Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Wednesday, January 5, 2011

Anak Shah Iran bunuh diri


By beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)

Boston: Anak bongsu Shah Iran, Putera Alireza Pahlavi, ditemui mati kerana membunuh diri di rumahnya di Boston, Massachusetts, setelah melalui tempoh depresi yang begitu lama, kata abangnya dalam satu laman web, Selasa lalu.

Pahlavi, 44, adalah anak kepada Shah Mohammed Reza Pahlavi, yang digulingkan pada 1979 dan meninggal pada tahun berikutnya semasa dalam buangan di Kaherah, Mesir.

"Dengan perasaan amat dukacita kami ingin memaklumkan kepada rakan-rakan seperjuangan bahawa Putera Alireza Pahlavi telah meninggal dunia," kata lawan web keluarga.

"Seperti jutaan pemuda-pemudi Iran, beliau juga amat tertekan dengan apa yang berlaku di Iran, di samping terpaksa menanggung kesedihan apabila kehilangan seorang ayah dan kakak pada usia yang masih muda. Walaupun terpaksa berjuang bertahun-tahun untuk mengatasi kesedihannya, beliau tewas juga akhirnya." Keluarga beliau hanya dimaklumkan tentang kematiannya pada Selasa 2.30 a.m., kata jurucakap Ahmad Oveyssi.

Pada Jun 2001, kakak Pahlavi, Leila Pahlavi, juga mati kerana membunuh diri.



Menurut laporan akhbar di Britain, puteri berkenaan terpaksa bertarung sekian lama untuk mengatasi masalah pemakanan tidak teratur disamping tidak dapat menerima kenyataan hidup dalam buangan dan menderita akibat depresi berkala.

"Dalam tempoh tahun-tahun terakhir ini, Leila berasa amat tertekan. Masa tidak menyembuhkan kedukaannya," tulis ibunya, Farah Pahlavi dalam satu laman web pada 2001.

"Diusir pada usia 9, beliau tidak dapat menerima kematian bapanya kerana hubungan mereka yang begitu rapat.

"Beliau tidak dapat melupakan ketidakadilan dan keadaan dramatik ketika meninggalkan Iran dan kesulitan yang terpaksa dilalui selepas itu. Beliau tidak sanggup lagi tinggal berjauhan dengan Iran dan berkongsi penderitaan dengan rakyatnya."

Alireza Pahlavi sedang mengikuti pengajian dalam bidang philologi dan kajian Iran lama di Harvard University, Cambridge.



No comments:

Post a Comment