Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Tuesday, October 19, 2010

Israel sebagai PARIAH



Rupert Murdoch, tokoh media Yahudi, menyampaikan ucapan pada 13/10/10 lalu dalam satu majlis makan malam anjuran ADL (Anti-Defamation League) di New York. ADL adalah sebuah NGO Yahudi antarabangsa yang berpengkalan di AS yang menentang segala bentuk anti-semitisme (prasangka dan permusuhan terhadap bangsa Yahudi) dan mempertahankan keselamatan Israel dan Yahudi di seluruh dunia. Ucapan beliau boleh dianggap keramat kerana mengandungi lakaran ‘masteplan’ untuk Israel dan Yahudi di seluruh dunia. Ikuti teks penuh ucapan beliau:


Terima kasih, Abe, kerana ucapan penghargaan anda. Dan terima kasih atas anugerah ini.

Saya tidak boleh katakan yang saya telah dipilih oleh Tuhan. Tapi malam ini saya boleh cakap begini: Saya amat berbesar hati dipilih oleh orang-orangNya untuk menerima anugerah ini.

Saya amat berbangga kerana anugerah piala ini tertera nama ADL (Anti-Defamation League). Anda ditubuhkan seabad yang lalu untuk menangani sesuatu yang tidak kita jangkakan berlaku di Amerika hari ini: tuduhan dan hukuman terhadap bangsa yahudi yang tidak bersalah.

Sejak ditubuhkan, anda telah melawan anti-semitik di mana saja yang anda temui. Awak telah menjuarai layanan kesaksamaan untuk semua bangsa dan agama. Dan anda membawa Amerika memenuhi janjinya seperti yang tercatat dalam rukunegara.

Disebabkan begitu banyak kejayaan yang anda telah capai, terdapat suara-suara, beberapa tahun yang lalu, yang mula mengatakan, “mungkin kita dah tak perlukan ADL lagi.”

Hari ini, kenyatan seperti itu memang sukar dibuat.

Sekarang, tiada seorang pun dalam dewan ini yang perlukan syarahan tentang anti-semitisme. Pandangan saya mudah: Kita hidup dalam dunia di mana Yahudi diperangi secara berterusan.

Dalam dekad-dekad pertama selepas Israel ditubuhkan, peperangan adalah dalam bentuk konvensional. Tujuannya jelas: menggunakan ketenteraan untuk mengalahkan Israel. Sebelum runtuhnya Tembok Berlin, kaedah ketenteraan seperti itu memang jelas telah gagal.

Kemudian datang fasa kedua: terrorisme

Terroris mensasarkan warga Israel samada di rumah atau di luar Negara – dari pembunuhan kejam atlit Israel di Munich hinggalah kepada Intifada kedua.
Terroris terus mensasarkan bangsa Yahudi di seluruh dunia. Tetapi mereka tidak berjaya menjatuhkan kerajaan Israel – dan mereka tidak dapat melemahkan keazaman warga Israel.

Sekarang peperangan telah memasuki fasa baru. Inilah peperangan lembut yang bertujuan untuk meminggirkan Israel dengan cara mengharamkannya. Medan perangnya di mana-mana: media…organisasi antarabangsa… NGOs.

Dalam peperangan ini, matlamatnya adalah untuk menjadikan Israel sebagai PARIAH.

Hasilnya hari ini kita berhadapan dengan dua situasi yang menimbulkan tandatanya: Israel semakin dipinggirkan, sementara Iran – negara yang terang-terang mengharapkan Israel dihancurkan- dengan lantang dan bangganya bergiat menghasilkan senjata nuclear tanpa menunjukkan langsung rasa takut dicemuh.

Bagi saya, peperangan seperti ini adalah jelas sekali satu fakta kehidupan.
Setiap hari, warganegara tanah Yahudi itu mempertahankan diri mereka daripada tentera-tentera terroris yang mempunyai satu matlamat dalam fikiran mereka: Timur Tengah tanpa Israel.

Di Eropah, populasi Yahudi semakin mendapati diri mereka dijadikan sasaran oleh orang-orang yang berkongsi matlamat yang sama.

Dan di Amerika Syarikat, saya berasa takut dengan polisi luar kita yang kadang-kadang membuka ruang kepada pelampau-pelampau seperti ini.

Malam ini saya akan bercakap tentang dua perkara yang paling membimbangkan saya.
Pertama, anti-Semitisme telah bertapak dalam masyarakat yang beradab – terutamanya di Eropah.

Keduanya ialah bagaimana keganasan dan extremism digalakkan apabila dunia melihat bagaimana sekutu paling rapat menjarakkan diri dari negara Yahudi tersebut.

Apabila warga Amerika berfikir tentang anti-Semitisme, kita cenderung untuk memikirkan tentang karikatur dan serangan biadab pada bahagian pertama kurun ke-20.
Hari ini nampaknya kebanyakan penentangan tegar datangnya dari puak berhaluan kiri. Biasanya golongan baru anti-semitisme ini berpakaian sebagai penentang Israel secara sah.

Kembali kita ke tahun 2002 di mana presiden Harvard, Larry Summers, menyebut begini:

“Di mana anti-semitisme dan pandangan-pandangan yang anti-Israel yang secara tradisinya wujud di kalangan penyokong sayap kanan yang kurang berpendidikan, pandangan-pandangan yang seperti ini juga semakin mendapat sokongan dari masyarakat intelektual progresif. Orang-orang seperti ini menganjur dan mengambil tindakan yang mempunyai kesan anti-semitik, sekalipun tanpa niat.”

Mr. Summers, pada masa itu, bercakap tentang kampus universiti. Macam saya, beliau juga terkejut dengan perkembangan di Eropah.

Jauh dari ditolak mentah-mentah, anti-Semitisme hari ini mendapat sokongan dari masyarakat Eropah dari yang paling bawah hingga ke paling atas – dari kelompok ahli politik paling elit hinggalah ke kawasan yang padat dengan penduduk Muslim. Yahudi Eropah mendapati diri mereka tersepit.

Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan satu kenyataan seorang menteri perdagangan EC menyatakan yang keamanan mustahil dicapai di Timur Tengah kerana lobi Yahudi di Amerika. Beliau berkata begini:

“Memang terdapat satu kepercayaan – dan ianya sukar dinyatakan sebaliknya – bahawa dikalangan kebanyakan bangsa Yahudi itu bahawa merekalah yang betul. Dan ini bukannya berkaitan samada Yahudi itu alim atau tidak. Orang Yahudi biasapun percaya bahawa merekalah yang betul. Jadi ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengadakan perbincangan, sekalipun dengan Yahudi sederhana, tentang apa yang sedang berlaku di Timur Tengah.”

Menteri itu tidak mencadangkan masalah itu ada kaitan dengan mana-mana polisi Israel yang khusus. Masalah, yang beliau huraikan, adalah tentang sifat semulajadi Yahudi.

Menambah kepada sesuatu yang tidak masuk akal itu, beliau kemudiannya menjawab kritikan yang dilemparkan kepadanya begini: Anti-Semitisme, tegasnya, “tiada tempat dalam dunia hari ini dan pada asasnya bertentangan dengan nilai-nilai Eropah kita.”

Sudah tentu, dia sudah menjalankan tugasnya.

Malangnya, kita dapat lihat contoh-contoh seumpama ini di seluruh pelusuk Eropah.
Sweden, sebagai contoh, telah lama terkenal dengan toleransi liberal. Tapi, di salah sebuah Bandar terbesar Sweden, terdapat laporan yang mengatakan gangguan terhadap Yahudi meningkat. Apabila pasukan tenis Israel mengadakan lawatan untuk menyertai satu pertandingan, mereka telah disambut dengan rusuhan.

Jadi apa respon datuk Bandar? Dengan menyamakan Zionisme dengan anti-Semitisme – dan mencadangkan yang Yahudi Sweden akan lebih selamat di tempat mereka sekarang jika mereka dapat menjauhkan diri mereka dari tindakan warga Israel di Gaza.
Anda tidak perlu pergi jauh untuk melihat tanda-tanda bahaya:

- Kerajaan Noway melarang syarikat Pembina kapal Jerman yang berpengkalan di Norway daripada menggunakan perairannya untuk menguji kapalselam yang dibina untuk tentera laut Israel.

- Britain dan Sepanyol memboikot mesyuarat pelancongan OECD di Jerusalem

- Di Belanda, pihak polis melaporkan terdapat kenaikan sebanyak 50% bilangan insiden anti-Semitik.

Mungkin kita tidak perlu terkejut dengan semua ini. Menurut satu undian yang buat di Eropah beberapa tahun lalu, warga Eropah meletakkan Israel di tempat atas melebihi Iran dan Korea Utara sebagai ancaman utama kepada keamanan dunia.

Di Eropah hari ini, beberapa serangan hebat terhadap orang Yahudi, simbol Yahudi, dan rumah ibadat Yahudi datangnya dari populasi Muslim.

Malangnya, daripada mengatakan bahawa kita tidak boleh bertolak-ansur dengan tindakan seperti itu, respon-respon yang selalu kedengaran adalah seperti yang dibuat oleh datuk Bandar Sweden itu – yang mencadangkan Yahudi dan Israel juga patut dipersalahkan.

Apabila pemimpin politik Eropah tidak bersetuju dengan sebarang bentuk kejahatan atau jenayah, mereka akan mula mempercayai idea-idea yang mengatakan Israel adalah punca segala masalah dunia.

Kalau itu bukan sikap anti-Semitisme, saya tak tahu apa nak dikatakan lagi.
Ini membawa kepada pandangan saya yang kedua: kepentingan hubungan baik antara Israel dan Amerika Syarikat.

Sesetengah orang percaya bahawa jika Amerika ingin memperolehi kredibiliti dalam dunia Muslim dan mencapai keamanan, Washington perlu menjarakkan diri mereka daripada Israel.

Pandangan saya adalah sebaliknya.

Jauh daripada memungkinkan perdamaian, kita sebenarnya memastikan wujudnya permusuhan.

Jauh daripada melakukan sesuatu yang lebih baik untuk rakyat Palestin, hubugan yang hambar antara Amerika Syarikat dan Israel akan hanya memastikan warga Palestin terus menderita.

Keamanan yang kita inginkan akan hanya tercapai apabila Israel berasa selamat – bukannya apabila Washington berasakan dirinya jauh dari Israel.

Sekarang kita sedang berada dalam peperangan.

Terdapat banyak pihak yang melancarkan peperangan ini. Ada yang meletupkan café. Ada yang melancarkan roket ke kawasan awam. Ada yang membangunkan senjata nuklear. Ada yang terlibat dalam peperangan lembut, iaitu melalui boikot antarabangsa dan resolusi mengutuk Israel.

Kesemua mereka ini sedang memerhatikan secara dekat hubungan antara AS-Israel.

Dalam hal ini, saya berasa gembira apabila jurucakap Jabatan Negara menjelaskan pendirian Amerika kelmarin. Beliau berkata bahawa Amerika Syarikat mengiktiraf “sifat istimewa negara Israel. Ia adalah negara untuk bangsa Yahudi.”

Ini adalah satu peringatan penting kepada Timur Tengah. Apabila orang melihat, contohnya, seorang perdana menteri Yahudi dilayan dengan buruk oleh presiden Amerika, mereka akan nampak negara Yahudi semakin dipinggirkan. Ini akan hanya lebih menyebelahi golongan pengganas berbanding perunding usaha damai.

Tuan-tuan dan puan-puan, kembali ke tahun 1937, seorang lelaki bernama Vladimir Jabotinsky mendesak Britain supaya membuka laluan untuk Yahudi melarikan diri meninggalkan Eropah.

Hanya tanah Yahudi, katanya, yang boleh melindungi Yahudi Eropah dari ditimpa malapetaka di masa depan.

Beliau menjelaskan masalah ini seperti berikut:

“Ianya bukanlah anti-Semitisme terhadap manusia,” katanya. “Ia adalah, melebihi segalanya, anti-Semitisme terhadap perkara, kebencian terhadap sosial atau ekonomi yang membuatkan kami menderita.”

Dunia tahun 2010 bukanlah dunia seperti pada tahun 1930an. Ancaman yang dihadapi Yahudi pada hari ini berbeza.

Tetapi ancaman seperti ini memang ada realitinya.

Ancaman-ancaman ini tersorok dalam bahasa hodoh yang boleh dikenali oleh mereka-mereka yang pernah melalui Perang Dunia Kedua.

Dan ancaman ini tidak boleh dinyatakan sehinggalah kita melihatnya sendiri: sebahagian dari usaha berterusan memerangi Yahudi.

Terima-kasih kerana mendengar. Terima-kasih kerana anugerah ini. Dan terima-kasih di atas apa yang anda telah lakukan.

Kepada yang belum kenal Rupert Murdoch, beliau adalah tokoh kesayangan Yahudi, seorang hartawan yang menguasai organisasi berikut:
The Wall Street Journal
Twentieth Century Fox
The New York Post
News of the World
The Times
Dow Jones & Company

5 comments:

  1. Laknat Allah kepada sekalian perosak kemanusiaan.

    ReplyDelete
  2. yahudi bangsa yang tidak boleh dipercayai sampai kiamat. bangsa yang menjahanamkan dunia dan memporakperandakan bangsa manusia

    ReplyDelete
  3. Al-yahud, no one see u as a good people. U r not only fight to the people but also god .. u should know it. Just wait .. your time will come. And u will know the sky is high or low ... don't u ever under rate the chosen ummah.

    ReplyDelete
  4. Bukan sahaja kita nak lihat Timur Tengah tanpa IsraHELL, tapi kita nak pastikan tidak akan timbul lagi sepertinya di mana-mana di muka bumi ini.

    ReplyDelete