Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Monday, January 17, 2011

Penjelasan sains : Seks, Babi & Janggut



beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)

Berikut ini adalah petikan temubual dengan Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, seorang professor toksikologi dari California University, yang disiarkan dalam TV Al-Rahman/Al-Rawdha, pada Disember 2, 2010:

Pengacara: Seperti yang kita tahu, Barat mahu mengubah wanita jauh dari kesuciannya, kewanitaannya, dan kemulian yang dianugerahkan oleh Islam kepadanya, kepada kehidupan Barat, kepada lesbianism, kepada "Kenapa wanita tidak boleh memiliki ramai suami?", kepada "Kenapa wanita tidak boleh menikmati seks bebas sebelum kahwin?", kepada "Kenapa tidak boeh difokuskan pada wanita sahaja, seperti di Barat – supaya wanita boleh bersama wanita, tanpa memerlukan lelaki, dan lelaki boleh bersama lelaki, tanpa memerlukan wanita?" Ini adalah isu-isu yang merbahaya. Adakah sains mempunyai penjelasan dalam hal-hal seperti ini?

Jamal Al-Din Ibrahim: Berhubung dengan persoalan wanita, masyarakat Amerika sendiri mengakui bahawa wanita di Amerika mempunyai kurangnya hak-hak berbanding lelaki. Sebagai contoh: Apabila seorang wanita itu berkahwin, beliau akan menggunakan nama keluarga suaminya, dan membuang nama keluarganya sendiri. Jika dia mengahwini A, dia akan menjadi Mrs. A. Sebelum revolusi saintifik, dan sebelum adanya mesin-mesin, seorang wanita itu akan menjadi hamba kepada suaminya. Beliau tidak mempunyai apa-apa hak langsung. Ini berlaku kurang dari 250 tahun yang lampau.
Situasi ini berkembang apabila wanita diperlukan untuk membantu lelaki dalam kehidupan moden. Akibatnya, wanita menjadi semakin maju dalam banyak aspek, tetapi masih ketinggalan dalam hal tentang perlunya nama keluarga mereka dibuang.
Keduanya, wanita di Amerika dipergunakan seperti barangan. Wanita dilihat sebagai barang. Jika seorang wanita itu cantik, maka beliau mempunyai harga dan status tertentu dalam masyarakat. Di universiti pun, professor akan memberi markah yang lebih baik kepada yang cantik berbanding yang biasa. Dalam pengiklanan, wanita yang mempunyai susuk badan yang lebih menawan akan memenangi harga yang lebih tinggi.

[...]

Sewaktu saya masih menuntut di sebuah universiti, sekitar tahun 1975-1977, mereka menjalankan kaji selidik yang menunjukkan pelajar wanita Amerika, yang secara puratanya menghabiskan masa empat tahun di universiti, telah melakukan hubungan seks dengan 200-300 pasangan lelaki dalam tempoh empat tahun.
Apabila seorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya, kerana hubungan seperti itu melemahkan sistem immunisasinya.


Pengacara: Bagaimana sebenarnya?

Jamal Al-Din Ibrahim: Apabila seorang wanita itu melakukan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki... Bila dia melakukannya dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba menentukan identiti sperma lelaki tersebut.

Interviewer: Sebelum siaran ini, awak dah jelaskan tentang proses identifikasi kepada saya.

Jamal Al-Din Ibrahim: Ya, terdapat satu proses identifikasi, dan sperma itu didaftarkan dalam tubuhnya. Ianya seperti apabila seorang itu memasuki rumah seseorang, beliau akan dikenali, dan sama seperti kad pengenalan dihasilkan... Lelaki ini sekarang mempunyai kedudukan istimewa. Proses ini dikendalikan oleh sistem immunisasi. Ianya seperti apabila seorang lelaki bekerja untuk syarikat tertentu, maka pihak syarikat ini akan berusaha mengenali lelaki tersebut, dan memberi beliau jawatan yang betul. Selepas itu, tubuh wanita tadi dengan mudah mengenalpasti sperma lelaki itu, yang kini menjadi sebahagian dari wanita tersebut. Kemudian datang lelaki lain dan mengadakan seks dengan beliau. Sekarang sistem immunisasi terpaksa mengulangi semula proses tadi.

Pengacara: Sistem immunisasi melakukan banyak kerja untuk mengenalpasti lelaki baru tersebut.

Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya menjadi lebih sukar apabila terdapat dua lelaki dalam satu masa. Wanita-wanita di sana biasa melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau tiga kekasih, dan kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap melakukan hubungan intim dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan sistem immunisasi.

Pengacara: Kerana terpaksa melalui terlalu banyak proses identifikasi...

Jamal Al-Din Ibrahim: Ia sibuk dengan identifikasi sepanjang masa akibat hubungan seks dengan teman yang pelbagai. Apabila usia wanita itu mencecah 30an atau 40an, dan selepas 15 tahun terlibat dengan seks, beliau mula dihinggapi penyakit barah payudara dan barah rahim, yang mana sudah menjadi kebiasaan di Amerika.

Pengacara: Apakah sebabnya?

Jamal Al-Din Ibrahim: Hubungan seks dengan pasangan-pasangan berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita berkenaan rosak dan menjadi lemah.

[...]

Makan daging babi boleh menyebabkan seseorang itu bekerja kuat, tapi tidak boleh berfikir. Pemikirannya akan menjadi lemah, kerana perutnya terpaksa bekerja keras untuk memecahkan molekul-molekul kompleks.

[...]

Tabiat makan daging babi didapati boleh melemahkan keupayaaan seseorang untuk berfikir, dan juga melemahkan keinginannya untuk mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan semangatnya.

Pengacara: Adakah ini satu fakta?

Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya memang benar.

Pengacara: Pemakan babi tidak mempunyai semangat patriotik?

Jamal Al-Din Ibrahim: Ini telah dibuktikan secara saintifik. Ia merendahkan kandungan serotonin dalam badan, yang berfungsi melancarkan aktiviti dan meningkatkan perasaan banggga seseorang, dan mungkin juga menambah keceriaan seseorang. Apabila hormon ini berada dalam badan, seseorang itu akan menjadi ceria, tetapi daging babi pula mengurangkan kandungan serotonin ini. Seorang pemakan babi boleh menggunakan otot-ototnya untuk bekerja, tetapi bukan otaknya.

[...]

Beberapa orang doktor telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam mengubati masalah impoten dengan hanya menyuruh pasakit-pesakit menyimpan jambang dan janggut yang panjang.

Pengacara: Subhanallah!

Jamal Al-Din Ibrahim: Menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut dan jambang, kandungan testosterone akan bertambah... Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang.

Interviewer: Subhanallah!

[...]

Al-Rahma TV (Egypt) - Duration: 07:50 - December 2, 2010

24 comments:

  1. Tabiat makan daging babi didapati boleh melemahkan keupayaaan seseorang untuk berfikir, dan juga melemahkan keinginannya untuk mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan semangatnya.

    yang tak makan babi pun tak nampak cerdik dekat mana, cuba siasat Nobel Price berapa orang islam dapat hadiah nobel Price ? ..jawapan habok pun tak lak


    Menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut dan jambang, kandungan testosterone akan bertambah... Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang.

    ini memang fakta , tengoklah Al Qeada, Osama bin laden ,,, penganas Islam semua berani mati ini bukan meningkatkan testosteron, tapi menongkatkan keganasan seseorang .

    Setuju ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nobel price tak diiktiraf di akhirat. Tu lah, mkn babi bebanyak lagi. Allah melarang, sbb memudaratkan bdn. Cerdik atau tdk seseorg tu, hanya Allah yg tahu.

      Sunnah nabi juga menggalakkan menyimpan jambang. Even nowadays jambang menjadi trend. Yahudi laknat juga membela janggut/jmbg. Suruhan atau larangan itu menyimpan 1001 hikmah.

      Ko nmpk ke Osama yg buat kerja2 meletupkan wtc tuh...itu krje org dlm usa sendiri...zmn bush!

      Lastly, aku rasa ko bkn islam, ko terang2 menentang fakta keburukan babi & kebaikan jambang..

      Pi balik sarang kau!!!

      Delete
  2. setiap perkara sunat, pasti ada kelebihannya...

    ReplyDelete
  3. Tak setuju..dengan komen macam tu. Nobel price tak boleh dijadikan ukuran kecerdikan penganut agama. Siapa yang menjadi panel pemilihan pemenang? Bangsa yang paling ramai memenangi nobel price adalah Yahudi...dan mereka memang tak makan babi.
    Osama mungkin bersalah atau tidak bersalah...yang pasti bersalah dan berdosa adalah kita yang menuduhnya...

    ReplyDelete
  4. kenapakah kaum cina yang bukan Islam...amat suka dan cintakan daging babi...masih boleh bijak,rajin dan cergas daripada kita yang tak makan babi...yang pastinya...janji Allah pada kaum di atas bumi ini ialah...AKU TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU...MELAINKAN KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAHNYA...larangan yang ditetapkan oleh Allah itu adalah untuk menguji keimanan kita padaNya...kerana segala laranganNya itu adalah ciptaanNya juga...

    ReplyDelete
  5. Anonymous...bertaubatlah...minta ampun dgn Allah...kenapa nk halalkn perkara yg haram...kau ni sempitlah..pandai kau berckp tentang laranganNYA, bercakap tentang iman dan tentang ujian Allah..dh tau tp sempit lg..yang makan babi tu siapa? kau nk sama dgn diorg jgk ke? pegi lah!!
    siapa peduli..aku setuju statement mr.BIG, bangsa yahudi telah mengkaji kenapa bangsa arab gagah dan bijak sewaktu zaman dahulu..kerana janggutnya..itu sebab mereka juga menyimpan janggut..lihatlah hr ini bagaimana bangsa yahudi cukup bijak memanupulasikan dunia ini..terbukti kau ni xe akal..xde iman..mcm binatang...besok mati suruh diorg usung mayat kau pusing KL naik van mayat..pastu bakar campak abu mayat kau dalam longkang...hahaha...

    ReplyDelete
  6. dia Dr. yang buat kajian. Kau ada apa? tulis buku pun tak pernah.

    Hormatilah pandangan tersebut dengan kajian bukan cakap2 kosong.

    Kalau dia salah pun, dia dah buat perbandingan dari segala aspek. Teori dan hasil kajian tentulah dibahaskan oleh cerdik pandai lain.

    Kita hanya pandai komen tanpa ilmu :)

    ReplyDelete
  7. jangan gunakan otak semata-mata..guna otak yang berpandukan wahyu..

    ReplyDelete
  8. suatu kajian dan penemuan yang menarik terutama mengenai penyebab kanser rahim dan payudara adalah sex rambang dan banyak pasangan...selama ini duk ingatkan berpunca dr amalan pemakanan yang tidak sihat.

    ReplyDelete
  9. ada ada saja....itulah masalah umat islam sekarang...asyik berbalah sesama sendiri,,,bangsa lain mentertawakan pun tidak disedari....

    ReplyDelete
  10. Rasanya da ramai yg maklum bhwa osama laden adalah 'created' by FBI as well as taliban.

    Nobel Prize bukan ukuran kpd org yg cerdik. Org indon yg menghalalkan sex sejenis pun dpt nobel prize. Jgn jd st*pid mcm diorg

    Stp larangan Allah ada kebaikan yg tersirat, sbg umat Islam yg berfikir kt perlu kaji secara saintifik, bukan menuduh membabi buta

    ReplyDelete
  11. dari penulisan seperti melayu buat-buatan(im not being racists).tapi aku rasa u are not malay and moslem isn't it? be frankly. btw nobel price byk dimenangi oleh jewish. dan kalau nobel price dijadikan measuring instrument so betul lah Dr. ni stated. jew pun ramai yg ada jambang dan janggut dan mereka x makan babi dan minum arak. its all make sense. ur writting are so provocative and simply shows u are against ISLAM.

    ReplyDelete
  12. saya tidak SETUJU dengan ulasan penyebab barah buah dada adalah kerana seks rambang. maksu saya baru-baru ini didiagnosi barah buah dada tahap II. berita ini membuatkan kami sekeluarga turut bersedih. ada juga mengatakan bahawa sekiranya saudara terdekat mengidap barah buah dada, maka saudara-saudara perempuan yg terdekat harus berjaga-jaga kerana barah tersebut terdapat dalam "gene" dan boleh diwarisi. beliau mengerjakan solat 5 kali, orangnya lemah lembut dan penyabar. beliau mendidik anak-anaknya tidak pernah meninggihkan suaranya. semua anak-anaknya adalah orang yang solehah. sekiranya mengikut ulasan ini, maksu saya adalah pengamal seks rambang. Penyataan diatas mengimplikasi suatu pandangan yg memesongkan. Sekiranya seorang perempuan itu mengidap barah buah dada atau rahim, bermakna beliau adalah pengamal seks rambang.
    itulah MELAYU ISLAM. pemikirannya cetek. senang je nak tipu. cakap je dalam Quran dikatakan sedemikian, maka dengan tanpa berfikir terus je membabi buta mengatakan BUNUH, MATI SYAHID,BAKAR MAYAT DAN CAMPAK DALAM LONGKANG.
    Kenapelah tidak mendengar dan memikirkannya dgn teliti dulu... mansyallah..

    ReplyDelete
  13. ada ke anugrah nobel price dijadikan ukuran?
    erm..xla bodh,cume kurang bijak je..
    kitab ulamk dlu berapa banyak yg masih dijadikan rujukan smpai sekrg..ambik cerna la wahai shbt:)

    ReplyDelete
  14. subhanallah..............wa syukran

    ReplyDelete
  15. Menurut Islam, yang bijak tu adalah mereka yang banyak mengingati mati, dan bersedia ke arah itu
    Penjelasan kepada cerita maksu awak tu terkandung dalam ilmu Tauhid. Sila dalami ilmu itu...
    Di sini hanya perbincangan kajian sains berdasarkan logik sains itu sendiri...dan saintis melebihi kita dalam membuat analisa dan penyelidikan tentang kejadian makhluk...sesuai dengan suruhan Allah yang menyuruh kita menggunakan akal melihat kebesarannya...kenapa? kerana dihujung kajian nanti pasti kita akan ketemu hakikat kejadian...yang tidak terlepas dari Qudrat,Iradat dan IlmuNYA

    ReplyDelete
  16. go and refer back to al-Quran la, brother.! ni al-Quran pun tah Khatam berapa kali, nak refer pada kitab tuh, nak refer pada kitab ini...

    jangan nak jadi ketam mengajar anak berjalan lurus sedangkan si ibu / bapa ketam pun masih berjalan senget.

    ReplyDelete
  17. kajian kata... sex rambang leh jadi sebab kanser rahim dan payudara. bukannya kata kanser rahim dan payudara mesti disebabkan sex rambang. hanya menyatakan sebahagian sebab sahaja. tidak mengatakan sex rambang sahaja sebabnya. jangan buat konklusi terbalik

    ReplyDelete
  18. salam wbt..sebut tntg osama bin laden, kpd yg sbut osama bin laden itu pganas islam tu, perlu tahu islam tu bukan agama keganasan,dlm islam sndiri xmgajar pn kalu nk capai k'menangan atau pe2 pn bukan dgn keganasan..dan perlu tahu, org yahudi dan nasrani, xkan bpuas hati selagi kita xmgikut agama mereka..dan kalu mane2 dh ikut video "the arrivals" dan lain2 tntg rncgn yahudi laknatullah ni, osama tu ialah salah satu agen2 yahudi yg nk pcah belahkn agama islam, dan cuba ingat balik,hukum lari dr medan perang apa dia? haram kn? osama tu nma btl TIM ape ntah, ni smua agenda2 yahudi nk rosakkn pmikiran kita sbg org islam..ye la, kalu nk rosakkn scra terang2 kt org islam ni mmg la xleh, sbb islam tampak kuat , scra rgkas la, org2 kafir xleh nk serang mlalui aqidah sbb kwsn asia tenggara ni kuat lg pgangan Islam, tp skrg diaorg serang mlalui pmikiran, so skrg leh nmpk skrg sape yg btl2 bsumber aqal dan wahyu,dalil, dgn sape yg gna hnya aqal,nafsu dan sekuralisme think..so pikir2 laa...wassalam..peace no war

    ReplyDelete
  19. kalu segi saintifik sndiri, bnyk dh npe islam xbg mkn dging babi ni, prnh tgk xsndiri,babi tu mkn ape? smua dia mkn..prnh tgk x video tuang coca cola kt dging babi, ulat2 kuar bnyk dr dging babi,parasit pnye la bnyk..apa jgk larangan n suruhan dlm ISLAM da hkmahnye..smua nye leh nilai. bgus la DR ni wt kajian knpe ada larangan lesbian,gay,seks bebas, npe laki bleh kwen 4, npe pmpn kwen satu je (satu je suami)..sy nk ckp, bkn la pndai sgt, tp apa yg sy bljr n kaji,sy kongsi n yg slh sy pbetulkn..kalu sy sndiri slh pn,smua leh pbetulkn..cuba pkir kalu sorg pmpn leh kwen 4 suami, kalu nk bin or binti, nk letakkn nma suami yg mne, knpe kalu islam benarkn suami kwen 4, sunnah plk tu, tp kne phm,npe laki dibnarkn kwen 4, dan kpd nabi SAW kwen 4, so kalu bole jgn gna dalil buta tuli je,tp phm mksd dia sndiri...n npe islam benarkn kebebasan kita nk bcakap nk suara xpuas hti kita dan sbgnye, tp jgn slh phm atas nilai kebebasan, Islam ITU AGAMA LENGKAP,org yg dh tlalu keras hti, xdpt nk terima apa yg dh baik,apa yg buruk je utk sorg tu yg buta hati utk nilai ssuatu pkara tu..ok la,nti pnjg2 kta xceramah plk..nice blog dan srnok dpt share kt sni..wassalam...

    nur al-karm

    ReplyDelete
  20. Pada pendapat saya...orang melayu islam di negara ini kurang menjaga sumber pemakanan ...ini disebabkan sumber makanan di buat oleh orang bukan islam..yang tidak menitikberatkan kebersihan dan bahan yang digunekan. Walaubagaimanepun pada pendapat saya dinegara ini..org melayu ramai yg cerdik.namun tidak kaya sebab kite ramai yg makan gaji..tidak berniaga...

    ReplyDelete