Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Tuesday, November 23, 2010

Intip suami curang


beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)
By Habib Toumi, Bahrain Bureau Chief

Manama: Terdapat sebilangan isteri-isteri warga Qatar mengintip suami mereka dengan menggunakan gajet canggih, lapor akhbar Qatar.

Wanita-wanita itu memerangkap suami mereka dengan menyerahkan gajet intipan, seperti kamera yang tersembunyi di dalam pen dan pemetik api, sebagai hadiah.

Bagi yang gagal untuk membuatkan suami mereka menerima “hadiah” seperti itu, mereka meletakkannya di sudut yang sesuai di dalam kereta suami, lapor akhbar Al Sharq dan The Peninsula.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan temubual dengan "beberapa orang wanita yang berkata bahawa teman atau rakan sekerja mereka mengaku mengintip suami mereka kerana mengesyaki telah di tipu."


Sekurang-kurangnya seorang wanita menggunakan gajet itu untuk mengintip bapanya dan terkejut apabila mendapati beliau mempunyai hubungan dengan wanita lain, kata temannya kepada sebuah akhbar. "Saya rasa tertekan dan hilang rasa sayang dan hormat kepada ayah," kata wanita tersebut seperti yang diceritakan temannya.

Wanita berkenaan berkata beliau terpandang pen berkamera itu ketika membeli-belah dan terus membelinya tanpa berfikir panjang.

"Kemudian saya terfikir untuk menggunakannya untuk mengintip ayah," katanya seperti yang dilaporkan. "Saya tak sangka yang peralatan seperti itu berada di pasaran tempatan," katanya.

Kamera mini yang tersembunyi di dalam pen dan pemetik api bagi tujuan pengintipan itu memang mudah didapati dalam pasaran tempatan dan tidak begitu mahal, menurut akhbar berkenaan.


Terdapat pula segolongan wanita yang menentang aktiviti pengintipan seperti itu dan meminta supaya pihak berkuasa melarang penjualan alat-alat seperti itu.

Seorang lagi wanita pula berkata bahawa temannya melakukan tindakan nekad dengan meletakkan pen berkamera yang boleh mengambil gambar melalui poket baju suaminya.

Gambar-gambar kemudiannya boleh dilihat selepas operasi dengan menyambungkan gajet tersebut dengan komputer melalui pengkalan USB. Beliau mendapati yang suaminya memang mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Ada pula yang tidak bernasib baik apabila gajet tersebut dapat dikesan suami dan mengugut untuk menceraikannya, kata Dhabia, teman kepada wanita berkenaan.

Dhabia berkata dia mengutuk sebarang penggunaan peralatan seperti itu keatas suami atau isteri kerana ianya boleh menggugat kebahagian rumahtangga. "Saya menentang keras aktiviti-aktiviti seperti itu," katanya.

BIG : Iklan tentang gajet tu ada kat tranungkite...promosi percuma.

5 comments: