Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Saturday, September 4, 2010

Geert Wilders kepanasan



beritaislamglobal.blogspot.com

AMSTERDAM (Reuters) – Seorang pendakwah terkenal kelahiran Australia, Sheikh Faez Muhammad telah menggesa supaya Geert Wilders, ahli politik anti-Islam Belanda, dikenakan hukuman pancung, labor sebuah akhbar Jumaat lalu.

Parti Kebebasan milik Wilders Party telah mendapat kemenangan besar semasa pilihanraya 9 jun lalu dan sedang berusaha mengadakan rundingan dengan parti Liberal dan Demokrat Kristian bagi membentuk sebuah kerajaan minority yang baru.

Wilders meminta penjelasan bagaimana ancaman itu hanya diketahuinya dari akhbar dan bukannya dari pihak berkuasa Belanda yang mengawalnya sepanjang masa selepas mengeluarkan filem yang menimbulkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia.

Akhbar terbesar di Belanda, De Telegraaf, meletakkan laporan ucapan Sheikh Feiz Muhammad di muka depan Jumaat lalu.

Pendakwah kelahiran Sydney itu mula mendapat perhatian apabila, antara lain, menggalakkan remaja menjadi mujahid dan menuduh wanita sebagai punca serangan rogol.
Akhbar itu melaporkan tentang satu klip video ucapan Sheikh Feiz yang merujuk Wilders sebagai "this satan, this devil, this politician in Holland" dan menjelaskan bahwa sesiapa yang menghina Islam seperti Wilders layak dipancung.

De Telegraaf tidak menyatakan tarikh ucapan itu dibuat tetapi berkata pihaknya dan perkhidmatan rahsia Belanda menyimpan salinannya. Menurut laman webnya, Sheikh Faez berpengkalan di Malaysia.

Wilders memberitahu Reuters bahawa berita itu "sangat dasyat" dan beliau akan memandangnya secara serius.

"Saya akan minta penjelasan dari menteri dalam negeri/keadilan Belanda mengapa beliau tidak dimaklumkan lebih awal tentang perkara itu oleh perkhidmatan rahsia dan unit anti-pengganas NCTb dan kesan ucapan itu keatas diri saya," katanya dalam satu email.

Jurucakap NCTb tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.
Wilders sedang dibicarakan di Belanda atas kesalahan menghasut kebencian dan diskriminasi terhadap penganut Islam.

Pemimpin Parti Kebebasan itu bertanggungjawab terhadap sebuah filem yang dikeluarkan dalam tahun 2008 yang menuduh Quran menghasut keganasan.

Wilders juga didakwa kerana lantang menyamakan Islam dengan Fascism dan menyamakan Quran dengan "Mein Kampf" tulisan Hitler.

Beliau juga dijadualkan menyampaikan ceramah membantah pembinaan masjid di Groud Zero pada 11 September ini, sempena hari ulangtahun serangan yang mengorbankan hamper 3,000 orang.

Reporting by Ben Berkowitz – Translated by beritaislamglobal.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment