Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Tuesday, November 2, 2010

Satu-isteri sebagai syarat pernikahan


NOUAKCHOTT (Sukaina Asneeb) for beritaislamglobal.blogspot.com (English version here)

Kini, ramai wanita Mauritania dan keluarga mereka menetapkan satu-isteri sebagai pra-syarat sebelum pernikahan, namun dibantah oleh golongan ulama kerana menyalahi ajaran Islam.

Ramai di kalangan wanita Mauritania mendesak supaya dimasukkan syarat dalam kontrak perkahwinan (aqad) yang menghalang suami mengekalkan isteri lama atau mengambil isteri baru. Jika syarat ini dilanggar, wanita berhak menfailkan permohonan cerai dengan serta-merta.

Bagi ramai ibu-bapa, halangan seperti ini telah menjadi salah satu syarat paling penting semasa di peringkat perundingan dengan pihak lelaki kerana mereka percaya ianya adalah kunci kebahagiaan dalam kehidupan dan kestabilan perkahwinan anak perempuan mereka.

Wanita Mauritania mengenepikan banyak hak-hak mereka semasa berbincang dengan harapan pihak lelaki dapat menerima syarat untuk tidak memiliki isteri lain, kata Fatima yang juga meletakkan syarat seperti itu dalam dalam perkahwinannya.

“Sebagai pulangan kerana menerima syarat seperti itu, pihak kami pula tidak meminta maskahwin yang besar atau memohon perceraian," katanya kepada AlArabiya.net. “Kami juga tidak mengharapkan apartmen, perabot atau bulan madu.”

Malah, beberapa orang wanita Mauritania sanggup tinggal dengan ibubapa mereka selepas perkahwinan bagi memberi peluang kepada suami mereka mengumpul duit bagi membeli apartmen.

“Inilah pengorbanan yang kami lakukan bagi memelihara kehormatan diri.”

Fatima berkata bahawa amalan seperti ini, sekalipun pada mulanya dianggap luar dari kebiasaan, telah mendapat pujian ramai.

“Wanita Arab dan Afrika yang melawat Mauritania berasa kagum dan beberapa negara jiran seperti Morocco dan Senegal mula mengikut jejak langkah kami.”

Organisasi hak-asasi manusia menyokong amalan seperti ini kerana ia merupakan satu langkah positif kearah memberikan lebih hak kepada wanita, dan memuji pihak kerajaan yang mengarahkan supaya Pihak Berkuasa Hak Sivil memberikan hak kepada pihak wanita untuk menetapkan syarat seperti ini dalam kontrak perkahwinan.


Ulama membantah

Sebaliknya, beberapa ulama di Mauritania menyelar syarat tersebut dan menganggapnya melanggari undang-undang Islam yang memberikan hak kepada lelaki untuk berkahwin sehingga empat orang isteri.

Syarat seperti ini, tegas mereka, mempunyai kesan negatif keatas masyarakat kerana ia akan meningkatkan kadar perceraian samada apabila si lelaki terpaksa meninggalkan isteri lamanya atau memberikan hak untuk perceraian jika si suami berkahwin lagi.

Beberapa ulama lain berpendapat bahawa seorang wanita dan bakal suaminya boleh membuat persetujuan secara lisan yang dia tidak akan berkahwin lagi tanpa perlu membuat syarat bertulis dalam kontrak perkahwinan.

“Kontrak secara lisan”, kata mereka, ini dibolehkan kerana wanita masih boleh mengubah fikirannya kemudian dengan membuat keputusan tidak mahu bercerai jika suaminya mengambil isteri kedua.

Walau bagaimanpun, sebilangan ulama bersetuju dengan syarat yang ditetapkan, selagi mana si suami bersetuju menerima komitmen seperti itu.

Jalan keluar

Sekalipun ramai lelaki Mauritania bersetuju untuk tidak memiliki isteri lain, masih ada cara untuk mereka melanggarinya. Setengah lelaki menceraikan isteri pertama kemudian mengambilnya semula selepas berkahwin untuk kali kedua.

Yang lain pula mengambil kesempatan menggunakan alasan seperti ini untuk berkahwin lain secara rahsia. Janda dan wanita yang belum berkahwin bersetuju untuk berkahwin dengan suami orang secara rahsia kerana percaya prospek untuk mereka berkahwin semakin menurun apabila meningkat usia.

Keluarga miskin juga bersetuju untuk mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki kaya yang sudah beristeri secara rahsia kerana kebiasaannya bakal suami membantu meringankan beban kemiskinan keluarga perempuan.

Kadang-kadang seorang wanita itu memang tahu yang suaminya telah melanggari syarat tersebut, tetapi mengambil sikap berpura-pura dan tidak meminta perceraian. Kes seperti ini biasanya berlaku melibatkan golongan atasan di mana wanita amat menjaga imej sosial mereka dan memilih untuk tidak mengisytiharkan yang suami mereka telah berkahwin lagi secara rahsia.

Bila ianya bemula

Golongan bijak pandai berbeza pendapat tentang bila syarat anti-poligami ini mula diamalkan.

Mengikut tradisi Mauritania, kebanyakan persetujuan pra-pernikahan dibuat secara lisan di hadapan saksi-saksi dari kedua pihak keluarga.

Si lelaki, contohnya, akan akan berikrar melayan isterinya dengan baik dan tidak akan meninggalkannya dan kadang-kadang berjanji untuk menyediakan pembantu rumah dan sebagainya.

Ada ketikanya ibubapa akan mengenakan syarat-syarat berbentuk keagamaan yang menghendaki si suami memastikan isterinya menunaikan kewajipan agamanya secara tetap. Sebagai contoh, si suami boleh berikrar untuk membangunkan isterinya setiap hari apabila masuk waktu sembahyang subuh.

Syarat-syarat perkahwinan juga mengalami proses perubahan apabila lebih banyak hak-hak diberikan kepada wanita Mauritania. Contohnya, seorang wanita boleh meminta untuk menyambung pengajian dan/atau pekerjaannya selepas perkahwinan sekalipun jika mempunyai anak.

(Translated from Arabic by Sonia Farid).

2 comments: