Surah Al-Mu'minun : Ayat 99 - 100

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalilah daku (hidup semula di dunia) - Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

Friday, October 15, 2010

Wanita China calon isteri paling ideal


Translated by beritaislamglobal.blogspot.com from alarabiya - English version here

CAIRO (Arab Press House)
Kebelakangan ini, terdapat ramai di kalangan lelaki muda Mesir berminat untuk mengahwini wanita China bukan sahaja kerana hendak mengelak dari menanggung kos tinggi dalam perkahwinan tradisional Mesir tetapi juga kerana tertarik dengan sikap kesetiaan mereka kepada suami.

Kebanyakan mereka, berumur melebihi 35 tahun, menghubungi kedutaan China di Kaherah untuk mendapatkan penjelasan tentang kemungkinan mengahwini wanita negara berkenaan. Sementara yang lain pula mencari pasangan China melalui perkhidmatan mencari jodoh dalam laman sesawang.

Sekalipun mengesahkan menerima pertanyaan dari lelaki Mesir, pihak kedutaan menafikan terlibat dalam mengatur bagi memudahkan urusan perkahwinan.

Sebaliknya, pihak kedutaan menyatakan yang mereka tidak dapat menerima cara yang digunakan oleh pihak media Mesir yang seolah-olah menjadikan wanita China sebagai barang dagangan.

“Kerajaan kami menggalakkan kebebasan memilih dalam perkahwinan dan seorang wanita China itu boleh mengahwini lelaki asing,” kata jurucakap kedutaan dalam satu kenyataan. “Ini tak bermakna kami mempunyai pengantin wanita untuk dijual. Undang-undang China melarang menjadikan perkahwinan sebagai perniagaan.”

Wanita China lebih baik

Keadaan kewangan pemuda Mesir adalah punca utama mereka memilih pasangan China. Dalam perkahwinan tradisional Mesir, pengantin lelaki terpaksa menyediakan maskahwin, sebuah apartmen, sebentuk cincin berlian atau hadiah berupa barangan kemas kepada pengantin perempuan. Sebaliknya, wanita China tidak mengenakan syarat selain wang.


Tambahan lagi, ramai lelaki Mesir mempunyai pandangan bahawa wanita China adalah pasangan yang lengkap kerana memiliki rupa paras yang cantik, aktif, bijak dan juga mahir memasak dan menguruskan hal-hal rumahtangga. Mereka juga mempunyai kemahiran dalam seni beladiri, yang membolehkan mereka menjaga diri mereka sendiri dan, mungkin, suami mereka.


Kepatuhan dan kesetiaan pada suami adalah antara ciri-ciri utama wanita China kerana budaya mereka menetapkan suami sebagai ketua keluarga, menurut pandangan beberapa orang lelaki Mesir.

Bagi lelaki Mesir, wanita China mempunyai satu kelebihan yang sangat penting: ibu mereka tidak akan turut serta tinggal bersama, dan ini bermakna tiada campurtangan ibu mertua dalam urusan rumahtangga.

Fenomena mencari pengantin wanita China tidak hanya terhenti di Bandar-bandar utama seperti Kaherah dan Iskandariah sahaja, tetapi turut berlaku di Bandar-bandar kecil di Utara Mesir dan Lembah Nil sehingga menyebabkan keluarga Mesir yang memiliki anak gadis yang belum berkahwin melahirkan perasaan bimbang dengan situasi seperti ini.

Yang menyokong dan menentang

Peningkatan mendadak permintaan terhadap wanita China sebagai isteri telah membuatkan ahli parlimen Mesir Salah al-Sayegh mengemukakan pertanyaan kepada Perdana Menteri Ahmed Nazif.

Fenomena ini, katanya, memburukkan lagi masalah perempuan yang tidak berkahwin di Mesir, terutamanya apabila statistik menunjukkan bahawa terdapat kira-kira 28.4% daripada wanita Mesir tidak berkahwin di samping jumlah cubaan membunuh diri di kalangan mereka telah mencecah melebihi 2700 kes.

Berbeza dengan pandangan ahli parlimen itu, professor sosiologi Dr. Samia al-Saati pula berpendapat fenomena seperti itu merupakan satu persaingan yang sihat kerana ia memberi pengajaran kepada wanita-wanita Mesir dan keluarga mereka.

“Situasi di mana lelaki lebih memilih wanita China ini akan mendorong golongan wanita dan keluarga mereka agar tidak meletakkan beban kewangan yang melampau keatas pengantin lelaki,” katanya. “Di Mesir, perkahwinan banyak menonjolkan kepalsuan. Oleh sebab itu, pengantin China dilihat sebagai penyelesaian terbaik.”

Saati memberitahu bahawa, dalam kebanyakan kes, pengalaman telah membuktikan yang perkahwinan seperti itu berjaya dan wanita China telah membuktikan yang mereka adalah isteri yang lebih baik.

“Wanita China menguruskan rumahtangga dan membesarkan anak-anak dengan lebih baik berbanding wanita Mesir yang terlalu manja dan suka membiarkan keluarga mereka mencampuri urusan keluarga, sehingga membawa kepada peningkatan kadar perceraian.”

Profesor sosiologi Dr. Suhair Sanad mempunyai pendapat yang berbeza. Beliau berpandangan bahawa perkahwinan seperti ini tidak ubah seperti perkahwinan tidak rasmi yang tidak mengikut peraturan, di mana pasangan menulis sendiri kontrak perkahwinan, atau perkahwinan darah, di mana, mereka mencampurkan darah masing-masing sebagai tanda sehidup semati.

“Perkahwinan ini menunjukkan merosotnya nilai-nilai dalam masyarakat dan tiadanya kepercayaan antara lelaki dan wanita Mesir.”

Menurutnya, kurangnya kepercayaan ini wujud apabila pihak wanita berasakan bakal suaminya tidak dapat memberikan jaminan kehidupan yang baik, dan oleh kerana itu, keluarga wanita tadi mula membuat permintaan kewangan yang melampau. Akibatnya, si lelaki berasa dipergunakan.


Sanad juga meragui kejayaan dan kebahagian perkahwinan antara lelaki Mesir dan wanita China ini.“Terdapat jurang yang besar melibatkan budaya, nilai dan bahasa,” katanya.

Dr. Mustafa Ghalwash, professor usuludin di universiti al-Azhar, memberitahu yang perkahwinan dengan seorang wanita China adalah tidak sah. “Seorang lelaki Muslim hendaklah mengahwini wanita muslimah, tapi jika jika dia terpaksa berkahwin dengan bukan Muslim maka wanita tersebut hendaklah di kalangan ahlilkitab, bukannya yang beragama menyembah berhala.”

Ghalwash menyeru supaya ibubapa berusaha memudahkan bakal menantu dan bukannya membebankan mereka dengan permintaan kewangan yang melampau. Beliau memetik hadis di mana Nabi Muhammad menasihati ibubapa supaya menerima menantu mereka selagi mana dia seorang yang taat beragama dan berakhlak.

‘Nabi juga bersabda yang pengantin yang mas kahwinnya lebih rendah adalah lebih berkat.”

(Translated from Arabic by Sonia Farid).

8 comments:

  1. Saya memang minat nak kahwin dgn cina muslim

    ReplyDelete
  2. Setahu saya wanita Cina bukan saja setia malah lebih romantik berbanding wanita melayu. Tak salah
    lelaki Mesir mengahwini mereka..akan datang lelaki Melayu jugak!Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  3. salam sejahtera!
    Mengejutkan! Ini kali pertama sye dgr org mesir beranggapan seorg perempuan cina cantik, romantik, pandai memasak, pandai seni bela diri dsb, sbb setakat yg sye tahu hakikatnya adalah sebaliknya, bahkan perkataan L.E 2000 sememangnya antara angka yg plg top kami dgr sdr dr buah mulut org2 mesir bererti nilai perdagangan sbnrnye lbh jd topik yg utama sehinggakan org2 mesir khususnye yg beragama islam lgsg x mementingkan lg soal halal haram.. :Yufri(Alexandria)

    ReplyDelete
  4. ni mesti x penah hidup dlm komuniti china mainland ni.
    mmg la cantik tp kotorrrrrrrrrr gile.aiseh.

    ReplyDelete
  5. Ternilai... Nonmuslimah... berjilbab hatinya...

    ReplyDelete
  6. boleh aj nikahin wanita chinese tetapi sebelum ny harus di mualafkan dan di bimbing keimanan ny sebagai wanita muslimah

    ReplyDelete