Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Wednesday, November 10, 2010

Safed - bandar paling rasis


Translated by beritaislamglobal.blogspot.com from The National

SAFED, ISRAEL // Suasana di Safed, sebuah bandar kecil teletak di bukit Galilee berhampiran sempadan Lubnan, biasanya tenang tanpa gangguan kecuali apabila ada pelawat-pelawat terkenal seperti Madonna yang datang berziarah sebagai pengikut Kabbalah,iaitu ajaran mistik Yahudi.


Tetapi dalam beberapa minggu yang lalu, Safed – salah satu dari empat bandar suci Yahudi – mula mendapat publisiti yang agak berbeza. Gideon Levy, kolumnis untuk akhbar harian Haaretz, minggu lepas mengisytiharkannya sebagai "bandar paling rasis di Israel".

Nama jolokan seperti ini timbul apabila beberapa rabbi veteran Safed membuat undang-undang yang mengarahkan penduduk-penduduk di sana tidak menjual atau menyewa rumah mereka kepada "bukan-Yahudi" – merujuk kepada warga Israel berketurunan Arab Palestin, yang membentuk 20% daripada populasi Israel.


Dalam satu mesyuarat tergempar yang diadakan bulan lepas bagi membincangkan tentang bahaya asimilasi yang berpunca daripada lelaki Arab yang mempunyai hubungan dengan wanita Yahudi, para rabbi yang berjumlah 18 orang itu memberi amaran bahawa Safed dan 40,000 penduduk Yahudi akan berdepan dengan “pengambilalihan oleh bangsa Arab".

Jumlah bangsa Arab dalam bandar tersebut, walaupun rendah, semakin bertambah apabila Kolej Akademik Safed (gambar) mula menerima semakin ramai pelajar. Sekarang, terdapat kira-kira 1,300 pelajar Arab yang belajar di situ.


Kenyataan para rabbi tersebut telah membawa kepada beberapa siri serangan yang dilakukan oleh golongan ultranasionalis Yahudi, di mana beberapa buah rumah Arab telah diserang bersama-sama laungan "Pergi mampus bangsa Arab". Dalam satu insiden terbaru, tiga pelajar Arab telah terkena tembakan.

Sehingga setakat ini, tiga pemuda Yahudi, termasuk seorang anggota polis luar tugas, telah di dakwa kerana terbabit dalam keganasan tersebut. Anggota polis berkenaan pula dituduh melepaskan tembakan.

Kempen anti-Arab berkenaan menjadi bertambah buruk minggu lepas apabila poster-poster ditampal di merata-rata yang mengugut akan membakar rumah milik seorang lelaki tua Yahudi jika masih berdegil tidak mahu menghentikan sewaan kepada pelajar-pelajar Arab.

Pemiliknya, Eli Zvieli, 89, berkata bahawa poster-poster tersebut mula kelihatan selepas beliau menerima ugutan telefon dan lawatan beberapa orang rabbi yang memberi amaran supaya mengubah fikiran.

Jamil Khalaili, 20, seorang pelajar jurusan fisioterapi di kolej tersebut yang menyewa sebuah apartmen bersama seorang lagi temannya dalam kawasan kejiranan yahudi, berkata situasi di Safed semakin meruncing.

"Kami dilayan seperti penjenayah, seolah-olah kami ini nampak seperti hendak merampas rumah mereka, "katanya. "Sampai ke peringkat di mana ramai teman-teman saya melihat kemungkinan untuk keluar dari sini. Saya tidak ingin belajar di sini kalau ia boleh membahayakan diri saya."

Penentangan terhadap kehadiran pelajar Arab dalam Bandar tersebut dipimpin oleh ketua rabbi Safed, Shmuel Eliyahu (gambar), yang bekerja dengan majlis perbandaran sebagai ketua majlis agama.


"Apabila seorang bukan-Yahudi datang ke sini, penduduk mula bimbang tentang anak-anak mereka, tentang anak perempuan mereka. Ramai pelajar Arab diketahui mempunyai hubungan dengan gadis Yahudi," kata Mr Eliyahu seperti yang dilaporkan dalam Israel National News.

18 rabbi berkenaan mengeluarkan kenyataan tersebut setelah dimaklumkan tentang perancangan pihak kolej yang akan membina sekolah perubatan, yang dijangka menarik ramai pelajar Arab di sekitar Galilee.

Dalam kenyataan tersebut, mereka mendesak penduduk Yahudi supaya menjauhkan diri dari “jiran atau kenalan" yang menyewakan rumah kepada orang Arab. "Elakkan dari berurusan dengannya, nafikan haknya untuk membaca kitab Taurat, dan pulaukan sehingga dia meninggalkan perangai yang merbahaya itu," katanya.

Sentimen anti-Arab yang serupa juga kedengaran berlaku di Karmiel dan Upper Nazareth, dua lagi bandar di Galilee. Kedua-duanya diwujudkan sedekad yang lalu sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil program “Penyahudian” untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di wilayah yang mempunyai populasi penduduk Arab paling tinggi.

Di Karmiel, 30km dari barat Safed, iklan-iklan dalam akhbar meletakkan alamat e-mail khas yang membolehkan penduduk membuat aduan kepada pihak berkuasa jika ada jiran-jiran mereka bercadang untuk menjual rumah kepada bangsa Arab. Akaun e-mail tersebut dikawal oleh pegawai-pegawai Oren Milstein (gambar), iaitu penolong datuk bandar yang baru dipecat minggu lepas, menurut laman berita Ynet.


Datuk bandar, Adi Eldar, berkata Mr Milstein telah "merosakkan imej bandar tersebut" apabila beliau dengan lantang memberitahu dalam satu wawancara bahawa beliau telah menghalang urusan jualan 30 buah rumah kepada keluarga Arab.

Pengganti Mr Milstein, Rina Greenberg adalah anggota parti Yisrael Beiteinu yang dipimpin Avigdor Lieberman, menteri luar Israel, yang menyokong penyingkiran bangsa Arab.

Sementara itu, datuk bandar Upper Nazareth, Shimon Gapso, rakan sekutu kepada menteri luar Avigdor Lieberman, telah mengumumkan pelan untuk membina penempatan baru untuk 3000 orang penduduk Yahudi bagi untuk menghentikan apa yang beliau panggil "kerosakan demografi".

Beratus-ratus keluarga Arab dari kawasan berhampiran telah berpindah ke bandar itu bagi mengelakkan kesesakan. Hari ini, 12.5% dari populasi penduduk Nazareth adalah berbangsa Arab.

Pada Ogos lepas, Mr Gapso memberitahu Israel National News bahawa dia berasa "gembira seperti baru mendapat anak" apabila mendengar berita bahawa 15 keluarga pelampau dari penempatan Gaza Gush Katif telah mendirikan sekolah agama yahudi di bandar tersebut.

Hatia Chomsky-Porat, yang mengetuai pertubuhan Sikkuy, kumpulan aktivis yang menganjurkan hubungan lebih baik antara Yahudi dan Arab, berkata: "Suasana politik menjadi semakin gelap setiap masa. Sikap perkauman di kalangan Yahudi sekarang ini semakin mendapat tempat."

Di Safed, pelajar Arab berusaha untuk tidak menonjolkan diri. Namun begitu, sedikit tindakan kecil boleh mengundang kegelisahan penduduk Yahudi.

Baru-baru ini, penduduk dibandar itu dikejutkan dengan bendera Palestin yang dipasang di bahagian atas sebuah masjid yang sedang dibaikpulih, iaitu salah satu bangunan batu yang wujud sebelum kewujudan Israel lagi.

Dalam tahun 1948, apabila tentera Yahudi menawan bandar itu, Safed adalah bandar yang mempunyai 10,000 orang Palestin dan 2,000 Yahudi. Semua warga Palestin dihalau, termasuk kanak-kanak berumur 13 tahun Mahmoud Abbas, yang sekarang ini menjadi presiden Palestin.

Mr Khaliali berkata sejarah bandar itu masih menghantui penduduk Yahudi, yang berasa takut kalau-kalau bangsa Arab kembali ke situ untuk menuntut hak mereka.

Ini bukan kali pertama Eliyahu, anak kepada bekas ketua rabbi Israel, dituduh menghasut menentang populasi Arab di Bandar itu.

Dalam tahun 2002, semasa bermulanya intifada kedua, beliau meminta supaya Safed Academic College menyingkirkan semua pelajar Arab.

Dua tahun kemudian, dia melancarkan satu kempen menentang perkahwinan campur, dan menuduh lelaki Arab cuba melancarkan "peperangan dalam bentuk lain" terhadap wanita Yahudi dengan cara "menggoda" mereka.

Beliau berjaya melepaskan diri dari hukuman atas kesalahan menghasut tahun 2006 selepas menarik balik kenyataan awalnya.

Pusat Tindakan Agama, sebuah kumpulan pergerakan reformasi Yahudi, dan beberapa ahli parlimen Arab telah meminta supaya peguam negara, Yehuda Weinstein, menyiasat Eliyahu dan beberapa rabbi yang lain kerana menghasut keganasan.

jcook@thenational.ae

1 comment: