Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Wednesday, October 20, 2010
Lelaki kahwin dua serentak
beritaislamglobal.blogspot.com - English version here
ISLAMABAD (AlArabiya.net, AP)
Seorang lelaki Pakistan berusia 23 tahun telah mengahwini dua orang wanita secara serentak sebagai penyelesaian kepada dilemma yang dihadapinya iaitu samada untuk berkahwin dengan gadis yang dicintainya atau meneruskan perkahwinan yang diatur keluarga.
Undang-undang Pakistan membenarkan poligami berdasarkan kepada konsep Islam yang membolehkan memiliki sehingga empat orang isteri. Tetapi lelaki yang berkahwin lebih dari seorang itu biasanya melangsungkan perkahwinannya berselang tahun.
Pada mulanya Azhar Haidri (gambar atas bersama saudaranya) menolak untuk mengahwini Humaira Qasim, 28, gadis yang menjadi tunangannya sejak kecil – kerana beliau ingin berkahwin dengan wanita yang dicintainya, Rumana Aslam, 21.
Azhar berkata dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan kedua-dua wanita tersebut secara serentak selepas jatuh cinta dengan kedua-duanya. “Saya tidak mahu musnahkan pertunangan yang terjalin sejak keciI dan pada masa yang sama saya juga ingin memiliki kekasih saya sekarang,” katanya.
Haidri, seorang pengamal perubatan herba, berkata kedua perkahwinan tersebut telah mendapat restu dari tiga keluarga berkenaan, iaitu dua keluarga pengantin perempuan dan keluarganya sendiri.
“Pada mulanya ketiga-tiga keluarga berkenaan terutamanya ibubapa kedua-dua pengantin perempuan menentang idea tersebut kerana takut dipandang serong masyarakat, tetapi setelah diadakan perbincangan yang panjang, mereka akhirnya mengalah apabila kedua pengantin perempuan bersetuju memulakan kehidupan berumahtangga dengan berkongsi suami,” katanya.
Kedua pengantin perempuan tersebut berkata bahawa mereka, pada awalnya, bersetuju dengan idea tersebut atas dasar ingin bertolak-ansur, tetapi kemudiannya mula “menyukainya kerana ia adalah penyelesaian terbaik untuk situasi seperti itu.” Mereka bercadang untuk hidup “sebagai saudara dan sahabat seperti sebelumnya.”
“Islam membenarkan lelaki mempunyai empat isteri dalam satu masa, tapi dengan syarat mesti melayani mereka secara adil,” kata Maulana Hameedullah Khan, seorang ulama terkenal. Beliau berkata “Islam juga membenar diadakan lebih dari satu majlis perkahwinan secara serentak.” Katanya lagi “adalah jauh lebih baik untuk memiliki dua, tiga atau empat isteri, daripada mempunyai berdozen hubungan haram.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
setuju.klu llki tu ade dua kekasih bek kawin dua dua serentak.hee
ReplyDelete