Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Monday, October 11, 2010
Al-Azhar minta Iran musnahkan makam Abu Lu'Lu'ah
Translated by beritaislamglobal.blogspot.com from Al-Arabiya - English here
DUBAI (Farraj Ismail)
Sekumpulan ulama al-Azhar menyambut baik keputusan Sheikh Ahmed Mohammed al-Tayyeb (gambar) untuk membatalkan pertemuan dengan naib presiden dan menteri pelancongan Iran, Hamid Baghai (gambar).
Al-Azhar, pusat Sunni Islam sedunia itu, juga menyeru supaya dihalang pertemuan dengan pegawai-pegawai Iran melainkan Republik Islam itu mengambil langkah memusnahkan makam Abi Lulu’a al-Majusi, pembunuh khalifah kedua (sahabat Nabi) Omar bin al-Khatab.
Golongan Islam Sunni percaya bahawa empat khalifah pertama selepas Nabi Muhammad telah mengambil alih sebagai pemimpin Islam dengan dengan cara yang sah, bersalahan dengan golongan Syiah yang percaya bahawa hanya Saidina Ali merupakan pengganti yang sah untuk memimpin umat Islam.
Baghai melawat tempat lain
Dalam tahun 2007 Ayatollah Mohammed Ali Taskhiri menghantar surat kepada Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa memaklumkan bahawa pihak berkuasa Iran telah menutup makam tersebut.
Rifaa al-Tahtawi, jurucakap al-Azhar berkata bahawa al-Tayyeb mengajar pada setiap Selasa dan ingin mengekalkan jadualnya, sementara pihak delegasi Iran pula lewat memohon mengadakan pertemuan dengan al-Tayyeb sekalipun berada selama empat hari di Mesir untuk menandatangani kerjasama laluan udara, menghubungkan Kaherah dan Tehran buat kali pertama selepas hubungan dingin selama 30 tahun.
Al-Tahtawi juga memberitahu yang Baghai telah melawat beberapa buah masjid yang dianggap penting oleh Muslim Syiah termasuk masjid al-Sayyeda Zainab (anak perempuan Nabi), al-Sayyeda Nafisa (Cicit perempuan Nabi dari Hussain), dan Imam Hussain (cucu Nabi).
Ketua kumpuan ulama tersebut, Dr. Mohammed al-Biri berkata bahawa tidak banyak yang ditawarkan oleh Iran bagi menutup jurang antara kedua fahaman tersebut, dan beliau menyeru Iran supaya menghapuskan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan Muslim Sunni.
Pembunuh Omar
Makam Abu Lulu’a yang terdapat di bandar Kashan, hanya merupakan simbolik kerana jasadnya yang sebenar dikebumikan di Madinah, Arab Saudi.
Barisan Tindakan Islam, salah satu cabang Ikhwanul Muslimin di Jordan telah menghantar surat kepada Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Khamenei supaya memusnahkan makam tersebut bagi mengurangkan ketegangan hubungan antara Sunni-Shiah.
Setiausahanya Hamza Mansour juga telah menegaskan tentang fatwanya dalam satu surat kepada Khamenei melarang penghinaan dan cercaan ke atas para sahabat Nabi.
Mansour juga mengulas tentang Yasir al-Habib, warga kuwait, yang mana kewarganegaraannya telah dilucutkan selepas membuat kenyataan memperkecilkan al-Sayyeda Aysha, (Isteri Nabi Mohammed) dan beberapa sahabat yang lain.
Beliau berkata bahawa komen al-Habib itu tiada bezanya dengan fitnah ke atas umat Islam yang dibuat di Eropah dan Tel-Aviv, begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin, Lubnan dan Afghanistan.
Dia juga meminta supaya orang Sunni dibenarkan membina masjid di Tehran, sama seperti Muslim Syiah lain yang boleh membina masjid mereka sendiri.
Mohammed Salim al-Awa, setiausaha Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa memberitahu Al Arabiya bahawa pihaknya telah dimaklumkan bahawa "makam tersebut adalah milik seorang sufi di Iran, yang tidak menerima ramai pelawat, dan pihak berkuasa Iran telah menutupnya."
(Translated from Arabic by Dina al-Shibeeb)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sunni dan syiah adalah pecahan mazhab dalam Islam. semailah kasih sayang antara keduanya, bukan menyemai kebencian. Kita berusaha mengambil hati orang orang kafir kpd Islam tetapi dlm masa sama menyemai kebencian sesama kita.
ReplyDeleteSyiah (شيعة Syi'aṯ) ialah salah satu mahzab terbesar dalam Islam selepas Sunni.Muslim Syi'ah mengikuti Islam tidak sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya. Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. .Kebanyakan Sunni islam mengatakan bahawa mahzab syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam [
ReplyDeleteBagaimana menyemai kasih sayang dengan mereka yang suka mencerca dan melaknat sahabat? Cercaan mereka juga mengenai aku, kerana aku amat mengasihi sahabat.
ReplyDeletesyiah laknatullah..musuh dlm selimut.. syiah bkn mazhab.. ayuh umatg islam bangkit dgn kesedaran bahawa syiah adalah sesat.. sesat yang nyata..
ReplyDeleteSyiah dan Sunni adalah pecahan politik bukan mazhab.
ReplyDeleteakidah syiah pokoknya sama dengan sunni, hanya masalah polotik yang membedakan, mari kita usung persatuan islam. jangan musah mengkafirkan kelompok lain, kalau tdak terbukti, kita yang jadi kafir. iran telah jadi teladan peradaban zaman kini- sainnya maju pesat. presidennya punya sifat zuhud yang tidak dimiliki pemimpin sunni hari ini, cuba lihat raja saudi, presiden indonesia. raja malaysia, jauh dari cara hidup rosulullh. mari kita usung persatuan islam. allah akbar 3x
ReplyDeletesyiah bukanlah sebahagian dari islam. malah syiah pernah membunuh jemaah haji. membantu tentera tartar memusnahkan negeri islam. mebantu amerika menewaskan iraq,mebantu bashar membunuh kaum muslimin di syria. sepatut umat islam bersatu menhapuskan syiah dari muka bumi sebelum mereka menghapuskan akidah dan nyawa kita.
ReplyDelete