Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Showing posts with label Islamophobia. Show all posts
Showing posts with label Islamophobia. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Pelajar Oxford bantah daging halal



SWNS - beritaislamglobal.blogspot.com - Original English Version here

Beratus pelajar Universiti Oxford melahirkan kemarahan apabila menyedari yang mereka disajikan dengan daging halal secara rahsia.

Pelajar Toff (gelaran untuk pelajar Oxford) tidak dimaklumkan tentang makanan mereka yang datangnya dari binatang yang disembelih tanpa dipengsankan terlebih dahulu.
Pembunuhan secara Islam dikecam oleh kumpulan-kumpulan pelindung binatang kerana kaedahnya yang dianggap ”kejam”.

Satu sumber maklumat bebas mendedahkan bahawa 17 kolej di Universiti Oxford disajikan secara rutin dengan daging halal.

Field Fresh Farms, syarikat yang membekalkan makanan kepada kolej-kolej terbabit temasuklah St Catherine’s dan Brasenose (gambar bawah), mengesahkan yang daging tersebut disediakan secara halal.



Pengurus Besar Simon Warren memberitahu akhbar pelajar Cherwell bahawa, sehingga Jun tahun lepas, daging tersebut didatangkan dari Mutch Meat Abattoir di Witney, Oxon.

Beliau berkata: ”Kami memang sedia maklum dengan isu-isu prosidur penyembelihan di Mutch Meat.

”Saya difahamkan oleh penyembelih bahawa terdapat tompokan darah pada daging bermaksud binatang-binatang itu berada dalam keadaan sengsara sebelum dibunuh.”

Pelajar-pelajar meluahkan perasaan marah kerana makanan-makanan tersebut disediakan secara halal tanpa pengetahuan mereka.

Seorang pelajar di kolej Brasenose berkata: ”Ini sudah melampau. Kami ingat makanan yang diambil adalah dari binatang yang tidak melalui kesengsaraan yang sepatutnya.

”Ini satu penipuan besar, tidak kira apa pandangan awak tentang agama, setiap orang berhak dimaklumkan tentang dari mana datangnya makanan mereka.

”Jika orang Muslim minta supaya dimaklumkan jika sesuatu makanan itu tidak halal, maka orang bukan-Muslim juga berhak untuk dilayan seperti itu.”

Seorang pelajar lain berkata kepada Cherwell: ”Saya tidak suka kerana selama ini kami makan makanan halal dan tidak mengetahuinya.

”Secara prinsipnya saya tidak membantah kerana ianya sebahagian dari agama untuk Muslim dan kita perlu bersikap adil, tapi kami sepatutnya dimaklumkan terlebih dahulu supaya kami dapat membuat pilihan.

”Setengah orang tidak mengambil daging halal atas sebab etika, jadi mereka perlu diberi pilihan.”

Majlis Kebajikan Binatang Ternakan Ladang (FAWC), yang berfungsi sebagai penasihat jawtankuasa Kerajaan, telah menyarankan supaya daging halal dilarang di Britain.
Mereka mendapati penyembelihan secara halal itu boleh menyebabkan binatang mengalami kesengsaraan akibat dari ”kecederaan teruk dan kesakitan melampau.”

Laporan akhbar tersebut turut menyarankan bahawa ”penyembelihan tanpa diberi pelalian terlebih dahulu tidak boleh diterima dan bahawa Kerajaan harus menarik balik status pengecualian.”

Field Farm Fresh masih membekalkan makanan kepada kolej-kolej Oxford, tapi baru-baru ini mereka telah pun menukar kepada pembekal yang menggunakan kaedah penyembelihan tidak-halal.



BIG : Kalaulah haiwan boleh bercakap

Sunday, November 28, 2010

Jangan terkejut jika alat sulit anda disentuh


Seorang pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) memeriksa seorang penumpang di tempat-pemeriksaan keselamatan, Nov. 22, 2010, di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di Seattle. Terdapat beberapa peraturan baru di beberapa lapangan terbang AS yang memerlukan setiap penumpang udara melalui mesin pengimbas tubuh yang menghasilkan gambar bogel mereka secara maya (gambar dihujung posting). Mereka yang tidak mahu diperiksa seperti ini terpaksa melalui pemeriksaan secara manual (pat-down) oleh pegawai TSA termasuk menyentuh kemaluan mereka (AP Photo/Elaine Thompson)

beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)

LOS ANGELES (AP) – Ianya bukanlah jenayah fesyen, tetapi baju sejuk yang besar dan skirt labuh hingga ke buku lali yang dipakai Wendy Gigliotti menjadikannya sasaran pemeriksaan skrin di lapangan terbang.

Seorang pegawai wanita TSA memberitahunya, "Kami tak tahu jika ada sesuatu yang tersembunyi dalam skirt awak." Beliau kemudian diperiksa dengan cara yang beliau anggap telah melampaui had pemeriksaan fizikal.

"Saya bukan sahaja berasa seperti penjenayah, bahkan hak-hak saya juga dicabuli," kata Gigliotti.

Gigliotti adalah antara penumpang-penumpang yang berasa malu dan marah dengan kaedah baru pemeriksaan tubuh badan yang lebih ketat oleh TSA yang mula diaplikasikan bulan ini apabila musim percutian bermula.

Pakar-pakar perjalanan berkata kaedah pemeriksaan baru seperti itu akan membuatkan orang ramai memikirkan fesyen pakaian yang sesuai dipakai di lapangan terbang yang akan memudahkan mereka melepasi pemeriksaan skrin tanpa dimalukan.

Pakaian yang penuh dengan butang besi perlu dielakkan, begitu juga dengan coli berwayar (underwire bras). Pilih seluar panjang berbanding skirt. Pakaian besar akan menyebabkan anda melalui pemeriksaan yang lebih ketat. "Sekarang memang susah nak naik kapalterbang, jadi kita perlu bertindak secara waras," kata Susan Foster, penulis buku "Smart Packing for Today's Traveler." "Mari kita minimakan kesusahan ini."

Melissa Wood dari Marina Del Rey berkata dia membuat persiapan awal jika terpaksa melalui pemeriksaan tubuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles dengan memakai seluar jean ketat, baju sejuk yang kecil dan boot kulit kambing. Beliau juga memastikan yang semua barang-barangnya dikeluarkan dari poket dan disimpan dalam beg tangan.

"Saya tidak mahu ada masalah apabila sampai di tempat pemeriksaan nanti," kata Wood.

Yang lain pula menyamakanya dengan peraturan Disneyland.

"Kita perlu berpakaian seperti di Disneyland untuk ke lapangan terbang, maksud saya memakai pakaian yang selesa serta kasut yang baik," kaya Aliise Becker, yang memakai turtleneck, seluar panjang biru dan kot untuk penerbangan dari Sacramento ke Los Angeles. "Hari-hari berpakaian cantik dan menarik dah berlalu."

Teknik mencari cara baru membolehkan pegawai TSA menggunakan bahagian depan tangan dan jari mereka untuk mengesan senjata-senjata tersembunyi di sekitar bahagian-bahagian sensitif, termasuk bahagian faraj dan payu dara. Pada masa lepas, pegawai TSA hanya menggosok bahagian-bahagian tersebut menggunakan belakang tangan.

Ramai yang membantah kaedah pemeriksaan intensif seperti ini kerana ianya melanggar kebebasan sivil termasuk kebebasan beragama, hak perseorangan dan perlindungan undang-undang daripada pemeriksaan yang tidak berasas.

Pegawai-pegawai persekutuan menjelaskan yang prosidur seperti itu penting bagi mengelakkan serangan pengganas seperti cubaan mengebom kapal terbang oleh lelaki Nigeria yang menyembunyikan bahan letupan dalam seluar dalamnya.

Baru-baru ini, seorang lelaki San Diego yang berkeras tidak mahu diperiksa di bahagian kelangkang, memberitahu seorang pegawai TSA, "Kalau awak sentuh anu saya, saya akan pastikan awak ditahan" menjadi hit di internet apabila beliau menghantar pita rakaman pertengkarannya itu secara online.



Dalam siaran radio Alex Jones, seorang pemanggil mengadu tentang seorang pegawai TSA yang memasukkan tanggannya melepasi pinggang kerana beliau memakai seluar besar.

Gigliotti berkata dia memang tidak tahu menahu tentang langkah-langkah keselamatan yang telah ditingkatkan, oleh kerana itu beliau terkejut apabila pegawai TSA menyentuh bahagian-bahagian sensitif pada tubuhnya minggu lepas.

Jurucakap TSA Nico Melendez berkata mereka belum lagi menerima sebarang aduan bertulis daripada beliau.

Rabu lalu, ahli Majlis Perbandaran Los Angeles Janice Hahn menyatakan yang beliau faham dengan kegelisahan orang awam dan pihaknya berusaha untuk meredakan situasi tersebut.

"Saya juga beratur seperti orang lain. Saya perlu tanggalkan kasut. Kadang-kadang saya lupa nak periksa keadaan kaki saya. Saya perlu tanggalkan jaket. Adakalanya saya terlupa bahawa saya tidak ingin blaus yang saya pakai dilihat orang. Tapi kepayahan ini hanya sedikit, dan begitu juga rasa malu yang tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan tujuan kita melakukan tindakan tersebut." katanya.

David Stempler, presiden Persekutuan Penumpang-Penumpang Udara (ATA), berkata beliau memang sedia maklum dengan aduan wanita-wanita tentang pegawai TSA yang memeriksa hingga ke dalam skirt mereka.

"Ianya memang satu masalah, sebab itulah saya mencadangkan penggunaan mesin pengimbas," kata Stempler. "Penumpang akan diperiksa dengan lebih baik dan selesa berbanding kaedah menyentuh tubuh."

Beberapa penumpang dan kru penerbangan takut kalau-kalau mesin pengimejan tersebut mengeluarkan dos radiasi yang tidak sihat. Jumaat lepas, pihak kerajaan menegaskan yang mesin tersebut selamat, tetapi bersetuju supaya pemeriksaan skrin itu dikecualikan kepada pilot yang berpakaian seragam.

Satu kempen mengajak penumpang-penumpang kapalterbang memboikot mesin pengimbas tubuh tersebut sehari sebelum Hari Thanksgiving dan mendesak supaya pemeriksaan tubuh (pat-down iaitu alternatif kedua jika mesin ditolak) dibuat di tempat terbuka dan depan penumpang-penumpang lain. Ramai juga yang membuat lawak di Twitter supaya memakai sut hari ulangtahun di lapangan terbang.

Memakai T-shirt yang dijual di internet yang mempunyai tulisan mempersendakan pat-down bukan satu langkah bijak. Antaranya, ayat-ayat tersebut berbunyi "firmly grasp", "don't touch my junk" dan "Fondling junk since 2010."

BIG : Kepada yang nak bercuti ke AS, harap ambil perhatian ye..

Tuesday, November 16, 2010

Ujian tengok payu dara


beritaislamglobal.blogspot.com (Oiginal English version here)
DUBAI (Sara Ghasemilee)

Nak berhijrah ke Denmark? Pastikan anda sanggup melihat sepasang payu dara wanita bogel terlebih dahulu. Itulah saranan yang dibuat oleh Peter Skaarup (gambar), jurucakap polisi luar negara parti Rakyat Denmark.


Menurut Skaarup, sebuah filem dokumentari tentang Denmark yang akan ditayangkan sebagai sebahagian ujian imigrasi kepada pendatang asing perlu juga dimasukkan gambar payu dara bagi menakut-nakutkan golongan extremis dari memasuki negara Skandinavia itu.

Ini kerana seorang wanita yang berada di pantai tanpa coli itu melambangkan keterbukaan-fikiran rakyat Denmark, jelas Skaarup.

Ini, katanya, sesuai terutamanya kepada imigran-imigran dari kalangan masyarakat extremis Islam di mana wanita ditindas dan tidak dibenarkan menayangkan seksualiti mereka sekalipun rambut. Sebaliknya, wanita Denmark dibenarkan memakai—atau tidak memakai – apa yang mereka suka, sambil menegaskan yang kenyataannya bukan bertujuan memprovokasi sesiapa.

“Jika anda datang dari masyarakat yang patuh pada agama, itu boleh membuatkan anda berhenti dan berfikir, oh tidak, saya tidak mahu berada dalam suasana begitu”, kata Skaarup kepada akhbar Denmark, Jyllandsposten.

“Mandi tanpa coli bukan sesuatu yang biasa dilihat di pantai Pakistan, tapi dianggap normal di Denmark. Saya yakin apabila kita memasukkan gambar-gambar payu dara wanita dalam tayangan tersebut, golongan extremis akan berfikir dua kali sebelum memutuskan untuk datang ke Denmark,” katanya.

Sebuah filem yang serupa dihasilkan di Belanda, yang menayangkan babak-babak dua lelaki bercium dan wanita tanpa-coli mandi di pantai. Satu tindakan yang Skaarup rasa, perlu dicontohi oleh filem Denmark.

Bagaimanapun tidak semua teruja denga ide Skaarup tersebut. Jurucakap Integrasi dari Parti Konsevatif, satu dari dua parti kerajaan, Naser Khader (gambar)berkata “sepasang payu dara tanpa coli bukannya penghalang kepada extremisme.”


“Ini agak bertentangan, golongan pelampau terlalu takutkan seks sehingga mereka berpusu-pusu ke sempadan. Mungkin kita boleh cuba dengan khinzir bogel,” tulis Khader dalam laman rangkaian sosial Facebooknya.

Monday, September 20, 2010

Kesilapan serius Daily Express


http://tabloid-watch.blogspot.com/2010/09/pcc-must-act-over-express-muslim-plot.html
http://www.express.co.uk/posts/view/200262/Muslim-plot-to-kill-Pope

beritaislamglobal.blogspot.com

Pihak Polis Metropolitan telah mengeluarkan kenyataan berikut:

Kesemua enam orang yang ditahan di bawah Akta Keganasan 2000 pada Rabu, 17 September lalu, telah dibebaskan tanpa sebarang tuduhan lewat malam Sabtu dan awal pagi ini.

Kenyataan ini mengejutkan pembaca akhbar Daily Express yang sebelum ini telah dimaklumkan pada Sabtu lepas tentang enam lelaki itu yang hampir pasti bersalah, selepas merancang satu ‘komplot Muslim untuk membunuh Pope’.

Kebanyakan media melaporkan tentang penahanan tersebut Jumaat lalu, di mana liputannya jelas dibuat secara berhati-hati. Difahamkan dari akhbar-akbar tersebut bahawa tindakan tersebut diambil oleh polis sebagai langkah berjaga-jaga dan bukannya terdapat ancaman serius.

Tetapi Daily Express tidak menunjukkan kepekaan mereka – terutamanya bila mendapat peluang menuduh sesuatu yang buruk tentang Muslim. Perhatikan ayat pertama:

Pengganas Islam menyamar sebagai pencuci jalan dikatakan merancang satu komplot berani untuk meletupkan Pope.

Seperti yang dinyatakan blogger Sim-O, akhbar Express mengisytiharkan bahawa keenam-enam lelaki tersebut adalah 'Pengganas Islam' tetapi hanya 'dikatakan' berkomplot untuk membunuh Pope.

Tetapi kemudiannya berbunyi seolah-olah memang terdapat komplot seperti itu:

Ancaman serangan itu dapat dipatahkan pada jam ke-11 selepas pihak polis menyerbu stor pencucian di London semasa mereka yang disyakki sedang membuat persediaan untuk memulakan shif mereka kelmarin.

Agak pelik apabila membaca tajuk kecil di muka depan akhbar itu yang berbunyi 'pencuci jalan yang berpura-pura'. Akhbar itu lebih meyakini yang mereka adalah 'pengganas Islam' daripada pencuci jalan.

Kebanyakan petikan dan maklumat diulangi di tempat lain. Tetapi satu baris ayat yang menarik perhatian:

Adalah ditakuti komplot yang mempunyai hubungan dengan Al Qaeda ini merancang melakukan “dua letupan ke atas kafir” iaitu membunuh ketua gereja Roman Katholik dan beratus-ratus penyokong-penyokongnya.

Apabila telah terbukti tiada komplot, tiada siapa pula yang peduli untuk melaporkan tentang kesalahan akhbar ini. Dengan meletakkan tanda petikan pada ayat ‘dua letupan untuk kafir' , ia nampak seolah-olah seseorang telah mengatakannya. Tapi mereka tidak nyatakan siapa.

Blogger Sim-O juga menyentuh tentang satu lagi ayat berbunyi:

Satu penyiasatan akan dijalankan bagi menentukan jika pendatang asing berkenaan telah memasuki Britain secara sah dan dibenarkan bekerja di sini.

Express nampak seolah-olah hendak mengatakan: sekalipun didapati mereka bukan 'pengganas Islam', yang pasti mesti ada sesuatu yang meragukan tentang status imigran mereka.

Inilah muka depan akhbar Daily Express yang memalukan, yang bersifat suka menakut-nakutkan dan menghasut kebencian. Adakah mereka akan menonjolkan cerita tentang pembebasan enam lelaki tersebut? Sudah tentu tidak.

Soalnya apakah yang akan dilakukan oleh PCC (Press Complaints Commission)? PCC akan mempertimbangkan tindakan jika menerima aduan dari salah seorang dari meraka. Walaupun difahami bahawa mereka tidak mahu terus menjadi tumpuan utama masyarakat, mari kita berharap supaya mereka membuat aduan.

Sekalipun jika tiada aduan dibuat, PCC patut menimbang untuk mengambil tindakan juga.

Jika Express menggunakan muka depan untuk memburukkan enam lelaki sebagai pengganas Islam yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda, maka pembetulan, penarikan dan permohonan maaf hendaklah juga dibuat dimuka yang sama.

Friday, September 17, 2010

Bila Islam dihina : Part 2

Padah kerana dikatakan bertolak-ansur dengan Islam

















Bila Islam dihina : Part 1

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

















Tuesday, September 14, 2010

Ayah, kenapa ayah benci orang Islam?

By Mahmoud El-Yousseph (English Translation here)

September 9, 2010

Anak: Ayah, kenapa ayah benci orang Islam?

Ayah: Pertama sekali, mereka nak laksanakan undang-undang Syariah di Amerika dan tukar perlembagaan.

Anak: Bukankah itu memerlukan tindakan Kongress? Kelulusan 2/3 daripada kedua-dua House dan Senat, bersama dengan ¾ daripada semua negeri perlu diperolehi terlebih dahulu. Memandangkan Cuma ada 2 orang ahli kongres Islam dalam House, ini mustahil dilakukan.

Ayah: Sejak bila awak jadi pandai sangat ni?

Anak: Sebenarnya, saya baru belajar benda ni minggu lepas.

Ayah: Saya juga tak suka Moozlims kerana mereka tidak boleh menjadi rakyat Amerika yang patriotik.

Anak: Peliklah! Kawan sekelas saya yang Muslim, Chafique, beritahu dalam kelas yang abangnya berkhidmat dalam tentera AS dan bapanya pula seorang pesara tentera AS.

Ayah: Untuk pengetahuan kamu, mereka in sangat licik. Mereka sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan kad hijau, kerakyatan dan pengajian percuma.

Anak: Tak juga ayah, kawan saya beritahu yang semua saudaranya dilahirkan di Amerika macam saya dan adik juga. Dan saya masih ingat dia beritahu sewaktu kali pertama kami berjumpa yang ayahnya memilih menyertai tentera selepas sahaja lulus kolej dan setelah mendapat kerakyatan.

Ayah: Kamu di pihak mana? Nampak macam awak banyak habiskan masa bercampur dengan kawan Moozlim awak tu?

Anak: Ayah, ayah maksudkan Muslim ke?

Ayah: Dengar sini! Ayah tak pernah ceritakan tentang perkara itu kepada awak. Sebab kenapa ayah tak sertai tentera adalah kerana ayah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Kalau sesuatu berlaku kepada ayah, awak tak mungkin dilahirkan dan keluarga kita dah lama tak wujud. Itulah sebabnya emak awak selalu panggil ayah ‘bernasib baik’.

Anak: Saya tak dengar macam tu! Mak kata ayah bernasib baik kerana kawan baiknya Jaffery terbunuh dalam kemalangan kereta.

Ayah: Awak jangan nak memandai sangat! Mak awak pula tu selalu cakap besar.

Anak: OK lah ayah. Ikut cakap ayahlah.

Ayah: Lagi satu yang ayah tak suka tentang Moozlims ialah: mereka tak macam kita. Cara mereka cakap, makan dan berpakaian berbeza. Mereka juga makan makanan Taliban.

Anak: Apa benda makanan Taliban tu Ayah? Macamana mereka dapatkannya? Adakah ia dihantar kepada mereka melalui kapal terbang?

Ayah: Tak pasti.

Anak: Luculah, minggu lepas saya pergi shopping dengan mak, saya terserempak dengan kawan Muslim saya tu. Saya tengok barang yang mereka beli tu lebih kurang sama macam yang kita beli aje.

Ayah: Hey, kalau awak asyik cakap macam tui, ayah tak benarkan awak berjumpa dengan kawan Moozlim tu lagi.

Anak: Ayah, pernah tak ayah dengar tentang lelaki mabuk dari Connecticut yang masuk ke dalam bar hookah (macam sisya tu) dan kena tendang?

Ayah: Ya, tapi itu hanya kesilapan. Dia ingat bar hookah tu masjid. Dia ditahan dan didakwa mengganggu ketenteraman. Keadaannya mungkin jadi lebih buruk kalau dia dipukul teruk sampai patah tulang!

Anak: Macam yang ayah selalu beritahu saya, keganasan bukanlah jawapannya. Ada penyelesaian yang lebih baik.

Anak: Apa lagi yang ayah tak suka tentang Muslims?

Ayah: Tuhan mereka berbeza dan mereka juga sembah batu.

Anak: Ayah, saya rasa ayah dah keliru. Bila muslim bersembahyang mereka memang menghadap kaabah (yang ayah panggil batu tu) di Mekah dan mereka hanya menyembah Tuhan yang mereka panggil Allah. Orang Jerman menyebutNya Got, dan Yahudi memanggilNya Yahweh. Lagipun, bukankah Yahudi beribadat di tembok (Wailing Wall) ? Tak pernah pula ayah kata mereka menyembah batu. Tahukah ayah orang Yahudi dan Kristian yang tinggal di Arab menggunakan perkataan “Allah” bila merujuk kepada Tuhan. Adakah mereka juga bersalah?

Ayah: Ayah juga tak suka bahasa Arab.

Anak: Adakah ayah maksudkan orang Arab?

Ayah: Apa sajalah! Lagipun, semua Moozlims adalah pengganas yang suka bunuh orang Amerika dan Yahudi. Itulah diri mereka yang sebenar!

Anak: Kalau begitu, apa akan jadi kalau kita dan Yahudi pula yang bunuh Muslim? Adakah kita dan Yahudi juga dipanggil “pengganas”?

Ayah: Tidak! Kita bunuh mereka dulu sebelum mereka datang bunuh kita. Itu namanya tindakan bijak. Cara ini akan mengejutkan mereka. Ayah ingat kita perlu buat macam tu kepada mana-mana negara yang tak suka dengan kita.

Anak: Sama macam 19 orang perampas tu buat pada kita pada 9/11?

Ayah: Sekarang awak dah faham.

Anak: Mahu tak ayah berkahwin dengan mak kalau dia seorang Muslim?

Ayah: Sebagai lelaki ayah kena jadi Muslim atau masuk Islam dulu. Ayah tak fikir datuk kamu akan menerimanya.

Anak: Ayah, pernah tak ayah berkenalan dengan seorang Muslim?

Ayah: Tak! Mereka tu pelik. Mereka tak pernah masuk bar untuk minum beer.

Anak: Saya dan Chafique kawan baik. Kami tak pernah masuk bar untuk minum beer.

Ayah: Ayah rasa sekarang masa untuk tidur. Selamat malam nak!

Anak: Selamat malam, ayah. Suka sangat dapat bersembang dengan ayah!

Mahmoud El-Yousseph
Retired USAF Veteran

Sunday, September 5, 2010

Kafir gerun tengok Muslim sembahyang Jumaat



Islamophobia for beritaislamglobal.blogspot.com

Laporan oleh Pat Robertson dari CBN (Christian Broadcasting Network) yang melihat proses 'ISLAMISASI' di Paris amat menakutkan Barat. Laporan ini cuba menunjukkan bahawa orang Muslim sedang menguasai Paris. Mereka mengaitkan umat Islam yang bersembahyang Jumaat di jalanan sebagai simbolik penguasaan kawasan-kawasan tertentu. Atau dalam kata lain Islam akan menawan Perancis satu hari nanti. Satu kamera tertutup dipasang bagi merakam suasana semasa sembahyang Jumaat oleh seseorang tidak mahu dikenali (kerana takut) bagi menunjukkan orang Islam tidak menghormati agama lain dan tidak mematuhi peraturan perbandaran. Dalam laporannya, Robertson menjelaskan bahawa Islam bukan hanya semata-mata agama tetapi juga "satu sistem politik yang bercita-cita untuk menguasai dunia".

Saturday, September 4, 2010

Geert Wilders kepanasan



beritaislamglobal.blogspot.com

AMSTERDAM (Reuters) – Seorang pendakwah terkenal kelahiran Australia, Sheikh Faez Muhammad telah menggesa supaya Geert Wilders, ahli politik anti-Islam Belanda, dikenakan hukuman pancung, labor sebuah akhbar Jumaat lalu.

Parti Kebebasan milik Wilders Party telah mendapat kemenangan besar semasa pilihanraya 9 jun lalu dan sedang berusaha mengadakan rundingan dengan parti Liberal dan Demokrat Kristian bagi membentuk sebuah kerajaan minority yang baru.

Wilders meminta penjelasan bagaimana ancaman itu hanya diketahuinya dari akhbar dan bukannya dari pihak berkuasa Belanda yang mengawalnya sepanjang masa selepas mengeluarkan filem yang menimbulkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia.

Akhbar terbesar di Belanda, De Telegraaf, meletakkan laporan ucapan Sheikh Feiz Muhammad di muka depan Jumaat lalu.

Pendakwah kelahiran Sydney itu mula mendapat perhatian apabila, antara lain, menggalakkan remaja menjadi mujahid dan menuduh wanita sebagai punca serangan rogol.
Akhbar itu melaporkan tentang satu klip video ucapan Sheikh Feiz yang merujuk Wilders sebagai "this satan, this devil, this politician in Holland" dan menjelaskan bahwa sesiapa yang menghina Islam seperti Wilders layak dipancung.

De Telegraaf tidak menyatakan tarikh ucapan itu dibuat tetapi berkata pihaknya dan perkhidmatan rahsia Belanda menyimpan salinannya. Menurut laman webnya, Sheikh Faez berpengkalan di Malaysia.

Wilders memberitahu Reuters bahawa berita itu "sangat dasyat" dan beliau akan memandangnya secara serius.

"Saya akan minta penjelasan dari menteri dalam negeri/keadilan Belanda mengapa beliau tidak dimaklumkan lebih awal tentang perkara itu oleh perkhidmatan rahsia dan unit anti-pengganas NCTb dan kesan ucapan itu keatas diri saya," katanya dalam satu email.

Jurucakap NCTb tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.
Wilders sedang dibicarakan di Belanda atas kesalahan menghasut kebencian dan diskriminasi terhadap penganut Islam.

Pemimpin Parti Kebebasan itu bertanggungjawab terhadap sebuah filem yang dikeluarkan dalam tahun 2008 yang menuduh Quran menghasut keganasan.

Wilders juga didakwa kerana lantang menyamakan Islam dengan Fascism dan menyamakan Quran dengan "Mein Kampf" tulisan Hitler.

Beliau juga dijadualkan menyampaikan ceramah membantah pembinaan masjid di Groud Zero pada 11 September ini, sempena hari ulangtahun serangan yang mengorbankan hamper 3,000 orang.

Reporting by Ben Berkowitz – Translated by beritaislamglobal.blogspot.com)

Wednesday, August 18, 2010

Poster kempen pilihanraya yang berkesan



Islamophobia-Watch

Dalam blognya, Indigo Jo Blogs, Yusuf Smith memaparkan tentang satu risalah (gambar) yang diedarkan oleh Ahli Perlimen dari Parti Buruh, Phil Woolas semasa kempen pilihanraya baru-baru ini dalam kawasan Oldham Timur dan Saddleworth.

Dua hari sebelum membuang undi, Pemimpin Liberal di Oldham Council telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Kesamaan dan Hak Asasi Manusia tentang bahan kempen pilihanraya yang digunakan oleh Woolas. “Saya percaya bahawa risalah kempen berbentuk hasutan sebegini boleh menjejaskan hubungan masyarakat dan menyekat usaha pomosi kesamaan kaum”, tulis beliau.

Calon Parti Liberal Elwyn Watkins (gambar), yang tewas kepada Woolas dengan jumlah undi terkurang sebanyak 103 , telah mencabar keputusan pilihanraya itu atas asas tuduhan palsu yang dibuat keatasnya dalam risalah berkenaan, termasuk menuduh beliau meminta sokongan “pelampau Muslim”. Perbicaraan dijadualkan pada 13 September untuk menetukan samada pilihanraya patut diadakan semula.

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com

Tuesday, August 17, 2010

Jangan makan daging Halal



Isnin, 16 Ogos, 2010
Ini adalah risalah yang diedarkan oleh satu kumpulan yang tidak dkenali di luar kawasan sebuah sekolah di Harrow, yang membantah penyediaan daging halal. Kandungan asalnya berbunyi seperti berikut: (Sila skrol kebawah untuk terjemahan BM)

To Parents
Did you know that your school is going to supply Muslim Halal meat for school dinners not just for Muslims but for all children. You don't know this because your Head Teacher Katrina Mildner the Chair of Governors Ted Sturdy and Harrow Council choose not to tell you because you are of no importance. They are putting the Muslims beliefs before yours, the reason is they have no respect for you or your children or your beliefs.

English meat is slaughtered humanely so the animal doesn’t not suffer unlike the Halal method. The Bird or Animal have verses read from the Karan as part of the preparation before they slit it’s throat and let it bleed to death. This can take up to 370 seconds for a Calf to die. All the blood then has to be drained out. It is cruel and inhumane by our Western standards. Don’t let the Muslims force their barbaric ways on us, let's stick to our principles and our way of life or we will lose them forever. This is our England.

You can tell the school you don't want your child eating Halal. You can complain to the council. Or you can get other mothers and fathers to sign a petition and send this in.


(Versi BM)

Kepada Ibubapa

Adakah anda tahu bahawa pihak sekolah akan membekalkan daging Halal untuk makan malam bukan hanya untuk pelajar Muslim tetapi juga untuk semua pelajar. Anda memang tidak tahu kerana Pengetua sekolah Katrina Mildner selaku Pengerusi Tadbir Majlis Ted Sturdy & Harrow tidak memaklumkan kepada anda kerana mereka menganggap anda tidak penting. Mereka mengutamakan kepercayaan Islam lebih dari kepercayaan anda, alasannya adalah kerana mereka tidak menghormati anda, anak anda dan agama anda.

Tidak seperti kaedah Halal, daging English diperolehi melalui penyembelihan yang berperikemanusiaan agar binatang tidak menderita. Beberapa ayat dari al-Quran dibaca sebagai persediaan sebelum mereka menoreh leher burung atau binatang dan membiarkan haiwan yang terluka itu mati. Dengan cara ini, seekor anak lembu akan mengambil masa 370 saat untuk mati. Darah ditubuhnya pula mesti dikeluarkan. Pada pandangan kita, ianya memang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Jangan biarkan orang Islam memaksa kita mengikut cara mereka, mari kita berpegang kepada prinsip-prinsip dan cara hidup kita atau kita akan kehilangan kesemuanya sampai bila-bila. England adalah negara kita.

Anda boleh maklumkan kepada pihak sekolah bahawa anda tidak mahu anak-anak anda memakan makanan Halal. Anda juga boleh komplen kepada pihak majlis. Atau anda boleh dapatkan petisyen dari ibubapa lain melalui edaran risalah ini.

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari Islamophobia-Watch

Saturday, July 31, 2010

Hari membakar Quran sedunia

Rabu, 28 Julai 2010
Gainesville, FL, Amerika Syarikat (AHN) – Sebuah gereja di Florida merancang untuk membakar kitab Quran pada hari ulangtahun 9/11 tahun ini, mengundang kemarahan dari masyarakat Islam Amerika dan para bijak-pandai yang sememangnya sudahpun sedia terbabit dalam debat tentang rancangan membina masjid berhampiran Ground Zero. Dove World Outreach Center, sebuah Gereja New Testament di Gainesville, akan membakar kitab Quran pada malam 11 September “sebagai tindakan menentang kejahatan Islam.” Pastor senior gereja tersebut, Terry Jones, adalah seorang penulis buku yang baru diterbitkan berjudul , “Islam is of the Devil.”

Awal bulan ini, gereja tersebut telah mengetuai satu protes di luar Pusat Islam di Gainesville. Mereka merancang untuk mengadakan satu perarakan “No Homo Mayor” menentang Craig Lowe, datuk bandar gay pertama, minggu depan.

“Hanya terdapat satu buku yang benar, dan ia adalah Bible,” kata Jones dalam satu episod rancangan miliknya Braveheart Show di YouTube. “Menuntut supaya semua orang Islam yang tinggal di sini mesti menyesuaikan diri mereka dengan nilai-nilai kami, dengan menjadi bangsa Amerika… Awak datang sini… sesuaikan diri dengan nilai-nilai kami, Perlembagaan kami, cara hidup kami… Kita patut hentikan segera pembinaan semua masjid di Amerika.”

Konsul Hubungan Amerika-Islam (CAIR) telah meminta supaya penganut Islam Amerika mengadakan majlis makan malam “Berkongsi Quran” dalam bulan Ogos ini, iaitu semasa Ramadan.

Kumpulan hak-hak awam percaya dengan mengedarkan salinan-salinan teks kepada masyarakat awam, para pegawai penguatkuasa undang-undang dan wartawan, akan dapat menyediakan maklumat tepat tentang Islam dan sekaligus dapat mengurangkan prasangka anti-muslim.

“Masyarakat Islam Amerika dan mereka yang berfikiran rasional hendaklah menyokong usaha-usaha pendidikan positif bagi mencegah penularan Islamophobia,” kata Ibrahim Hooper, pengarah CAIR national communications, dalam satu kenyataan.

Kontroversi aktiviti 9/11 yang dirancang oleh Dove World Outreach Center hadir di tengah-tengah perdebatan mengenai pembinaan sebuah masjid berhampiran Ground Zero.

Cadangan itu akan menukarkan bangunan lama Kilang Burlington Coat di New York City menjadi sebuah pusat bernilai USD100 juta yang mempunyai sebuah masjid, sebuah auditorium 500-tempat duduk, kolam renang, ruang-ruang pameran seni, kedai buku dan restoran.

Projek itu dicetuskan oleh Feisal Abdul Rauf, imam sebuah masjid di New York City dan pengasas Cordoba Initiative, iaitu pertubuhan yang bermatlamat untuk “menghimpun pemimpin-pemimpin Islam-Barat.”

Para penyokong menjelaskan bahawa fasiliti itu, yang dipanggil Cordoba House, berusaha menerapkan hubungan lebih baik antara masyarakat Islam dan penganut-penganut agama lain. Projek itu mendapat sokongan daripada masyarakat dan pegawai-pegawai perbandaran, termasuk Datuk Bandar Michael Bloomberg, dan juga kumpulan September 11th Families for Peaceful Tomorrows.

Pihak penentang fasiliti tersebut pula mempersoalkan imej Rauf sebagai seorang Muslim sederhana dan membantah bahawa masjid yang terletak di situ dianggap sebagai satu serangan terhadap kenangan mangsa-mangsa 9/11.

Empat buah kapalterbang dirampas oleh pengganas pada 11 September 2001. Dua daripadanya melanggar bangunan berkembar World Trade Center di New York City, satu terhempas di Pentagon dan satu lagi di kawasan padang Pennsylvania. Sejumlah 2,973 orang mati dalam tragedi itu.

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari AHN News Watch

Gambar (atas ke bawah)
1. Sr Pastor Terry Jones
2. Poster protes pembinaan masjid di Ground Zero
3. Sekitar protes
4. T-shirt kempen Islam is of Devil
5. Feisal Abd Rauf
6. Gereja New Testament di Gainesville