Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Saturday, October 23, 2010
Pada Yahudi, kita adalah keldai
by Khaled Amayreh (beritaislamglobal.blogspot.com – English Version here)
Seorang tokoh agama Yahudi di Israel menyifatkan bukan-Yahudi sama seperti kaldai dan binatang tunggangan, iaitu diciptakan untuk berkhidmat kepada bangsa Yahudi.
Rabbi Ovadia Yosef (gambar), mentor kerohanian parti Shas, yang mewakili masyarakat Yahudi di Timur Tengah, dilaporkan berkata dalam satu majlis homily Sabbath, bahawa “tujuan utama kewujudan bangsa bukan-Yahudi adalah untuk berkhidmat dengan bangsa Yahudi."
Shas adalah rakan bersekutu kerajaan Israel sekarang.
Yosef, yang juga bekas Ketua Rabbi Israel, dipetik oleh akhbar sayap-kanan, Jerusalem Post, sebagai berkata bahawa fungsi asas seorang goy, nama lain bagi memperkecilkan bukan-Yahudi, adalah untuk berkhidmat dengan bangsa Yahudi.
"Bukan-Yahudi dilahirkan hanya untuk berkhidmat dengan kita. Tanpa itu, mereka tiada tempat dalam dunia ini - hanya untuk berkhidmat dengan rakyat Israel," kata Yosef dalam khutbah mingguan malam Sabtu yang membicarakan undang-undang tentang apa yang boleh dilakukan oleh bukan-Yahudi pada hari Sabbath.
Yosef juga dilaporkan berkata bahawa kehidupan bukan-Yahudi di Israel dipelihara oleh Tuhan bagi mencegah kerugian atau kehilangan yang mungkin ditanggung bangsa Yahudi.
Yosef, ulama kitab Torah terkenal dan pentafsir kitab Talmud, kitab asas agama Yahudi, membuat perbandingan antara binatang pengangkut seperti keldai dan bukan-Yahudi.
"Di Israel, kematian tidak menguasai mereka…Lain pula halnya dengan bukan-Yahudi, mereka perlu mati, tetapi Tuhan memanjangkan usia mereka. Kenapa? Bayangkan seseorang yang kehilangan keldainya, beliau akan mengalami kerugian.
"Ia adalah hambanya…Sebab itulah usianya dipanjangkan, untuk berkhidmat dengan baik untuk Yahudi."
Yosef menjelaskan selanjutnya, dengan bertanya "kenapa bukan-Yahudi diperlukan? Mereka akan bekerja, mereka akan membajak, mereka akan menuai; dan kita akan duduk seperti tuan ladang dan makan."
"Itulah sebabnya kenapa bukan-Yahudi diciptakan."
Konsep bukan-Yahudi yang mempunyai keserupaan dengan binatang dijelaskan dalam agama Yahudi Ortodoks.
Sebagai contoh, para rabbi dari pergerakan Chabad, satu aliran yang bersifat rasis tetapi berpengaruh, mengajar secara terbuka bahawa pada peringkat kerohanian, bukan-Yahudi mempunyai status binatang.
Abraham Kook (gambar), mentor agama bagi pergerakan penduduk, dipetik sebagai berkata bahawa perbezaan antara seorang Yahudi dan bukan-Yahudi lebih besar daripada perbezaan antara manusia dan binatang.
"Perbezaan antara roh Yahudi dan roh bukan-Yahudi – semuanya dalam tahap berbeza –lebih besar dan lebih dalam daripada perbezaan antara roh manusia dan roh binatang ternakan."
Sebahagian idea-idea Kook bersifat perkauman ini diajar di kolej Talmud, Merkaz H'arav, Jerusalem. Kolej ini dinamakan sempena nama Kook.
Dalam bukunya, "Sejarah Yahudi, Agama Yahudi: Pengaruh selama 3000 tahun," Shahak, seorang penulis dan intelek Israel menjelaskan bahawa apabila rabbi Ortodoks menggunakan perkataan "manusia" mereka biasanya tidak merujuk kepada semua manusia, tetapi kepada bangsa Yahudi sahaja, kerana bukan-Yahudi itu tidak dianggap sebagai manusia menurut Halacha atau undang-undang Yahudi.
Beberapa tahun lalu, seorang ahli Knesset Israel, mengkritik hebat tentera Israel kerana "melayan manusia seolah-olah seperti bangsa Arab." Ahli Knesset, Aryeh Eldad (gambar), menyatakan demikian ketika membri komen tentang pengosongan tentera Israel di sebuah pos penempatan luar di Tebing Barat.
Berhadapan dengan kesan negatif daripada ajaran Injil dan Talmud itu ke atas hubungan antara-agama, beberapa pemimpin Kristian di Eropah menyeru supaya pihak berkuasa agama Yahudi membuat perubahan terhadap persepsi tradisi Halacha ke atas bukan-Yahudi.
Namun begitu, walaupun beberapa aliran Reformasi dan Konservatif Yahudi menyambut baik seruan tersebut, kebanyakan Yahudi Ortodoks menolak cadangan tersebut, kerana berpendapat bahawa Kitab Injil adalah perkataan Tuhan yang tidak boleh diubah dalam apa keadaan sekalipun.
Kitab Injil mengatakan bukan-Yahudi yang berada di bawah pemerintahan Yahudi hendaklah berkhidmat sebagai "pengangkat air dan pemotong kayu" untuk bangsa tuan mereka.
Dalam Joshua (9:27), kita baca " Pada hari itu, Joshua menjadikan penduduk Gibeon sebagai pemotong kayu dan pembawa air untuk komuniti itu …. Dan itulah mereka pada hari ini."
Di tempat lain dalam Kitab Injil, penduduk Israel disuruh melayan "orang asing yang berada ditengah-tengah kelompok anda " secara berperikemanusiaan "kerana awak sendiri adalah orang asing di bumi Mesir."
Thursday, October 21, 2010
Seks di angkasa lepas, mungkinkah?
beritaislamglobal.blogspot.com - Original version here
VIVAnews -- Sejak tahun 1963, apabila angkasawan wanita Rusia, Valentina Tereshkova (gambar) berlepas dari bumi dan memasuki ruang orbit -- penjelajahan angkasa bukan lagi monopoli kaum adam.
Kini, berbagai misi angkasa lepas memungkinkan para penjelajah angkasa, baik lelaki atau wanita bersama dalam satu kapsul atau di stesyen angkasa lepas dalam tempoh yang lama, kerana kebiasaannya misi penjelajahan memakan masa bertahun lamanya.
Hidup bersama di angkasa lepas, lelaki dan wanita, menimbulkan persoalan samada mungkin para angkasawan itu boleh melakukan hubungan seks dan berkembang biak di sana. Polemik berkaitan seks di luar angkasa ini kembali hangat sejak kebelakangan ini setelah University of South Wales di Australia menerbitkan kajian tentang kesan perhubungan seperti itu. Kajian itu terbit baru-baru ini dan dilaporkan dalam beberapa media pada 15 Oktober 2010.
Diskusi tentang seks di angkasa lepas itu bermula semenjak tahun 1908, apabila George Griffith menghasilkan satu karya tulisan berjudul "Honeymoon in Space,". Perdebatan pada waktu itu hanya terbatas di kalangan angkasawan sahaja, dan setelah itu menjadi reda untuk beberapa lama.
Topik ini kembali hangat pada tahun 2007, setelah terbongkar skandal cinta segi tiga, yang menggegarkan NASA. Kisah percintaan itu melibatkan angkasawan wanita Lisa Marie Nowak (gambar tengah) dan Colleen Shipman, dengan William Oefelein.
Yang menggemparkan, Lisa Nowak telah dituduh melakukan cubaan membunuh ke atas Colleen Shipman – pesaing cintanya. Meskipun akhirnya bebas dengan jaminan, karier cemerlang Nowak di angkasa lepas itu akhirnya jatuh ke bumi.
Ketika skandal ini heboh diperkatakan, komandan Space Shuttle Discovery NASA, Alan Poindexter (gambar) menegaskan, seks bukan agenda dalam misi mereka.
"Kami profesional. hubungan perseorangan bukan perkara utama," kata Pondexter, seperti dilapor Telegraph, Jun 2010.
Bagaimana jika angkasawan melakukan hubungan intim ketika menjelajah angkasa?
Poindexter menegaskan bahwa itu jelas bukan pilihan. "Kami berhubungan antara satu sama lain dengan hormat. Kami mempunyai hubungan kerja yang baik," katanya.
NASA memang tidak melarang para krunya menjalinkan hubungan cinta. Juga tidak ada peraturan bertulis yang melarang berhubungan seks di angkasa lepas.
Namun, NASA mengelak dari mengeluarkan kenyataan bagi persoalan ini. Dakwaan pihak astronomi Perancis, bahawa NASA mempelajari 10 posisi seks selama misi ulang-alik 1996 -- dibantah keras.
Sementara itu, Agensi Angkasa Rusia, yang sering menghasilkan kajian kesan isolasi kru angkasa lepas tidak pernah membicarakan tentang seks.
Bagaimana pula dengan Agensi Angkasa Eropah (ESA)? ESA memerhati secara relatif isu seks di angkasa lepas. Mereka pernah menghasilkan kajian pada 1998 yang menunjukkan penerbangan ruang angkasa akan menyebabkan penurunan kadar testosteron pada angkasawan lelaki.
Risiko
Kajian terbaru terbaru yang dikeluarkan University of New South Wales (NSW), Australia, memperingatkan kita bahawa mengadakan hubungan intim di angkasa lepas itu bukan satu idea yang baik.
Seperti dilaporkan dalam FoxNews 15 Oktober 2010, sel induk embrio akan berperilaku secara berbeza di luar graviti bumi.
Selain itu, mikrograviti yang dialami angkasawan di dalam pesawat angkasa lepas dan di stesyen angkasa boleh memberi kesan kepada tubuh dalam misi jangka panjang -- menghentikan pertumbuhan otot, melemahkan tulang, dan denyutan jantung yang tidak teratur.
Menurut saintis Universiti NSW, Helder Marcal (gambar), mokrograviti juga mempengaruhi pembelahan sel, kekebalan tubuh, sistem otot dan tulang, kadar kalsium dalam sel, dan motiliti sel.
Eksperimen simulasi mokrograviti menunjukkan hasil yang tidak positif bagi perkembangan sel embrio.
Apa akibatnya jika nekad?
Ada risiko negatif yang akan dialami embrio – terencatnya kematangan termasuk jantung, tulang, dan pembuluh darah. Pertumbuhan saraf akan menjadi lambat. Kesan mikrograviti pada embrio sama seperti yang dialami orang dewasa – tapi kerosakannya lebih besar pada embrio.
"Ini kerana tubuh orang dewasa dapat beradaptasi dengan persekitaran mikrograviti," kata Marcal. Bagaimanapun, di masa depan, pembiakan manusia memang tidak dapat dielakkan.
Pada ketika itu, saintis berharap akan wujudnya kaedah perubatan bagi melindungi embrio dan janin dari bahaya mikrograviti.
Ini memungkinkan kewujudan bidang kejuruteraan genetik bagi tujuan eksplorasi planet dalam sistem solar. Namun perlu disedari, ini sesuatu yang rumit kerana berkait dengan masalah etika dan moral.
Wednesday, October 20, 2010
Lelaki kahwin dua serentak
beritaislamglobal.blogspot.com - English version here
ISLAMABAD (AlArabiya.net, AP)
Seorang lelaki Pakistan berusia 23 tahun telah mengahwini dua orang wanita secara serentak sebagai penyelesaian kepada dilemma yang dihadapinya iaitu samada untuk berkahwin dengan gadis yang dicintainya atau meneruskan perkahwinan yang diatur keluarga.
Undang-undang Pakistan membenarkan poligami berdasarkan kepada konsep Islam yang membolehkan memiliki sehingga empat orang isteri. Tetapi lelaki yang berkahwin lebih dari seorang itu biasanya melangsungkan perkahwinannya berselang tahun.
Pada mulanya Azhar Haidri (gambar atas bersama saudaranya) menolak untuk mengahwini Humaira Qasim, 28, gadis yang menjadi tunangannya sejak kecil – kerana beliau ingin berkahwin dengan wanita yang dicintainya, Rumana Aslam, 21.
Azhar berkata dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan kedua-dua wanita tersebut secara serentak selepas jatuh cinta dengan kedua-duanya. “Saya tidak mahu musnahkan pertunangan yang terjalin sejak keciI dan pada masa yang sama saya juga ingin memiliki kekasih saya sekarang,” katanya.
Haidri, seorang pengamal perubatan herba, berkata kedua perkahwinan tersebut telah mendapat restu dari tiga keluarga berkenaan, iaitu dua keluarga pengantin perempuan dan keluarganya sendiri.
“Pada mulanya ketiga-tiga keluarga berkenaan terutamanya ibubapa kedua-dua pengantin perempuan menentang idea tersebut kerana takut dipandang serong masyarakat, tetapi setelah diadakan perbincangan yang panjang, mereka akhirnya mengalah apabila kedua pengantin perempuan bersetuju memulakan kehidupan berumahtangga dengan berkongsi suami,” katanya.
Kedua pengantin perempuan tersebut berkata bahawa mereka, pada awalnya, bersetuju dengan idea tersebut atas dasar ingin bertolak-ansur, tetapi kemudiannya mula “menyukainya kerana ia adalah penyelesaian terbaik untuk situasi seperti itu.” Mereka bercadang untuk hidup “sebagai saudara dan sahabat seperti sebelumnya.”
“Islam membenarkan lelaki mempunyai empat isteri dalam satu masa, tapi dengan syarat mesti melayani mereka secara adil,” kata Maulana Hameedullah Khan, seorang ulama terkenal. Beliau berkata “Islam juga membenar diadakan lebih dari satu majlis perkahwinan secara serentak.” Katanya lagi “adalah jauh lebih baik untuk memiliki dua, tiga atau empat isteri, daripada mempunyai berdozen hubungan haram.”
Tuesday, October 19, 2010
Israel sebagai PARIAH
Rupert Murdoch, tokoh media Yahudi, menyampaikan ucapan pada 13/10/10 lalu dalam satu majlis makan malam anjuran ADL (Anti-Defamation League) di New York. ADL adalah sebuah NGO Yahudi antarabangsa yang berpengkalan di AS yang menentang segala bentuk anti-semitisme (prasangka dan permusuhan terhadap bangsa Yahudi) dan mempertahankan keselamatan Israel dan Yahudi di seluruh dunia. Ucapan beliau boleh dianggap keramat kerana mengandungi lakaran ‘masteplan’ untuk Israel dan Yahudi di seluruh dunia. Ikuti teks penuh ucapan beliau:
Terima kasih, Abe, kerana ucapan penghargaan anda. Dan terima kasih atas anugerah ini.
Saya tidak boleh katakan yang saya telah dipilih oleh Tuhan. Tapi malam ini saya boleh cakap begini: Saya amat berbesar hati dipilih oleh orang-orangNya untuk menerima anugerah ini.
Saya amat berbangga kerana anugerah piala ini tertera nama ADL (Anti-Defamation League). Anda ditubuhkan seabad yang lalu untuk menangani sesuatu yang tidak kita jangkakan berlaku di Amerika hari ini: tuduhan dan hukuman terhadap bangsa yahudi yang tidak bersalah.
Sejak ditubuhkan, anda telah melawan anti-semitik di mana saja yang anda temui. Awak telah menjuarai layanan kesaksamaan untuk semua bangsa dan agama. Dan anda membawa Amerika memenuhi janjinya seperti yang tercatat dalam rukunegara.
Disebabkan begitu banyak kejayaan yang anda telah capai, terdapat suara-suara, beberapa tahun yang lalu, yang mula mengatakan, “mungkin kita dah tak perlukan ADL lagi.”
Hari ini, kenyatan seperti itu memang sukar dibuat.
Sekarang, tiada seorang pun dalam dewan ini yang perlukan syarahan tentang anti-semitisme. Pandangan saya mudah: Kita hidup dalam dunia di mana Yahudi diperangi secara berterusan.
Dalam dekad-dekad pertama selepas Israel ditubuhkan, peperangan adalah dalam bentuk konvensional. Tujuannya jelas: menggunakan ketenteraan untuk mengalahkan Israel. Sebelum runtuhnya Tembok Berlin, kaedah ketenteraan seperti itu memang jelas telah gagal.
Kemudian datang fasa kedua: terrorisme
Terroris mensasarkan warga Israel samada di rumah atau di luar Negara – dari pembunuhan kejam atlit Israel di Munich hinggalah kepada Intifada kedua.
Terroris terus mensasarkan bangsa Yahudi di seluruh dunia. Tetapi mereka tidak berjaya menjatuhkan kerajaan Israel – dan mereka tidak dapat melemahkan keazaman warga Israel.
Sekarang peperangan telah memasuki fasa baru. Inilah peperangan lembut yang bertujuan untuk meminggirkan Israel dengan cara mengharamkannya. Medan perangnya di mana-mana: media…organisasi antarabangsa… NGOs.
Dalam peperangan ini, matlamatnya adalah untuk menjadikan Israel sebagai PARIAH.
Hasilnya hari ini kita berhadapan dengan dua situasi yang menimbulkan tandatanya: Israel semakin dipinggirkan, sementara Iran – negara yang terang-terang mengharapkan Israel dihancurkan- dengan lantang dan bangganya bergiat menghasilkan senjata nuclear tanpa menunjukkan langsung rasa takut dicemuh.
Bagi saya, peperangan seperti ini adalah jelas sekali satu fakta kehidupan.
Setiap hari, warganegara tanah Yahudi itu mempertahankan diri mereka daripada tentera-tentera terroris yang mempunyai satu matlamat dalam fikiran mereka: Timur Tengah tanpa Israel.
Di Eropah, populasi Yahudi semakin mendapati diri mereka dijadikan sasaran oleh orang-orang yang berkongsi matlamat yang sama.
Dan di Amerika Syarikat, saya berasa takut dengan polisi luar kita yang kadang-kadang membuka ruang kepada pelampau-pelampau seperti ini.
Malam ini saya akan bercakap tentang dua perkara yang paling membimbangkan saya.
Pertama, anti-Semitisme telah bertapak dalam masyarakat yang beradab – terutamanya di Eropah.
Keduanya ialah bagaimana keganasan dan extremism digalakkan apabila dunia melihat bagaimana sekutu paling rapat menjarakkan diri dari negara Yahudi tersebut.
Apabila warga Amerika berfikir tentang anti-Semitisme, kita cenderung untuk memikirkan tentang karikatur dan serangan biadab pada bahagian pertama kurun ke-20.
Hari ini nampaknya kebanyakan penentangan tegar datangnya dari puak berhaluan kiri. Biasanya golongan baru anti-semitisme ini berpakaian sebagai penentang Israel secara sah.
Kembali kita ke tahun 2002 di mana presiden Harvard, Larry Summers, menyebut begini:
“Di mana anti-semitisme dan pandangan-pandangan yang anti-Israel yang secara tradisinya wujud di kalangan penyokong sayap kanan yang kurang berpendidikan, pandangan-pandangan yang seperti ini juga semakin mendapat sokongan dari masyarakat intelektual progresif. Orang-orang seperti ini menganjur dan mengambil tindakan yang mempunyai kesan anti-semitik, sekalipun tanpa niat.”
Mr. Summers, pada masa itu, bercakap tentang kampus universiti. Macam saya, beliau juga terkejut dengan perkembangan di Eropah.
Jauh dari ditolak mentah-mentah, anti-Semitisme hari ini mendapat sokongan dari masyarakat Eropah dari yang paling bawah hingga ke paling atas – dari kelompok ahli politik paling elit hinggalah ke kawasan yang padat dengan penduduk Muslim. Yahudi Eropah mendapati diri mereka tersepit.
Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan satu kenyataan seorang menteri perdagangan EC menyatakan yang keamanan mustahil dicapai di Timur Tengah kerana lobi Yahudi di Amerika. Beliau berkata begini:
“Memang terdapat satu kepercayaan – dan ianya sukar dinyatakan sebaliknya – bahawa dikalangan kebanyakan bangsa Yahudi itu bahawa merekalah yang betul. Dan ini bukannya berkaitan samada Yahudi itu alim atau tidak. Orang Yahudi biasapun percaya bahawa merekalah yang betul. Jadi ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengadakan perbincangan, sekalipun dengan Yahudi sederhana, tentang apa yang sedang berlaku di Timur Tengah.”
Menteri itu tidak mencadangkan masalah itu ada kaitan dengan mana-mana polisi Israel yang khusus. Masalah, yang beliau huraikan, adalah tentang sifat semulajadi Yahudi.
Menambah kepada sesuatu yang tidak masuk akal itu, beliau kemudiannya menjawab kritikan yang dilemparkan kepadanya begini: Anti-Semitisme, tegasnya, “tiada tempat dalam dunia hari ini dan pada asasnya bertentangan dengan nilai-nilai Eropah kita.”
Sudah tentu, dia sudah menjalankan tugasnya.
Malangnya, kita dapat lihat contoh-contoh seumpama ini di seluruh pelusuk Eropah.
Sweden, sebagai contoh, telah lama terkenal dengan toleransi liberal. Tapi, di salah sebuah Bandar terbesar Sweden, terdapat laporan yang mengatakan gangguan terhadap Yahudi meningkat. Apabila pasukan tenis Israel mengadakan lawatan untuk menyertai satu pertandingan, mereka telah disambut dengan rusuhan.
Jadi apa respon datuk Bandar? Dengan menyamakan Zionisme dengan anti-Semitisme – dan mencadangkan yang Yahudi Sweden akan lebih selamat di tempat mereka sekarang jika mereka dapat menjauhkan diri mereka dari tindakan warga Israel di Gaza.
Anda tidak perlu pergi jauh untuk melihat tanda-tanda bahaya:
- Kerajaan Noway melarang syarikat Pembina kapal Jerman yang berpengkalan di Norway daripada menggunakan perairannya untuk menguji kapalselam yang dibina untuk tentera laut Israel.
- Britain dan Sepanyol memboikot mesyuarat pelancongan OECD di Jerusalem
- Di Belanda, pihak polis melaporkan terdapat kenaikan sebanyak 50% bilangan insiden anti-Semitik.
Mungkin kita tidak perlu terkejut dengan semua ini. Menurut satu undian yang buat di Eropah beberapa tahun lalu, warga Eropah meletakkan Israel di tempat atas melebihi Iran dan Korea Utara sebagai ancaman utama kepada keamanan dunia.
Di Eropah hari ini, beberapa serangan hebat terhadap orang Yahudi, simbol Yahudi, dan rumah ibadat Yahudi datangnya dari populasi Muslim.
Malangnya, daripada mengatakan bahawa kita tidak boleh bertolak-ansur dengan tindakan seperti itu, respon-respon yang selalu kedengaran adalah seperti yang dibuat oleh datuk Bandar Sweden itu – yang mencadangkan Yahudi dan Israel juga patut dipersalahkan.
Apabila pemimpin politik Eropah tidak bersetuju dengan sebarang bentuk kejahatan atau jenayah, mereka akan mula mempercayai idea-idea yang mengatakan Israel adalah punca segala masalah dunia.
Kalau itu bukan sikap anti-Semitisme, saya tak tahu apa nak dikatakan lagi.
Ini membawa kepada pandangan saya yang kedua: kepentingan hubungan baik antara Israel dan Amerika Syarikat.
Sesetengah orang percaya bahawa jika Amerika ingin memperolehi kredibiliti dalam dunia Muslim dan mencapai keamanan, Washington perlu menjarakkan diri mereka daripada Israel.
Pandangan saya adalah sebaliknya.
Jauh daripada memungkinkan perdamaian, kita sebenarnya memastikan wujudnya permusuhan.
Jauh daripada melakukan sesuatu yang lebih baik untuk rakyat Palestin, hubugan yang hambar antara Amerika Syarikat dan Israel akan hanya memastikan warga Palestin terus menderita.
Keamanan yang kita inginkan akan hanya tercapai apabila Israel berasa selamat – bukannya apabila Washington berasakan dirinya jauh dari Israel.
Sekarang kita sedang berada dalam peperangan.
Terdapat banyak pihak yang melancarkan peperangan ini. Ada yang meletupkan café. Ada yang melancarkan roket ke kawasan awam. Ada yang membangunkan senjata nuklear. Ada yang terlibat dalam peperangan lembut, iaitu melalui boikot antarabangsa dan resolusi mengutuk Israel.
Kesemua mereka ini sedang memerhatikan secara dekat hubungan antara AS-Israel.
Dalam hal ini, saya berasa gembira apabila jurucakap Jabatan Negara menjelaskan pendirian Amerika kelmarin. Beliau berkata bahawa Amerika Syarikat mengiktiraf “sifat istimewa negara Israel. Ia adalah negara untuk bangsa Yahudi.”
Ini adalah satu peringatan penting kepada Timur Tengah. Apabila orang melihat, contohnya, seorang perdana menteri Yahudi dilayan dengan buruk oleh presiden Amerika, mereka akan nampak negara Yahudi semakin dipinggirkan. Ini akan hanya lebih menyebelahi golongan pengganas berbanding perunding usaha damai.
Tuan-tuan dan puan-puan, kembali ke tahun 1937, seorang lelaki bernama Vladimir Jabotinsky mendesak Britain supaya membuka laluan untuk Yahudi melarikan diri meninggalkan Eropah.
Hanya tanah Yahudi, katanya, yang boleh melindungi Yahudi Eropah dari ditimpa malapetaka di masa depan.
Beliau menjelaskan masalah ini seperti berikut:
“Ianya bukanlah anti-Semitisme terhadap manusia,” katanya. “Ia adalah, melebihi segalanya, anti-Semitisme terhadap perkara, kebencian terhadap sosial atau ekonomi yang membuatkan kami menderita.”
Dunia tahun 2010 bukanlah dunia seperti pada tahun 1930an. Ancaman yang dihadapi Yahudi pada hari ini berbeza.
Tetapi ancaman seperti ini memang ada realitinya.
Ancaman-ancaman ini tersorok dalam bahasa hodoh yang boleh dikenali oleh mereka-mereka yang pernah melalui Perang Dunia Kedua.
Dan ancaman ini tidak boleh dinyatakan sehinggalah kita melihatnya sendiri: sebahagian dari usaha berterusan memerangi Yahudi.
Terima-kasih kerana mendengar. Terima-kasih kerana anugerah ini. Dan terima-kasih di atas apa yang anda telah lakukan.
Kepada yang belum kenal Rupert Murdoch, beliau adalah tokoh kesayangan Yahudi, seorang hartawan yang menguasai organisasi berikut:
The Wall Street Journal
Twentieth Century Fox
The New York Post
News of the World
The Times
Dow Jones & Company
Friday, October 15, 2010
Wanita China calon isteri paling ideal
Translated by beritaislamglobal.blogspot.com from alarabiya - English version here
CAIRO (Arab Press House)
Kebelakangan ini, terdapat ramai di kalangan lelaki muda Mesir berminat untuk mengahwini wanita China bukan sahaja kerana hendak mengelak dari menanggung kos tinggi dalam perkahwinan tradisional Mesir tetapi juga kerana tertarik dengan sikap kesetiaan mereka kepada suami.
Kebanyakan mereka, berumur melebihi 35 tahun, menghubungi kedutaan China di Kaherah untuk mendapatkan penjelasan tentang kemungkinan mengahwini wanita negara berkenaan. Sementara yang lain pula mencari pasangan China melalui perkhidmatan mencari jodoh dalam laman sesawang.
Sekalipun mengesahkan menerima pertanyaan dari lelaki Mesir, pihak kedutaan menafikan terlibat dalam mengatur bagi memudahkan urusan perkahwinan.
Sebaliknya, pihak kedutaan menyatakan yang mereka tidak dapat menerima cara yang digunakan oleh pihak media Mesir yang seolah-olah menjadikan wanita China sebagai barang dagangan.
“Kerajaan kami menggalakkan kebebasan memilih dalam perkahwinan dan seorang wanita China itu boleh mengahwini lelaki asing,” kata jurucakap kedutaan dalam satu kenyataan. “Ini tak bermakna kami mempunyai pengantin wanita untuk dijual. Undang-undang China melarang menjadikan perkahwinan sebagai perniagaan.”
Wanita China lebih baik
Keadaan kewangan pemuda Mesir adalah punca utama mereka memilih pasangan China. Dalam perkahwinan tradisional Mesir, pengantin lelaki terpaksa menyediakan maskahwin, sebuah apartmen, sebentuk cincin berlian atau hadiah berupa barangan kemas kepada pengantin perempuan. Sebaliknya, wanita China tidak mengenakan syarat selain wang.
Tambahan lagi, ramai lelaki Mesir mempunyai pandangan bahawa wanita China adalah pasangan yang lengkap kerana memiliki rupa paras yang cantik, aktif, bijak dan juga mahir memasak dan menguruskan hal-hal rumahtangga. Mereka juga mempunyai kemahiran dalam seni beladiri, yang membolehkan mereka menjaga diri mereka sendiri dan, mungkin, suami mereka.
Kepatuhan dan kesetiaan pada suami adalah antara ciri-ciri utama wanita China kerana budaya mereka menetapkan suami sebagai ketua keluarga, menurut pandangan beberapa orang lelaki Mesir.
Bagi lelaki Mesir, wanita China mempunyai satu kelebihan yang sangat penting: ibu mereka tidak akan turut serta tinggal bersama, dan ini bermakna tiada campurtangan ibu mertua dalam urusan rumahtangga.
Fenomena mencari pengantin wanita China tidak hanya terhenti di Bandar-bandar utama seperti Kaherah dan Iskandariah sahaja, tetapi turut berlaku di Bandar-bandar kecil di Utara Mesir dan Lembah Nil sehingga menyebabkan keluarga Mesir yang memiliki anak gadis yang belum berkahwin melahirkan perasaan bimbang dengan situasi seperti ini.
Yang menyokong dan menentang
Peningkatan mendadak permintaan terhadap wanita China sebagai isteri telah membuatkan ahli parlimen Mesir Salah al-Sayegh mengemukakan pertanyaan kepada Perdana Menteri Ahmed Nazif.
Fenomena ini, katanya, memburukkan lagi masalah perempuan yang tidak berkahwin di Mesir, terutamanya apabila statistik menunjukkan bahawa terdapat kira-kira 28.4% daripada wanita Mesir tidak berkahwin di samping jumlah cubaan membunuh diri di kalangan mereka telah mencecah melebihi 2700 kes.
Berbeza dengan pandangan ahli parlimen itu, professor sosiologi Dr. Samia al-Saati pula berpendapat fenomena seperti itu merupakan satu persaingan yang sihat kerana ia memberi pengajaran kepada wanita-wanita Mesir dan keluarga mereka.
“Situasi di mana lelaki lebih memilih wanita China ini akan mendorong golongan wanita dan keluarga mereka agar tidak meletakkan beban kewangan yang melampau keatas pengantin lelaki,” katanya. “Di Mesir, perkahwinan banyak menonjolkan kepalsuan. Oleh sebab itu, pengantin China dilihat sebagai penyelesaian terbaik.”
Saati memberitahu bahawa, dalam kebanyakan kes, pengalaman telah membuktikan yang perkahwinan seperti itu berjaya dan wanita China telah membuktikan yang mereka adalah isteri yang lebih baik.
“Wanita China menguruskan rumahtangga dan membesarkan anak-anak dengan lebih baik berbanding wanita Mesir yang terlalu manja dan suka membiarkan keluarga mereka mencampuri urusan keluarga, sehingga membawa kepada peningkatan kadar perceraian.”
Profesor sosiologi Dr. Suhair Sanad mempunyai pendapat yang berbeza. Beliau berpandangan bahawa perkahwinan seperti ini tidak ubah seperti perkahwinan tidak rasmi yang tidak mengikut peraturan, di mana pasangan menulis sendiri kontrak perkahwinan, atau perkahwinan darah, di mana, mereka mencampurkan darah masing-masing sebagai tanda sehidup semati.
“Perkahwinan ini menunjukkan merosotnya nilai-nilai dalam masyarakat dan tiadanya kepercayaan antara lelaki dan wanita Mesir.”
Menurutnya, kurangnya kepercayaan ini wujud apabila pihak wanita berasakan bakal suaminya tidak dapat memberikan jaminan kehidupan yang baik, dan oleh kerana itu, keluarga wanita tadi mula membuat permintaan kewangan yang melampau. Akibatnya, si lelaki berasa dipergunakan.
Sanad juga meragui kejayaan dan kebahagian perkahwinan antara lelaki Mesir dan wanita China ini.“Terdapat jurang yang besar melibatkan budaya, nilai dan bahasa,” katanya.
Dr. Mustafa Ghalwash, professor usuludin di universiti al-Azhar, memberitahu yang perkahwinan dengan seorang wanita China adalah tidak sah. “Seorang lelaki Muslim hendaklah mengahwini wanita muslimah, tapi jika jika dia terpaksa berkahwin dengan bukan Muslim maka wanita tersebut hendaklah di kalangan ahlilkitab, bukannya yang beragama menyembah berhala.”
Ghalwash menyeru supaya ibubapa berusaha memudahkan bakal menantu dan bukannya membebankan mereka dengan permintaan kewangan yang melampau. Beliau memetik hadis di mana Nabi Muhammad menasihati ibubapa supaya menerima menantu mereka selagi mana dia seorang yang taat beragama dan berakhlak.
‘Nabi juga bersabda yang pengantin yang mas kahwinnya lebih rendah adalah lebih berkat.”
(Translated from Arabic by Sonia Farid).
Thursday, October 14, 2010
Anak terabai kerana kahwin misfar
Translated by beritaislamglobal.blogspot.com - Original English version here
By FATIMA SIDIYA | ARAB NEWS Published: Oct 13, 2010 23:12 Updated: Oct 13, 2010 23:12
JEDDAH: Terdapat kira-kira 900 orang anak yang lahir hasil dari perkahwinan “misfar” (pelancong) antara wanita Mesir dan lelaki Arab Saudi, diabaikan oleh bapa-bapa mereka, kata seorang aktivis Mesir dalam forum tentang penyeludupan buruh asing yang diadakan baru-baru ini.
Bercakap dalam persidangan di Mesir, Aiman Abu Akeel, pengerusi lembaga pemegang amanah Yayasan Maat, berkata bahawa kebanyakan lelaki yang melawat Mesir untuk tujuan perkahwinan misfar datangnya dari Arab Saudi, diikuti Iraq, dan boleh dikatakan hampir kesemuanya memilih perempuan yang lebih muda.
Perkahwinan “Misfar” merujuk kepada satu kontrak ikatan perkahwinan yang membolehkan seorang wanita menjadi isteri yang sah sepanjang tempoh “suaminya” berada di perantauan. Wanita-wanita ini diceraikan selepas berlalu tempoh yang pendek, mungkin seminggu atau sebulan, lapor akhbar Mesir Al-Yaum Al-Sabi.
Bercakap dalam forum yang sama, Azza Al-Jazaar, penganjur am program Anti-Penyeludupan Wanita Mesir, berkata bahawa wanita-wanita ini tidak tahu yang mereka dipergunakan seperti komoditi. Bapa-bapa mereka menerima sehingga 4,000 Egyptian pounds dari lelaki-lelaki ini sebagai tukaran mendapatkan anak gadis mereka seawal usia tidak sampai 16 tahun.
Statistik menunjukkan kira-kira SR100 million dibelanjakan untuk perkahwinan misfar, yang berakhir tidak melebihi sebulan, di mana 90 peratus daripada pasangan lelaki adalah terdiri daripada warga Saudi yang telah memperolehi anak hasil dari ikatan seperti itu. Walaupun begitu, Najeeb Al-Zamil, pengasas Yayasan Kembali kepada Akar, pula berkata walaupun ramai anak-anak seperti itu di negara-negara Arab, penderitaan mereka tidaklah seteruk kanak-kanak yang dilahirkan di negara-negara bukan Arab. Beliau menambah yang lelaki-lelaki ini terpaksa mengabaikan keluarga dan anak mereka, kerana takut dipandang serong oleh sanak-saudara di negara asal mereka.
Dia juga berkata walaupun terdapat anak-anak yang hidup susah dan terlibat dengan dadah dan aktiviti-aktiviti haram, ada juga di kalangan mereka yang telah menjadi model dan pelakon. Dia menambah bahawa sebahagian dari mereka bijak dan berpendidikan, tetapi berasa kekurangan kerana tidak mengenali bapa mereka. “Saya bertemu seorang gadis Saudi-Filipino yang berkata dia mempunyai segalanya tapi berasa kosong kerana bapa tidak mengenalinya, sementara yang lain berasa keliru seperti kehilangan sesuatu. Dia berkata yang dia mahu bapanya berasa bangga dengannya,” katanya.
Al-Zamil, ahli Lembaga Shoura, berkata dia mencadangkan supaya ujian DNA digunakan sebagai kaedah yang sah untuk menentukan hubungan anak-bapa, sesuatu yang boleh membuatkan seorang bapa mengakui kebapaannya. Beliau juga memberitahu yang ramai dari mereka tidak mengharapkan bantuan kewangan atau ingin datang ke Saudi tetapi sebenarnya terdesak untuk dikenali dan diakui sebagai anak. Terdapat kira-kira 47 orang kanak-kanak Saudi-Filipino yang berdaftar dengan Kedutaan Saudi di Manila, tetapi Al-Zamil percaya yang jumlahnya mungkin lebih jika dilakukan pemeriksaan lebih menyeluruh.
Peguam Saudi Ibrahim Al-Zamzami mengkritik wanita yang tidak berusaha mendaftarkan perkahwinan mereka kerana ini akan hanya menyukarkan lagi keadaan. “Jika seorang wanita itu mempunyai kontrak perkahwinan dan saksi, dan jika sijil kelahiran anak menyatakan yang anak itu dilahirkan melalui hubungan yang sah, pihak berkuasa boleh mengarahkan si bapa menerima anak itu sebagai anaknya,” katanya. “Walaupun si bapa telah melanggari undang-undang yang tidak membenarkannya mengahwini wanita asing tanpa kelulusan, ini tidak bermakna yang anak-anak seperti itu tidak didaftarkan di Kementerian Dalam Negeri,” kata Al-Zamzami.
Beliau menambah bahawa semua kedutaan Saudi telah dinasihatkan untuk mendaftar anak-anak dan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara yang membolehkan bapa-bapa membawa anak-anak mereka ke negara itu dan seterusnya, menguruskan passport dan kad pengenalan untuk mereka. Bagaimanpun, kata Al-Zamzami lagi, seorang bapa itu boleh dihukum kerana melanggar undang-undang, dalam bentuk dihalang keluar negara atau dipenjarakan.
Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh (gambar), mufti besar Arab Saudi , memberi amaran tentang perkahwinan misfar yang katanya tidak ubah seperti perkahwinan “mutaa” yang dilakukan untuk memenuhi nafsu secara tidak sah. Al-Asheikh berkata bahawa perjalanan ke luar Negara untuk berkahwin dengan niat menceraikannya apabila pulang tidak dibenarkan Syara’, kerana ia mempunyai kesan yang buruk ke atas masyarakat, perempuan dan anak-anak yang terhasil dari hubungan seperti itu.
Tuesday, October 12, 2010
Stuxnet - senjata pemusnah terbaru Yahudi
Translated by beritaislamglobal.blogspot.com - Original English version here
Dalam pertengahan September, seluruh dunia dihebohkan oleh berita arus perdana yang memaparkan cerita berita tentang Israel sebagai pencipta dan penyebar virus komputer paling merbahaya, iaitu Stuxnet. Sebelum ini, kebanyakan virus hanya menyerang PC atau ‘server’ untuk e-bisnes, iaitu dengan cara memadamkan fail atau dokumen sistem kunci, atau menghalang capaian laman sesawang, tetapi tidaklah sampai ketahap merosakkan fungsi utama.
Virus Stuxnet berbeza. Ia satu-satunya virus yang berupaya menembusi komputer yang digunakan untuk mengawal mesin-mesin utama dalam industri, sehingga membolehkan penyerangnya mengawal sistem-sistem kritikal seperti pam, motor, loceng kecemasan dan injap dalam sesuatu kilang industri. Yang paling ditakuti ialah apabila sistem keselamatan di loji tenaga nuklear dapat di matikan; air segar dicemarkan dengan sisa buangan dari loji rawatan kumbahan, atau injap paip minyak dibuka sehingga mencemari tanah dan laut.
“Apabila penyerang dapat mengawal sistem industri seperti, loji air, loji rawatan kumbahan atau stesyen janakuasa, maka ia akan menjadi satu ancaman yang amat serius kepada dunia,” kata Patrick Fitzgerald, pegawai kanan perisikan ancaman Symantec.
Kenapa menuding jari kepada Israel? Pertama, tumpuan serangan adalah Iran dengan mensasarkan kemudahan nuklear di Natanz, iaitu berada di tempat pertama dalam senarai sasaran Israel. Kedua, terdapat dua “cap jari” yang ditinggalkan pada Stuxnet, salah satunya merujuk kepada Esther, iatu wanita yang diceritakan dalam kitab Injil yang telah menyelamatkan Yahudi Parsi.
Yang lainya pula ialah terdapatnya satu tarikh yang tersembunyi dalam kod-Mei 9, 1979, hari di mana seorang Yahudi Iran bernama Habib Elghanian dijatuhi hukuman bunuh oleh kerajaan revolusi Islam yang baru dibentuk (menandakan tamatnya penguasaan Zionis dalam negara berkenaan) sehingga menyebabkan berpuluh-puluh ribu Yahudi Iran lari meninggalkan negara tersebut.
Kebanyakan pakar merujuk kepada Israel sebagai, yang paling berkemungkinan, mencipta senjata bio-teknologi ini. Mereka juga bersependapat bahawa virus ini bukan sahaja mengancam Iran, tetapi juga sistem-sistem di seluruh dunia, bila mana Stuxnet akan membolehkan penggodam-penggodam mengarah-dan-mengawal mekanisme infrastruktur kritikal di negara-negara maju. Semua “media utama” membawa berita tentang bencana elektronik terbaru ini yang dianggap sungguh dasyat, mengingatkan kita tentang hysteria Y2K lebih sedekad yang lalu.
Mereka yang memiliki senjata ini seolah-olah menyerupai seseorang yang sedang mengacu pistol di kepala pemimpin sebuah negara sambil membuat tuntutan.
Sekalipun terdapat berita-berita yang merumuskan Israel sebagai dalang di sebalik penghasilan virus ini, tidak kedengaran langsung protes dari negara Yahudi itu atau sekutu-sekutunya menunjukkan seolah-olah mengiyakan wujudnya “konspirasi Yahudi” yang berkemampuan menghancurkan dunia hanya melalui satu klik pada papan kekunci.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa Israel memang mahu dunia mempercayai bahawa merekalah yang bertangungjawab menyebarkan virus pemusnah sistem ini.
Kenapa Yahudi membenarkan “teori konspirasi yang berbaur anti-semitik” ini? Alasannya ialah kerana cerita-cerita mistik dan misteri ini boleh melonjakkan imej mereka sebagaimana mereka percaya tuhan mereka yang dipanggil Yahweh akan membawa bencana ke atas orang-orang yang menyakiti dan menyusahkan bangsa mereka yang terpilih.
Alasan lain adalah lebih besar implikasinya, bahawa menyebarkan virus itu bukanlah semata-mata untuk memusnahkan program nuklear Iran, tetapi untuk memberitahu kepada dunia supaya- “Berikan apa yang kami mahu, kalau tidak..”
Berita-berita spesifik kewujudan virus ini timbul 3 hari selepas presiden Iran Mahmoud Ahmadinejhad menyampaikan ucapan di PBB di mana beliau menyatakan bahawa kerajaan Israel dan Amerika Syarikat bersekongkol dalam peristiwa 9/11-
“Awak nak bermain kasar? Baik, mari bermain kasar. Hari ini kita akan bercakap tentang peranan awak dalam 9/11, agen-gem Mossad yang ditangkap pada hari itu, van yang penuh bahan letupan menuju kearah jambatan George Washington dan semuanya…Esok, mungkin kita akan bercakap tentang USS LIBERTY dan bagaimana Israel dengan sengaja membunuh 34 orang tentera supaya dapat mengajak America terlibat membantunya dalam peperangan di Timur Tengah…Keesokannyat? Siapa tahu? Bagaimana pula peranan Israel dalam pembunuhan JFK? Ceritanya tiada penghujung, dan sebelum anda tahu tentangnya, orang Amerika akan mula mempercayai pada hari ini sesuatu yang tidak dipercayai semalam dan kemudian kamu akan mendapati berada dalam dunia yang menyakitkan...”
Oleh sebab itu, Israel - melalui kawalan terhadap media - memberitahu dunia (terutamanya negara-negara Barat) bahawa “masa hampit tamat” dan jika Obama masih enggan menandatangani kontrak melancarkan serangan ke atas Iran, maka Israel akan bertindak menyerang infrastruktu kritikal Amerika Syarikat dan negara-negara Barat yang lain.
Letupan berita tentang virus “Stuxnet” DAN idea bahawa penciptanya adalah Yahudi yang hanya kedengaran beberapa hari selepas ucapan presiden Iran Mahmoud Ahmadinejhad di PBB menunjukkan wujudnya situasi panik dan terdesak di pihak Israel dan sekutunya. Mereka sedar yang masa semakin suntuk sehingga membuatkan mereka terdesak menggunakan apa saja kaedah. Langkah melepaskan jawatan oleh beberapa penasihat Obama berbangsa Yahudi- Emmanuel, Axelrod dan Summers– menandakan sesuatu muslihat sedang diaturkan oleh pihak Yahudi.
Mungkin apa yang kami tulis setakat ini belum meyakinkan anda. Sekarang, mari kita lihat rumusan ringkas yang dibuat oleh Melissa Hathaway, bekas Penyelaras Keselamatan Siber Kebangsaan AS tentang virus Stuxnet dan kemudaratannya–“Tiada Negara yang bersedia menanganinya. Semunya takut dengan situasi ini. Kita cuma ada 90hari untuk mengatasinya sebelum penggodam-penggodam lain mula menggunakannya…”
Berikut adalah ucapan penjenayah perang yang juga bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon yang menggambarkan kegilaan usaha sistematik Zionis–
“Biarkan mereka menggigil, biar mereka panggil kita negara gila, biar mereka tahu yang kita adalah negara ganas, merbahaya kepada persekitaran kita, tidak normal, bahawa kita boleh bertindak liar dan memulakan Perang Dunia Ketiga, atau satu hari nanti jadi gila dan bakar semua telaga minyak di Timur Tengah. Secara peribadinya, saya tidak mahu jadi lebih baik daripada Harry Truman yang membunuh setengah juta rakyat Jepun dengan dua buah bom yang hebat.”
Mark Glenn
Monday, October 11, 2010
Al-Azhar minta Iran musnahkan makam Abu Lu'Lu'ah
Translated by beritaislamglobal.blogspot.com from Al-Arabiya - English here
DUBAI (Farraj Ismail)
Sekumpulan ulama al-Azhar menyambut baik keputusan Sheikh Ahmed Mohammed al-Tayyeb (gambar) untuk membatalkan pertemuan dengan naib presiden dan menteri pelancongan Iran, Hamid Baghai (gambar).
Al-Azhar, pusat Sunni Islam sedunia itu, juga menyeru supaya dihalang pertemuan dengan pegawai-pegawai Iran melainkan Republik Islam itu mengambil langkah memusnahkan makam Abi Lulu’a al-Majusi, pembunuh khalifah kedua (sahabat Nabi) Omar bin al-Khatab.
Golongan Islam Sunni percaya bahawa empat khalifah pertama selepas Nabi Muhammad telah mengambil alih sebagai pemimpin Islam dengan dengan cara yang sah, bersalahan dengan golongan Syiah yang percaya bahawa hanya Saidina Ali merupakan pengganti yang sah untuk memimpin umat Islam.
Baghai melawat tempat lain
Dalam tahun 2007 Ayatollah Mohammed Ali Taskhiri menghantar surat kepada Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa memaklumkan bahawa pihak berkuasa Iran telah menutup makam tersebut.
Rifaa al-Tahtawi, jurucakap al-Azhar berkata bahawa al-Tayyeb mengajar pada setiap Selasa dan ingin mengekalkan jadualnya, sementara pihak delegasi Iran pula lewat memohon mengadakan pertemuan dengan al-Tayyeb sekalipun berada selama empat hari di Mesir untuk menandatangani kerjasama laluan udara, menghubungkan Kaherah dan Tehran buat kali pertama selepas hubungan dingin selama 30 tahun.
Al-Tahtawi juga memberitahu yang Baghai telah melawat beberapa buah masjid yang dianggap penting oleh Muslim Syiah termasuk masjid al-Sayyeda Zainab (anak perempuan Nabi), al-Sayyeda Nafisa (Cicit perempuan Nabi dari Hussain), dan Imam Hussain (cucu Nabi).
Ketua kumpuan ulama tersebut, Dr. Mohammed al-Biri berkata bahawa tidak banyak yang ditawarkan oleh Iran bagi menutup jurang antara kedua fahaman tersebut, dan beliau menyeru Iran supaya menghapuskan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan Muslim Sunni.
Pembunuh Omar
Makam Abu Lulu’a yang terdapat di bandar Kashan, hanya merupakan simbolik kerana jasadnya yang sebenar dikebumikan di Madinah, Arab Saudi.
Barisan Tindakan Islam, salah satu cabang Ikhwanul Muslimin di Jordan telah menghantar surat kepada Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Khamenei supaya memusnahkan makam tersebut bagi mengurangkan ketegangan hubungan antara Sunni-Shiah.
Setiausahanya Hamza Mansour juga telah menegaskan tentang fatwanya dalam satu surat kepada Khamenei melarang penghinaan dan cercaan ke atas para sahabat Nabi.
Mansour juga mengulas tentang Yasir al-Habib, warga kuwait, yang mana kewarganegaraannya telah dilucutkan selepas membuat kenyataan memperkecilkan al-Sayyeda Aysha, (Isteri Nabi Mohammed) dan beberapa sahabat yang lain.
Beliau berkata bahawa komen al-Habib itu tiada bezanya dengan fitnah ke atas umat Islam yang dibuat di Eropah dan Tel-Aviv, begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin, Lubnan dan Afghanistan.
Dia juga meminta supaya orang Sunni dibenarkan membina masjid di Tehran, sama seperti Muslim Syiah lain yang boleh membina masjid mereka sendiri.
Mohammed Salim al-Awa, setiausaha Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa memberitahu Al Arabiya bahawa pihaknya telah dimaklumkan bahawa "makam tersebut adalah milik seorang sufi di Iran, yang tidak menerima ramai pelawat, dan pihak berkuasa Iran telah menutupnya."
(Translated from Arabic by Dina al-Shibeeb)
Usah mengaku Islam!
Saturday, October 09, 2010 08:58:19
Jakarta, NU Online - Translated by beritaislamglobal.blogspot.com - English here
Nahdlatul Ulama (NU) baru-baru mencadangkan supaya pengikut-pengikut Ahmadiyah tidak lagi mengaku diri mereka sebagai sebahagian dari Islam, berikutan bantahan meluas di kalangan Muslim di Indonesia.
Timbalan setiausaha NU Enceng Shobirin memberitahu dalam satu diskusi mengenai permasalahan Ahmadiyah bahawa pengikut-pengikut ajaran tersebut akan menerima kesan dipinggirkan jika terus mengaitkan diri mereka dengan Islam kerana ajarannya yang jelas menyimpang.
Enceng berkata keganasan terhadap Ahmadis akan berulang kerana majoriti Muslim di negara tersebut berpendapat bahawa fahaman tersebut boleh menggugat ajaran Islam sebenar.
“Mari kita jalankan kaji-selidik untuk mencari penyelesaian menang-menang. Di Negara-negara lain, pengikut Ahmadiyah boleh bersikap baik,” kata Enceng.
Seorang lagi penceramah dalam diskusi tersebut, Naib pengerusi NU Slamet Effendi Yusuf (gambar), berkata masyarakat Muslim di seluruh dunia tidak mengiktiraf Ahmadiyah sebagai sebahagian dari Islam.
“Sekalipun di Pakistan, di mana pengasas Ahmadiyah (gambar) dilahirkan, ajarannya tidak diiktiraf sebagai sebahagian dari Islam, tetapi pengikutnya dibenarkan mengamalkan ajaran tersebut. Ini mungkin penyelesaian terbaik kepada masalah Ahmadiyah,” kata Slamet.
Kerajaan sedang mengkaji untuk mendapatkan persetujuan bersama antara menteri terhadap Ahmadiyah dalam usaha mencari penyelesaian kepada isu tersebut, berikutan berlakunya serangan terbaru di penempatan Ahmadi di Bogor, Jawa Barat, Jumaat lalu.
Tidak seperti ajaran Islam sebenar, Ahmadiyah tidak mengiktiraf Muhammad sebagai nabi terakhir. (jp/dar)
Sunday, October 10, 2010
Tutup kedai waktu sembahyang rosakkan ekonomi?
DUBAI (Al Arabiya - Translated by beritaislamglobal.blogspot.com - English version here)
Sekumpulan ahli perniagaan menyuarakan kebimbangan tentang impak menutup perniagaan semasa waktu sembahyang di Arab Saudi yang boleh merosakkan ekonomi, lapor TV Al Arabiya, Sabtu lalu.
Abdulah al-Ahmed, CEO Kumpulan al-Bandar memberitahu siaran TV Al Arabiya dalam rancangan “Bersama Akhbar” yang dihoskan Dawood al-Shirian bahawa menutup kedai apabila masuk waktu sembahyang telah memberi kesan kewangan “yang berat” kepada kumpulannya, di samping mengurangkan produktiviti pekerja.
Dr. Fahad bin Jumaa, penulis dan pakar ekonomi berkata menutup pasar lima kali sehari akan membawa kepada peningkatan beban kerja pekerja, terutamanya dalam perniagaan kecil dan sederhana.
Bagi yang menyokong menutup kedai pula berkata bahawa sembahyang adalah kewajipan agama dan adalah penting bagi negara kelahiran Islam ini mengekalkan tradisi seperti ini.
Dr. Saad Mattar al-Otaibi, professor polisi Syariah Institut Pengajian Undang-Undang di Riyadh menjelaskan bahawa menutup pasar ketika waktu sembahyang diamalkan semasa zaman Nabi Mohammed dan juga ketika era para sahabat.
“Tidak ada peruntukan dalam undang-undang yang menyatakan hukuman bagi mereka yang tidak mematuhinya, dan peraturan menutup kedai adalah sebagai langkah memaksa orang-ramai menunaikan sembahyan” tambah al-Otaibi.
Ditanya tentang kemungkinan kerosakan ekonomi akibat dari langkah menutup perniagaan, al-Otaibi berkata falsafah Islam telah menangani isu ini dengan mengutamakan agama dari wang dan bukan sebaliknya.
“Seseorang itu tidak boleh melihat agama dari sudut materialistik semata-mata,” tambahnya.
Sementara itu, pengkaji undang-undang, Abdulah al-Owait, berkata bahawa memang tidak ada asas dalam undang-undang untuk menutup kedai.
Berlawanan dengan al-Otaibi, dia pula berkata bahawa “melindungi wang sepatutnya menjadi keutamaan dalam agama, dan langkah tidak menutup kedai akan menunjukkan wajah Islam yang lebih baik.”
Dalam statistic yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Dakwah dan Pencegahan Maksiat menunjukkan terdapat kira-kira 23,710 kes-kes yang dilaporkan kerana kesalahan tidak sembahyang atau tidak menutup kedai, dan jumlah mereka yang ditahan kerana melanggar kedua-dua kriteria ini mencecah 25,000 orang.
Selepas empat kali diberi amaran kerana perlanggaran, kedai akan ditutup selama 24 jam, dan 48 jam jika diberi amaran untuk kali kelima.
Dalam kes tertentu, perlanggaran yang berterusan akan dibawa ke mahkamah.
Setiausaha Kementerian Hasil dan Panduan Agama, Dr. Tawfiq Al-Sudairy berkata pihak kementerian sedang melakukan kajian untuk membantu mengurangkan tempoh waktu antara Azan dan sembahyang.
Translated from Arabic by Dina al-Shibeeb)
Thursday, October 7, 2010
Kenapa Dr. Aafia jadi sasaran?
Translated by beritaislamglobal.blogspot.com - English version here
Dalam babak terakhir filem “Dr. Zhivago” terbitan tahun 2002, Lara hanya memerhati kereta hitam yang sedang mengikutinya dan menggunakan sedikit masa yang tinggal untuk bermain dengan anak lelakinya, mencabarnya untuk berlumba. Dia sedar yang dia tidak akan dapat melihat anaknya lagi.
“Ibu nak kamu yang mulakan,” dia senyum kepada anak kecilnya itu. Si anak terus mula berlari sambil si ibu dipimpin ke kereta, tanpa menentang si ibu terus memerhatikan anaknya dari tempat duduk belakang; perjalanan pertama ke pusat tahanan Siberia.
Dr. Aafia Siddiqui tidak menerima amaran seperti itu, tiada kesempatan langsung untuk menyaksikan detik-detik perpisahan dengan tiga anaknya semasa peristiwa penculikan mereka tahun 2003 di Karachi, Pakistan. Pegawai-pegawai Amerika Syarikat dan Pakistan masing-masing mengaku tidak mengetahui di mana keluarga tersebut berada dalam tempoh 2003 hingga 2008. Setelah itu, barulah diketahui yang Dr. Aafia telah ditahan dan disiksa dengan teruk di Pengkalan Tentera Udara Bagram (gambar), Afghanistan sebelum dihantar ke New York, kerana dituduh membunuh dua orang tentera AS.
Selama beberapa tahun, Dr. Aafia tidak mengetahui samada anak-anaknya masih hidup atau mati sehinggalah anak sulungnya, Ahmed (gambar), dibebaskan pada 2008. Anak perempuannya Maryam (gambar) ditinggalkan berhampiran kediamannya di Karachi pada April 2010, hanya boleh berbahasa Inggeris dan Parsi. Nasib anak bongsunya Suleman, berusia 6 bulan ketika diculik, tidak diketahui sehingga ke hari ini.
Bekas banduan-banduan di Bagram menceritakan tentang jeritan suara banduan 650 yang teruk disiksa. Mereka mengenali banduan 650 sebagai Dr. Aafia Siddiqui dan ini disahkan sendiri oleh beliau yang mengakui telah melalui pengalaman disiksa secara fizikal dan psikologi, termasuk dipaksa menatap gambar anaknya Suleman yang terapung dalam kolam yang penuh dengan darahnya sendiri.
Jadi tidaklah mengejutkan jika seseorang yang dalam keadaan teruk seperti itu mengambil tindakan nekad untuk membalas dendam terhadap mereka yang terlibat. Sungguhpun begitu, wujudnya percanggahan fakta dalam pengakuan yang dibuat oleh para saksi tentang “jenayah” – cubaan menembak dua askar AS – sehingga beliau dijatuhi hukuman penjara 86 tahun, telah menimbulkan keraguan serius samada insiden tersebut benar-benar berlaku.
Tambahan lagi, Dr. Aafia ditahan dan disiksa kerana dituduh berkomplot melakukan aktiviti terrorisme dan menjalinkan hubungan dengan Al-Qaeda. Kenapa beliau tidak didakwa atas kesalahan terrorisme ini?
Satu persoalan besar: Mengapakah seorang saintis neuro berpendidikan-Amerika diperlakukan seperti ini?
Zaid Hamid, penganalisa politik Pakistan dan pengacara program “Brasstacks,” menyatakan tentang novel yang ditulis oleh Dr. Aafia dan penyelidikan unik beliau dalam bidang sainsneuro termasuk inovasi penting berkaitan biologi, psikologi, pengurusan persepsi dan kawalan fikiran: senjata-senjata terbaru yang dicemburui oleh kerajaan, angkatan tentera dan media. Dr. Aafia kemudiannya mendedahkan tentang seorang penyoal-siasat lelaki bangsa India di Bagram yang menanyakan tentang penyelidikan beliau di MIT, kearifan beliau tentang hasil kerjanya membuatkan dia percaya yang lelaki tersebut adalah bekas rakan sekerjanya.
Di samping penyelidikannya di MIT, Dr. Aafia menamatkan Ph.Dnya dalam Sainsneuro Kognitif dari Brandeis awal tahun 2001. Kajian PhDnya membincangkan bagaimana manusia melihat, mengingati, dan menentukan pemerhatianya. Salah satu eksperimen beliau memerlukan seseorang itu melihat dan kemudian membuat semula pergerakan sekeping disket melintasi skrin komputer untuk mengkaji komponen-komponen penglihatan visual dan memori. Beliau mendapati yang seseorang itu hanya melihat posisi-posisi disket secara seketika dan terpaksa saling-menghubungi posisi-posisi tersebut. Beliau merumuskan bahawa dalam satu turutan pergerakan tanpa jejak yang kelihatan, sesuatu subjek itu sukar digambarkan atau diceritakan.
Majalah Smithsonian keluaran May 2010 menyiarkan satu artikel bertajuk “Bagaimana Otak Kita Melakukan Ingatan,” yang tanpa disedari mempunyai pertalian dengan kajian Dr. Aafia. Dalam artikel tersebut, saintisneuro dari Montreal, Karim Nader membincangkan tentang kesan “ingatan kekal” terhadap peistiwa 9/11 dan teorinya bahwa tindakan sering memperingati boleh mengubah ingatan.
Teori tersebut menunjukkan jika ingatan kita diubah oleh proses memperingati secara berulang, maka adakah sesuatu yang sukar bagi kerajaan atau media, contohnya, untuk mengubah ingatan kita dengan cara memain semula detik-detik 9/11 secara berulangkali dan ditambah pula dengan ulasan-ulasan serangan dari “pakar-pakar” dan “saksi-saksi” mereka sendiri?
Adakah kerana kajiannya itu, Dr. Aafia telah diminta membantu pihak kerajaan untuk menghasilkan senjata psikosis yang akan membuatkan rakyat percaya bahawa kapalterbanglah yang meruntuhkan WTC? Mungkinkah kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan, maka beliau diperlakukan seperti itu?
Sesetengah orang mungkin bertanya, kenapa dia tidak dibunuh terus? Kenapa mengambil risiko kemungkinan maklumat seperti ini tersebar? Penjelasannya ialah bahawa beliau boleh digunakan sebagai contoh, untuk menakut-nakutkan dan menggertak sesiapa sahaja yang berani menentang kuasa-kuasa besar. Tambahan lagi, suntikan bahan yang tidak diketahui kandungannya dan diikuti penyiksaan yang bertahun-tahun lamanya menyebabkan Dr. Aafia hampir tidak mampu membuat pengakuan dalam perbicaraannya gambar ilustrasi) sendiri. Sekalipun jika timbul isu-isu berkaitan komplot 9/11 dan senjata kawalan minda dalam perbicaraan tersebut, semuanya akan tertolak dengan sendiri dalam keadaan seperti itu.
Kita perlu mencari kebenaran, bukan semata-mata untuk membantu seorang ibu kepada tiga anak yang tidak bersalah, tapi demi untuk keseluruhan masyarakat kita.
Tammy Obeidallah
BIG : Allah tidak memberati hambaNYA dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya. Dr. Aafia adalah insan terpilih untuk menerima ujian berat dariNYA. Maha suci Allah dari sifat-sifat zalim.
Subscribe to:
Posts (Atom)