Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Tuesday, September 21, 2010

Bahrain & Kuwait bendung Syiah / Revoke citizenship of top shiite clerics


Beritaislamglobal.blogspot.com

MANAMA (Agencies) (English version at http://www.alarabiya.net/articles/2010/09/20/119771.html)

Pihak berkuasa Bahrain telah melucutkan kerakyatan ulama terkenal Syiah Ayatollah Hussein al-Najati (gambar atas) kerana melanggar undang-undang, lapor media tempatan kelmarin. Al-Najati adalah wakil pemimpin terkemuka Syiah Iraq, Ayatollah Ali al-Sistani di Bahrain.

Tindakan ini dibuat di tengah-tengah ketegangan yang memuncak apabila 23 orang aktivis Syiah ditahan atas tuduhan membentuk satu “rangkaian ganas” bertujuan menjatuhkan kerajaan yang dikuasai Sunni.

Pihak berkuasa merampas passport Najati, isterinya dan tiga anak, kerana didakwa memperolehinya secara "melanggar undang-undang kerakyatan," lapor media tempatan sebagai memetik kenyataan oleh Sheikh Rashid bin Khalifa al-Khalifa, ketua perkhidmatan imigresyen.

Dia tidak mengulas lanjut tentang isu perlanggaran undang-undang itu, tetapi dilaporkan sebagai berkata bahawa ulama Syiah dan keluarganya itu boleh memohon semula untuk mendapatkan kerakyatan Bahrain “mengikut prosedur undang-undang.”

Al-Najati dilahirkan di Bahrain dan pernah belajar di Iraq dan Iran. Beliau kini dianggap tidak bernegara.

Beberapa jam sebelum keputusan ke atas al-Najati diambil, pihak berkuasa Bahrain telah mengeluarkan larangan khutbah selama dua minggu kepada pendakwah terkenal Sheikh Abdul Jaleel al-Miqdad kerana mengecam pihak kerajaan.

Kes yang sama di Kuwait

By AGENCIES (English version at http://arabnews.com/middleeast/article143313.ece)

Kuwait melucutkan kerakyatan aktivis Syiah Yasser Al-Habeeb (gambar bawah), atas tuduhan menyalahguna symbol-simbol agama dan cubaan mencetuskan ketegangan antara fahaman.

Dua minggu yang lalu, Al-Habeeb membuat kenyataan menghina Saidatina Aisyah, isteri Nabi Muhammad (saw), menyebabkan berlakunya ketegangan antara fahaman dan akibatnya, pihak kerajaan mengambil tindakan membatalkan sebarang bentuk perhimpunan pada hari Ahad.

Kabinet Kuwait juga mendapati Al-Habeeb bersalah kerana cubaan menjejaskan kepentingan negara dan sistem sosial Kuwait.

Kabinet mengarahkan semua jabatan berkaitan mengambil langkah-langkah membawa pulang Al-Habeeb, yang kini tinggal dalam buangan di London semenjak 2004, bagi menghakimi jenayah yang telah dilakukannya.

No comments:

Post a Comment