Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Tuesday, September 21, 2010

Bila agama tidak lengkap



ALEXANDRIA - The Associated Press for beritaislamglobal.blogspot.com
(English vesion at http://www.hurriyetdailynews.com/n.php?n=among-egypts-christians-few-question-church-rule-2010-09-08)

Cengkaman Gereja Koptik Mesir ke atas kehidupan peribadi masyarakat Kristian dijangka meningkat apabila rang undang-undang diluluskan bagi menghalang hakim-hakim sivil daripada membuat keputusan yang bercanggah dengan undang-undang gereja dalam kes-kes berstatus peribadi seperti perceraian yang melibatkan penganut Kristian.

Apabila Irini Ibrahim (gambar bawah), seorang wanita muda Kristian Koptik, mengusulkan perceraian dari suami yang didakwa sering menginaya beliau, keluarganya serta-merta membantah.

Oleh itu, Irini, 25, menyertai “sesi perdamaian" bersama suaminya Rizk Kands, yang diselia oleh seorang paderi. Dalam bulan April, paderi tersebut telah melumurkan Irini dan Kands dengan minyak sebagai menandakan perdamaian telah dicapai.

Beberapa jam kemudian, mayat Irini ditemui dengan kesan lebam dan luka dalam bilik sebuah hotel di Alexandria yang ditempah pasangan berkenaan untuk berbulan-madu. Kands, warga Mesir yang juga memegang kerakyatan AS, melarikan diri ke AS, didakwa telah mencekik isterinya selepas menghempas beliau ke dinding.

Kes yang menyedihkan ini mengejutkan penganut-penganut Kristian Koptik di Mesir. Walaupun begitu, kes ini tidak membawa kepada pengkajian semula keatas larangan Gereja Ortodok Koptik keatas perceraian. Larangan ini menjadikan perceraian sebagai sesuatu yang ‘ditakuti’ di kalangan warga Kristian bahawa tidak kira betapa buruk sesuatu perkahwinan itu, menamatkannya bukanlah sesuatu yang difikirkan kerana ia sesuatu yang memalukan.

Itulah bukti pengaruh besar Gereja Koptik ke atas pengikut-pengikutnya di Mesir, yang dianggarkan kira-kira 10 peratus dari 80 juta penduduk.

Seperti juga majoriti Islam Mesir yang semakin mendekati agama sejak tiga dekad yang lalu, golongan minoriti Kristian juga dilihat semakin mendampingi Gereja. Oleh kerana itu, kuasa pemimpin Koptik Pope Shenouda III tidak dipersoalkan.



Melepaskan diri dari perkahwinan

Pada masa kini, undang-undang gereja membenarkan perceraian atas tiga sebab: perzinaan, memeluk Islam atau bertukar mazhab. Oleh sebab itu, penganut Koptik sering beralih ke mazhab Katolik atau Protestan jika ingin melepaskan diri dari perkahwinan yang tidak bahagia. Dengan sokongan Gereja, undang-undang baru ini juga akan menghalang berpindah mazhab kerana mengiktiraf kesatuan antara-mazhab.

Ini amat dibimbangi aktivis Kristian kerana ia bakal menggalakkan penganut Koptik memeluk Islam apabila ingin bercerai. Perkara seperti inilah yang menyebabkan berlakunya ketegangan – malah keganasan – antara masyarakat Islam dan Kristian.

Dalam kes terbaru, isteri seorang paderi, Kamellia Zakhir didapati hilang dalam bulan Julai dan dilaporkan memeluk Islam supaya dapat berpisah dengan suaminya – telah mencetuskan protes di kalangan warga Kristian yang menuduh pihak Muslim telah menculik dan memaksa wanita tersebut memeluk Islam. Selepas Zakhir ditemui dan dikembalikan ke rumahnya, muncul pula protes dari pihak Muslim yang mendakwa pihak Kristian telah menahannya tanpa kerelaan dan memaksanya meninggalkan Islam.

"Saya rasa situasi ini akan menjadi bertambah teruk dan kita akan menyaksikan penghijrahan besar-besaran kepada Islam dengan undang-undang baru ini,” kata Naguib Gibrail, seorang peguam Kristian terkenal dan bekas hakim.

Ini adalah sebahagian dari trend di Mesir: Apabila kerajaan tidak campur-tangan dalam kehidupan masyarakat, maka pihak-pihak dari Gereja atau kumpulan Islam akan mengambil alih mengisi kekosongan dan menyediakan perkhidmatan yang berasaskan agama.
Akibatnya kerajaan dan undang-undang sekular akan semakin kehilangan sokongan.

"Penganut Koptik setia dengan Gereja," kata Kamal Zakhir, pengasas bersama pergerakan sekular yang membela hak sivil penganut Koptik. "Dan kerajaan gembira kerana segala-galanya diuruskan oleh kelompok masing-masing."

Gereja membenarkan pembatalan perkahwinan, tetapi hanya dalam kes-kes di mana perkahwinan tidak sempurna. Dalam kebanyakan kes, Gereja juga membatalkan perkahwinan semula bagi pasangan-pasangan yang bercerai.

Pihak Gereja menganggap remeh masalah yang bepunca daripada larangan perkahwinan. Dalam temubual tv baru-baru ini, Bishop Bola, pegawai gereja yang ditauliahkan untuk menandatangani permit perceraian dan perkahwinan semula, berkata jumlah masalah rumahtangga di kalangan penganut Koptik tidak melebihi 4000 kes setahun, tanpa menjelaskan samada jumlah itu merujuk kepada perceraian yang dibenarkan atau mereka yang memohon perceraian.

Bagi sekumpulan kecil aktivis reformasi Koptik, pembunuhan Irini dianggap sebagai panggilan kecemasan.

"Undang-undang baru ini sungguh dasyat," kata seorang aktivis, Amira Gamal, kepada Associated Press.

Walaubagaimanapun sungutan mereka seakan-akan tidak didengari oleh kebanyakan masyarakat awam Kristian yang memberi sokongan bulat kepada Gereja.

Dalam bulan Mei lepas, beratus-ratus penganut Koptik mengadakan protes selama tiga hari di Kaherah kerana membantah keputusan mahkamah sivil yang membenarkan dua lelaki Koptik berkahwin semula- yang mana bertentangan dengan peraturan Gereja. Pihak kerajaan kemudiannya mencadangkan undang-undang baru bagi meredakan bantahan Gereja.

Sambil memegang gambar hati merah berpalang, penunjuk perasaan melaungkan, "Kami semua di belakang Pope menolak mahkamah yang melanggari kepercayaan kami."

Ibu Irini, Mariam Labib (gambar bawah), 50, mungkin satu-satunya insan yang menyesali keputusan menghalang perceraian anaknya.

"Saya sangat menyesal," kata Labib, teresak-esak. "Ini yang akan membunuh saya. Saya tak dengar cakapnya."

No comments:

Post a Comment