengenalan untuk mereka. Bagaimanpun, kata Al-Zamzami lagi, seorang bapa itu boleh dihukum kerana melanggar undang-undang, dalam bentuk dihalang keluar negara atau dipenjarakan.
Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh (gambar), mufti besar Arab Saudi , memberi amaran tentang perkahwinan misfar yang katanya tidak ubah seperti perkahwinan “mutaa” yang dilakukan untuk memenuhi nafsu secara tidak sah. Al-Asheikh berkata bahawa perjalanan ke luar Negara untuk berkahwin dengan niat menceraikannya apabila pulang tidak dibenarkan Syara’, kerana ia mempunyai kesan yang buruk ke atas masyarakat, perempuan dan anak-anak yang terhasil dari hubungan seperti itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kebanyakan makan unta tu, tu yg sentias keras je .....
ReplyDelete