Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Tuesday, August 10, 2010

Wanita boleh menyusu pemandu?

Riyadh: Wanita Saudi mengambil kesempatan dari fatwa kontroversi dengan melancarkan kempen menuntut supaya dibenarkan mereka memandu dalam negara Arab tersebut.

Jika tuntutan itu ditolak, mereka mengugut untuk mengikut fatwa yang membenarkan mereka menyusukan pemandu-pemandu dan sekaligus menjadikan mereka sebagai anak lelaki.

Kempen tersebut akan dilancarkan di bawah slogan: "Samada dibenarkan kami memandu atau menyusukan orang asing," kata seorang wartawan kepada Gulf News.

Amal Zahid berkata keputusan itu dibuat kerana mengikut satu fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkenal yang mengatakan wanita-wanita Saudi boleh menyusukan pemandu-pemandu (asing) supaya dapat dijadikan sebagai anak sendiri.

"Memandangkan setiap keluarga Saudi memerlukan seorang pemandu, kempen kami akan menumpukan kepada mendapatkan hak memandu untuk wanita,” katanya.

Fatwa kontroversi itu, yang dianggap lucu dan pelik, dikeluarkan baru-baru ini oleh Shaikh Abdul Mohsin Bin Nasser Al Obaikan, ahli Majlis Ulama Senior Saudi dan penasihat Raja, telah mencetuskan perdebatan dihalangan masyarakat.

Ulama terkenal berkenaan berkata wanita Saudi boleh menyusukan pemandu-pemandu mereka agar dapat menukarkan status mereka menjadi anak dan seterusnya menjadi abang kepada anak-anak perempuan majikannya itu.

Dalam situasi ini, pemandu-pemandu asing tadi boleh bebas berhubungan dengan ahli keluarga tanpa melanggar undang-undang Islam yang tidak membenarkan pergaulan gender.

Hubungan susuan dianggap sama seperti hubungan darah dalam Islam.

"Seorang wanita boleh menyusukan seorang lelaki dewasa supaya dia menjadi anaknya. Dengan cara ini, wanita tersebut dan anak-anak perempuannya boleh bergaul dengan pemandu mereka tanpa melanggar ajaran Islam," kata ulama tersebut.

Lucu dan Pelik

Al Obaikan merujuk fatwanya kepada satu Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Salim, iaitu hamba kepada Abu Huzaifa.

Al Obaikan kemudiannya, menjelaskan bahawa fatwanya telah diputarbelit oleh media tempatan dengan tidak menyatakan syarat bahawa susu hendaklah dikeluarkan (diperah) terlebih dahulu kedalam cawan sebelum diberi minum kepada lelaki tadi.

Bercakap kepada Gulf News, beberapa orang wanita Saudi membidas fatwa tersebut. Fatima Al Shammary dilaporkan oleh akbar tempatan Al Watan sebagai berkata fatwa berkenaan "lucu dan pelik".

"Fatwa ini menjadi topik yang hangat dibincangkan oleh wanita. Adakah ini sahaja yang kami boleh lakukan: serahkan buah dada kami kepada pemandu asing?" katanya.

Seorang lagi wanita yang tidak ingin dikenali, menyoal: Adakah Islam membenarkan saya menyusukan lelaki asing dan menghalang saya dari memandu kereta saya sendiri?

"Saya tak pernah menyusukan anak-anak saya. Bagaimana saya nak lakukannya dengan lelaki asing? Memang mengarut." katanya.

Seorang lagi wanita berkata bahawa fatwa tersebut juga boleh terpakai untuk suami-suami supaya mereka juga patut disusukan oleh pembantu-pembantu rumah perempuan. Dengan berbuat begitu, semua akan jadi bersaudara," katanya.

Hamid Al Ali, seorang wartawan akhbar elektronik, teringat tentang kisah seorang pemandu berasal dari Mesir yang jatuh hati kepada majikannya, seorang guru perempuan, yang kemudiannya meminta supaya disusukan. Apabila dimarahi, pemandu itu berkata: "Saya nak jadi anak awak."

Seorang penulis, Suzan Al Mashhadi, bertanya sambil menyindir Al Obaikan: "Adakah penyusuan itu dilakukan dengan kehadiran suami atau bersendirian?"

"Siapa yang akan melindungi si isteri jika si suami masuk ke rumah tanpa disedari dan mendapati isterinya sedang menyusukan pemandu asing?" dia bertanya.


http://gulfnews.com/

Secebis harapan : Wahai pembaca budiman, Berita Islam Global (BIG) memerlukan sokongan anda bagi meneruskan usaha-usaha mengeluarkan berita-berita berkualiti dan terkini. Justeru itu, korbankan sedikit tenaga anda untuk klik di mana-mana ruang iklan (jika ada) sebelum keluar dari blog ini. Kesudian anda didahului dengan jazakallahu khairan kasira.



No comments:

Post a Comment