Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Thursday, November 4, 2010

Membela pancasila, NU dituduh kafir


beritaislamglobal.blogspot.com (Original here)
02/11/2010
Salah satu inspirasi lahirnya Nahdhatul Ulama (NU) adalah semangat kebangkitan Nasional Indonesia. NU bercita-cita membangun sebuah bangsa dan negara yang merdeka. Bersama kekuatan yang lain, NU berjuang dan merumuskan berbagai landasan berdirinya negeri ini. NU turut merumuskan Pancasila dan Undang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945 (UDD).

NU menjadikan agama sebagai inspirasi mendirikan, mengukuhkan, dan mempertahankan negara. Bagi NU, mempertahankan negara ini wajib hukumnya. Karena itu, NU menolak terlibat dalam Darul Islam /Tentera Islam Indonesia(DI/TII) untuk mendirikan negara Islam. Sebaliknya, NU mendukung negara Pancasila yang dipimpin oleh Bung Karno (gambar).


Ketika berada dalam situasi genting, tahun 1954, NU memberikan status pada pemerintah Indonesia dan Bung Karno sebagai waliyul amri dlarury bisy syakah. Pengiktirafan ini sekaligus menafikan pendapat yang mengatakan Kartosuwiryo (gambar) sebagai Amirul Mukminin. Di mana jua, NU membuat sistem pertahanan yang dipimpin para Kiai untuk membendung pengaruh DI/TII.


Sikap tegas NU itu membangkitkan kemarahan sekelompok pengikut hardcore DI/TII, sehingga beberapa beberapa orang pemimpin NU selalu menjadi ancaman serangan dan pembunuhan. Bahkan sejak 1949, KH Idham Chalid sebagai salah seorang pemimpin mengaku sering diserang. Menurut KH Idham Chalid, ketika menginap di Puncak, beliau diserang pasukan Darul Islam (DI). Begitu juga ketika ke Yogya, keretanya ditembak pasukan Islam hardcore itu. Kepada DI, NU telah dianggap pengkhianat kerana keluar dari Parti Majlis Syuro Muslimin Indonesia (Masyumi). Lebih dari itu, NU dianggap kafir kerana menolak negara Islam DI.

Peristiwa paling dramatik adalah ketika para pimpinan NU seperti Idham Chalid (gambar), Zainul Arifin bersama Bung Karno melakukan sembahyang Idul Adha di masjid Baiturrahim di Lingkungan Istana tahun 1962. Waktu itu terjadi penembakan oleh para gerila DI/TII terhadap para pimpinan negara ini. Dalam insiden tersebut, KH Idham Chalid terkena peluru dan Bung Karno selamat. Sementara tokoh NU, iaitu KH Zainul Arifin (gambar),yang juga Wakil Perdana Menteri, terkena tembakan, sehingga mengakibatkan mantan panglima Hizbullah itu meninggal dunia. Di Jawa Barat, beberapa pimpinan NU banyak yang diserang, bahkan ada yang gugur dibantai oleh Pasukan DI.



NU dianggap kafir kerana mendukung pemerintah RI. DI pula menganggap negara ini sebagai Republik Indonesia Kafir. Ini berbeza dengan pandangan KH Ahmad Shiddiq bahawa penerimaan NU terhadap Negara Republik Indonesia tidak bersifat politik dan taktik, melainkan bersifat ideologis, syar’i. Ia merupakan kewajiban syariah, sehingga tidak tepat kalau NU dituduh sebagai oportunis oleh kaum modernis terutamanya mereka yang bersimpati dengan perjuangan DI/TII.
(Abdul Mun’im DZ)

1 comment:

  1. jadinya orang Islam ini bisa bertengkar sendiri kedalam... kasihan dan ironis. Ada apa dan dimana yang salah ?

    ReplyDelete