Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Sunday, November 14, 2010

Ataturk: Saya berketurunan Sabbetai Zevi



beritaislamglobal.blogspot.com (English version here)

BIG: Ulangtahun kemangkatan bapa moden Turki, Mustafa Kemal Ataturk, diadakan pada setiap 10 November. Berikut adalah pendedahan tentang keyahudian Ataturk.

ZICHRON YAAKOV – Saya nak tanya dua solan, kata saya melalui telefon kepada Batya Keinan, jurucakap presiden Israel Ezer Weizman (gambar), yang akan berangkat ke Turki pada keesokan hari, Isnin, Jan. 24, dalam rangka lawatan buat julung kalinya oleh seorang ketua negara Yahudi. Salah satunya samada Weizman akan menghadiri majlis resmi memperingati Kemal Ataturk.


Ms. Kenan memeriksa jadual presiden, di mana dia dan isteri akan memberi penghormatan di makam Ataturk di sebelah pagi sebaik sahaja tiba, dan bertanya apa soalan saya yang kedua.

"Adakah Presiden Weizman tahu yang Ataturk mempunyai nenek moyang Yahudi dan diajar doa ibrani semasa zaman kanak-kanak?"

"Sudah tentu, sudah tentu," balasnya tanpa ragu-ragu.

Teruja dan Sedih

Saya berterima kasih padanya dan meletakkan telefon. Beberapa minit kemudian saya telefon lagi untuk bertanya samada Presiden Weizman ingin menulis testimoni tentang sumbangan Ataturk kepada Yahudi. "Saya gembira awak telefon semula," kata Kenan, yang kedengaran teruja bercampur sedih. "Di mana awak dapat maklumat itu?"

Kenapa bertanya kalau pejabat presiden dah ada maklumat tentangnya?, tanya saya dalam hati.

* Sebenarnya tidak, dia mengaku. Beliau hanya mengandaikan kebenarannya kerana mendengar kata-kata saya yang nampak seperti berdasarkan fakta. "Selepas awak letak telefon," katanya, "Saya bertanyakan tentang apa yang awak katakan itu dan tiada siapun di sini yang tahu tentangnya. Boleh tak awak fakskan apa-apa yang awak tahu?"

Saya fakskan kepadanya versi pendek. Berikut adalah versi yang lebih panjang.

Cerita tentang keyahudian Ataturk, yang patungnya berdiri di setiap penjuru utama pekan dan Bandar di Turki, telahpun tersebar semasa hayatnya tetapi dinafikan oleh beliau dan keluarganya dan tidak begitu dipedulikan sangat oleh penulis-penulis biografi. Dari enam penulis biografi yang saya temui minggu ini, tiada seorang pun yang menyebut tentang spekulasi ini. Satu-satunya rujukan ilmiah bercetak yang saya temui ialah nama Ataturk dimasukkan dalam Israeli Entsiklopedya ha-Ivrit, yang bermula seperti berikut:

"Mustafa Kemal Ataturk - (1881-1938), Jeneral dan ketua negara Turki dan pengasas negara Turki moden.

"Mustafa Kemal dilahirkan dalam keluarga kepada seorang kerani kecil kastam di Salonika dan kematian bapa semasa kecil. Tidak ada bukti untuk mensahihkan cerita yang tersebar di kalangan Yahudi dan Muslim di Turki, bahawa keluarganya dari kelompok Doenme. Semasa di zaman kanak-kanak, beliau menentang kenginan ibunya untuk diberi pendidikan agama secara tradisional, dan pada usia 12 tahun, beliau dihantar untuk belajar di akademi tentera atas keinginan sendiri."


Bapanya yang sekular

Doenme adalah satu mazhab rahsia Sabbetai, iaitu satu kelompok Yahudi Turki yang menggunakan nama-nama Muslim yang zahirnya berperangai Muslim tetapi beriman kepada Sabbetai Zevi, messiah palsu kurun ke17, dan melakukan sembahyang dan ibadah atas namanya secara tersembunyi. Versi pendidikan Ataturk dalam ensiklopedia pula mempunyai cerita berbeza. Berikut adalah apa yang dicatatkan oleh penulis-penulis biografinya:

"Ayah saya adalah seorang yang mempunyai pandangan liberal, begitu memusuhi agama, dan menyokong ide-ide barat. Dia lebih suka saya pergi ke sekolah biasa, yang mengajar sains moden berbanding al-Quran.

"Dalam perbalahan pendapat ini, kemenangan di belah pihak ayah apabila beliau menggunakan strategi; beliau berpura-pura memenuhi kehendak ibu, dan menguruskan kemasukan ke sekolah agama Fatma Molla Kadin termasuk mengadakan sedikit majlis keraian...

"Lebih kurang enam bulan kemudian, ayah mengeluarkan saya dari sekolah itu secara rahsia dan kemudian menghantar pula ke sekolah persediaan aliran Eropah. Emak tidak membantah kerana kehendak awalnya dituruti juga. Lagipun majlis keraian itulah yang sebenarnya menjadi keutamaan ibu."

Siapakah sebenarnya bapa Mustafa Kemal ini, yang bersikap mengikut cara masyarakat Doenme, melakukan majlis bercorak Islam secara terbuka tapi mengejeknya dari dalam?


Ibu Ataturk Zubeyde berasal dari pergunugan Salonika barat, berhampiran sempadan Albania; tidak banyak yang diketahui tentang asal usul bapanya, Ali Riza (gambar). Penulis-penulis berbeza pendapat – ada yang mengatakan beliau adalah warga Albania, Anatolia dan Salonika, dan Lord Kinross pula menulis dalam bukunya “Ataturk” terbitan 1964 mengenai Ali Riza iaitu seorang "personaliti bayangan" yang terus menjadi misteri akibat keengganan Ataturk untuk bercerita lebih tentang latarbelakang keluarganya.




Belajar bahasa Ibrani

Adakah Kinross mengesyaki sesuatu? Soalan ini timbul apabila saya menemui satu bab menarik semasa membaca autobiografi berbahasa Ibrani tentang Itamar Ben-Avi, iaitu anak kepada Eliezer Ben-Yehuda, tokoh bahasa Ibrani Palestin kurun ke-19. Ben-Avi menulis dalam bukunya kisah semasa memasuki Hotel Kamenitz di Jerusalem pada satu malam musim luruh 1911, beliau ditanya oleh pengusaha hotel tersebut:

" 'Awak nampak tak pegawai Turki yang duduk di penjuru sana, yang sedang memegang botol arak tu?' "
" 'Ya.' "
" 'Dia adalah salah seorang pegawai terpenting dalam tentera Turki.' "
" 'Apa namanya?' "
" 'Mustafa Kemal.' "
" 'Saya nak berjumpa dengannya,' kata saya, kerana apabila terpandang sahaja wajahnya saya tersentak oleh mata hijaunya yang menikam."

Ben-Avi menceritakan dua pertemuan dengan Mustafa Kemal, yang pada masa itu belum lagi mempunyai nama Ataturk, 'Bapa bangsa Turki.' Kedua-duanya berlangsung dalam bahasa Perancis, banyak berkisar tentang politik Osmaniyyah, dan dipenuhi dengan minuman arak. Dalam pertemuan pertama, Kemal menceritakan:

"Saya berketurunan Sabbetai Zevi – bukan lagi seorang Yahudi, tetapi seorang yang sangat meminati nabi kamu. Saya berpendapat setiap Yahudi di negara ini akan berjaya bila berada dalam kemnya."

Dalam pertemuan kedua, 10 hari kemudian di hotel yang sama, Mustafa Kemal berkata:

" 'Di rumah, saya ada menyimpan kitab Injil bahasa Ibrani yang dicetak di Venice. Ianya kitab lama, dan saya masih ingat apabila ayah membawa saya bertemu dengan seorang guru Karaite yang mengajar saya membacanya. Saya masih ingat beberapa perkataan seperti --' "

"Dia berhenti sekejap, cuba mengingati. Kemudian dia berkata:
" 'Shema Yisra'el, Adonai Elohenu, Adonai Ehad!'
" 'Itu adalah doa kami yang paling penting, Kepten.'
" 'Dan juga doa rahsia saya, cher monsieur,' jawabnya, sambil menuang arak ke dalam gelas kami."

Walaupun Itamar Ben-Avi mungkin tidak tahu tentangnya, tidak syak lagi Ataturk meyampaikan maksud "doa rahsia" secara zahir. Antara doa-doa yang ketahui dalam kelompok Doenme, yang buat pertama kali tersebar dalam dunia ilmiah pada 1935, mengandungi pengakuan iman:

"Sabbetai Zevi dan tiada lainnya, adalah Penyelamat (Messiah) sebenar. Dengarlah wahai Israel, Yang Esa adalah Tuhan kita, Yang Esa adalah satu."


Memang tidak dinafikan bahawa dari peryataan inilah Ataturk mengingati perkataan Shema, bukannya dari Injil, yang seingat saya satu-satunya pengakuan yang dibuat setelah dewasa: kepada seorang penulis Ibrani muda sedekad sebelum beliau memimpin tentera Turki selepas ditewaskan dalam Perang Dunia I, kemudian bangun semula menewaskan Greek dan mengasaskan Republik Turki yang sekular yang meminggirkan Islam sepenuhnya.

Ataturk mungkin mempunyai alasan yang baik untuk menyembunyikan kaitannya dengan Doenme. Bukan sahaja Doenme (yang berkahwin sesama mereka dan berjumlah hampir 15,000, kebanyakannya berpusat di Salonika, sebelum Perang Dunia I) dipandang rendah sebagai munafik oleh kedua-dua Muslim dan Yahudi, mereka juga mempunyai reputasi menjalani kehidupan seks tak bermoral.


'Anak-anak Suci'

"Setahun sekali (semasa ‘hari kambing’ yang diraikan setiap tahun oleh masyarakat Doenme) lilin-lilin dipadamkan sewaktu makan malam dan disertai dengan parti seks dan majlis bertukar-tukar isteri… Upacara ini dilakukan pada malam kelahiran Sabbetai Zevi tradisi. ... Dipercayai anak-anak yang dilahirkan hasil dari perhubungan seperti itu menjadi manusia suci (wali)."

Walaupun Ben-Zvi, yang menulis pada tahun 1950an, berpendapat bahawa "Terdapat alasan untuk mempercayai yang majlis seperti ini tidak ditinggalkan sepenuhnya dan masih wujud hingga ke hari ini," tidak banyak yang diketahui samada amalan tradisi Doenme atau struktur sosial masih dikekalkan dalam Turki moden. Masyarakat itu meninggalkan Salonika bersama-sama penduduk lain semasa perang Greek-Turki tahun 1920-21, dan keturunannya yang terdiri dari ramai ahli perniagaan kaya dan saudagar di Istanbul, dikatakan telah sebati dengan cara kehidupan rakyat Turki.

Selepas menghantar faks kepada Batya Keinan, saya menelefon untuk memastikan ianya diterima. Beliau mengesahkannya, dan akan menyerahkannya kepada presiden untuk dibaca semasa dalam penerbangan. Walau bagaimanpun, saya meragui samada Weizman akan menjadikannya sebagai rujukan semasa lawatannya: Kerajaan Turki, yang bertahun-tahun berusaha menepis serangan golongan pelampau Islam terhadap kedaulatannnya dan reformasi yang dilakukan, sudah tentu tidak mengalu-alukan berita bahawa ayah kepada ‘Bapa bangsa Turki’ adalah seorang Yahudi menyemai sentimen anti-Muslim kepada anaknya. Rahsia Mustafa Kemal sudah pasti lebih baik disimpan terus.

2 comments:

  1. celake ke ats kamaL Ataturk & sewktu dgn nye,ameeen.

    ReplyDelete
  2. kamal ataturk keturunan syaitan yg di laknat Allah...

    ReplyDelete