Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Thursday, October 7, 2010
Kenapa Dr. Aafia jadi sasaran?
Translated by beritaislamglobal.blogspot.com - English version here
Dalam babak terakhir filem “Dr. Zhivago” terbitan tahun 2002, Lara hanya memerhati kereta hitam yang sedang mengikutinya dan menggunakan sedikit masa yang tinggal untuk bermain dengan anak lelakinya, mencabarnya untuk berlumba. Dia sedar yang dia tidak akan dapat melihat anaknya lagi.
“Ibu nak kamu yang mulakan,” dia senyum kepada anak kecilnya itu. Si anak terus mula berlari sambil si ibu dipimpin ke kereta, tanpa menentang si ibu terus memerhatikan anaknya dari tempat duduk belakang; perjalanan pertama ke pusat tahanan Siberia.
Dr. Aafia Siddiqui tidak menerima amaran seperti itu, tiada kesempatan langsung untuk menyaksikan detik-detik perpisahan dengan tiga anaknya semasa peristiwa penculikan mereka tahun 2003 di Karachi, Pakistan. Pegawai-pegawai Amerika Syarikat dan Pakistan masing-masing mengaku tidak mengetahui di mana keluarga tersebut berada dalam tempoh 2003 hingga 2008. Setelah itu, barulah diketahui yang Dr. Aafia telah ditahan dan disiksa dengan teruk di Pengkalan Tentera Udara Bagram (gambar), Afghanistan sebelum dihantar ke New York, kerana dituduh membunuh dua orang tentera AS.
Selama beberapa tahun, Dr. Aafia tidak mengetahui samada anak-anaknya masih hidup atau mati sehinggalah anak sulungnya, Ahmed (gambar), dibebaskan pada 2008. Anak perempuannya Maryam (gambar) ditinggalkan berhampiran kediamannya di Karachi pada April 2010, hanya boleh berbahasa Inggeris dan Parsi. Nasib anak bongsunya Suleman, berusia 6 bulan ketika diculik, tidak diketahui sehingga ke hari ini.
Bekas banduan-banduan di Bagram menceritakan tentang jeritan suara banduan 650 yang teruk disiksa. Mereka mengenali banduan 650 sebagai Dr. Aafia Siddiqui dan ini disahkan sendiri oleh beliau yang mengakui telah melalui pengalaman disiksa secara fizikal dan psikologi, termasuk dipaksa menatap gambar anaknya Suleman yang terapung dalam kolam yang penuh dengan darahnya sendiri.
Jadi tidaklah mengejutkan jika seseorang yang dalam keadaan teruk seperti itu mengambil tindakan nekad untuk membalas dendam terhadap mereka yang terlibat. Sungguhpun begitu, wujudnya percanggahan fakta dalam pengakuan yang dibuat oleh para saksi tentang “jenayah” – cubaan menembak dua askar AS – sehingga beliau dijatuhi hukuman penjara 86 tahun, telah menimbulkan keraguan serius samada insiden tersebut benar-benar berlaku.
Tambahan lagi, Dr. Aafia ditahan dan disiksa kerana dituduh berkomplot melakukan aktiviti terrorisme dan menjalinkan hubungan dengan Al-Qaeda. Kenapa beliau tidak didakwa atas kesalahan terrorisme ini?
Satu persoalan besar: Mengapakah seorang saintis neuro berpendidikan-Amerika diperlakukan seperti ini?
Zaid Hamid, penganalisa politik Pakistan dan pengacara program “Brasstacks,” menyatakan tentang novel yang ditulis oleh Dr. Aafia dan penyelidikan unik beliau dalam bidang sainsneuro termasuk inovasi penting berkaitan biologi, psikologi, pengurusan persepsi dan kawalan fikiran: senjata-senjata terbaru yang dicemburui oleh kerajaan, angkatan tentera dan media. Dr. Aafia kemudiannya mendedahkan tentang seorang penyoal-siasat lelaki bangsa India di Bagram yang menanyakan tentang penyelidikan beliau di MIT, kearifan beliau tentang hasil kerjanya membuatkan dia percaya yang lelaki tersebut adalah bekas rakan sekerjanya.
Di samping penyelidikannya di MIT, Dr. Aafia menamatkan Ph.Dnya dalam Sainsneuro Kognitif dari Brandeis awal tahun 2001. Kajian PhDnya membincangkan bagaimana manusia melihat, mengingati, dan menentukan pemerhatianya. Salah satu eksperimen beliau memerlukan seseorang itu melihat dan kemudian membuat semula pergerakan sekeping disket melintasi skrin komputer untuk mengkaji komponen-komponen penglihatan visual dan memori. Beliau mendapati yang seseorang itu hanya melihat posisi-posisi disket secara seketika dan terpaksa saling-menghubungi posisi-posisi tersebut. Beliau merumuskan bahawa dalam satu turutan pergerakan tanpa jejak yang kelihatan, sesuatu subjek itu sukar digambarkan atau diceritakan.
Majalah Smithsonian keluaran May 2010 menyiarkan satu artikel bertajuk “Bagaimana Otak Kita Melakukan Ingatan,” yang tanpa disedari mempunyai pertalian dengan kajian Dr. Aafia. Dalam artikel tersebut, saintisneuro dari Montreal, Karim Nader membincangkan tentang kesan “ingatan kekal” terhadap peistiwa 9/11 dan teorinya bahwa tindakan sering memperingati boleh mengubah ingatan.
Teori tersebut menunjukkan jika ingatan kita diubah oleh proses memperingati secara berulang, maka adakah sesuatu yang sukar bagi kerajaan atau media, contohnya, untuk mengubah ingatan kita dengan cara memain semula detik-detik 9/11 secara berulangkali dan ditambah pula dengan ulasan-ulasan serangan dari “pakar-pakar” dan “saksi-saksi” mereka sendiri?
Adakah kerana kajiannya itu, Dr. Aafia telah diminta membantu pihak kerajaan untuk menghasilkan senjata psikosis yang akan membuatkan rakyat percaya bahawa kapalterbanglah yang meruntuhkan WTC? Mungkinkah kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan, maka beliau diperlakukan seperti itu?
Sesetengah orang mungkin bertanya, kenapa dia tidak dibunuh terus? Kenapa mengambil risiko kemungkinan maklumat seperti ini tersebar? Penjelasannya ialah bahawa beliau boleh digunakan sebagai contoh, untuk menakut-nakutkan dan menggertak sesiapa sahaja yang berani menentang kuasa-kuasa besar. Tambahan lagi, suntikan bahan yang tidak diketahui kandungannya dan diikuti penyiksaan yang bertahun-tahun lamanya menyebabkan Dr. Aafia hampir tidak mampu membuat pengakuan dalam perbicaraannya gambar ilustrasi) sendiri. Sekalipun jika timbul isu-isu berkaitan komplot 9/11 dan senjata kawalan minda dalam perbicaraan tersebut, semuanya akan tertolak dengan sendiri dalam keadaan seperti itu.
Kita perlu mencari kebenaran, bukan semata-mata untuk membantu seorang ibu kepada tiga anak yang tidak bersalah, tapi demi untuk keseluruhan masyarakat kita.
Tammy Obeidallah
BIG : Allah tidak memberati hambaNYA dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya. Dr. Aafia adalah insan terpilih untuk menerima ujian berat dariNYA. Maha suci Allah dari sifat-sifat zalim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dr Aafia telah menemui rahsia sains yang akan menyebabkan semua orang masuk Islam...juga kuasa minda yang berlandaskan kekuatan dari Allah iaitu teknologi tasawuf yang boleh menggerakkan sesuatu secara sangat pantas lebih dari kelajuan cahaya...spt kebolehan ahli kitab memindahkan istana ratu balqis..
ReplyDelete