Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Monday, August 2, 2010

Ketua mujahideen Chechen berundur

Ogos 2, 2010 - Doku Umarov, ketua kumpulan pemberontak Chechen telah berundur dan melantik pengganti untuk menentang pemerintahan Rusia di Kaukasus Utara.
Pengumuman telah dibuat melalui website Islam tidak rasmi kavkacenter.com pada Ahad lalu.
Umarov mengakui bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan dalam beberapa bulan yang lepas, termasuk pengeboman metro Moscow pada 29 Mac lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 40 orang dan mencederakan 100 yang lain.
"Ketua Wilayah Kaukasus Dokku Abu Usman [Doku Umarov] secara rasmi mengumumkan pengunduran beliau dari jawatan Emir of the Caucasus Emirate atas sebab-sebab kesihatan dan melantik pengganti beliau, Emir Aslambek [Aslambek Vadalov] untuk memegang jawatan tersebut," kata pemberontak dalam pengumuman di website.
"[Umarov] berkata bahawa jihad mesti dipimpin oleh komander-komander yang lebih muda dan bertenaga dan menegaskan bahawa selepas pengunduran beliau … dia bercita-cita untuk terus terlibat dalam jihad dan akan membuat yang terbaik bagi membantu kepimpinan baru.”
Jihad diteruskan


Pihak Amerika Syarikat telah menyenaraikan Umarov, seorang yang paling dikehendaki oleh Rusia, sebagai pengganas.
"Ini [pengunduran] tidak bermakna saya berhenti berjihad," Umarov, berjanggut dan sambil memakai topi kebangsaan, berkata dalam ucapan video yang dihantar kepada website yang sama.
"Saya akan lakukan apa saja yang boleh samada melalui kata dan tindakan," tambah beliau, difilemkan duduk bersebelahan Vadalov dan seorang lagi komander dalam satu kawasan hutan.
Pihak Russia menghadapi tentangan terutamanya dalam wilayah-wilayah Islam, di mana kesedaran jihad telah membawa ramai belia menyertai pemberontakan.
Bulan lepas pemberontak Chechen menyerang sebuah pusat hidroelektrik di republic Kabardino-Balkaria Kaukasus Utara menandakan perubahan dalam taktik mereka dan mengotakan janji mereka untuk menjadikan ekonomi Russia sebagai sasaran.

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari AlJazeera & Agencies

Foto (atas ke bawah)
1. Peta Caucasus
2. Mujahideen
3. Aslambek Vadalov (kanan)
4. Doku Umarov



4 comments:

  1. hebat sekali tentangan yang depa buat untuk merealisasikan wilayah islam yang merdeka...

    ReplyDelete
  2. Lawan tetap lawan lawan sampai syahid....Takbirrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  3. allahuakhabarrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  4. s
    subhanallah...takbirrrrr....ALLAHUAKBAR...ikrarpemudaislam.blogspot.com

    ReplyDelete