Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Thursday, September 9, 2010

Kegelisahan Vatican



Daily Telegraph – 8/9/10 for beritaislamglobal.blogspot.com

Paderi Itali Piero Gheddo berkata kadar kelahiran rendah di kalangan warga asal Eropah disamping kebanjiran pendatang Muslim yang berkeluarga besar akan menyebabkan Eropah dikuasai oleh Islam dalam beberapa generasi lagi.

"Kita mesti mengambil cabaran ini dengan serius," kata Paderi Gheddo (gambar), dari Pontifical Institute for Foreign Missions di Vatican.

"Sudah tentu apabila melihat dari sudut demografi, jelas bahawa warga Itali berkurangan sebanyak 120,000 atau 130,000 orang setahun disebabkan oleh amalan pengguguran dan keretakan rumahtangga – dan pada masa yang sama terdapat lebih 200,000 pendatang yang memasuki Itali secara sah setiap tahun, di mana dari jumlah itu lebih separuh adalah Muslim dan keluarga mereka yang biasanya mempunyai kadar kelahiran yang jauh lebih tinggi."

Katanya: "Akhbar dan program-program TV tidak pernah membangkitkan isu ini. Walaupun begitu, dalam bidang-bidang yang bersangkutan dengan agama, budaya dan identiti, kita memang memerlukan jawapannya melebihi dari yang lain."

Paderi itu menyalahkan orang Kristian kerana tidak berpegang kepada kepercayaan mereka dan membantu mencipta "kekosongan keagamaan" yang kemudiannya diisi oleh Islam.

Dia meramalkan Islam “lambat laun akan menawan kebanyakan Negara di Eropah”.
"Yang pastinya kebanyakan kita semakin meninggalkan agama dan kekosongan ini, tidak dapat tidak, akan diisi oleh fahaman agama lain," katanya.

Paderi Gheddo juga berkata orang Kristian yang lemah akan memudahkan mereka diserang oleh golongan sekular.

Dia berkata apabila "amalan agama dipinggirkan dalam negara-negara Kristian Eropah dan ketika ketidaksamaan berkembang, Kristian dan gereja akan diserang".

"Jika kita mengatakan negara kita adalah negara Kristian, kita patut kembali kepada amalan kehidupan Kristian, dan ini akan menyelesaikan masalah kekosongan itu." tambahnya.

Komen Paderi Gheddo hadir beberapa bulan selepas seorang cardinal Czech menyalahkan penganut Katholik yang tersasar yang menyebabkan berlakunya Islamisasi Eropah.

Pada hari persaraannya sebagai Archbishop of Prague awal tahun ini, Kardinal Miloslav Vlk (gambar) berkata Muslim berada di tempat yang betul untuk mengisi kekosongan kerohanian “yang wujud apabila masyarakat Eropah mengosongkan pengisian Kristian dalam kehidupan mereka".

Dia berkata masyarakat Kristian akan mendapati diri mereka tidak lagi kuat untuk menempatkan diri mereka dalam kelompok yang dihormati jika pegangan agama mereka semakin terhakis.

Dia menyeru semua penganut Kristian supaya bangun menentang ancaman Islamisasi dengan cara berpegang kepada agama mereka dengan lebih kuat.

Pada ketika ramai bishop Katholik Eropah sering mempertahankan hak Muslim untuk bebas beribadah di tempat awam, yang lain pula lebih cenderung untuk melindungi warisan Kristian di benua mereka itu.

Tahun lepas Kardinal Jose Policarpo (gambar) dari Lisbon, memberi amaran supaya wanita Katholik tidak mengahwini Muslim.

Kardinal Giacomo Biffi (gambar) dari Itali pula mendesak kerajaan untuk memberi keutamaan kepada pendatang-pendatang Katolik berbanding Muslim bagi melindungi identiti agama negara itu.

Pihak Vatican juga menentang penyertaan Turki ke dalam Kesatuan Eropah (EU) sebahagiannya kerana negara majoriti Islam itu tidak berkongsi warisan Kristian seperti negara-negara lain di Eropah.

3 comments:

  1. Semuga Eropah menjadi benua umat Islam suatu hari nanti....

    ReplyDelete
  2. Insyaallah..Allah Maha Kuasa untuk menjadikan mana2 bumiNya menerima seruan Islam...di doakan semoga semua benua barat akan sampai seruan Islam dgn lbh hebat dan akan Islam akan menguasai barat nanti...ameen Ya Rabbal alamenn...

    ReplyDelete
  3. InsyALLAH..dan Maha Kuasa ALLAH, benua sana tu, Eropah and America utara dan selatan akan ramai saudara seIslam kita...namun kek sini, kena jaga juga psl diaorg mubaligh ini byk yang jln koje x guna diorg tu? Berjaga2 dan jaga akidah kita sebagai ISLAM!, InsyaALLAH!

    ReplyDelete