Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Thursday, October 21, 2010
Seks di angkasa lepas, mungkinkah?
beritaislamglobal.blogspot.com - Original version here
VIVAnews -- Sejak tahun 1963, apabila angkasawan wanita Rusia, Valentina Tereshkova (gambar) berlepas dari bumi dan memasuki ruang orbit -- penjelajahan angkasa bukan lagi monopoli kaum adam.
Kini, berbagai misi angkasa lepas memungkinkan para penjelajah angkasa, baik lelaki atau wanita bersama dalam satu kapsul atau di stesyen angkasa lepas dalam tempoh yang lama, kerana kebiasaannya misi penjelajahan memakan masa bertahun lamanya.
Hidup bersama di angkasa lepas, lelaki dan wanita, menimbulkan persoalan samada mungkin para angkasawan itu boleh melakukan hubungan seks dan berkembang biak di sana. Polemik berkaitan seks di luar angkasa ini kembali hangat sejak kebelakangan ini setelah University of South Wales di Australia menerbitkan kajian tentang kesan perhubungan seperti itu. Kajian itu terbit baru-baru ini dan dilaporkan dalam beberapa media pada 15 Oktober 2010.
Diskusi tentang seks di angkasa lepas itu bermula semenjak tahun 1908, apabila George Griffith menghasilkan satu karya tulisan berjudul "Honeymoon in Space,". Perdebatan pada waktu itu hanya terbatas di kalangan angkasawan sahaja, dan setelah itu menjadi reda untuk beberapa lama.
Topik ini kembali hangat pada tahun 2007, setelah terbongkar skandal cinta segi tiga, yang menggegarkan NASA. Kisah percintaan itu melibatkan angkasawan wanita Lisa Marie Nowak (gambar tengah) dan Colleen Shipman, dengan William Oefelein.
Yang menggemparkan, Lisa Nowak telah dituduh melakukan cubaan membunuh ke atas Colleen Shipman – pesaing cintanya. Meskipun akhirnya bebas dengan jaminan, karier cemerlang Nowak di angkasa lepas itu akhirnya jatuh ke bumi.
Ketika skandal ini heboh diperkatakan, komandan Space Shuttle Discovery NASA, Alan Poindexter (gambar) menegaskan, seks bukan agenda dalam misi mereka.
"Kami profesional. hubungan perseorangan bukan perkara utama," kata Pondexter, seperti dilapor Telegraph, Jun 2010.
Bagaimana jika angkasawan melakukan hubungan intim ketika menjelajah angkasa?
Poindexter menegaskan bahwa itu jelas bukan pilihan. "Kami berhubungan antara satu sama lain dengan hormat. Kami mempunyai hubungan kerja yang baik," katanya.
NASA memang tidak melarang para krunya menjalinkan hubungan cinta. Juga tidak ada peraturan bertulis yang melarang berhubungan seks di angkasa lepas.
Namun, NASA mengelak dari mengeluarkan kenyataan bagi persoalan ini. Dakwaan pihak astronomi Perancis, bahawa NASA mempelajari 10 posisi seks selama misi ulang-alik 1996 -- dibantah keras.
Sementara itu, Agensi Angkasa Rusia, yang sering menghasilkan kajian kesan isolasi kru angkasa lepas tidak pernah membicarakan tentang seks.
Bagaimana pula dengan Agensi Angkasa Eropah (ESA)? ESA memerhati secara relatif isu seks di angkasa lepas. Mereka pernah menghasilkan kajian pada 1998 yang menunjukkan penerbangan ruang angkasa akan menyebabkan penurunan kadar testosteron pada angkasawan lelaki.
Risiko
Kajian terbaru terbaru yang dikeluarkan University of New South Wales (NSW), Australia, memperingatkan kita bahawa mengadakan hubungan intim di angkasa lepas itu bukan satu idea yang baik.
Seperti dilaporkan dalam FoxNews 15 Oktober 2010, sel induk embrio akan berperilaku secara berbeza di luar graviti bumi.
Selain itu, mikrograviti yang dialami angkasawan di dalam pesawat angkasa lepas dan di stesyen angkasa boleh memberi kesan kepada tubuh dalam misi jangka panjang -- menghentikan pertumbuhan otot, melemahkan tulang, dan denyutan jantung yang tidak teratur.
Menurut saintis Universiti NSW, Helder Marcal (gambar), mokrograviti juga mempengaruhi pembelahan sel, kekebalan tubuh, sistem otot dan tulang, kadar kalsium dalam sel, dan motiliti sel.
Eksperimen simulasi mokrograviti menunjukkan hasil yang tidak positif bagi perkembangan sel embrio.
Apa akibatnya jika nekad?
Ada risiko negatif yang akan dialami embrio – terencatnya kematangan termasuk jantung, tulang, dan pembuluh darah. Pertumbuhan saraf akan menjadi lambat. Kesan mikrograviti pada embrio sama seperti yang dialami orang dewasa – tapi kerosakannya lebih besar pada embrio.
"Ini kerana tubuh orang dewasa dapat beradaptasi dengan persekitaran mikrograviti," kata Marcal. Bagaimanapun, di masa depan, pembiakan manusia memang tidak dapat dielakkan.
Pada ketika itu, saintis berharap akan wujudnya kaedah perubatan bagi melindungi embrio dan janin dari bahaya mikrograviti.
Ini memungkinkan kewujudan bidang kejuruteraan genetik bagi tujuan eksplorasi planet dalam sistem solar. Namun perlu disedari, ini sesuatu yang rumit kerana berkait dengan masalah etika dan moral.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aih. patutkah.
ReplyDeletekerje bodo...set2 kapir nih takut dunia ni kiamat dia nok dok kat angkasa dan berkembang biak di atas sinun...dia sangka boleh lepas drp kiamat punya event.....kerje org tak dok agama...byk dok khayal
ReplyDelete