Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Monday, September 6, 2010
Hukuman baru kerana tidak bertudung
Sunday, September 5, 2010
PARIS – Daily News with wires for beritaislamglobal.blogspot.com
Sakineh Mohammadi-Ashtiani(gambar), wanita Iran yang dijatuhi hukuman direjam sampai mati kerana kesalahan berzina, juga telah dijatuhi hukuman sebat 99 kali kerana kesalahan bergambar tanpa tudung kepala, menurut anaknya, lapor Agence France-Presse.
Dalam satu temubual yang diterbitkan oleh laman web La Regle du Jeu dan blog Dentelles et Tchador, anak lelaki wanita tersebut, Sajjad Mohammadi-Ashtiani, berkata dia dimaklumkan tentang hukuman baru itu dari banduan yang dibebaskan.
Seorang hakim penjara mengesahkan bahawa Sakineh akan disebat kerana menyebarkan “kerosakan akhlak dan kelucahan” menerusi satu gambar foto dirinya tanpa bertudung yang tersiar dalam akhbar di UK, katanya.
Akhbar The Times of London pada 28 Ogos menyiarkan foto seorang wanita dikenali sebagai Sakineh tanpa tudung kepala; walau bagaimanapun pada 3 September, akhbar tersebut berkata gambar yang diterimanya itu tidak tepat. Gambar tersebut kemudiannya di dakwa milik Sousan Hejarat (gambar), warga Iran yang menetap di Sweden.
Itu “sudah tentu bukan foto ibu saya," kata Sajjad Mohammadi-Ashtiani, 22.
Sakineh Mohammadi-Ashtiani, 43, ibu kepada dua anak itu telah dijatuhi hukuman mati kerana melakukan zina. Beliau juga dituduh bersubahat sehingga menyebabkan kematian suaminya, tetapi menafikan dakwaan tersebut.
Kisah Sakineh telah membawa kepada tunjuk perasaan di Eropah dan kempen antarabangsa untuk membebaskannya, sehingga menyebabkan pihak Tehran menangguhkan hukuman mati itu.
Selepas mendapat bantahan antarabangsa, pihak berkuasa Iran telah menangguhkan hukuman rejam yang sepatutnya dijadualkan dalam bulan Julai, lapor laman web Berita BBC Ahad lalu. Walaupun begitu, terdapat kemungkinan hukuman mati dilakukan melalui hukuman gantung.
Dalam bulan Mei 2006, sebuah mahkamah jenayah in Wilayah Timur Azerbaijan mendapati Ashtiani bersalah kerana mempunyai "hubungan haram" dengan dua lelaki yang mempunyai kaitan dengan pembunuhan suaminya. Dia telah dikenakan hukuman sebat 99 kali.
Dalam bulan September 2006, bagaimanapun, semasa perbicaraan salah seorang lelaki yang dituduh membunuh suaminya, timbul pula kes perzinaan yang didakwa berlaku sebelum kematian suaminya.
Sekalipun telah menarik balik pengakuan yang dikatakan dibuat dalam keadaan dures, Ashtiani tetap didapati bersalah "melakukan zina selepas kahwin" dan dijatuhi hukuman rejam sampai mati.
Sementara itu, Ahad lalu pihak Vatican berkata mereka sedang behubungan dengan Tehran melalui saluran diplomatik bagi menangani kontroversi tersebut. Kenyataan tersebut mengulangi penentangan Gereja Katolik terhadap hukuman mati.
"Mata Suci sedang mengikuti peristiwa ini dengan perhatian dan komitmen," kata jurucakap Vatican Federico Lombardi dalam satu kenyataan.
BIG : Perhatikan bagaimana pihak gereja memanipulasi keadaan ini. Inilah antara kesempatan terbaik memburukkan Islam. Mereka akan menonjolkan Kristian sebagai agama penyayang dan pemaaf. Sekalipun terhadap beribu salah laku seks paderi-paderinya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment