Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Tuesday, November 30, 2010

Iran marah simbol Zionis atas bumbung bangunan



beritaislamglobal.blogspot.com (Source here)

Haifa, ISRAEL (Nayef Zidani)
Gambar satelit lapangan terbang Tehran yang diambil oleh perkhidmatan Google Earth telah menimbulkan kemarahan para pegawai kerajaan Iran kerana menunjukkan lambang “Star of David” di atas bumbung ibupejabat Pengangkutan Udara Kebangsaan Iran.

Pihak berkuasa Iran marah apabila sebuah media tempatan melaporkan, Sabtu lalu, tentang penemuan imej yang menunjukkan lambang “Star of David” di atas bumbung bangunan utama Lapangan terbang Republik Islam Iran, atau lebih dikenali sebagai Iran Air, dan mengarahkan supaya ianya dibuang dengan segera, lapor akhbar Israel, Yediot Ahronot, Ahad.

Berikutan timbulnya spekulasi berhubung dengan kewujudan simbol Zionis dalam negara yang telah memutuskan hubungan dengan Israel itu sejak revolusi 1979, pihak media Iran menjelaskan bahawa bangunan itu sebenarnya dibina oleh jurutera Israel sewaktu pemerintahan Shah Mohamed Reza Pahlavi.

Di tengah-tengah gesaan pelbagai pihak yang menghendaki simbol itu dibuang, beberapa laporan media tempatan memfokuskan hubungan akrab yang wujud antara Israel dengan kerajaan pra-revolusi.

Menurut laporan berkenaan, kerajaan Shah bukan sahaja melantik jurutera-jurutera Israel untuk membina bangunan tersebut, tetapi juga menjalinkan hubungan udara dengan “negara” berkenaan mulai 1960.

Laporan tersebut turut mendedahkan bagaimana pihak Israel menjual senjata untuk kegunaan tentera Shah sebagai tukaran untuk mendapatkan minyak, dan program-program latihan yang diadakan antara kedua-dua negara di mana pakar-pakar Israel melatih Iran dalam bidang pertanian dan perdagangan

Ini bukan kali pertama simbol “Star of David” menimbulkan kekecohan di Iran, kerana ia juga turut dikesan terdapat di atas sebuah bangunan dalam kawasan Medan Revolusi Tehran. Di kawasan itu sendiri, terdapat beratus-ratus lambang Stars of David, yang dianggap oleh media tempatan sebagai simbol kejahatan yang cuba memusnahkan pusat Republik Islam itu.


Kehadiran simbol itu dalam jumlah yang besar menimbulkan kekeliruan di kalangan warga Iran yang tertanya-tanya apakah motif pereka yang melukis simbol negara Ibrani itu di situ.

Satu artikel dalam laman berita tempatan membangkitkan persoalan samada perekanya memang seorang yang jahil tentang simbol itu atau seorang yang bersekutu rapat dengan Israel.

(Translated from Arabic by Sonia Farid).

5 comments:

  1. apa masaLAh bukn ke bntg milk semua

    ReplyDelete
  2. apa kata kita kata itu Lmbg kita msti Lps tu dorng bLah! sbb Yahudi ni dia x bLh sama dgn org Lain, x caya ask me

    ReplyDelete
  3. macam lambang petronas yg dulu lah, ditukar kepada yg ada sekarang, ada pemimpin yg fobia dgn nya.....

    ReplyDelete
  4. tak habis2 dengan teori konspirasi

    ReplyDelete
  5. aiya..
    mmg la bintang milik semua..
    masalahnya, bintang tu melambang israel.
    sah-sah lambang israel

    ReplyDelete