Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Monday, November 8, 2010
Putera Jefri memalukan Brunei dan Muslim
Translated by beritaislamglobal.blogspot.com from DAILY NEWS STAFF WRITERS (Original)
Peguam-peguam yang mewakili Putera Jefri Bolkiah, adik kepada Sultan Brunei, tidak mahu pihak juri mendengar apa-apa tentang empat patung seks (gambar) miliknya semasa sesi pembukaan perbicaraan hartanah yang akan berlangsung minggu depan di Manhattan Supreme Court.
"Apa yang saya boleh katakan: Ianya sungguh memalukan," kata Mark Cymrot, peguam kepada Faith Zaman, peguam warga Britain yang melawan putera tersebut di mahkamah. "Ianya jelas sesuatu yang sungguh lucah."
Dan lagi, kata Cymrot, patung-patung tersebut seolah-olah menunjukkan aksi sebenar putera tersebut – iaitu rakan lama kepada bintang pop mendiang Michael Jackson – sedang mengadakan hubungan seks dengan tunangnya.
Gambar-gambar yang diperolehi oleh Daily News menunjukkan putera yang berbadan sasa itu dalam beberapa posisi seks dengan wanita berkenaan. Bolkiah mempunyai beberapa orang isteri dan wanita simpanan.
Putera berusia 55 tahun itu adalah bekas pemilik hotel New York Palace dan Hotel Bel-Air di Beverly Hills dan mempunyai reputasi hidup dalam serba kemewahan.
Putera berkenaan menyaman dua orang bekas penasihat kewangannya, Thomas Derbyshire dan isterinya, Zaman (gambar), dengan dakwaan bahawa mereka telah melakukan penipuan apabila menjual estet Sunnighill bersaiz 23-bilik yang terletak di Pantai Utara Long Island dengan harga $11 juta; putera mendakwa harganya lebih dari itu.
Di situlah Putera Jefri, yang mana abangnya adalah salah seorang individu terkaya di dunia, menyimpan empat patung bersaiz manusia tersebut.
Peguam yang mewakili putera berkenaan telah membuat bantahan kepada Hakim Manhattan Ira Gammerman selepas Cymrot menceritakan tentang hasil kerja seni grafik itu kepada wartawan Rabu lalu, dengan mengatakan yang cerita tentang "patung-patung" tersebut perlu dihentikan.
Minggu ini, pasukan undang-undang putera tersebut telah mengemukakan usul melarang sebarang cerita yang ada kaitan dengan patung-patung berkenaan, isteri-isterinya, kes-kes mahkamah terdahulu antaranya dengan Derbyshire dan Zaman – dan persengketaannya yang berpanjangan dengan Sultan Brunei.
Dalam kertas mahkamah, mereka mengatakan yang Zaman mempunyai niat buruk apabila telah mengambil gambar patung-patung yang telah dihasilkan oleh waris Johnson & Johnson yang terkenal dan artis John Seward Johnson yang tersimpan dalam kotak kayu.
"Gambar-gambar tersebut memang mempunyai unsur-unsur kelucahan melampau," tulis peguam Andrew Weisberg dalam kertas mahkamah. "Zaman terbukti telah mendapatkannya bagi memalukan Putera Jefri."
Kerajaan Brunei yang diketuai oleh Sultan Brunei telah memutuskan hubungan dengam putera tersebut, yang pernah mengetuai Agensi Pelaburan Brunei, setelah dituduh melakukan pecah amanah berjumlah $15 billion.
Peristiwa tersebut telah membawa kepada persengketaan yang berpanjangan antara Sultan dengan adik bongsunya itu, yang mana kehidupan peribadi seksual beliau turut diceritakan dalam buku "My Life In A Harem," yang ditulis oleh Jillian Lauren (gambar), seorang penari bogel yang menghentikan pengajiannya di NYU semata-mata untuk menjadi wanita simpanan Putera Jefri.
Pihak peguam Putera Jefri menolak untuk memberikan sebarang komen tentang kes tersebut, di mana Sultan telah memohon gantirugi sebanyak $7 juta.
"Tujuh juta?" tanya Gammerman dalam nada terkejut. "Memang tak berbaloi untuk sultan."
Pemilihan juri dalam kes berkenaan ditetapkan Isnin ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment