Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Tuesday, September 14, 2010

Ayah, kenapa ayah benci orang Islam?

By Mahmoud El-Yousseph (English Translation here)

September 9, 2010

Anak: Ayah, kenapa ayah benci orang Islam?

Ayah: Pertama sekali, mereka nak laksanakan undang-undang Syariah di Amerika dan tukar perlembagaan.

Anak: Bukankah itu memerlukan tindakan Kongress? Kelulusan 2/3 daripada kedua-dua House dan Senat, bersama dengan ¾ daripada semua negeri perlu diperolehi terlebih dahulu. Memandangkan Cuma ada 2 orang ahli kongres Islam dalam House, ini mustahil dilakukan.

Ayah: Sejak bila awak jadi pandai sangat ni?

Anak: Sebenarnya, saya baru belajar benda ni minggu lepas.

Ayah: Saya juga tak suka Moozlims kerana mereka tidak boleh menjadi rakyat Amerika yang patriotik.

Anak: Peliklah! Kawan sekelas saya yang Muslim, Chafique, beritahu dalam kelas yang abangnya berkhidmat dalam tentera AS dan bapanya pula seorang pesara tentera AS.

Ayah: Untuk pengetahuan kamu, mereka in sangat licik. Mereka sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan kad hijau, kerakyatan dan pengajian percuma.

Anak: Tak juga ayah, kawan saya beritahu yang semua saudaranya dilahirkan di Amerika macam saya dan adik juga. Dan saya masih ingat dia beritahu sewaktu kali pertama kami berjumpa yang ayahnya memilih menyertai tentera selepas sahaja lulus kolej dan setelah mendapat kerakyatan.

Ayah: Kamu di pihak mana? Nampak macam awak banyak habiskan masa bercampur dengan kawan Moozlim awak tu?

Anak: Ayah, ayah maksudkan Muslim ke?

Ayah: Dengar sini! Ayah tak pernah ceritakan tentang perkara itu kepada awak. Sebab kenapa ayah tak sertai tentera adalah kerana ayah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Kalau sesuatu berlaku kepada ayah, awak tak mungkin dilahirkan dan keluarga kita dah lama tak wujud. Itulah sebabnya emak awak selalu panggil ayah ‘bernasib baik’.

Anak: Saya tak dengar macam tu! Mak kata ayah bernasib baik kerana kawan baiknya Jaffery terbunuh dalam kemalangan kereta.

Ayah: Awak jangan nak memandai sangat! Mak awak pula tu selalu cakap besar.

Anak: OK lah ayah. Ikut cakap ayahlah.

Ayah: Lagi satu yang ayah tak suka tentang Moozlims ialah: mereka tak macam kita. Cara mereka cakap, makan dan berpakaian berbeza. Mereka juga makan makanan Taliban.

Anak: Apa benda makanan Taliban tu Ayah? Macamana mereka dapatkannya? Adakah ia dihantar kepada mereka melalui kapal terbang?

Ayah: Tak pasti.

Anak: Luculah, minggu lepas saya pergi shopping dengan mak, saya terserempak dengan kawan Muslim saya tu. Saya tengok barang yang mereka beli tu lebih kurang sama macam yang kita beli aje.

Ayah: Hey, kalau awak asyik cakap macam tui, ayah tak benarkan awak berjumpa dengan kawan Moozlim tu lagi.

Anak: Ayah, pernah tak ayah dengar tentang lelaki mabuk dari Connecticut yang masuk ke dalam bar hookah (macam sisya tu) dan kena tendang?

Ayah: Ya, tapi itu hanya kesilapan. Dia ingat bar hookah tu masjid. Dia ditahan dan didakwa mengganggu ketenteraman. Keadaannya mungkin jadi lebih buruk kalau dia dipukul teruk sampai patah tulang!

Anak: Macam yang ayah selalu beritahu saya, keganasan bukanlah jawapannya. Ada penyelesaian yang lebih baik.

Anak: Apa lagi yang ayah tak suka tentang Muslims?

Ayah: Tuhan mereka berbeza dan mereka juga sembah batu.

Anak: Ayah, saya rasa ayah dah keliru. Bila muslim bersembahyang mereka memang menghadap kaabah (yang ayah panggil batu tu) di Mekah dan mereka hanya menyembah Tuhan yang mereka panggil Allah. Orang Jerman menyebutNya Got, dan Yahudi memanggilNya Yahweh. Lagipun, bukankah Yahudi beribadat di tembok (Wailing Wall) ? Tak pernah pula ayah kata mereka menyembah batu. Tahukah ayah orang Yahudi dan Kristian yang tinggal di Arab menggunakan perkataan “Allah” bila merujuk kepada Tuhan. Adakah mereka juga bersalah?

Ayah: Ayah juga tak suka bahasa Arab.

Anak: Adakah ayah maksudkan orang Arab?

Ayah: Apa sajalah! Lagipun, semua Moozlims adalah pengganas yang suka bunuh orang Amerika dan Yahudi. Itulah diri mereka yang sebenar!

Anak: Kalau begitu, apa akan jadi kalau kita dan Yahudi pula yang bunuh Muslim? Adakah kita dan Yahudi juga dipanggil “pengganas”?

Ayah: Tidak! Kita bunuh mereka dulu sebelum mereka datang bunuh kita. Itu namanya tindakan bijak. Cara ini akan mengejutkan mereka. Ayah ingat kita perlu buat macam tu kepada mana-mana negara yang tak suka dengan kita.

Anak: Sama macam 19 orang perampas tu buat pada kita pada 9/11?

Ayah: Sekarang awak dah faham.

Anak: Mahu tak ayah berkahwin dengan mak kalau dia seorang Muslim?

Ayah: Sebagai lelaki ayah kena jadi Muslim atau masuk Islam dulu. Ayah tak fikir datuk kamu akan menerimanya.

Anak: Ayah, pernah tak ayah berkenalan dengan seorang Muslim?

Ayah: Tak! Mereka tu pelik. Mereka tak pernah masuk bar untuk minum beer.

Anak: Saya dan Chafique kawan baik. Kami tak pernah masuk bar untuk minum beer.

Ayah: Ayah rasa sekarang masa untuk tidur. Selamat malam nak!

Anak: Selamat malam, ayah. Suka sangat dapat bersembang dengan ayah!

Mahmoud El-Yousseph
Retired USAF Veteran

3 comments:

  1. Walaikumussalam. Nastradamus. TQ 4 visiting
    Salam, mutiaraindah, anak tu bukan muslim

    ReplyDelete