Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Thursday, August 26, 2010

Keluhan orang tak puasa


Monday, August 23, 2010
ÖZGÜR ÖĞRET
ISTANBUL - Hürriyet Daily News for beritaislamglobal.blogsopt.com

Pada kebanyakan Muslim Turki, Ramadan diertikan sebagai bulan untuk berpuasa, berbuka dan memperbanyakkan ibadat, tapi bagi yang kurang-mengamalkan-agama pula mengaitkannya dengan kesesakan jalanraya, pencemaran bunyi lewat malam dan pandangan serong masyarakat terhadap mereka. Kedua-dua pihak, yang berpuasa dan yang tidak berpuasa, terpaksa menghadapi tekanan sosial. Masing-masing mengharapkan tolak-ansur dan hormat-menghormati antara mereka.

Ramadan adalah bulan yang penuh bermakna dan paling dinantikan oleh orang Islam, tapi bagi golongan minoriti Turki yang tidak berpuasa, itulah masanya di mana tiada tolak ansur dan munculnya situasi yang menyakitkan hati.



“Saya memang tak tahan dengan azan dan gendang Ramadan,” kata Yusuf, seorang penulis muda yang tinggal di Istanbul, merujuk kepada azan untuk sebahyang lima waktu dan pukulan gendang untuk bangun sahur.

Selain dari gangguan tidur, dia juga kecewa kerana terpaksa menghadapi tekanan dan penolakan dari masyarakat semasa bulan puasa – juruwang yang bersikap dingin apabila membeli beer atau pemandu bas membebel apabila terdapat secawan kopi di tangan penumpang.

Ozan, seorang artis seramik di İzmir, berkata dia tidak ada masalah dengan Ramadan semasa berada bandar Aegean, tapi lain ceritanya apabila berada di wilayah timur Ağrı beberapa tahun lalu. “Semua kedai makan ditutup. Awak tak boleh merokok di luar,” katanya. “Sekali tu, baru saja nak lekatkan api rokok, tiba-tiba seorang lelaki mengherdik sambil memberitahu saya, ‘Kawan, kalau awak pasang api rokok tu, mereka akan pukul awak.’”



Zeynep, seorang pengatur acara di Istanbul, berkongsi pengalaman bersama ibunya: “Kehidupan berjalan seperti biasa; saya tak berminat dengan urusan orang lain.” Katanya lagi antara perkara yang menyusahkan dalam bulan Ramadan ialah apabila berlakunya kesesakan jalanraya ketika orang ramai bersegera untuk pulang berbuka puasa di rumah.

Salur, seorang jurutera dari Ankara, mempunyai pandangan yang sama. “Apabila seseorang itu berpuasa, dia perlulah mampu menguasai kemarahan dan berkomunikasi secara berhemah,” katanya.

Sementara itu seorang wartawan dari Istanbul, Erdem, pula berkata, “Saya percaya tolak ansur bukan sahaja dianjurkan untuk sesama Islam (yang berpuasa sahaja).”

Paluan gendang untuk mengejutkan orang Islam bangun sahur juga membangkitkan kemarahan mereka yang tidak berpuasa, termasuk Onur, seorang pengajar di İzmir yang berkata dia memang diganggu dengan ketukan gendang “sepanjang hidupnya.” Onur berkata sekalipun jika dia berpuasa sebulan penuh, dia tetap menganggap paluan gendang sebagai satu bentuk gangguan. Dia berkata kaedah mengejut sahur sebegini tidak sesuai lagi diamalkan sama seperti “menguatkan volum pembesar suara rakaman azan* di masjid”.

Tekanan sosial juga terpaksa dihadapi oleh Pinar, seorang pakar komunikasi. Dia berkata baru-baru ini dia berpeluang melawat ibunya di rumah rehat keluarganya di tenggara Turki, di mana jiran-jiran di sana merungut kepada ibunya tentang Pinar yang pulang dari pantai dalam keadaan bertuala. Katanya lagi ibunya juga meminta supaya dia tidak berjalan sambil berbikini kerana ramai yang berpuasa.

“Saya tak akan tukar pakaian saya hanya kerana rungutan mereka dan saya juga tidak marahkan ‘polis-polis moral’ tersebut,” kata Pınar. “Mereka juga akan belajar untuk tidak marah pada saya. Mereka sekurang-kurangnya akan dapat membiasakan diri dengan keadaan saya.”

Situasi yang sama dihadapi Ayşe, seorang juruiklan di Istanbul yang berkata dia “merasai tekanan dari kawan-kawannya apabila memakai baju yang menampakkan bahagian dada.” Seorang lagi wanita yang bekerja sebagai penyanyi, Sanem, pula berkata dia rasa terganggu apabila diperhatikan kerana tidak berpuasa, samada ketika merokok atau minum. “Kita akan rasa lebih gembira jika setiap orang menghormati hak orang lain,” katanya.



Berlainan pula halnya bagi for Merve Şebnem, pemilik syarikat pelaburan di Istanbul. Walaupun dia tidak memakai pakaian yang menampakkan ciri-ciri wanita Islam dan kadang-kadang mengambil minuman keras, tapi apabila datang Ramadan, dia akan berpuasa dan berhenti minum – sesuatu yang dianggap pelik oleh kawan-kawannya. “Saya sering ditanya soalan seperti ‘Kamu minum selama 11 bulan dan berhenti sebulan; kamu Islam jenis apa?’” katanya. “Saya beritahu mereka, ‘Agama saya sama macam agama awak; awak boleh jadi Muslim tanpa mengamalkannya.’ Mereka tak faham.”

*Masjid-masjid di Turki hanya menggunakan rakaman suara azan. Tiada lagi khidmat bilal

BIG :
Dari Abu Umamah Al-Bahili r.a, berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Ketika aku sedang tidur, datanglah dua orang lelaki kemudian memegang lenganku, lalu membawaku ke satu gunung yang kasar (tidak rata), keduanya berkata, “Naik”. Aku katakan, “Aku tidak mampu”. Keduanya berkata, ‘Kami akan memudahkanmu’. Akupun naik hingga sampai ke puncak gunung, ketika itulah aku mendengar suara yang keras. Akupun bertanya, ‘Suara apakah ini?’. Mereka berkata, ‘Ini adalah teriakan penghuni neraka’. Kemudian keduanya membawaku, ketika itu aku melihat orang-orang yang digantung dengan kaki di atas, mulut mereka robek, darah mengalir dari mulut mereka. Aku bertanya, ‘Siapa mereka?’ Keduanya menjawab, ‘Mereka adalah orang-orang yang berbuka sebelum halal puasa mereka (sebelum masuk waktu berbuka)”.
(Riwayat An-Nasa’i)

Sumber: beritaislamglobal.blogspot.com

4 comments:

  1. "*Masjid-masjid di Turki hanya menggunakan rakaman suara azan. Tiada lagi khidmat bilal"

    r u really sure? or just hearsay? pls reply!

    ReplyDelete
  2. Thanks jannah for asking. Check this out..ya
    This
    http://europenews.dk/en/node/13420

    and this
    http://www.todayszaman.com/tz-web/news-198696-101-group-wants-end-to-broadcasting-system-for-call-to-prayer.html

    ReplyDelete
  3. gud news for sis

    ReplyDelete
  4. dekat jordan pon pakai azan radio je..

    ReplyDelete