Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Monday, August 16, 2010

Maradona Asia disingkir kerana tidak puasa



Ogos 16, 2010 - 6:10AM
Pemain bolasepak terkenal Iran Ali Karimi, yang mendapat jolokan “Maradona Asia”, telah disingkirkan dari kelabnya kerana tidak berpuasa dalam bulan Ramadan, kata wakil kelab Ahad lepas.

Steel Azin FC berkata dalam laman web www.steelazin.com berkata bahawa mereka “terpaksa menyingkirkan salah seorang pemain, Ali Karimi, kerana ingkar dan tidak berpuasa dalam bulan Ramadan”.

Karimi, pemain yang terpilih sebagai Pemain Terbaik Asia 2004, “malah menghina pegawai-pegawai persekutuan bolasepak Iran dan penyelia pasukan yang telah menegurnya tentang perkara itu”,kata sumber kelab.

Penyingkiran beliau dibuat setelah didapati mengkritik pengarah urusan tentang cara pengurusan kelab dan Mostafa Ajorlou, bekas pegawai Pasukan Revolusi Iran.

Sementara itu, IRNA melaporkan bahawa pengerusi kelab Hossein Hedayati tidak tahu tentang perkara itu dan menentang sebarang usaha menyingkirkan Karimi.

Karimi, 31, adalah pemain kedua paling banyak menyarung jersi kebangsaan dan penjaring ketiga terbanyak dalam pasukan kebangsaan Iran.

Beliau juga pernah beraksi selama dua tahun dalam Bundesliga bersam kelab Bayern Munich dengan menghasilkan empat jaringan dalam 50 penampilan.

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari AFP

'Ali Karimi sacked for not fasting

Popular Iranian footballer Ali Karimi, sometimes described as "the Maradona of Asia", has been fired by his club for not fasting during the Muslim holy month of Ramadan, the club said on Sunday.
Steel Azin FC said on its website www.steelazin.com that it was "forced to sack one of its players, Ali Karimi, for being disobedient and not fasting during Ramadan", when devout Muslims fast from dawn until dusk.
Karimi, who was the Asian Player of 2004, had even "insulted officials of the (Iranian) football federation and the Tehran team's supervisor who confronted him on the issue", Steel Azin said.
His sacking comes after he criticised the management style of the club's managing director and former official of Iran's Revolutionary Guards, Mostafa Ajorlou.
The state news agency IRNA, meanwhile, reported that club chairman Hossein Hedayati was unaware of the decision and was against Karimi's sacking.
Karimi, 31, is the second most capped player and the third highest scorer for the Iranian national team.
He also had a two-year stint in the Bundesliga, scoring four goals in 50 appearances for Bayern Munich.
AFP

No comments:

Post a Comment