Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Friday, August 6, 2010

Lebih baik kahwini bukan Islam

Posted in: Newsweek, The Washington Post
Pamela Taylor | Aug 1, 2010 |

Selama ini saya mempunyai tanggapan bahawa perkahwinan itu memang cukup payah, jadi kenapa merumitkan lagi keadaan dengan memilih seseorang yang berbeza agama. Tetapi selepas 20 tahun perkahwinan dan 2 tahun perceraian, saya mulai melihat perkara itu dengan perspektif yang lebih mendalam (harap-harap begitulah).

Saya dan bekas suami, walaupun kedua-duanya muslim, mempunya pandangan yang berbeza dalam banyak hal berkaitan keimanan. Bukan sekadar dogma, tetapi melibatkan keseluruhan cara kami menilai teks al-Quran, ilmu ketuhanan, hukum-hakam agama dan lain-lain. Kami berdua kuat berpegang teguh kepada agama dengan cara kami masing-masing, dan kami amat komited terhadap Islam, tetapi dari aspek agama kami sememangnya tidak sepadan, dan itulah salah satu sebab yang membawa kepada perceraian kami.

Apabila saya merasa sudah bersedia mencari seseorang yang baru untuk hidup bersama sampai hari tua, isu agama kembali semula bermain dalam kotak fikiran. Pada saya, ianya memang jelas mencabar untuk mencari seorang Muslim yang sepadan. Apatah lagi, orang islam adalah golongan minoriti di AS – sekitar antara 1% dan 3% dari populasi. Tambahan lagi, kebanyakan mereka bertumpu di bandar-bandar besar, dan ini bermakna bandar-bandar kecil seperti Cincinnati, di mana saya tinggal (dan tidak bercadang untuk berpindah dalam waktu terdekat) mempunyai tumpuan yang lebih rendah. Taksiran terbaru populasi orang Islam di Cincinnati hanya sekitar 0.002 peratus dari populasi. Jumlah yang bukan besar sangat untuk mencari jodoh!

Untuk memburukkan lagi keadaan, kebanyakan kaki masjid mempunyai sikap dan pandangan yang lebih kurang sama dengan bekas suami saya. Yang jenis progresif pula, lebih cenderung terasing dari masjid, sehingga sukar dicari dan dihubungi. Kebarangkalian untuk mencari seseorang yang seagama di tempat saya nampaknya amat kecil.

Jadi saya mula terfikir tentang mereka yang berbeza agama. Bagi kebanyakan Muslim, idea ini memang tertolak dengan sendirinya, kerana mereka percaya wanita Muslim tidak dibenarkan mengahwini lelaki bukan Islam. Saya, secara peribadi, beranggapan bahawa hukum datangnya dari sistem patriarki, bukannya dari Qur’an, dan bersetuju dengan ulama seperti Hasan at-Turabi yang mengatakannya sah. Walaubagaimanapun, saya memang menyedari bahawa wanita Muslim yang berkahwin dengan pasangan yang bukan Islam akan mendapati diri mereka disisih dari masyarakat. Malah mana-mana pasangan lelaki atau perempuan) yang memeluk Islam sebelum perkahwinan akan mendapati diri mereka dituduh tidak ikhlas dan hanya inginkan keseronokan perkahwinan.

Saya percaya ada kemungkinan bahawa seorang yang bukan Islam itu boleh bertolak ansur dan menerima pegangan agama saya jauh lebih baik dari bekas suami saya, atau kebanyakan kaki masjid yang lain. Bahkan, saya percaya bahawa dia boleh berpegang kepada kepercayaan-kepercayaan dan nilai-nilai yang selaras dengan pegangan saya lebih dari kebanyakan masyarakat Islam itu sendiri. Pada saya, apa yang paling penting bukanlah agama yang dianuti, tetapi nilai dan kepercayaan yang dibawa dalam hubungan. Saya memang tidak sehaluan dengan mereka yang konservatif, tradisionalis atau fundamentalis – mereka yang percaya bahawa akhlak dan amalan agama orang lain adalah juga tanggungjawab mereka – tidak kira agama apa yang dianuti.

Sebaliknya, saya percaya bahawa mereka yang bukan Islam yang mempunyai minda yang progresif akan berpegang kepada kepercayaan dan akhlak yang selari dengan pegangan saya, sekalipun kepercayaan dan akhlak itu diambil dari sumber yang berlainan. Saya juga percaya bahawa sebarang ikatan perkahwinan yang akan saya lalui di masa depan mempunyai peluang yang lebih baik untuk mencapai keserasian yang lebih bermakna, berbanding dengan keserasian palsu seperti yang sering diungkapkan, "kita berdua Muslim, jadi segalanya akan berjalan lancar".

Segala kerunsingan yang melanda fikiran ini dipermudahkan kerana anak-anak saya sudah dewasa, dan saya tidak merancang untuk menambah zuriat, jadi isu menjaga anak tidak timbul. Saya juga semakin tua dan semakin meyakini kepercayaan saya. Saya menggenggam erat kepercayaan saya tentang apa maknanya menjadi seorang Muslim, apa kedudukan saya dalam masyarakat Islam, dan saya telah pun mewujudkan laman (web) kerohanian yang sudah tersebar merentasi benua dan dunia. Jika saya ingin memulakan sebuah keluarga dan membesarkan anak-anak kecil semula, kesimpulannya akan jadi berbeza. Kepercayaan yang akan ditanam dalam diri anak-anak, ibadat yang akan dilakukan, cuti-cuti yang akan mereka raikan mengundang tindakbalas emosi yang kuat yang biasanya tidak dijangkakan. Jika bagaimana cara anak itu dibesarkan menjadi isu, maka pasangan yang berbeza agama itu memerlukan komitmen yang unik yang melibatkan keterbukaan dan penerimaan perbezaan antara mereka bagi mengemudi hubungan dengan jayanya.

Sudah tentu dalam setiap peringkat kehidupan, keterbukaan dan kesediaan menerima pebezaan adalah kunci kejayaan bagi hubungan antara agama (atau antara budaya, antara kaum, antara etnik dll). Kualiti tersebut bukanlah milik mana-mana kumpulan agama, tetapi sebenarnya berhubung dengan individu-individu mengikut personaliti mereka.

Saya cukup bernasib baik sehingga ke hari ini apabila bertemu dengan seseorang yang boleh berkongsi dengan nilai-nilai saya, dan sepadan dari sudut keterbukaan fikiran, menerima perbezaan seadanya dan baik hati. Dia bukan seorang Islam dan ketika dia tidak sembahyang seperti saya, atau berpuasa dalam bulan Ramadan, dia menyokong saya untuk terus beribadah mengikut cara saya. Bukankah ini satu asas yang kukuh bagi satu hubungan jangka panjang, tanpa mengirakan kepercayaan agama seseorang?

Pamela K. Taylor
Taylor pengasas bersama Muslims for Progressive Values, bekas director Islamic Writers Alliance dan penyokong kuat pergerakan imam wanita.

Secebis harapan : Wahai pembaca budiman, Berita Islam Global (BIG) memerlukan sokongan anda bagi meneruskan usaha-usaha mengeluarkan berita-berita berkualiti dan terkini. Justeru itu, korbankan sedikit tenaga anda untuk klik di mana-mana ruang iklan (jika ada) sebelum keluar dari blog ini. Kesudian anda didahului dengan jazakallahu khairan kasira.




Muslims for Progressive Values is guided by the following ten principles.

1.Identity: We accept as Muslim anyone who identifies as such. The veracity and integrity of that claim is between the individual and God, and is not a matter for the state nor an issue which other individuals can or should judge.
2.Equality: We affirm the equal worth of all human beings, regardless of race, gender, ethnicity, nationality, creed, sexual orientation, or ability. We are committed to work toward societies that ensure social, political, educational, and economic opportunities for all.
3.Separation of Religious and State Authorities: We believe that freedom of conscience is not only essential to all human societies but integral to the Qur'anic view of humanity (see Qur’an 2:256). We believe that secular government is the only way to achieve the Islamic ideal of freedom from compulsion in matters of faith.
4.Freedom of Speech: We support freedom of expression and freedom of dissent, whether political, artistic, social or religious, even when that expression may be offensive and that dissent may be considered blasphemous. No one should be legally prosecuted, imprisoned or detained for declaring or promoting unpopular opinions.
5.Universal Human Rights: We affirm our commitment to social, economic and environmental justice. We believe that the full self-realization of all people, in a safe and sustainable world, is a prerequisite for freedom, civility, and peace. We support efforts for universal health care, universal public education, the protection of our environment, and the eradication of poverty.
6.Women’s Rights: We support women’s agency and self-determination in every aspect of their lives. We believe in women’s full participation in society at every level. We affirm our commitment to reproductive justice and empowering women to make healthy decisions regarding their bodies, sexuality and reproduction.
7.Lesbian and Gay Rights: We endorse the human and civil rights of lesbian, gay, bisexual, transgender, and intersex individuals. We support full equality and inclusion of LGBTI individuals in society and in the Muslim community.
8.Critical Analysis and Interpretation: We call for critical engagement with Islamic scripture, traditional jurisprudence, and current Muslim discourses. We believe that critical thinking is essential to spiritual development. We promote interpretations that reflect basic Qur'anic principles of tolerance, inclusiveness, mercy, compassion, and fairness.
9.Compassion: We affirm that justice and compassion should be the guiding principles for all aspects of human conduct. We repudiate militarism and violence, whether on an individual, organizational, or national level.
10.Diversity: We embrace religious pluralism and the diversity of inspirations that motivate people to embrace social justice. We believe that one's religion is not the exclusive source of truth. As such, we will engage with a diversity of philosophical and spiritual traditions in pursuit of a more just, peaceful and sustainable world.
The new MPV Logo is derived from these principles, as it revolves around a tree with ten branches. Each branch of the tree represents MPV's ten principles rooted in Islam.

No comments:

Post a Comment