Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Monday, September 20, 2010

Kesilapan serius Daily Express


http://tabloid-watch.blogspot.com/2010/09/pcc-must-act-over-express-muslim-plot.html
http://www.express.co.uk/posts/view/200262/Muslim-plot-to-kill-Pope

beritaislamglobal.blogspot.com

Pihak Polis Metropolitan telah mengeluarkan kenyataan berikut:

Kesemua enam orang yang ditahan di bawah Akta Keganasan 2000 pada Rabu, 17 September lalu, telah dibebaskan tanpa sebarang tuduhan lewat malam Sabtu dan awal pagi ini.

Kenyataan ini mengejutkan pembaca akhbar Daily Express yang sebelum ini telah dimaklumkan pada Sabtu lepas tentang enam lelaki itu yang hampir pasti bersalah, selepas merancang satu ‘komplot Muslim untuk membunuh Pope’.

Kebanyakan media melaporkan tentang penahanan tersebut Jumaat lalu, di mana liputannya jelas dibuat secara berhati-hati. Difahamkan dari akhbar-akbar tersebut bahawa tindakan tersebut diambil oleh polis sebagai langkah berjaga-jaga dan bukannya terdapat ancaman serius.

Tetapi Daily Express tidak menunjukkan kepekaan mereka – terutamanya bila mendapat peluang menuduh sesuatu yang buruk tentang Muslim. Perhatikan ayat pertama:

Pengganas Islam menyamar sebagai pencuci jalan dikatakan merancang satu komplot berani untuk meletupkan Pope.

Seperti yang dinyatakan blogger Sim-O, akhbar Express mengisytiharkan bahawa keenam-enam lelaki tersebut adalah 'Pengganas Islam' tetapi hanya 'dikatakan' berkomplot untuk membunuh Pope.

Tetapi kemudiannya berbunyi seolah-olah memang terdapat komplot seperti itu:

Ancaman serangan itu dapat dipatahkan pada jam ke-11 selepas pihak polis menyerbu stor pencucian di London semasa mereka yang disyakki sedang membuat persediaan untuk memulakan shif mereka kelmarin.

Agak pelik apabila membaca tajuk kecil di muka depan akhbar itu yang berbunyi 'pencuci jalan yang berpura-pura'. Akhbar itu lebih meyakini yang mereka adalah 'pengganas Islam' daripada pencuci jalan.

Kebanyakan petikan dan maklumat diulangi di tempat lain. Tetapi satu baris ayat yang menarik perhatian:

Adalah ditakuti komplot yang mempunyai hubungan dengan Al Qaeda ini merancang melakukan “dua letupan ke atas kafir” iaitu membunuh ketua gereja Roman Katholik dan beratus-ratus penyokong-penyokongnya.

Apabila telah terbukti tiada komplot, tiada siapa pula yang peduli untuk melaporkan tentang kesalahan akhbar ini. Dengan meletakkan tanda petikan pada ayat ‘dua letupan untuk kafir' , ia nampak seolah-olah seseorang telah mengatakannya. Tapi mereka tidak nyatakan siapa.

Blogger Sim-O juga menyentuh tentang satu lagi ayat berbunyi:

Satu penyiasatan akan dijalankan bagi menentukan jika pendatang asing berkenaan telah memasuki Britain secara sah dan dibenarkan bekerja di sini.

Express nampak seolah-olah hendak mengatakan: sekalipun didapati mereka bukan 'pengganas Islam', yang pasti mesti ada sesuatu yang meragukan tentang status imigran mereka.

Inilah muka depan akhbar Daily Express yang memalukan, yang bersifat suka menakut-nakutkan dan menghasut kebencian. Adakah mereka akan menonjolkan cerita tentang pembebasan enam lelaki tersebut? Sudah tentu tidak.

Soalnya apakah yang akan dilakukan oleh PCC (Press Complaints Commission)? PCC akan mempertimbangkan tindakan jika menerima aduan dari salah seorang dari meraka. Walaupun difahami bahawa mereka tidak mahu terus menjadi tumpuan utama masyarakat, mari kita berharap supaya mereka membuat aduan.

Sekalipun jika tiada aduan dibuat, PCC patut menimbang untuk mengambil tindakan juga.

Jika Express menggunakan muka depan untuk memburukkan enam lelaki sebagai pengganas Islam yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda, maka pembetulan, penarikan dan permohonan maaf hendaklah juga dibuat dimuka yang sama.

No comments:

Post a Comment