Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Showing posts with label Sains. Show all posts
Showing posts with label Sains. Show all posts
Monday, January 17, 2011
Penjelasan sains : Seks, Babi & Janggut
beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)
Berikut ini adalah petikan temubual dengan Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, seorang professor toksikologi dari California University, yang disiarkan dalam TV Al-Rahman/Al-Rawdha, pada Disember 2, 2010:
Pengacara: Seperti yang kita tahu, Barat mahu mengubah wanita jauh dari kesuciannya, kewanitaannya, dan kemulian yang dianugerahkan oleh Islam kepadanya, kepada kehidupan Barat, kepada lesbianism, kepada "Kenapa wanita tidak boleh memiliki ramai suami?", kepada "Kenapa wanita tidak boleh menikmati seks bebas sebelum kahwin?", kepada "Kenapa tidak boeh difokuskan pada wanita sahaja, seperti di Barat – supaya wanita boleh bersama wanita, tanpa memerlukan lelaki, dan lelaki boleh bersama lelaki, tanpa memerlukan wanita?" Ini adalah isu-isu yang merbahaya. Adakah sains mempunyai penjelasan dalam hal-hal seperti ini?
Jamal Al-Din Ibrahim: Berhubung dengan persoalan wanita, masyarakat Amerika sendiri mengakui bahawa wanita di Amerika mempunyai kurangnya hak-hak berbanding lelaki. Sebagai contoh: Apabila seorang wanita itu berkahwin, beliau akan menggunakan nama keluarga suaminya, dan membuang nama keluarganya sendiri. Jika dia mengahwini A, dia akan menjadi Mrs. A. Sebelum revolusi saintifik, dan sebelum adanya mesin-mesin, seorang wanita itu akan menjadi hamba kepada suaminya. Beliau tidak mempunyai apa-apa hak langsung. Ini berlaku kurang dari 250 tahun yang lampau.
Situasi ini berkembang apabila wanita diperlukan untuk membantu lelaki dalam kehidupan moden. Akibatnya, wanita menjadi semakin maju dalam banyak aspek, tetapi masih ketinggalan dalam hal tentang perlunya nama keluarga mereka dibuang.
Keduanya, wanita di Amerika dipergunakan seperti barangan. Wanita dilihat sebagai barang. Jika seorang wanita itu cantik, maka beliau mempunyai harga dan status tertentu dalam masyarakat. Di universiti pun, professor akan memberi markah yang lebih baik kepada yang cantik berbanding yang biasa. Dalam pengiklanan, wanita yang mempunyai susuk badan yang lebih menawan akan memenangi harga yang lebih tinggi.
[...]
Sewaktu saya masih menuntut di sebuah universiti, sekitar tahun 1975-1977, mereka menjalankan kaji selidik yang menunjukkan pelajar wanita Amerika, yang secara puratanya menghabiskan masa empat tahun di universiti, telah melakukan hubungan seks dengan 200-300 pasangan lelaki dalam tempoh empat tahun.
Apabila seorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya, kerana hubungan seperti itu melemahkan sistem immunisasinya.
Pengacara: Bagaimana sebenarnya?
Jamal Al-Din Ibrahim: Apabila seorang wanita itu melakukan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki... Bila dia melakukannya dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba menentukan identiti sperma lelaki tersebut.
Interviewer: Sebelum siaran ini, awak dah jelaskan tentang proses identifikasi kepada saya.
Jamal Al-Din Ibrahim: Ya, terdapat satu proses identifikasi, dan sperma itu didaftarkan dalam tubuhnya. Ianya seperti apabila seorang itu memasuki rumah seseorang, beliau akan dikenali, dan sama seperti kad pengenalan dihasilkan... Lelaki ini sekarang mempunyai kedudukan istimewa. Proses ini dikendalikan oleh sistem immunisasi. Ianya seperti apabila seorang lelaki bekerja untuk syarikat tertentu, maka pihak syarikat ini akan berusaha mengenali lelaki tersebut, dan memberi beliau jawatan yang betul. Selepas itu, tubuh wanita tadi dengan mudah mengenalpasti sperma lelaki itu, yang kini menjadi sebahagian dari wanita tersebut. Kemudian datang lelaki lain dan mengadakan seks dengan beliau. Sekarang sistem immunisasi terpaksa mengulangi semula proses tadi.
Pengacara: Sistem immunisasi melakukan banyak kerja untuk mengenalpasti lelaki baru tersebut.
Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya menjadi lebih sukar apabila terdapat dua lelaki dalam satu masa. Wanita-wanita di sana biasa melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau tiga kekasih, dan kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap melakukan hubungan intim dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan sistem immunisasi.
Pengacara: Kerana terpaksa melalui terlalu banyak proses identifikasi...
Jamal Al-Din Ibrahim: Ia sibuk dengan identifikasi sepanjang masa akibat hubungan seks dengan teman yang pelbagai. Apabila usia wanita itu mencecah 30an atau 40an, dan selepas 15 tahun terlibat dengan seks, beliau mula dihinggapi penyakit barah payudara dan barah rahim, yang mana sudah menjadi kebiasaan di Amerika.
Pengacara: Apakah sebabnya?
Jamal Al-Din Ibrahim: Hubungan seks dengan pasangan-pasangan berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita berkenaan rosak dan menjadi lemah.
[...]
Makan daging babi boleh menyebabkan seseorang itu bekerja kuat, tapi tidak boleh berfikir. Pemikirannya akan menjadi lemah, kerana perutnya terpaksa bekerja keras untuk memecahkan molekul-molekul kompleks.
[...]
Tabiat makan daging babi didapati boleh melemahkan keupayaaan seseorang untuk berfikir, dan juga melemahkan keinginannya untuk mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan semangatnya.
Pengacara: Adakah ini satu fakta?
Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya memang benar.
Pengacara: Pemakan babi tidak mempunyai semangat patriotik?
Jamal Al-Din Ibrahim: Ini telah dibuktikan secara saintifik. Ia merendahkan kandungan serotonin dalam badan, yang berfungsi melancarkan aktiviti dan meningkatkan perasaan banggga seseorang, dan mungkin juga menambah keceriaan seseorang. Apabila hormon ini berada dalam badan, seseorang itu akan menjadi ceria, tetapi daging babi pula mengurangkan kandungan serotonin ini. Seorang pemakan babi boleh menggunakan otot-ototnya untuk bekerja, tetapi bukan otaknya.
[...]
Beberapa orang doktor telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam mengubati masalah impoten dengan hanya menyuruh pasakit-pesakit menyimpan jambang dan janggut yang panjang.
Pengacara: Subhanallah!
Jamal Al-Din Ibrahim: Menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut dan jambang, kandungan testosterone akan bertambah... Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang.
Interviewer: Subhanallah!
[...]
Al-Rahma TV (Egypt) - Duration: 07:50 - December 2, 2010
Thursday, October 21, 2010
Seks di angkasa lepas, mungkinkah?

beritaislamglobal.blogspot.com - Original version here
VIVAnews -- Sejak tahun 1963, apabila angkasawan wanita Rusia, Valentina Tereshkova (gambar) berlepas dari bumi dan memasuki ruang orbit -- penjelajahan angkasa bukan lagi monopoli kaum adam.

Kini, berbagai misi angkasa lepas memungkinkan para penjelajah angkasa, baik lelaki atau wanita bersama dalam satu kapsul atau di stesyen angkasa lepas dalam tempoh yang lama, kerana kebiasaannya misi penjelajahan memakan masa bertahun lamanya.
Hidup bersama di angkasa lepas, lelaki dan wanita, menimbulkan persoalan samada mungkin para angkasawan itu boleh melakukan hubungan seks dan berkembang biak di sana. Polemik berkaitan seks di luar angkasa ini kembali hangat sejak kebelakangan ini setelah University of South Wales di Australia menerbitkan kajian tentang kesan perhubungan seperti itu. Kajian itu terbit baru-baru ini dan dilaporkan dalam beberapa media pada 15 Oktober 2010.
Diskusi tentang seks di angkasa lepas itu bermula semenjak tahun 1908, apabila George Griffith menghasilkan satu karya tulisan berjudul "Honeymoon in Space,". Perdebatan pada waktu itu hanya terbatas di kalangan angkasawan sahaja, dan setelah itu menjadi reda untuk beberapa lama.

Topik ini kembali hangat pada tahun 2007, setelah terbongkar skandal cinta segi tiga, yang menggegarkan NASA. Kisah percintaan itu melibatkan angkasawan wanita Lisa Marie Nowak (gambar tengah) dan Colleen Shipman, dengan William Oefelein.

Yang menggemparkan, Lisa Nowak telah dituduh melakukan cubaan membunuh ke atas Colleen Shipman – pesaing cintanya. Meskipun akhirnya bebas dengan jaminan, karier cemerlang Nowak di angkasa lepas itu akhirnya jatuh ke bumi.
Ketika skandal ini heboh diperkatakan, komandan Space Shuttle Discovery NASA, Alan Poindexter (gambar) menegaskan, seks bukan agenda dalam misi mereka.
"Kami profesional. hubungan perseorangan bukan perkara utama," kata Pondexter, seperti dilapor Telegraph, Jun 2010.

Bagaimana jika angkasawan melakukan hubungan intim ketika menjelajah angkasa?
Poindexter menegaskan bahwa itu jelas bukan pilihan. "Kami berhubungan antara satu sama lain dengan hormat. Kami mempunyai hubungan kerja yang baik," katanya.
NASA memang tidak melarang para krunya menjalinkan hubungan cinta. Juga tidak ada peraturan bertulis yang melarang berhubungan seks di angkasa lepas.
Namun, NASA mengelak dari mengeluarkan kenyataan bagi persoalan ini. Dakwaan pihak astronomi Perancis, bahawa NASA mempelajari 10 posisi seks selama misi ulang-alik 1996 -- dibantah keras.
Sementara itu, Agensi Angkasa Rusia, yang sering menghasilkan kajian kesan isolasi kru angkasa lepas tidak pernah membicarakan tentang seks.
Bagaimana pula dengan Agensi Angkasa Eropah (ESA)? ESA memerhati secara relatif isu seks di angkasa lepas. Mereka pernah menghasilkan kajian pada 1998 yang menunjukkan penerbangan ruang angkasa akan menyebabkan penurunan kadar testosteron pada angkasawan lelaki.
Risiko
Kajian terbaru terbaru yang dikeluarkan University of New South Wales (NSW), Australia, memperingatkan kita bahawa mengadakan hubungan intim di angkasa lepas itu bukan satu idea yang baik.
Seperti dilaporkan dalam FoxNews 15 Oktober 2010, sel induk embrio akan berperilaku secara berbeza di luar graviti bumi.
Selain itu, mikrograviti yang dialami angkasawan di dalam pesawat angkasa lepas dan di stesyen angkasa boleh memberi kesan kepada tubuh dalam misi jangka panjang -- menghentikan pertumbuhan otot, melemahkan tulang, dan denyutan jantung yang tidak teratur.
Menurut saintis Universiti NSW, Helder Marcal (gambar), mokrograviti juga mempengaruhi pembelahan sel, kekebalan tubuh, sistem otot dan tulang, kadar kalsium dalam sel, dan motiliti sel.

Eksperimen simulasi mokrograviti menunjukkan hasil yang tidak positif bagi perkembangan sel embrio.
Apa akibatnya jika nekad?
Ada risiko negatif yang akan dialami embrio – terencatnya kematangan termasuk jantung, tulang, dan pembuluh darah. Pertumbuhan saraf akan menjadi lambat. Kesan mikrograviti pada embrio sama seperti yang dialami orang dewasa – tapi kerosakannya lebih besar pada embrio.
"Ini kerana tubuh orang dewasa dapat beradaptasi dengan persekitaran mikrograviti," kata Marcal. Bagaimanapun, di masa depan, pembiakan manusia memang tidak dapat dielakkan.
Pada ketika itu, saintis berharap akan wujudnya kaedah perubatan bagi melindungi embrio dan janin dari bahaya mikrograviti.
Ini memungkinkan kewujudan bidang kejuruteraan genetik bagi tujuan eksplorasi planet dalam sistem solar. Namun perlu disedari, ini sesuatu yang rumit kerana berkait dengan masalah etika dan moral.
Thursday, September 23, 2010
Kuasa misteri halang pesawat NASA

beritaislamglobal.blogspot.com
PARIS (Kamal Qubeissi) (English version at http://www.alarabiya.net/articles/2010/09/22/119976.html)
Saintis masih tertanya-tanya dengan satu fenomena misteri yang menghalang pesawat angkasa NASA daripada bergerak lebih jauh memasuki ruang angkasaraya dan seterusnya menafikan teori-teori terdahulu tentang alam semesta.
Kuasa misteri yang secara perlahan-lahan menolak pesawat angkasa dari bergerak lebih jauh itu dikesan tahun lepas apabila pesawat angkasa Pioneer 10 (gambar) yang dilancarkan NASA semenjak 1972 diberhentikan dalam laluannya oleh satu fenomena yang tidak diketahui.

Saintis angkasa lepas Mesir Farouk al-Baaz (gambar), yang pernah bekerja dengan NASA dan sekarang memegang jawatan Professor Penyelidikan dan Pengarah Pusat Remote Sensing di Univesiti Boston, berkata bahawa kuasa ini boleh jadi satu fenomena baru yang tidak berada dalam kategori yang sama dengan kuasa-kuasa yang diketahui umum di angkasa seperti graviti dan kuasa elektromagnet.

“Itulah sebabnya masih terlalu awal untuk mengenal pasti fenomena ini,” katanya kepada Al Arabiya dalam temubual telefon dari Boston. “Kita perlu mencari penjelasan saintifik.”
Pioneer 10 bergerak perlahan
Baaz menjelaskan bahawa saintis mula menyedari fenomena ini apabila Pioneer 10, yang bergerak lebih satu juta km/hari, mula bergerak perlahan bila memasuki kawasan yang langsung tiada halangan.

“Pioneer 10 meninggalkan sistem solar dan memulakan perjalanannya memasuki angkasa lepas di mana tidak terdapat planet-planet yang akan menariknya kearah orbit masing-masing. Di sana juga tiada radiasi solar kerana jauh dari matahari.”
Pioneer 10 adalah pesawat angkasa pertama yang mengambil gambar secara dekat imej-imej di planet Musytari, yang dilaluinya pada 1973. Pada tahun 1978, ia menuju kearah Pluto dan sampai pada 1983 dan kemudiannya berlepas ke kawasan yang dipanggil Asteroid Belt (gambar), yang mana di situ terdapat beberapa planet kecil yang tidak berbentuk seperti biasa dan di sana laluannya tidak dihalang langsung.

Selepas itu, Pioneer 10 bergerak meninggalkan sistem solar sambil membawa plak gambar lelaki dan wanita bogel (gambar) yang dilekatkan di antenna bagi memudahkan ia mengenali makhluk (ET) lain yang mungkin ditemui semasa dalam pengembaraan tersebut.

Kadar di mana Pioneer 10, yang kini berjarak 11 billion kilometer dari bumi, mula bergerak perlahan sangat rendah kerana ia tidak pernah melebihi 25 sentimeter ke belakang setiap hari, disamakan oleh saintis sebagai kehilangan setitik air dari sungai.
Walaupun begitu, pergerakan yang perlahan ini sangat signifikan kerana ia menunjukkan kehadiran kuasa semulajadi yang menarik kapal angkasa ke belakang.
Kejutan angkasa lepas
Pergerakan yang perlahan ini bukanlah insiden yang paling memeranjatkan pernah berlaku pada pesawat angkasa, kata Baaz.
“Semasa bertugas di NASA, saya telah melihat banyak kejutan,” katanya.
Dia mengambil contoh tentang seorang angkasawan Apollo 13, dilancarkan NASA pada 1971, yang melihat objek metal berukuran panjang tiga meter yang bergerak melawan arah pesawat angkasa sekalipun berada hampir dengannya.
“Ini bertentangan dengan semua teori angkasa kerana objek ini sepatutnya bergerak dalam arah yang sama dengan pesawat angkasa. Sehingga kini, kami belum mempunyai penjelasan tentang perkara itu.”
Bila ditanya tentang sebab-sebab yang mungkin yang menghalang pioneer 10, Baaz menjelaskan yang ianya mungkin masalah program komputer yang mengesan pergerakan pesawat tersebut.
“Kalau bukan, ini bermakna kuasa tersebut menafikan kesemua undang-undang semulajadi. Jika ini berlaku, semua maklumat yang kita perolehi tentang alam semesta dan undang-undang graviti perlu ditukar.”
Berbilion tahun
Yang paling mengejutkan ialah apabila Baaz menjelaskan yang Pioneer 10 akan memerlukan berbilion tahun untuk sampai kepada hentian lengkap jika kadar kelambatan ini kekal seperti sekarang.
“Jika ia tidak dilambatkan pada kadar lebih tinggi atau jika ia tidak melalui berhampiran planet atau bintang yang menariknya ke orbit, ia akan terus kekal begitu sehingga beberapa lama.”
Baaz menjelaskan paling lama objek di bumi dapat bertahan ialah beribu tahun sebelum pupus, tetapi lain pula halnya dengan angkasa lepas.
“Angkasa lepas adalah kosong dari lapisan atmosfera yang mana komponennya berperanan merosak dan membinasakan objek di bumi. Bumi adalah satu contoh. Ia telah berada di angkasa lepas selama 5 bilion tahun. Sistem solar juga sama kerana ia wujud sejak hampir 11 bilion tahun.”
Sejak ditemui, para saintis telah memulakan penyiasatan terhadap kewujudan kuasa yang tidak dikenali ini dan menghasilkan kajian yang akan diterbitkan dalam The Physical Review dan di mana dinyatakan bahawa semua teori alam semesta adalah bersalahan dengan kuasa ini.
BIG : Sujud hamba pada MU Ya Allah, tuhan pentadbir seluruh alam. Allahu Allah.
(Translated from Arabic by Sonia Farid for beritaislamglobal.blogspot.com)
Subscribe to:
Posts (Atom)